Tuesday, March 15, 2011

Botol Polikarbonat Diharamkan Oleh Kerajaan?.

aMasha selalunya kalau pergi beli botol air sendiri, mesti nak kena periksa bawah botol tu kod dia berapa. Bak kata kawan Masha (FarahF), kalau nak beli botol beli yang ada label 5 above (5678..) sebabnya botol-botol ini tahan panas kalau diisi dengan air panas tidak cair. Ilmu ni memang benar, tetapi semalam berita di TV3, Buletin Utama , Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) berkuatkuasa 1 Mac 2012.



Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol. 

Kod Plastik yang kita semua perlu tahu

(Sila Klik untuk tumbesaran)

Cara untuk Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


1. Nombor 7 - 
2. Nombor 7 dan PC - 
3. Nombor 7 dan ‘other’ - 


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


Cara untuk Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
(sumber : Jivebumz blog dan kosmo)


So, botol mana yang sesuai untuk digunakan seharian?

Masha rasa adalah bagus untuk gunakan botol kaca ataupun besi/steel (macam termos). Tetapi, kalau tiada pilihan lain, better gunakan botol plastik dengan kod seperti berikut:
  • 2 HDPE (high density polyethylene) OR 
  • 4 LDPE (low density polyethylene) OR 
  • 5 PP (polypropylene)

Monday, March 14, 2011

Telur Rebusan Air Kencing


Dengar tajuk pun dah geli geleman dah. Dah takde air lain ke, air kencing gak digunakan, leh masak ke telur tu?.huhu, setahu Masha la, Air kencing takde la panas sangat , suam2 kuku sebabnya biasa dah terkena air kencing anak buah ni, kalau time dukung diorang or time mandikan/pakai pampers diorang. Harini, terbaca news pasal di Beijing - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan Chef itu mengambil air itu pada setiap hari. Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.(Ps:Nasib dengan kulitnya, kalau tanpa kulit..Agak2 siapa la yang nak makan kan).(Sumber : Kosmo)

Sunday, March 13, 2011

House Hunting..

Sudah almost 3 months gak la, starting this year Masha & Mr.EverDale mencari rumah untuk dibeli..Semenjak, mama Mr.EverDale dah plan2 nak menyunting 'bunga' ini..huhu, so kena prepare la sikit. Kalau boleh, memang dah kawen nanti nak ada rumah sendiri, tak nak sewa2. Bukan apa, nanti senang, buruk2 pun rumah kita sendiri. Sebab, mostly tengok orang2 yang dah berkahwin still menyewa or stay rumah mertua/family. Satu lagi sebab, Masha ni takde sedara-mara yang menetap di KL/Selangor. So, at least nanti senang diorang nak stay rumah Masha kalau sampai sini nanti. Almost every week la pergi tengok rumah di area Seri Kembangan, Puchong, Puncak Jalil and Taman Equine. Senang nak pergi kerja and banyak facilities tempat yang dicari. Luckily, mama Mr.EverDale experience in handling urusan jual/beli rumah.


Macam2 ragam penjual/agent yang dah jumpa, kadang2 sampai rasa nak give up pun ada. Memang susah sangat nak beli rumah ni, kalau Masha bli sendiri la, alamatnya kena tipu/rugi pun boleh kena. Lagi2 sejak berita ada mengatakan, yang harga rumah bakal meningkat lagi. Although, Skim Rumah Pertamaku have been announced, Masha rasa maybe lambat lagi nak berkuatkuasa skim ini. Huhu, mau garu kepala kalau still berlengah2. Setelah beberapa buah rumah dah survey, berkenan la satu apartment kat Vista Lavender, Puchong, hopefully owner rumah tu dapat negotiate(",). Rumah tu pun dah fully furnish, masuk cuci kaki je. Harap2 dapat la, kalau tak kena cari rumah lagi. Tapi dalam senarai, ada lagi rumah yang lain. Tadi pun, baru lepas tengok rumah kat Taman Pinggiran Putra, Malay owner. Ni pun okie gak la, ade swimming pool..:-). And, weekend ini pun Masha rasa happy juga, sebab dapat spent time with family Mr.EverDale, jumpa anak buah dia yang semakin tembun. Celebrate birthday Kak Pipi and dapat beli cincin..hehe..for my E-Day soon..Sangat tak sabar memiliki rumah sendiri hasil titik peluh sendiri. Nak design rumah ikut mata sendiri. And want to live with the person I love most..Mr.EverDale..Hopefully, semua berjalan dengan lancar.Aminn.

Thursday, March 10, 2011

Wully Service 10k KM

Cerita ini berlaku last Saturday. Untuk menghabiskan free service voucher from Proton, dan hendak 'manjakan' Wully setelah 3 minggu tidak ber'mandi' dan di'periksa'. So after kelas Automata petang itu, Masha pun pergilah EON service centre at Taman Equine. Hehe, berlaku kejadian yang telah memalukan diri sendiri sehingga merasakan nak je menyorok bawah meja kaunter tu. Muka memang merah la kan. Dialog sikit je macam ni :

Abg Proton : Dik, dik pakai minyak ape ye?
Masha : (Dengan yakinnya menjawab) Urmm, saya pakai minyak Shell & Petronas je bang.
Abg Proton & kawannya : (Senyum je) (^_^).. Bukan, maksud saya, minyak enjin dik.
Masha : (Aduii..terus pandang Mr.EverDale, dalam hati maluu gler la..bukannya dia nak tolong jawab..huhu..dengan muka xthn nk nyorok bawah meja) Hehe, jap eh saya tengok resit.(Cari2 resit, jumpa la minyak Petronas Syntium 800 SM) 
Abg Proton : Owh, 800 punye. ok2..

Sampai sekarang, Masha ingat 800. Perasaan time tu malu gler la, tapi buat muka cool je. Mr.EverDale cakap, takpe pengalaman. Dia sebenarnya nak tolong jawabkan, tapi dah Masha yakin sangat terus jawab, tak sempat la dia nak jawab. Kalau tanya girls lain maybe diorg pon jawab benda yang sama kot. Sesungguhnya, saya memang kurang arif tentang hal2 kereta ni, drive je tahu. Pengajaran hari ni, "think before you talk".
There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus