Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday Ver 1.6

Yes..today is Wednesday..(",)..can't wait for next weekend..USS jom..

Tuesday, March 27, 2012

Sweet 2 months

Assalammualaikum..

Hari ini 27 March, genap 2 bulan usia perkahwinan Masha & Mr.EverDale..Sangat bersyukur dikurniakan seorang hubby yang understanding, caring & responsible..Happy juga dengan life sekarang walaupun penat. At least ada orang yang akan entertain kte, comfort kte, pampered kte. Life menjadi seorang wife, student & employee sangat mencabar. Alhamdulillah, so far Masha dapat adapt dengan life macam ni. Rutin harian memang totally change la sejak berkahwin ni, dulu duduk sorang kalo tak makan pon xpe, kalo tak iron baju pon xpe, kalo bangun lambat2 pon xpe. Tapi sekarang, buat apa2 pun, mesti fikirkan hubby.

Single Life (Working Days + Class)
 6.30am : Bangun solat Subuh, pas solat tdo balik (ade masa je mesti tdo..hehe)
 8.00am : Bangun, mandi, siap2 pergi kerja.
 8.30am : Bertolak ke Office (Cyberjaya)
 8.45am : Sampai office. Working till 5.30pm.
 5.30pm : Bertolak ke Shah Alam- kelas Masters
 6.45pm : Sampai di UiTM. Masuk kelas terus.
 9.45pm : Kelas abes. Tros balik.
 10.30pm : Sampai rumah. Kalo lapo tapau makanan.Kalo x blik solat tdo..

Double Life (Working Days + Class)
5.00am : Bangun, cuci muka, tros masak (nasik goreng/ lauk/sayur) untuk bekalan hubby g kje.
5.50am : Buat air kt hubby. Kejut hubby. Kte mandi siap2.
6.10am : Siap berpakaian, mekap, solat Subuh.
6.15am : Mintak hubby minum. Dah siap minum, keluar rumah, pergi tempat parking
6.23am : Bru gerak keluar dari apatment. Sepanjang hubby drive g kje, masha tdo dalam keter.
7.03am : Sampai di Yakult Glenmarie Shah Alam(Office hubby). Kami tdo(take a nap) dalam kereta.
7.20am : Baru betul2 bangun. Hubby masuk office.
7.25am : Masha drive pergi UiTM Shah Alam.
7.45am : Sampai UiTM. Masuk Office. Working till 5.00pm.
5.00pm : Gerak tros g office hubby.
5.30pm : Sampai office hubby. Tunggu till hubby kluar.
5.40pm : Hubby keluar office. Terus gerak g UiTM balik. Sambil dalam perjalanan. Makan dlu.
6.30pm : Sampai UiTM. Masha masuk kelas. Hubby tunggu dalam keter
9.45pm : Kelas habis. Terus balik. Singgah beli makanan. Makan. Kalau balik rumah awai, masak ape2 je untuk dinner.
10.30pm : Sampai rumah. Siap2 ape yg xsettle lagi.
11.00pm : Tdo.

Kalau korang semua perasan, dalam ni takde part iron baju, cuci baju semua kan. Semua tu Masha settle siap2 time cuti weekend, iron sekali gus 5 helai baju Masha n hubby untuk 5 hari bekerja. Senang. Ape lagi buat time weekend, cuci baju, lipat baju siap2, blender bawang and cili kering siap2 supaya masa memasak pagi2 dan malam2 dapat dijimatkan. Potong sayur2 kering (mcm carrot, sayur2) siap2. Simpan dalam tupperware dalam fridge. Cuci, siang and basuh lauk2 macam ikan, ayam and daging siap2 dan simpan dalam freezer. Semua dalam fridge, so time nak masak weekdays senang je campak2..('',).

Naseb hubby masha ni tak banyak songeh. Makan je apa yang terhidang. Alhamdulillah, suka hati Masha kalau dapat tengok dia kenyang, and tambah2 nasik lagi and lauk habis. InsyaAllah, Masha akan cuba sedaya upaya untuk menjadi suri rumah bekerjaya selagi termampu. Dan kalau ada rezeki, mintak2 la cepat2 dapat baby. Jeles tau tengok kawan2 yang dah de baby cute2. InsyaAllah. Doakan ye..:-)
Last but not least. Everyday I love u Mr.Syahrul Azmeer Ismail..(",). 
27 January 2012, 03 Rabiul Awal 1433H.

Friday, March 16, 2012

Hukum Minum Air Sambil Berdiri




Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
"Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya".[107]

Hadis B:
"Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [108] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata 

Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat."[109]

Hadis C:
Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:
Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[110]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan. Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah). Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram, tetapi hanyalah makruh. Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [111]. Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan
====================================================================

[107] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma. 
[108] Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.
[109] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).
[110] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).
[111] Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.
======================================================================
Source: UiTM Tazkirah Bulanan.

Yang ni dari segi logik dan perubatan

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya! Terapi air putih: Perbanyakkan minum air masak.
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

Source: informations-the.blogspot.com

Thursday, March 15, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 2

Assalammualaikum semua..Hari ini Masha akan sambung Cara-cara hendak mengubah Duit Mas Kahwin. Step hari ini ialah cara hendak mencantumkan bunga-bunga yang sudah siap digubah menjadi sejambak bunga dan dijadikan 1 dulang hantaran.
  • Mula-mula sediakan bahan2 nya terlebih dahulu ye kawan2. Bahan yang diperlukan ialah : 1 polisterin berbentuk empat segi tepat (bergantung kepada pilihan masing2), kain lapik polisterin (bergantung pada pilihan masing2, macam Masha Theme belah lelaki color gold, so Masha pilih kain color gold), renda / list hiasan berwarna untuk lilit keliling polisterin (ini pon bergantung pada pilihan masing2), double sided tape, daun2 hijau plastik,  dawai, pita lilit bunga berwarna hijau dan riben. 
  • Kemudian, ambil bunga yang sudah siap digubah seperti yang dalam entry Part1 lepas, lilitkan dawai bunga itu pada batang bunga / dawai bunga yang tebal. Dan lilitkan dengan pita lilit bunga yang berwarna hijau..lilit banyak2 kali sehingga bunga betul2 kukuh.
 
Dawai bunga dililit pada tangkai bunga plastik / dawai bunga yang tebal.
Lilitkan pita bunga yang berwarna hijau keliling tangkai, sehingga bunga betul2 kukuh.
  • Kemudian langkah seterusnya, ambil daun plastik atau bunga2 plastik yang kecil lilitkan sekali disebalik tangkai bunga itu, lilitkan bersama pita bunga berwarna hijau itu. Buat ikut kretiviti anda..Lilit je, janji boleh..hehe..:-)
  • Langkah yang seterusnya ini tiada gambar, langkah ini simple je..ambil kain cantik/ kain net tadi. Letakkan di bawah dan polisterin di atas..Kemudian ambil double sided, gamkan pada diameter ukur lilit polisterin empat segi tadi dan lipat kain cantik tu seperti membalut kotak hadiah. Lakukan langkah in sehingga polisterin betul2 kemas dibalut oleh kain cantik itu. Kemudian ambil renda, gamkan pada keliling diameter polisterin itu.
  • Untuk duit syiling RM0.20 pula, Masha hanya lilitkan pada dawai dan cucuk pada polisterin, untuk cukupkan RM1.00.
  • Kemudian setelah siap setiap tangkai2 bunga yang siap dilit dengan bunga dan daun hiasan, cantumkan satu demi satu bunga2 itu sehingga menjadi sejambak bunga seperti di dalam gambar di bawah. Akhir sekali ambil riben (color terpulang) untuk dililitkan pada hujung jambangan bunga itu. Macam Masha guna riben color merah.
Di sini Masha tambah aksesori tambahan seperti rama2 hiasan berwarna gold, 1 bekas gelang berwarna coklat (yang berbentuk bulat), 2 bekas cincin (berwarna putih) yang seakan2 cinderella carriage tu. Yang carriage tu sangat Masha berkenan..cute je.. dan akhir sekali sekuntum bunga berwarna gold. Tadaa...dah siap.
Bekas Cinderella Carriage dan bekas gelang
Her Ring (left)  and His Ring (right)                                                                                           
Her Bracelet
Finall touch by Masha, yang sudah siap di atas dulang.
Dah siap..selamat mencuba ye kawan2..(",)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday Ver 1.5


Akira Yoshizawa (吉澤 章 Yoshizawa Akira; 14 March 1911 – 14 March 2005) was considered to be the grandmaster of origami. Source : Akira_Yoshizawa

Tuesday, March 13, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 1


Assalammualaikum semua..Ok disebabkan tadi kerja dah siap, sekarang masa untuk menulis pula. Hari ini Masha akan ajar step by step cara hendak mengubah / melipat duit menjadi bunga rose dan sesuai untuk dijadikan duit Mas Kahwin. Gubahan ini Masha buat sendiri dengan jayanya hanya dengan rujukan dari blog Saudara Amirul Syafique, best plak bila berjaya.

  • Mula2 sediakan duit dengan secukupnya. Di sini Masha sediakan total duit RM101 = RM10 x 8 keping : RM 80, RM1 x 20 keping : RM 20, RM0.20 x 5 keping : RM1. Sebab 1 kuntum bunga memerlukan kira2 4 keping duit. Alkisahnya pasal duit ni, jenuh Masha nak tukar. Pergi bank, dapat tukar je RM 10 je tu pun duit orang dah guna..tak keras macam duit baru. Sadis je..Last2, kena la minta dan bertanya dengan budak2 office, nasib dapat tukar. Then 1 lidi sate yang kecil ataupun pencungkil gigi, dawai serta stigma bunga yang berwarna merah dan silver (bergantung pada warna duit anda). Masha tak tau nama apa benda alah bulat2 merah tu, tapi kalau korang ade belajar Sains Form 2 mesti belajar Parts of Flower seperti dalam gambar rajah dibawah.
  • Then, ambil lidi dan sekeping duit. Kemudian lilitkan lidi di setiap penjuru duit itu. Buat pada 4 penjuru duit, gulungkan sehingga tinggalkan curl2 sikit..
Sehingga jadi macam gambar di bawah : 
  • Kemudian bahagikan/lipatkan duit itu menjadi 2 bahagian. Kemudian buka balik sehingga meninggalkan kesan dan kepitkan dengan hujung ibu jari serta jari telunjuk. Dan adjust dalam kuntum bunga itu dengan hujung jari supaya jadi seperti mangkuk. Lipatan curl2 itu terserlah pada kreativiti anda untuk buat di bahagian hadapan atau di belakang.
 Seperti mangkuk ayunn..hehe..
  • Kemudian lilitkan dawai pada lipatan duit tadi. Di tengah2..
  • Kemudian ulang langkah yang sama untuk menghasilkan 4 keping kelopak bunga lagi.
  • Kemudian ambil stigma bunga kira secubit. Bajet2 ikot pada saiz bunga. dan  lipat dua stigma itu untuk melilit dawai di tengah2 bahagian itu.
 
  • Kemudian masa untuk mencantum2 kan bahagian2 yang telah dilipat2 tadi menjadi sekuntum bunga. Dimulai dengan Stigma dahulu, kemudian ambil 1 kelopak bunga lilitkan antara dawai2sehingga tercantum. Lakukan lilitan dawai di antara setiap kelopak bunga sehingga jadi seperti ini:
 Yang atas ni versi RM 10, yang bawah ni versi RM1, cara nya sama je. Lain kat kelopak yang 1st je..
 Tadaaa..dah jadi bunga..esok kita sambung Part 2 plak k..cara nak membuat gubahan tepak bunga Mas Kahwin.
 Selamat Mencuba..:-)

Friday, March 9, 2012

Hukum Minuman dimasuki Semut

Hukum Minuman Dimasuki Semut

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminumnya juga akan menjadi bodoh seperti semut.
Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:

Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:

Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu NAJIS, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu NAJISs dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam

Marilah kita sama2 renungkan...

Wednesday, March 7, 2012

Mengapa selalu mengantuk dan keletihan?

Masalah ini dihadapi oleh En.Hubby Masha dimana dia selalu je mengomel rasa tidak cukup tidur dan asyik la rasa mengantuk di office. Untuk pengetahuan semua, masa tidur seorang dewasa yang ideal ialah antara 7-8 jam sehari. Tapi Masha memang hari2 mesti tak cukup 7 jam pon tidur..tapi masih boleh bertahan..insyaAllah..Masha pun tak tahu la nak tolong macamana. Tapi Masha selalu amalkan kalau mengantuk je minum air atau makan gula2 Clorex. Rasa mint yang nyaman tu buat jadi tak mengantuk lah. Ada juga cuba Goggle dan jumpa sebab-sebab mengapa kita selalu mengantuk. Antaranya ialah :
  • Tidur Tidak Mencukupi 

Ia mungkin ketara tetapi anda mungkin tidur tidak mencukupi. Itu boleh secara negatif menjejaskan tumpuan dan kesihatan anda. Orang-orang dewasa perlu mendapatkan tujuh untuk lapan jam setiap malam.

Baiki: Buat tidur satu keutamaan dan menyimpan satu jadual biasa. Matikan komputer-komputer riba, telefon bimbit, dan PDAs dari bilik tidur anda. Masih sedang mengalami kesusahan? Minta bantuan dari seorang doktor. Anda mungkin mempunyai satu gangguan tidur.
  • Apnea Tidur
Sesetengah orang fikir mereka tidur secukupnya, tetapi apnea tidur ialah antara sebabnya. Ia secara ringkas menghentikan pernafasan anda sepanjang malam itu. Setiap gangguan itu akan menyebabkan anda bangun sebentar, tetapi anda mungkin tidak menyedarinya. Hasil: anda kurang tidur walaupun membelanjakan lapan jam di katil.

Baiki: Kurangkan berat badan jika anda terlebih berat badan, berhenti merokok, dan tidur dengan CPAP device untuk membantu mengekalkan laluan-laluan jalan udara terbuka pada waktu malam.
  • Tenaga Tidak Mencukupi
 
Makanan adalah salah satu sebab kecil mendorong kepada keletihan, tetapi makan bahan-bahan makanan yang salah boleh juga jadi satu masalah. Makan makanan yang seimbang menolong mengawal gula dalam darah anda dalam satu julat normal dan mencegah  perasaan lembap apabila gula darah anda menjadi kurang.

Baiki: Sentiasa makan sarapan dan cuba termasuk protein dan karbohidrat kompleks dalam setiap hidangan. Misalnya, makan telur dengan roti bakar gandum penuh. Juga makan hidangan dan snek sepanjang hari untuk tenaga dibenarkan.
  • Anemia
Anemia ialah satu punca utama keletihan pada wanita. Kehilangan darah haid boleh menjadi salah satu sebab juga kekurangan zat besi, meletakkan wanita menanggung risiko. Sel-sel darah merah diperlukan kerana mereka membawa oksigen bagi tisu-tisu dan organ-organ anda.

Baiki: Untuk anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi, mengambil supplement tambahan zat besi dan makan makanan yang kaya dengan zat besi, seperti daging, pejal, hati, kerang, kekacang, dan diperkaya bijirin, boleh membantu.
  • Kemurungan
Anda mungkin beranggapan kemurungan sebagai salah satu gangguan emosi, tetapi ia menyumbang kepada banyak simptom fizikal juga. Keletihan, sakit kepala, dan hilang selera ialah antara gejala-gejala paling biasa. Jika anda merasa serik dan “pitamuntuk lebih dari beberapa minggu, segeralah merujuk kepada  doktor.

Baiki: Kemurungan perlu perjumpa psikoterapi dan / atau ubat.
  • Hipotiroidisme
Tiroid ialah satu kelenjar kecil di asas leher anda. Ia mengawal metabolisme anda, kelajuan di mana badan anda tukar bahan api kepada tenaga. Bila kelenjar kurang aktif dan metabolisme berfungsi terlalu lambat, anda mungkin rasa lembap dan bertambah gemuk.

Baiki: Jalankan satu ujian darah untuk mengesahkan hormon tiroid anda rendah, hormon-hormon sintetik boleh membawa anda sehingga kelajuan.
  • Terlebih Kafein
Kafein boleh menambahkan tumpuan dalam sesuatu pekerjaan jika diambil dalam dos sederhana. Tetapi jika terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness. Dan penyelidikan menunjukkan terlalu banyak sebenarnya menyebabkan keletihan dalam sesetengah orang.

Baiki: Beransur-ansur untuk mengurangkan kopi, teh, coklat, minuman ringan , dan sebarang ubat yang mengandungi kafein. Menghentikan tiba-tiba boleh menyebabkan pengeluaran kafein dan lebih banyak keletihan.
  • Tahan Kencing (UTI)
Jika anda pernah mempunyai satu jangkitan saluran kencing- urinary tract infection (UTI), anda mungkin biasa dengan sakit ulu hati dan perasaan asyik ingin terkencing. Tetapi jangkitan tidak selalu datang sendiri dengan tanda-tanda jelas. Dalam beberapa kes, keletihan mungkin adalah salah satu tanda. Ujian air kencing boleh mengesahkan jika adanya UTI.

Baiki: Antibiotik ialah ubat untuk UTIs, dan keletihan biasanya akan hilang dalam satu minggu.
  • Kencing Manis
Pada orang yang mengalami diabetes, jika paras gula yang terlalu tinggi  kekal dalam aliran darah  memasuki sel-sel badan, di mana ia akan bertukar kepada tenaga. Hasilnya ialah badan akan menjadi tidak larat walaupun cukup makan. Jika anda mempunyai keletihan yang tidak boleh diterangkan dengan berterusan, tanya doktor anda untuk diuji tentang kencing manis.

Baiki: Rawatan-rawatan untuk kencing manis mungkin termasuk menukar gaya hidup seperti diet dan latihan, terapi insulin, dan ubat-ubatan untuk membantu gula proses badan.
  • Penyahhidratan (Kurang Air)
Keletihan anda mungkin adalah satu tanda penyahhidratan. Sama ada anda dapat menyelesaikan atau bekerja satu kerja dalam pejabat, badan anda perlu banyak air untuk bekerja dengan betul dan bertenang. Jika anda dahaga, anda telah dinyahhidratkan.

Baiki: Minum air sepanjang hari jadi air kencing anda berwarna cerah. Sekurang-kurangnya dua cawan air sejam atau lebih banyak sebelum satu aktiviti fizikal terancang. Kemudian, menghirup udara sepanjang senaman anda dan kemudian minum air dua lagi.
  • Penyakit Jantung
Bila keletihan menyerang semasa aktiviti-aktiviti harian, seperti mencuci rumah atau merumput, ia mungkin adalah satu tanda bahawa jantung anda bukan lagi sesuai untuk melakukan kerja. Jika anda perhatikannya ia menjadi semakin sukar menyelesaikan tugas-tugas yang pernah suatu ketika mudah, perlu segera berjumpa doktor anda tentang penyakit jantung.

Baiki: Menukar gaya hidup, ubat, dan prosedur terapeutik boleh mengawal penyakit jantung dan memulihkan tenaga anda.
  • Gangguan Tidur Kerja Syif
Bekerja malam atau syif-syif bergilir boleh mengganggu jam dalaman anda. Anda boleh merasa serik apabila anda memerlukan untuk menjadi berjaga. Dan anda mungkin telah menyusahkan tidur semasa hari.

Baiki: Menghadkan pendedahan anda untuk siang apabila anda perlu untuk berehat. Buat bilik anda gelap, senyap, dan dingin. Masih mempunyai masalah tidur? Bertemu dengan doktor anda. Makanan tambahan dan ubat-ubatan mungkin membantu.
  • Alahan-alahan Makanan
Beberapa doktor percaya alahan-alahan makanan tersembunyi boleh membuat anda mengantuk. Jika keletihan anda berlaku selepas makan, anda mungkin alah kepada sesuatu yang anda makan - tidak cukup juga menyebabkan gatal-gatal, hanya cukup membuat anda letih.
  • CFS and fibromyalgia
Jika keletihan anda tahan lebih daripada enam bulan dan ialah begitu teruk yang anda tidak boleh menguruskan aktiviti harian anda, sindrom keletihan kronik atau fibromyalgia ialah satu kemungkinan. Kedua-dua boleh mempunyai simptom-simptom pelbagai, tetapi keletihan tidak diterangkan yang berterusan ialah yang utama.

Baiki: Manakala tiada penyelesaian pantas untuk CFS atau fibromyalgia, pesakit-pesakit sering bergantung kepada perubahan jadual harian mereka, tidur dengan lebih sempurna, dan memulakan program senaman ringan secara istiqamah.
 

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus