Tuesday, July 31, 2012

Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita

 credit- Gambar Hiasan

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


credit- Yusof Razak

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’



 1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

Waallahukhlam...


credit- Green Light Studio

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

As-salam,.

Di pagi yang sejuk ini, Masha hendak membuat tutorial cara membuat rose ribbon seperti yang telah banyak orang pakai pada tudung-tudung sebagai pin atau pun hiasan di sekeliling tudung atau pun dibaju.
White Rose Ribbon di tudung-credit pic Spice Hijab
Atau pada kain dan baju- credit pic Butik Qalesya Karim

1) Mula-mula, sediakan Satin Rose (warna terpulang), size (lebar kira-kira separuh jari telunjuk) - terpulang kepada saiz yang dimahukan, gunting dan gam UHU..
2) Kemudian potong riben kira-kira 36cm (terpulang tebal mana bunga yang dimahukan). Macam masha, potong je, tak kira pon..hehe..
 3) Kemudian, pada hujung riben yang sudah dipotong. Lipat sedikit sehingga menjadi segi tiga dan gamkan pada kawasan yang berlorek kuning seperti dalam gambar.
4) Kemudian, segitiga yang sudah digam, gulung sedikit ke dalam untuk membentuk pusat untuk bunga rose itu.
5) Kemudian, ambil riben yang panjang di sebelah kanan anda dan lipat ke atas seperti membentuk V seperti dalam gambar.
6) Ulang langkah 5 berulang kali sehingga riben di sebelah kanan anda menjadi pendek kira-kira separuh jari telunjuk.
7) Pada hujung riben yang terakhir ini, lipatkan ia ke bawah bunga dan gamkan hujung riben itu, pada kawasan yang berlorek kuning.

8) Kemaskan bahagian bawah bunga, lipat la macam mana pon, janji kemas..hehe..janji gam..
                                                                 9) TADAAAA..dah siap..boleh la jahit pada tudung atau buat pin hiasan..:-)..SELAMAT MENCUBA..Practice make perfect..



Monday, July 30, 2012

DIY- Tutorial Cara Membuat Origami Love Ball

Tengah baca-baca komen status orang, terjumpa gambar ni dekat album SmartDeal.my


Yang basic love shape tu dah biase sangat Masha buat kan..dulu slalu lipat duit kertas jadi double love..So, mencabarkan diri la untuk membuat love ball sepeti dalam gambar ni. Memang tak berapa nak clear, so di sini Masha redo balik step by step cara nak buat..

1) Mula-mula sedia kan satu kertas bersegi empat tepat macam dalam gambar di bawah.

2) Dan lipat sehingga meninggalkan garisan (kuning) seperti dalam gambar

3) Kemudian, gunting (pada garisan kuning) di tengah2 setiap sisi segi enpat sama seperti gambar bawah ni sehingga menjadi 4x4 segi empat sama

4) Mulakan lipatan pada setiap 4 segi empat sama, dengan tekan ke kiri dan ke kanan sehingga menjadi seperti dalam gambar

5) Buat kepada semua ke empat2 penjuru sehingga menjadi seperti ini

6) Kemudian ambil satu square kecil daripada keempat2 square itu dan tolak ke belakang sedikit..dan ratakan garis segi tiga.Part ni Masha mula2 confuse gak, lame2 try n error jadi..hehe..
 Jadi la cenggini

7) Then, pilih penjuru square tengah2 tu, dan tekan ke dalam sehingga jadi seperti dalam gambar di bawah:
Ratakan dan kemaskan sehingga jadi seperti ini. Lakukan pada setiap penjuru:

9) Then setelah selesai keempat2 sisi hingga menjadi seperti tambah,  kemaskan setiap hujung V dengan melipat sedikit pada hujung setiap V, sehingga menjadi seperti love shape. Lakukan pada keempat2 sisi.

10) Sudah siap satu bahagian. Lakukan step 1-9 sehingga mendapat 6 bahagian love, kemudian cantumkan dengan gamkan pada kawasan yang ditanda seperti dalam gambar:
TADAAA...dah siap
                                                    Selamat mencuba...(",)..Origami lover

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kembali..

As-salam, 

Setelah sebulan 2 hari,, baru nak update kan..ape je la Masha ni..Alhamdulillah, finally habis jugak sem 3/2012 ni, mintak la lulus semua subjek..Rabu lepas, 18 July baru submit corrected Special Topic punya report..terasa sangat lega bagai ada satu beban yang berat dah terlepas.,(",)..so, sekarang sudah mula cuti semester-3 bulan..baru la boleh buat semua kerja yang tertangguh..kerja ape ye?..DIY projek la..semua tersangkut..disini Masha list out semua kerja yang bakal dilakukan & sudah separuh siap:
  1. Bunga Riben untuk buat keronsang, hiasan baju dan tudung (sudah siap tunggu nak jahit ke tudung)..
  2. Jahit lapik meja, kerusi, dan langsir rumah..(kain dah beli, tunggu nak jahit je).
  3. Jahit renda rose pada tudung..(renda dah lama beli, pon tunggu nak jahit je)..
  4. Nak cat bilik tidur idaman ..still in progress..katil dah berjaya cat last weekend..:-)
  5. Nak tampal wallpaper kt hall..(ada wall paper balance dulu, bley touch up rumah lagi)
  6. Nak cat rumah..
  7. Nak Babyyyy....(yang ni bukan DIY, yg ni Do It Together2)..hehe..
Hehe, nampak banyak projek menjahit je kan..suke2..tapi sangat tak ada masa sejak 2 3 bulan lepas..hopefully semua list di atas dapat berjalan dengan jayanya...insyaAllah..Alhamdulillah, TQ sangat Allah, sebab memberikan kesihatan yang baik, suami yang baik, family yang baik, kehidupan yang sempurna..dalam menjalani kehidupan sepanjang bergelar  isteri dekat 6 bulan ni dan sebagai part time student, and government servant ni..

Dikesempatan ini Masha ingin memohon ampun dan maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

source: spreadsalam.com
 
"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

Sedikit petikan dari wall fb rakan:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus