Wednesday, May 29, 2013

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Kelas antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.
Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
  • Memberikan sokongan padu pada isteri.
  • Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
  • Membantu isteri ke tandas.
  • Menyediakan minuman untuknya.
  • Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
  • Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.
  1. Air ketuban pecah 
  2. Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.
  3. Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10cm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak. 
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

Wordless Wednesday ver 3.5


p/s: At 32 weeks + 3 days..Another 1 inch almost reach the stereng..(",)..Masih mampu drive seperti biasa..Alhamdulillah..

Monday, May 27, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke 28 suamiku...

As-salam, 

Pada 23 Mei (Khamis) lepas, merupakan hari lahir Mr. Hubby tersayang yang ke 28..Malam 22 Mei, sebelum masuk pukul 12 am, Mr. Hubby baru pulang dari outstation dan beliau tersangat lah penat. Masha pick up dia dari office, then pulang ke rumah..kesian Mr. Hubby..Masha pun asyik la wish "Happy Birthday bb", berkali-kali..sampai la sebelum dia tidur n kiss dia..Mr.Hubby tidur awal, tak sempat pukul 12 dah lelap..

Birthday kali ni disambut ala kadar sahaja disebabkan dekat dengan date nikah abang pada 24 Mei..sangat la kelam kabut. Pada hari Khamis tu, Masha plan nak amik half day dan telah memujuk Mr.Hubby untuk ambil half day juge..hehe..then pada hari kejadian after Masha pick up hubby, then kitaorang pergi bank dan settle bayar bill, dan shopping baju dan barang2 untuk majlis abang nanti. Kesian lagi Mr.Hubby, terpaksa tunggu lama berlapo. Finally, after settle semua, kitaorang pergi Restoran Johnny di The Summit Subang, untuk celebrate birthday. Sambil menunggu order sampai, Masha sempat lagi lari pergi beli present n kad untuk hubby..sangat kelam kabut, sampai makanan dah ready Masha tak sampai2 lagi.kesian lagi Mr.Hubby kena tunggu..huhu..sorry b..


 Kebetulan, time pegi Summit aritu ada pameran kereta2 mahal ni..lagi2 ada bumblebee..wee..sangat teruja tengok..Mr.Hubby seperti yang sedia maklum, memang suke sangat kereta2 ni..dan sekarang suke collect iron man..memang best la..Masha melayan kan je selagi hobby Mr.Hubby tidak merbahayakan diri sendiri..Masha pon bagi gift berunsurkan Iron Man dan barang keperluan hubby..hehe..Hopefully b suke..:-)


Ucapan sempena ulang tahun kelahiran suamiku yang ke 28 ini, di kesempatan ini sayang nak ucapkan "Selamat Hari Lahir buat suamiku tersayang Mr. Syahrul" semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik selalu dan semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin.

TQ Bb, kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, sayang sangat appreciate it. TQ juge sebab sabar melayan kerenah sayang, menjadi Imam sayang, menjadi pendengar yang setia, menjadi orang kuat sayang, menjadi cikgu sayang dalam membimbing diri ini ke jln yg diredhai dan sudi mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini serta susah dan senang bersama-sama. Sayang berharap semoga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan our little caliph soon..

Ummi n baby sayang babah nye sangat2 tau..love u till Jannah..


Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday ver 3.4

As-salam


p/s: Missing this guy very much..My Mr.EverDale pegi outstation le pulok..kena tinggai lagi..huhu..semoga b selamat pulang..ummi n baby waiting 4 u..

Wednesday, May 15, 2013

My 3rd Convocation- Masters in Comp. Science-110513

As-salam, 

Pada 11 Mei 2013 lepas, merupakan hari bersejarah dalam hidup ini dimana Masha telah officially tamat belajar dan mendapat Masters in Science (Computer Science) with flying colors of final result..sangat2 happy sebab kali ni Masha dapat naik stage bersama2 dengan our little caliph at 7months++ in da womb..walaupun penat, dengan tak berapa sehatnya (saket mata, flu n sore throat), Masha tetap rasa bahagianyalah. Terima kasih sangat kepada suami tersayang yang banyak bagi support selama ni dan sabar menunggu sygmu ini, parents in law-mama, abah sebab sudi hadir jauh2 dari JB, parents yg terchenta- abah n mak, sister in law- akak afiah ismail, abangku- zahalil n adikku- haris..sebab terpaksa berpanas-panasan dan sabar menunggu di luar dewan sampai tertidur2..Masha punya turn kena pada hari pertama konvokesyen, dan sesi ke2..dan minggu tu cuaca sangat lah panas dan berbahang..Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang..So..Just enjoy da pics..-->








Wordless Wednesday ver 3.3


p/s: Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjadi seorang isteri, banyak ganjarannya..(",)

Tuesday, May 7, 2013

Willkommen 3rd Trimester my baby..

As-salam, 

Alhamdulillah, pada 27 April 2013 lepas, kandungan Masha sudah masuk ke 3rd trimester..dimana menurut pregnancy ticker kat bawah header ni, 3rd trimester telah bermula dari 27 April till 20 July ni..huhu..diam tak diam, masuk hari ni baby dah 29 weeks 2 days..another 75 days to go..sekejap je masa berlalu kn..perot pon dah makin memboyot ke depan..jalan pon dah tak brape nak stabil..dan akan cepat mengah kalau banyak berjalan..seriusly, nak cakap banyak2 pon mengah..camne tu, sampaikan hubby Masha tanye, knape mengah..huhu..sabo je la..tapi Masha rasa tenang n happy sangat dengan condition ni, lagi2 kalo dapat rasa baby kicking, n main2 dalam womb ni..bahagia nye rasa..kalo tengah time2 tengok tv dengan hubby, n baby kicking..tros bagi hubby pegang perot..excitednye dia..hubby gelak2..n pegang taknak lepas, sambil bersembang dengan baby..(",)

Last month, before balik Ipoh,on 29 April, Masha de pergi KKSA untuk monthly checkup macam biase..time tu baru 28 weeks..seperti biasa, ambil berat, ambil air kencing, ambil darah cket n check dan dengar degupan heartbeat baby semuanya alhamdulillah..dan start 30hb ni dah kena stat kira baby kicks dalam masa sehari dan kena catat dalam buku pink..n dah kena datang KKSA setiap 2 minggu sekali..huhu..ok..badan sekarang terasa sangat la berat..tak penah seumur hidup exceed berat sampai cam gini..huhu..takpe la..ummi berkorban demi baby terchenta..(",)..dan pada 25 April lepas, Masha dengan excited nya pergi buat scanned 3D/4D..suke2 nye dapat jumpa baby..n baby ummi sangat la debab nye pon..muka almost like babah dia..pipi tembam..cute sangat..alhamdulillah..indah sungguh ciptaan Allah ni..berat baby dah nk masuk 1.119kg at 27 weeks..semangat baby ummi ni..tu yg debab tu..hehe..heart beat OK, uri kat atas OK, kepala baby kt bawah dah OK..semuanya OK..Alhamdulillah..(^_^)


Jantina?..masih lagi rahsia kerajaan sebabnya, baby ummi ni malu2..malu2 doc cakap gugurl..hehe..xsure la, sebab Dr.Hanie pon tak brani nk confirm girl or boy sebab tak nampak clear sangat..takpe la..kte scan lagi ujung bulan ni ye..ummi doakan semoga anak ummi yang soleh/solehah ni membesar dengan cergas, pintar, rajin, sempurna, beriman dan bertaqwa..Aminn..

Masha n hubby balik Ipoh, pada 27 April lepas. Misi utama adalah hendak bertemu dengan bakal makcik yang bakal mengurut Masha lepas bersalin nanti..nama makcik ni, Mcik Lamah..Sampai je rumah Mcik Lamah, kami sembang2 apa yang patut, dan mcik Lamah mintak Masha baring, dia nak betulkan kedudukan baby n mcik Lamah berpuas hati la, sebabnya, baby Masha memang sudah berada di kedudukan kepala di bawah n uri di atas..Alhamdulillah..sama seperti result time Masha scanned 3D/4D kat klinik dr.Hanie lepas..Mcik Lamah ada bagi beberapa tips dan nasihat serta sediakan ari selusuh sebotol dan minyak untuk minum time dah saket nak bersalin nanti. Lepas jumpa mcik Lamah, Masha, hubby n akak pergi shopping barang baby cket kt Jusco Kinta City..rasa macam dah lama tak masuk Jusco ni..ada la beberapa penambahan..Sangat happy, dapat shopping n jumpa anak buah Masha yang comei ni, dulu dia taknak kat orang..sekarang dah ok dah n dah pandai berjalan..
Hopefully semuanya OK sehingga tiba time bersalin nanti..doakan Masha ye..nak bersalin normal..insyaAllah

Pureen Stock Clearance Promotion- 20-21 April 2013

As-salam,

Selamat Berbulan Mei..hehe..dah lama rasanya tak membebel dalam blog ni. Busy plak lately end of April lepas, dengan UAT project eP ni, baru lepas 2 modul, ade lg 7 modul incoming..huhu..sempat ke tak sempat before nak deliver nanti..xtakpe la..naseb ade pembantu yang rajen menulis ini..hehe..abaikan kerja2 opis..

Harini Masha nak story pasal 1st experience pergi ke Sale Promotion ni..saje je nak tengok, betol ke murah..lagipun, baby dah masuk 7 bulan ni, barang2 baby yang basic banyak tak beli lagi..ape lagi..memborong semuanya la kat sini..alang-alang kan..actually, banyak dah terlepas expo mummy n baby..aritu kt Mid Valley n Stadium Melawati pon tak sempat nak pergi..Naseb dapat tau pasal Pureen Sale ni..Mula2 dah sampai area PJ tu, tengok banyak sangat kereta park jauh2..huhu..dah le panas..dengan perut pon dah makin membesar..tapi alhamdulillah, dapat parking dekat la jugak dengan warehouse Pureen tu..


Banyak btul la orang yang datang, ada yang dah amik2 barang/baju baby n duduk kat satu sudut, pergi pilih balik mana yang ok..maybe diorg grab je dlu..sebab ramai orang kan..Masha plak xtau nak beli mana satu dlu, pilih je baju..nasib ade bawak list barang2 baby yang nak dibeli..apa2 pon, enjoy da pic sekitar warehouse tu.



Tengok tu, nak berebut dengan mak bapak orang, n mak2 buyung sekalian..sabo je la..hasil tangkapan haritu sangat memuaskan..murah kot baju baby je rm3, seluar rm3..mana nak dapat, kalo kt Jusco mau nye sepasang ni minima pon rm15 kan..hehe..sangat puas hati..barang baby newborn till 4 months almost 85% dah beli..tinggal nak topup2 je lagi mana yang takde..total lost pada hari tu ialah RM 257 je kot..sangat berbaloi..baju baby dapat 8 pasang + lain2 miscellaneous..happy2 walaupun a bit penat berebut dengan orang ramai..baby sangat active tergolek2 dalam womb ni..alhamdulillah..hubby kata, baby happy sebab kte dah shopping barang dia..hehe..ye la bb, semoga anak ummi ni membesar dengan soleh/solehah dan sempurna serta cerdik..:-)

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus