Thursday, November 28, 2013

Hi, shaye dh 4 bulan tua

As-salam, 

Semalam Masha n en.hubby cuti sebab nk g KKSK nk g cucuk baby Annur..suppose kalo ikot buku 4 bulan xkena cucuk, tp disebabkan baby Annur punya BCG time lahir dulu xjadi (xde parut), so kne cucuk sekali lagi semalam..Semalam lambat bebeno la klinik tu, amik nombor kui 8am, kui 11.30am bru settle..naseb la dh amik cuti kan..slalunya cepat je..cam last month datang, amik no kui 8am, kui 9.30am dh settled..nape ntah smlm..smpai perot berbunyi2 la tak makan dari pagi..huhu..sabo je la..
Ni dapat present4 months -Ear Muff from Aunty Ina..
Dah la semalam time nk cucuk baby Annur nurse suh tunggu luar, tak bagi masha masok skali..risau pon ade..diorg bedung baby Annur dulu, then baru cucuk kt lengan kiri..dengar la baby menjerit kt dalam bilik tu..huhu..keluar je baby Annur, dh xnanges..tp muka sedih je..n ade air mata..baby Annur juga telah menckar paha dia sendiri smpai tinggal parut..banyak gak la..Masha rasa la kan, semalam maybe dia meronta2 time tengah cucuk..ye la, kan kne bedung time tu..kesian anak ummi ni..tapi dia kuat..pastu dh ceria balik..berat baby naek sangat kit..sekarang dh 7.8kg..n panjang 68cm..kan..Masha cakap..last month nurse ukur salah..patotnya last month 64cam je..ape daa..tapi sekarang memang hantap la baby Annur..membesar dengan jayanya..So far, baby Annur tak pandai meniarap lagi..juz kaki dia je kuat menendang..tak reti dok diam..dan suke le sangat nak makan stokin dia tu..hehe..Alhamdulillah..syukur sangat..semoga baby Annur sehat membesar dgn normal..ummi n babah love u very2 much..
Pas g klinik, tros pegi service Wully..hoho..service biasa + tukar brake pad + tukar wiper + tukar 2 bijik tayar (sebab tayar dah bengkak) + alignment tayar..melayang fulus2 bulan ni..sabo je la eh disebabkan tak tahan drive keter mcm org parkinson(bergegar2 n lari ke kiri). .hehe..lepas service, baru le selesa nak drive kan..xpe la..safety first..so smlm sampai rumah pon dalam pukul 5pm..dah macam pergi kerja je..padahal cuti..hehe..

Pic atas: Time ni kat workshop kereta, lama sangat tunggu..naseb ada guest room..leh la melepak
  

Friday, November 22, 2013

Maternity shoot..

As-salam, 

Finally, dah siap 12 bulan punya gambo,.walaupun takde maternity shoot yang official, shoot kt rumah pon jadi la..En. Hubby jadi photographer nye..hehe..memory semasa preggy..best2..


Thursday, November 21, 2013

Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin

As-salam,

Sudah pasti selepas bersalin anda memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala kerana sepanjang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi, seluruh tubuh dan organ dalaman anda telah mengalami keletihan dan perubahan besar. Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

Rahim
Rahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak
Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj
Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

Luka Episiotomi
Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.

Luka Pembedahan Cesarean
Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit
Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)
Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

Buasir
Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

Berat badan
Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut
Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.

******************************************
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

share from :SoalJawabJomHamil

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday ver 4.2

As-salam

P/s: Alhamdulillah..sentiasa mempermudahkan urusan orang lain..kalo x, rase xsedap hati plak orang susah sbb kte..

Monday, November 18, 2013

Ummi Yang Careless

As-salam

Di petang Isnin, 6.17pm, bersiaran langsung dari opis saya, di Pejabat Perolehan, Uitm..huhu..nak nanges je rasa nya sekarang..soksek2..huhu..

Al-kisahnya, tadi dalam pukul 4 lebih..plan nk pergi post office..Masha pon bwk la kunci keter ingt nk drive keter..ina, opismate Masha pon bwk kunci keter dia gak..last2 Masha drive keter dia g post office..kunci Masha tinggal kt keter dia la kan..dh settle sume urusan n dh blik opis semula, Masha terlupa amik kunci keter Masha dlm keter ina..n pkul 4.45pm ina pon gerak la balik rumah dia kt kg.penchala.

Masha plak boleh tak perasan kn..dh lepas punch kad pkul 5.30pm, terus la dgn yakin nya menuju ke kereta..cari2..kunci takde..huwuwuwu..cmne nak balik ni...Marissa...huwawaa..nk amik marissa camne..siannye anakku..sorry..ummi careless sangat..

Sekarang ni tengah tunggu hubby Masha datang..dia g rmh ina naik moto pinjam kawan dia, g amik kunci..n bru g amik Masha..bersalah nye rasa..huhu..(>_<)..Tengah berdoa, semoga sempat la nak amik baby Annur ni..Ya Allah..permudahkan urusanku..permudahkanlah perjalanan suamiku..Aminn..Syg ummi, tunggu ummi ye..(>_<)

Friday, November 15, 2013

Pengalaman Berpantang Bersalin Caesarean

As-salam, 

Bersambung lagi story pasal pregnancy n delivery ni, seperti yang sedia maklum. Masha bersalin secara operation-caesarean dan kaedah berpantang juga lain dari yang bersalin normal. Masha rasa Masha la orang yang pertama bersalin c-sect ni dalam family, sebab kakak2 Masha dan mak Masha semua bersalin normal..Hurmm..ape nak buat, untuk keselamatan baby n ummi..Tapi rasa best plak bersalin c-sect ni..hehe..

Minggu pertama berpantang
Masha berpantang di rumah sendiri di Equine, Seri Kembangan. Nasib mak ada dan mak n hubby banyak tolong. Sepanjang berpantang, mak la yang tolong mandikan baby, tolong uruskan Masha n baby..yela, 1st time kan, xtau nak uruskan lagi. Masha seminggu selepas bersalin, badan masih tak berapa kuat..Jalan pon slow2 lagi, semua pergerakan slow..nak bangun katil, nak jalan. Keluar je wad aritu, En. Hubby tros report kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan pasal delivery ni, dan nurse ada datang ke rumah melawat baby n Masha 2 hari lepas keluar wad. Nurse check tali pusat baby n bekas jahitan c-sect Masha je. Alhamdulillah, semuanya ok. Enam hari di rumah, Sabtu nye Masha, mak, baby n En. Hubby gerak balik Ipoh, sebab Masha akan berpantang sepenuhnya di hometown nanti.


Minggu kedua berpantang
Makcik urut pon datang pada hari Rabu, dia mengurut buat 3 hari berturut-turut dan pada hari kedua makcik tu bawak daun2 herba untuk buat mandi selepas mengurut. Best sangat la mengurut ni rupanya, badan jadi fresh dan angin semua keluar la..lega sangat..Makcik tu mengurut 1 badan la, tapi tempat jahitan c.sect dia tak kacau. Hari ketiga mengurut, makcik tu mencukur rambut baby sekali. Lega semuanya dah settle, untuk sesi mengurut Masha dan cukur rambut baby dalam masa 3 hari tu harga charge RM70 sahaja..really affordable la.

Minggu ketiga sampai akhir berpantang-44 days.
Masha start minggu kedua berpantang tu Masha dah kuat sikit dah, dah boleh jalan dan dukung baby la.Alhamdulillah, luka Masha cepat sembuh, Masha tak sapu apa2 pun, juz make sure lepas mandi keringkan tempat jahitan dengan kapas/tisu kering dan make sure betul kering baru pakai seluar. Masha pakai seluar dan stokin tu wajib sepanjang tempoh berpantang. Sepanjang 2 minggu selepas berurut tu, Masha mandi air rebusan daun2 herba dan guna sabun Magic Body Slim Soap dan Feminine Wash (JSD). Memang lepas mandi fresh sangat la..Setiap kali lepas mandi pagi tu, sapu minyak panas 1 badan dan Deep Heat Lotion (JSD) dan pakai korset PB-pengganti bengkung. Masha start pakai korset ni lepas 3 minggu bersalin, dan apabila luka2 betul2 dah tak sakit dan kering.

Baby plak, elok je 7 hari lepas bersalin terus gugur tali pusat. Masha juz sapu alkohol yang hospital provide lepas je mandi sapu. Alhamdulillah, baby juga tak kena kuning. Stiap kali lepas mandi baby, mak akan tuam baby dengan tuam yang mak buat sendiri dimana dalam tu mak letak lada itam, lada putih, tali pusat baby dan bungkus cantik2. Ni untuk elak baby kembung. Alhamdulillah, baby tak kena kembung perut pon till now.

Menu makanan Masha plak sepanjang berpantang ialah Ikan Haruan- yang ni wajib. Mak buat masak air+ bawang putih dan lada itam, kadang2 buat masak sup. Masha makan Ikan Haruan ni 2 minggu berturut -turut la. Sampai naik muak..huhu..sabo je la..then masok minggu ke 3, Mak dah try bagi Masha makan sup ayam, dan sayur2 wajib ada untuk elakkan sembelit. Minum plak, Masha kuat minum air, sehari sebotol besar mineral boleh habis dan setiap pagi n malam wajib minom air horlicks. Ni pon minum sampai dah tak lalu nak minum la..haha..
 Supplement plak, Masha consumed set bersalin dari Jamu Susuk Dara (JSD), 4 botol- Jamu Jalinan Cinta (sebotol/40biji) dan 2 botol-Tablet Haruan Omega (sebotol/25 biji) sepanjang tempoh berpantang. Alhamdulillah, so far ok la..badan pon tak penat sangat. Till now, Masha still pkai korset Premium Beautiful (PB) tu (sebab memang dari before preggy pon dah pakai), baru rasa macam tegap dan yakin je badan. Badan pon dah slim cket macam before preggy, juz ade beberapa kilos kena turunkan..hehe..Itu sajork coretan sepanjang proses Masha berpantang.


Pengalaman Bersalin Caesarean in Hospital Serdang

As-salam, 

Sabtu, 20 July 2013, pukul 8.00am
Baby dah 3 bulan lebih, baru nak story pasal pengalaman bersalin kan..Takpe la, masih tersimpul rapi lagi sweet memory ni.  Boleh la nak story cket2. Kisahnya bermula pada kesinambungan dari entry Masha time 39 week dulu. Nak dijadikan cerita, Masha pon menyerah diri la ke Dewan Bersalin, Hospital Serdang. Hari tu bersamaan, Sabtu, 20 July, 11 Ramadhan 1434H, dan Masha masih berpuasa. Masha pergi dengan En.Hubby je, sebab risau kena tunggu lama, taknak la mak tunggu lama-lama kan. Sebelum keluar rumah tu, dah salam mintak maaf dengan mak macam-macam. Mak pun bagi nasihat n doa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sampai je hospital, hubby drop Masha kat Kompleks Dewan Bersalin, dan pergi cari parking, Masha pergi kaunter register sendiri. Orang datang Dewan Bersalin tu dah nak sakit bersalin, yang Masha ni jalan elok lagi sebab takde tanda turun langsung walaupun dah sampai EDD-40 weeks.

Pukul 9-10.30am
Then, lepas sign Surat Kebenaran untuk hubby teman semasa bersalin, dan bagi Surat GL dari UiTM dan surat ape lagi ntah, nama Masha dipanggil. Buat prosedur macam biasa, kena check darah, blood pressure dan air kencing. Semuanya ok. Time ni En. Hubby tengah tunggu kat luar. Then nurse mintak masuk ke Bilik Saringan/ Persediaan (PAC) dimana dalam bilik ni, nurse dan doctor akan buat checkup keadaan kita dan baby. Masha pon dapat katil, dan ada Mesin CTG di sebelah katil Masha, nurse tampal kan wire Mesin CTG tu kt perut untuk check heartbeat baby. Pon dengar la heartbeat baby yang sangat laju macam bunyi kipas kt siling tu. Stay kat situ dalam kui 9 -9.30am kot, sepanjang kt bilik tu, terdengar la akak Bangla kat sebelah ni dok mendengus2 kadang2 menjerit cakap sakit2..hoho..Masha yang tak sakit pon, macam boleh terasa2 je sakit nya..kadang2 annoying gak..sabo je la..then nurse n doc datang, nak check VE (bukaan rahim), diorang de interview cket dan tanya macam2, then Masha pon jawab ala kadar je, sebab semuanya dah stated dalam buku pink tu kan, mula2 nurse suh bukak panties n legging yang Masha pkai time tu. Segan plak. hehe..al-maklum la, 1st time kan. Then Doc pesan suh tarik nafas, Masha pon tarik la nafas, then dia dapat masuk 1 jari je = 1cm je la..Memang xde bukaan sangat pon. Tak rasa sakit pon seperti yang digembar gemburkan oleh orang. Alhamdulillah, still relax lagi. Then dah check2 bagai, diorang pasang Mesin CTG tu balik, sebab reading hearbeat baby tak berapa nak cantik. Dalam kui 10 am kot, nurse suh tunggu kat luar jap.
       Contoh GL
Pukul 10.30am -12.00pm
Yeay, lega dapat jumpa En. Hubby balik. Sembang2 dengan dia nak bagi cool cket. Then tiba2 Doc panggil Masuk balik, sebab nak get confirmation pasal Mode of Delivery. Sebab last Doc scanned baby dulu, pada Isnin, 16 July lepas baby dah berat 3.85kg..hoho..dan kebarangkalian, maybe baby lahir nanti berat 3.90kg disebabkan Big Bay will be born, Doc ada explained pasal pro n cons deliver normal dimana kepala baby maybe akan tersangkut, or tulang bahu baby akan patah, dan kalo patah maybe ada effect kt saraf dan akan effect baby, walaupun, nanti baby itu akan sembuh dengan sendirinya. Ada kes, kepala baby dah keluar, tapi badan sangkut dekat setengah jam baru keluar, dan baby dah biru..huhu..lagipun, ni 1st baby, dengan ketinggian Masha ni, laluan pelvic still sempit.  Time tu Masha still bertegas nak induce, n normal delivery. Then Doc suggest pergi discuss dengan En. Hubby dulu, Masha request biar Doc sendiri yang explained kat En. Hubby sekali lagi. En. Hubby cakap, better operate je untuk keselamatan baby n Masha. Last2, Doc suh bincang dulu, kui 12 pm bagitau keputusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. En. Hubby pon call la Maklang (Chief Nurse kt hospital kt Singapore), dan Mama, tanyakan pendapat diorang. Masha plak call kazen Masha, Julia (nurse kt klinik, Pahang) sebab dia baru bersalin bulan 4 lepas dan big baby juga-4.03kg, dan Caesarean juga. Sembang punya sembang siap nangis-nangis bagai la Masha sebab frust tak dapat nak deliver normal. Diorang semua suggest better deliver operate untuk keselamatan baby dan Masha. Finally dalam pukul 12.30pm camtu Masha bagi keputusan kat Doc, decide nak operate je. Then Doc pon mintak sign ada 2-3 form lagi, dan Masha kena tukar baju pink serta amik darah untuk pasang dip air/darah, yang ni sakit cket. Doc cakap yang Masha akan di "Operate" after Zohor, pkul 2.00pm akan masuk OT(Operation Theater).

Pkul 1.30 - 2.00pm
Hoho..sepanjang tunggu di luar wad tu, Masha dah reda sikit dari tadi, muka n mata memang dah merah la kan, sebab nangis. En. Hubby tak putus bagi support dan kata-kata perangsang, dan cakap "Sayang mesti boleh punya, dan sayang n baby akan selamat", "Sayang kan kuat, B syg Sayang n baby"..huhu terharu pon ada. Sementara menunggu tu, En.Hubby ada ambil gambar time last2 minit nak meletup tu.hehe..dengan idung beso nye..Lepas azan Zohor, nurse mintak masok balik ke Bilik Saringan tu, untuk preparation nak masok OT, barang-barang kemas semua kena bukak, lens pon kena bukak. Adeh..Masha ni dah la rabun tinggi gak, sampai orang depan mata pon tak nampak. Spect dah patah lama dah, jenuh..kang tak nampak muka baby..Takpela, nak buat camne. Then lepas dah bagi semua barang2 kt En. Hubby, En. Hubby pergi ke kereta nak g amik bag baby n bag Masha sebab nk prepare masuk wad lepas ni. Masha plak, nurse masukkan tube untuk air kencing kt miss v kte, huhu, before masukkan tube tu, nurse dah pesan tarik nafas siap2, then, siap..adeh yang ni rasa rimas cket , sebab tak selesa ada menda kt miss v..sabo je la..then nurse masukkan air kt tangan kiri. So, Masha dah xleh nak gerak dah..dok la statik kt katil tu. Tiba2 rasa nak terkencing sangat...huhu..rasa menyesal pon ada, sebab tak kencing siap2 before masuk tube tu kan..dah le xleh nak bergerak dah..then Masha pon kencing je la barin2 tu pon, lupe plak dah ade tube kan..ape daa..hehe..

Pkul 2.00-3.00pm
Sementara menunggu sorang2 kat Bilik Saringan tu, tiba2 nurse datang cakap dah nak kena masuk kt OT..Huhu, Masha cakap kat nurse nak jumpa En. Hubby dulu, takot dah xleh jumpa lagi lepas ni. kena ready je la sebarang kemungkinan boleh berlaku kan. Nasib, En. Hubby ada kat luar, Masha peluk dan mintak maaf dengan En. Hubby dan mintak doakan semoga segalanya selamat. Lepas dah jumpa En. Hubby, dah lega dan rasa semangat dan tak sabar2 nak jumpa baby. Terus nurse tolak Masha pergi ke Dewan Bedah Utama Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi. Jauh gak dewan tu, Masha still baring je, lepas tukar katil dekat 3x, finally Masha masuk kat OT. Pakar bius datang, dan tanya nama dan explain cket apa akan Masha rasa after bius. Tunggu beberap saat, dia mintak Masha duduk jap, dia cari ruas-ruas kt vertebra Masha atau nama lain nya tulang belakang, then cucuk sekali di tengah, dan sekali lagi kt bawah sikit..hurmm..rasanya..tak sakit pon..rasa kebas je..then 10-20saat lepas tu Masha dah tak rasa bahagian dari pusat till kaki..Serius tak rasa langsung, Then, Masha kena baring semula. Tangan kiri masuk dip air, tangan kanan kena check tekanan darah, So Masha baring cam cross je, statik. pandangan ditutup dari dada ke bawah, so Masha tak nampak la diorang buat apa kat bawah sana. Time tu rasa macam orang tengah tumbuk2 manja kat perut je, dalam pkul 2.43pm, terdengar suara baby..automatik terus air mata Masha mengalir. Perasaan time tu, sangat la hiba dan bersyukur sangat kat Tuhan, syukur Alhamdulillah, dah selamat. Then nurse datang sua bawah baby kat Masha "Tahniah, Puan, tengok baby apa", then Masha jawab " Baby Girl". Then nurse amik baby balik, sebab Doc nak continue part jahit menjahit pula. Terasa seram sejuk badan Masha, sebab bilik tu sejuk la sangat, dalam pkul 3 kot, settle semua dan Masha ditolak ke bilik lain, untuk monitor blood pressure Masha. Masha tengok reading naik turun naik turun pon ada, tangan dah kebas semacam je.
Pkul 3.30pm
Officially keluar dari Dewan Bedah, dan dipindahkan masuk ke wad. Suppose Masha dapat Wad Kelas 1 kalo ikot gred Masha kan, tapi disebabkan wad penuh, terus Masha ditolak ke Wad Obstetrik 5F-(Kelas 2 -Integrasi Antenatal dan PostNatal). Sepanjang jalan naik turun lift tu (tapi Masha tak jalan la, nurse yang jalan.hehe..), punya la jauh wad nye, nasib Masha dapat katil paling hujung dan sebelah toilet, nurse cakap En. Hubby n baby dah tunggu kt wad. Sampai2 je, En. Hubby dah tunggu kat katil, then nurse transfer Masha ke katil dan pesan Masha xleh bergerak selama 6 jam dari pkul 3, so maknanya Masha baru boleh bergerak pkul 9 pm la..huhu..sabo je la, sampai je kt katil En. Hubby sua baby kat Masha, and cakap "Anak kita perempuan la sayang, kan b dah cakap", teros En. Hubby kiss kat dahi masa tu.. Syukur Ya Allah...aku dah jadi ummi for this beautiful princess  yang sangat puteh dan macam chinese look sangat (dalam hati pk ikot sape ntah..hehe) dan Masha tros nak try bagi susu kat baby. Alhamdulillah, baby ada cuba menghisap, dan susu keluar..pandainye baby Masha ni..Masha dengan sedaya upaya nya cuba untuk pkai lens dengan berbaring..susahnye yang amat, yela, sebab takbleh nak duduk dan bergerak kan.Finally, berjaya juga,,yela, Masha tak dapat tengok muka baby sepuas2 nya tadi..huhu..lepas sembang2 dengan En. Hubby, En. Hubby mintak izin nak kena balik, nak amik mak kt rumah. Then Masha stay le berdua dengan baby kat katil. tunggu till En. Hubby dan mak datang. 
En. Hubby dan mak balik dalam pkul 8pm, sebelum tu En. Hubby de try bagi Masha makan, yela, dari pagi Masha puasa kan, ade la curi2 minom air cket je..Masha tak lalu sangat makan, minom air milo kotak je..diorang bukak puasa kt wad sekejap dan sambung makan kat cafe hospital. Tinggal la Masha dan baby berdua, baby pon tak tidur sangat, nak menyusu je, jap2 nanges, susu balik..Masha xrasa janggal sangat sebab baby Annur besar gak..senang nak pegang..Malam harinya Masha tak dapat tidur sangat pun sebab rasa ngilu, sakit dan kebas cket kat tempat jahitan. Lagipun, wad Masha de 4 katil, dan katil depan baby twin lagi, lepas sorang baby nanges, sorang lagi nanges, bersahut-sahutan la..memang tak dapat nak tidur la..hehe..seksa cket time nak bergerak je la, awal2 lagi ni kena hati2, sebab kat tempat jahitan tu atas Doc tampal cam plaster transparent besar (saiz coolfever),.So, kalo kita gerak, akan rasa memeri sikit..

Dalam pkul 12 malam, Masha termuntah air sebab asyik minom air je n perot kosong, termuntah kt atas selimut, then Masha tros try jamah roti cket, sebab kesian kt baby, takot Masha xde susu nanti, kalo tak makan..Lepas dah makan, try tidur sekejap..Masha officially bangun dari katil dalam pkul 5 pagi cenggitu, sebab nak g toilet sebab tube kencing tu nurse dah tanggalkan semalam..lupe plak, yang darah nifas turun kan, Masha kan paralyze separuh badan semalam, xtau plak nurse tu pkai letak je pad kt bawah badan kite..Masha bangun katil je, teros le menitik2 darah turun..kelam kabot g toilet, naseb kt sebelah je..Lepas pkai pad n panties, dan bersihkan diri. Baru rasa lega sebab bersih cket kan..hehe..tapi still tak mandi..haha..

Masha stay kat Wad 3 hari je till hari Isnin, 23 July dah boleh balik, siap dapat baby gift (happy baby bag) lagi oleh Hospital Serdang..disebabkan condition baby n ummi sehat serta baby dah buang air kecil dan besar..Baby pon Alhamdulillah, tak kena kuning. Masha rasa syukur sangat dengan kurniaan ini, dan janji akan mendidik, jaga, tatang, amanah Allah ini dengan bersungguh-sungguh. Segalanya berjalan lancar dan Allah memudahkan urusan kelahiran baby Annur. TQ sangat2 kat En.Hubby yang sanggup teman Masha, ulang alik setiap hari setiap kali waktu rehat mesti datang melawat, dan tolong Masha kat wad. TQ juga kat mak yang sanggup teman, jaga dan tolong Masha sepanjang tempoh sebelum deliver, dan berpantang. Kesimpulannya, service di Hospital Serdang amatlah baik, nurse2 baik banyak tolong, Doktor pon baik dan comei2 je..hehe..Alhamdulillah, Masha diuruskan oleh Nurse dan Doc perempuan sepanjang checkup preggy di K.K.S.Alam, dan Klinik Perdana-Dr. Hana dan Dr. Hani sampai la bersalin di Hospital Serdang, oleh Dr. Husna. Itu je la serba sedikit pengalaman bersalin yang tak seberapa ini. Sekarang baru Masha tau, bersalin caesar ni best rupanya..hehe..maybe sebab Masha ni jenis tak takut, kuat semangat dan tahan sakit kot. Dan 1st time la dapat comment yang paling banyak n likes paling banyak kt FB (birthday wish pon xbyk cenggini..hehe)..Syukur Alhamdulillah n TQ semua yang mendoakan Masha dan baby selamat..luv u all..xoxo..(",)


Sorry, entri panjang sangat kali ni..TQ sudi membaca..(",)

Wednesday, November 13, 2013

Wordless Wednesday ver 4.1

As-salam
P/s: Baby smell like heaven..so addictive..

Monday, November 11, 2013

Weekend with kenduri's

As-salam

Weekend lepas 9-10 nov, we've decided untuk blik Jb disebabkan ade kne attend kenduri my hubby punya cousin's wedding at Taman U, Skudai..at da same time ramai sedara mara hubby tak tengok baby Annur lagi kan..n mama MIL officially dh bukak firm sendiri at home. .... best2... Congrat mama..semoga ma success slalu..:-)

Kebetulan pada hari Sabtu tu, merupakan wedding my course mate time degree dulu..alang2 dah lalu Tangkak... singgah teros g mkn nasik kenduri kan..dapat la jumpa geng2 lama..Congrats Azmer n his wife..semoga berkekalan till jannah..

On Sunday, kenduri cousins at Skudai, sampai2 je dewan..semua dh kerumun baby Annur..naseb baby Annur behave sangat semalam sebab b4 pegi kenduri dh bagi dia tidur, recharge energy dulu kan..baru ade mood nk gelak2. .hehe...tahniah to my cousin Amalina Hamidi n her hubby, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga jannah dan diberkati selalu olehNya..Aminn..
Huhu..n tak dapat nak amik pic dengan pengantin sebab kami rushing nak gerak balik Kl..pengantin sampai dewan pkul 2.30pm, kami gerak balik dalam kui 3.15pm risau sampai Kl lambat..nanti penat..n 4 da 1st time semalam..Masha drive sepanjang 4 jam- Senai-Kl..penat gile r..mule2 ibgt nk drive smpai Melaka je..tp tengok hubby ngantok n penat, siap berdengkur lg 2 beranak ni..sabo je la..hehe.. Masha continue je la drive... Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya..

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus