Monday, January 27, 2014

Happy 2nd Anniversary

As-salam
Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk mengecapi bahagia di dunia ini bersama insan yang amat ku sayangi..Semoga perkahwinan ini diberkati olehNya dan berkekalan hingga ke syurga..Ummi sayang babah n baby Annur slalu..270112-270114..

Thursday, January 16, 2014

Happy Birthday To Me, 27

As-salam
Alhamdulillah..Tq Allah kerana Engkau masih tetap melindungi diriku dan memberikan nafas kehidupan terhadapku..Bertambahnya umur bererti berkurangnya usiaku, mudah-mudahan usia yang tersisa ini, Aku tetap dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada semua..
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan meraikan birthday bersama baby n mr.hubby terchenta..really happy..kali ni mr.hubby belikan pavlova..as I wish..hehe..yg best nye, mr.hubby buat kejutan dgn membuat delivery pavlova tu ke opis..dah la time org yg nk delivery pavlova tu Masha tgh meeting. .naseb bleh kuar jap..ambil je kek..tros simpan kt pantry... suke2..mlm tu plak..after blik kje..tros pickup baby Annur n pergi Jusco Equine, celebrate birthday n dinner at Kenny Rogers..TQ Mr.Hubby 4 everything..love u so much..(",)..
Dikesempatan ini Masha nak ucapkan terima kasih byk2 kepada sesiapa yang wish Masha thru FB, email, whatsapp n sms.. Seperti biase every year musti kira total wish kn..this year dlm 80 orang je yang wish..Rasa happy sangat n terharu atas wish dan doa kalian. Semoga Tuhan melimpahkan pula keimanan, rahmat, barakah, kesihatan dan rezeki kepada semua..Ameen..(",)..

Monday, January 13, 2014

Newyear Ex-Code8 Reunion

As-salam

Alhamdulillah..sudah 13 hari kita pada tahun 2014..baru ade chance nk update new entry kn..busy le sangat..masuk2 new year je, hari2 kne attend meetings..disebabkan dateline project dh dekat na..n every weekend ade je event..

Berbalik kepada title di atas..Pada 1st Jan 2014 lepas, unplanned event organised by my ex-housemate- Izzah..fyi Izzah ni after married tros berpindah kt Terengganu..n kalo ade chance/cuti je dia akan datang KL dgn hubby n baby Rifqi..so, dia contact semua kawan2 Code8 untuk gathering..kli ni kami berkumpul di Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya. 

Sangat excited n kelam kabut masing2 dtg dgn baby..tapi sangat best..yg xbest nye sbb xdpt nk sembang lame2..Sesampai je kt Bumbu Desa, penuh dgn stroller n babies..hehe..suke2... masing2 bertukar2 baby..ade yg nanges la nk tdo la nk susu la..lepas je lunch..kami cepat2 ambil pic reramai...sbb baby masing2 dh sleepy. Hopefully nextime dpt organize holiday kt pulau mana2 ke, so that we can spentime n chatting together ..

Tuesday, December 31, 2013

Hi, shaye dah 5 bulan tua..

As-salam

Semalam Masha bawak baby Annur pergi cucuk 5 bulan kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan.. Boleh plak kami terlajak lambat. Sudahnya, appointment pukul 8am, kami sampai dekat pukul 9am dan tersangat ramai la orang..huhu..sampai macam nak give up la sampai ingat nak pergi klinik Dr. Hani je..

Nasib la baby Annur tak meragam, sesampai je klinik, dia tidur dan sepanjang dia tidur tu Masha n en. Hubby pergi la breakfast sementara tunggu nombor. Adalah kne tunggu dalam 70 turn lagi..tapi, tengok2 nombor baby Annur kena panggil, dan ambil berat, ukur panjang, n lilit kepala semua, then cucuk..Sekejap je settle..pkul 10am dah settle..Cepat la pulak, sebab last week lambat, tros En. Hubby cakap, next time better datang lambat la, cepat habis..hehe..

Kesimpulan dari checkup semalam, nurse ada pesan supaya boleh mula bagi baby makan 6 bulan nanti. Mula2 bagi bubur -3x sehari..Hehe..actually, umminya yang excited nak bagi makan, sebab dah 'ter'beli Baby Bullet kan. Groupon aritu de offer, teros minta permission en.Hubby nak beli walaupun pakai duit sendiri..haha.. Then 4 hari lepas bankin duit, teros sampai barang itu..suke2..

Berat baby sekarang: 8.5 kg, n panjang: 70cm. Yes..my baby really hantap now, n ummi boleh termengah2 kalo dukung sambil berjalan dan bercakap ye sayang..Tapi ummi sangat happy dengan kehadiran kamoo sayang,. Sekarang baby Annur dah pandai meniarap, pastu main reverse parking bawah meja, pastu bercakap sorang2 bahasa Uganda..hehe..cute je anak ummi ni la..dah le murah dengan senyuman dia tu..apa2 pon semoga sayang ummi ni semoga cepat sehat dan membesar dengan jaya nya..ummi n babah sayang kamoo..


Perlu ke Tak Vaksin?

As-salam, 

(p/s: Kalo korang ni geng anti vaksin- sila jangan butthurt or baca entry ni, ni adalah blog sy dan pendapat sy sendiri. TQ)

Semalam baru lepas bawak baby Annur inject untuk 5 bulan..tak silap ni inject 3 serangkai (DTP, Polio, HTP) tu, buat kali ke 3, last la..pasni inject lain plak..di bawah ni jadual imunisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia 
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Vaksin membantu menghasilkan imuniti kepada bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.  Ada beberapa vaksin yang diwajibkan diberi kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan, tetapi, sebagai ibubapa, kita perlu juga mengambilkira beberapa vaksin tambahan lain untuk bayi iaitu:



Masha rasa semua mummy2 diluar sana mahukan yang terbaik untuk si kecil anda, tetapi lately ni terlalu banyak  source ntah dari mana yang Anti Vaccine Parents (AVP) dah macam Alien vs Predator plak kn..hehe..Bagi Masha, itu hak ibu/bapa masing2, tiada paksaan dalam memberikan suntikan vaksin di Malaysia ni. Tapi bagi pendapat Masha, Masha yang anak ke 4 dari 7 adik beradik dan kesemuanya mak bawak kami pergi cucuk untuk setiap bulan dari baby lagi, dan sampai ke sekarang, dengan izin Allah, Alhamdulillah..kami masih sihat..Dengan sihatnya kita pada zaman sekarang ni, it is proven that this vaccination program ni selamat dan boleh digunapakai. So, begitu la juga untuk anak2 Masha, Masha bagi cucuk juga. Masha tau, AVP di luar sana bimbang akan source/ingredient yang terkandung dalam setiap vaccine tu tak tentu halal dan haram nya, dan bimbang side effect after inject tu kan. Lupe plak nak tanya, kat bahu belah kiri korang ada parut BCG tak?..ke korang xnak anak korang ada parut. Sangatlah tidak adil, jika AVP melabelkan kami yang bagi anak2 kami vaksin tidak kisah akan halal atau haram, sedangkan Program Imunisasi Malaysia ini sendiri diputuskan dan dibenarkan oleh JAKIM. Kawan-kawan Medic Masha yang grad dari seluruh pelusuk negara Islam, belajar dengan practitioner perubatan Arab Islam pun takde nak bising2 pasal issue ni, malah mereka anggap ia Harus. Vaksin telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia. Takkan la diorang nak tipu, diorang pon bagi anak diorang cucuk jugak.

Memang tidak dinafikan, ada juga yang mengambil vaksin, masih terkena penyakit. Tetapi percentage nya sangat la sedikit. Sama jugak la, bagi yang tak amik vaksin langsung, dan guna kaedah lain, pon kena juga penyakit. Penyakit dan kematian yang menimpa manusia merupakan salah satu dari ujian daripada Allah SWT. Setiap perbuatan dan amalan manusia mempunyai kaitan rapat dengan ujian Allah. Semua ini kuasa Allah, dan seperti semua orang sedia maklum kita sekarang ni dah nak sampai ke penghujung zaman dan kita ni manusia akhir zaman dan sekarang sudah banyak tanda2 kiamat berlaku, antaranya menularnya virus-virus  ni..Rasulullah SAW sendiri juga pernah menceritakan mengenai tanda-tanda kiamat antaranya kematian yang dasyat yang mengorbankan ramai manusia.

So, kita sebagai ibu dan bapa perlu la usaha dan tawakal untuk melalui semua ujian-ujian yang diberikan kepada kita. "Orang yang menolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, tawakal adalah menggunakan asbab dengan yakin yang betul, (Hamka, 2013)". Dalam surah Al-Talaq ayat 3, Allah berfirman, "Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya".  Rasulullah SAW pernah bersabda "Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya, maka setiap penyakit mempunyai ubatnya. Cari dan ambillah ubat dan jangan menggunakan barang yang haram sebagai ubat" (riwayat Abu-Dawud). Malas nak membebel banyak2, kang terus jadi satu thesis untuk Ph.D plak kan, walaupun banyak lagi nak tulis n nak bagi references ni..Jika terdapat sebarang kemusykilan lagi boleh la rujuk di Dr. Zubaidi, dan di Dr. Harlina Sekian terima kasih.Wallahualam..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus