Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Cara Membuat Ice Cream Goreng

As-salam, 

Selalu kte nmpk kat kedai2 Mamak mesti ade jual Ice Cream Goreng ni..ape yang sedap nye?..hurmm..belum cuba belum tau..tapi Masha takde la g beli kt kedai Mamak kn, Masha buat sendiri kt rumah..lagi sedap n bley dapat banyak..Cara nak buatnye simple je..n boleh tahan lama kalo simpan dalam fridge..Nak makan baru goreng..yang best ice cream goreng ni, dia sejuk di dalam panas di luar..heaven bila makan..cuba jangan tak cuba ye..

Ice Cream Goreng
Bahan-bahan
  1. 1 buku roti Gardenia
  2. Ice cream favorite flavor korang - macam Masha suka flavor Vanilla
  3. Cawan / gelas
Cara-caranya

1. Mula2, sediakan bahan2..dan alatan seperti cawan/gelas yang muat2 ikot saiz roti.
2. Kemudian scoop kn ice cream ke atas roti. Gunakan 2 keping roti untuk membuat sebijik ice cream goreng ni. Bajet2 letak ice cream tu, jgn byk sangat.
3. Kemudian letak sekeping lagi roti ke atas roti yang ada ice cream tu. Dan rapatkan kedua2 roti ini dengan tekan sedikit.


4. Kemudian ambil cawan/gelas dan tekan kuat2 ke atas lokasi di mana ice cream itu berada. Contohnya kalau korang letak ice cream kt tengah, so tekan gelas tu kt tengah la k..
5. Then, apabila bahagian roti di luar sudah putus dan roti menjadi bulat cantik seperti dalam gambar.
6. Simpan ke dalam tupperware/ plastik dan simpan ke dalam freezer dalam 3-5 jam. Masha simpan ke dalam plastik kecik2 then simpan dalam freezer semalaman sebab nak make sure ice ream tu betul2 keras.
7. Then keesokkan harinya dan bila2 masa korang nak, pergi la goreng. Tapi time goreng kena berhati2, dengan panaskan minyak terlebih dahulu. Make sure minyak tu betul2 panas, baru goreng ice cream roti tu, kira selama 3-4 saat sahaja then tros angkat dan tosskan dengan tisu. Jangan lama sangat nanti ice cream tu cair.


 TADAAA!!..Selamat mencuba ye..

Friday, June 3, 2011

Simple dinner for home alone..

Weekend ni Masha keseorangan di rumah, disebab kan house mate semua balik kampung. Masha pun plan ingat nak balik Ipoh this weekend, tapi disebabkan kesempitan kewangan sebab Wully sakit (accident sikit) xoxo, so tak jadi la balik. So, aktiviti weekend berseorangan ini ape lagi. Main masak2, makan sorang2, layan mubie, buat bunga telur..hehe..dok rumah..jimat..hehe..So, malam ni Masha masak Macaroni Goreng Sea food. Malas cerita banyak. Enjoy the picture.

Brand San Remo favourite. Sebab kalau rebus, xlembik sangat, kenyal2 je...

Hidangan untuk 5 orang, tapi makan sorang2. Boleh panaskan untuk makan esok..:-)

Zoom in. Takde la sea food sangat sebenarnye, just yang seafood nya ialah udang dan crab ball je..:-)

Monday, May 23, 2011

Happy Birthday Mr. EverDale

Hari Sabtu lepas, mama Mr. EverDale datang dari Johor, dan kakak datang dar Penang. Semua berkumpul kt rumah Along Mr. EverDale sebab malam tu nak celebrate birthday Mr. EverDale awal sikit dari exactly date 23 Mei. So malam tu ktorang pergi la Kota Damansara, Kedai Jom Cari Makan. Memang best restoran tu, makan mix Chinese + Malay food. Antara makanan yang di order oleh Kak Arin & Along, daging masak kicap, ayam sweet & sour, sotong goreng butter (mmg sgt sedap), kailan ikan masin, sup special (color merah , oren ok) ala2 macam tak tahu la nak cakap sup jenis ape, tapi mmg sedap, 6 jenis Dim Sum, dan Pau..memang best, tambah lagi dengan kerenah anak buah Mr. EverDale yang tembun tu. Memang jadi tumpuan la dia. Lagi2 meja ktorang je yang paling besar siap de lapik merah lagi, dah cam ketua gangster sedang dinner je..tapi makan kat sini memang puas hati la, boleh balik tidur dengan kekenyangan..hehe..So, malas nak cerita banyak2, enjoy the pic :

Kedai Jom Cari Makan bukan Jalan2 Cari Makan ye kawan2

Dari kiri (ikut jam) : Kailan ikan masin, Daging masak kicap, Ayam sweet & sour, Sup Special, Udang goreng butter (tiada dalam gambar)..

 Dim Sum & Pau yang sedap..

 Cumek , Cucha with Fufu..

Me, with Bu, Akak and Mama..

Kak Arin, Along and Fufu..

Khayrin Sophia a.k.a Fufu..:-)

Last but not least, Happy Birthday to my soulmate Syahrul Azmeer Ismail,hopefully you happy being with me for about 3 years and I wish we will belong together forever and love you till the end of my life.. 

Tuesday, April 5, 2011

Bubble Ice Blended


Sangat teruja kalau nampak perkataan 'Bubble' je, bukannya apa sebab Masha sangat suka minuman ini. Boleh dikatakan seminggu 2-3 kali  mesti minum air ni, kalau tak jumpa, selagi tu la asyik mencari je. Nasib la dekat Dataran Cendekia UiTM ada benda alah ni. Kebetulan setiap minggu ulang alik ke UiTM, habis kelas je mesti pergi beli. Memang best. Nak tau apa yang men'best'kan air tu, mesti lah sebab 'Bubble' dia. Bubble ini sebenarnya ialah sejenis sagu berwarna hitam, dan perlu dimasak. Selepas dimasak ia akan kelihatan seperti butir mutiara (pearl) yang ala-ala jeli gitu. 

Memang layan la kalau dapat kunyah. Masha sebenarnya ingat nk buat kat rumah je, tapi memandangkan susah nak jumpa bubble tu dijual dikedai, so terpaksa beli lah. Selalu juga la tanya kat orang yang jual air tu, tapi mostly diorang takkan bagi tau diorang beli kat mana. Saje je tau. Perisa kegemaran Masha semestinya combination Chocolate dan Coffee iaitu Mocha. Dah jadi habit plak nak kena minum benda ni. Range harga dalam RM3-RM4.50 macam tu je. Btw, Masha rasa korang pun patut try juge, dalam paper Kosmo harini pun dah keluar berita pasal Bubble Tea ni..(",)

Tuesday, August 10, 2010

Takoyaki.

Ada sesiapa pernah makan Takoyaki tak?..Sile angkat tangan..Takoyaki ye, bukan Torayaki..

Untuk pengetahuan semua, Takoyaki (たこ焼き or 蛸焼?) atau dengan nama lainnya sotong goreng atau sotong bakar ini merupakan adunan bebola Jepun yang popular, dadu baby octopus, potongan tempura (tenkasu), halia, dan bawang diatasnya okonomiyaki sos, ponzu, mayonnaise, green laver (aonori), dan katsuobushi (parutan ikan). Takoyaki boleh didapati di kedai yang dipanggil issen-yoshoku (壹銭洋食).


Sebenarnya dah lama teringin nak makan, tetapi tak berkesempatan. Alena yang mengajak makan ni. Semalam beli Takoyaki ni kat The Mines, harga pon takde la mahal sangat, boleh la..4 ketul = RM4.80..berbaloi2..So, lepas ni boleh lah merasa kan.

Sunday, July 4, 2010

Domino Pizza

Mula-mula sekali nak tanya, ada sesiapa pernah 'Dine In' tak pon pergi kt mana2 restoran Domino Pizza tak?..


Ceritanya semalam la, Masha n Mr.EverDale sesaje le nak try kan dinner kat Domino Pizza (DP), sebab dh boring plak asyik makan kat Pizza Hut (PH) je kan. Sebenarnya Masha bukannya tak pernah makan DP ni, just before this selalu order melalui phone call je, tak pernah la makan kat kedai kan. So, semalam la nk try. Kitaorang pon pergi la DP dekat Ampang Point kan. Masuk2 je Masha pon terus la pergi kt kaunter, sebab tengok2 sekeliling, kalau duduk kat meja tunggu order, memang tak de sape nk serve kot. Then Masha discuss la dengan Mr.EverDale, pastu kitaorang pon order le ape2 yang patot kan.

Masha ni kalau pergi PH , yang menjadi peveret mestilah Spicy Chicken Wings dia kan, then tengok kt menu DP ade Chicken Wings, teros la nak order kan..huhu..tanya2 je, cashier tu cakap dh abes..tak dapat la order, then tukar le order BBQ Chicken Stick. Then pas bayar2 sume, sekali cashier tu mintak no phone Masha le kan. Masha pon pelik le jugak, die nak ngorat Masha ke..hehe..pas2 tanya dia, dia cakap nak simpan untuk record dia, then kena la bagi nama sekali. hehe, kelakar plak. Memang nampak sangat la  tak pernah makan kt DP, yela kan, kalau korang pon mesti pelik kan, nak order pon kena mintak no phone n nama ke.. kalau order by call, yela kan..tapi ni order kt kedai kot..huhu..

Ok la, dh order kitaorang pon duduk le, kt sit. de la dalam 4 pasang sit je kot kat situ, memang kecil la tempat dia., tunggu dalam 15 minit kot, then orang tu panggil "Miss Masha please, order dah siap"...urmm?..Masha pon pelik sekali lagi, sebab kena ambil makanan sendiri ok.. takpe2, then dapat makanan pon semua dalam plastik dan dalam kotak ok.,memang macam nak 'Take Away' la gamaknya. huhu..tak pernah la Masha tau DP memang serve camni rupa2nya..ke memang Masha sorang je xtau..huhu..xpe la..So far, pizza dia memang boleh tahan, dapat rasa la cheese dia, n paling best Garlic Bread dia, besar kot n sangat lembut..kalah PH..yang makanan leh puji la..hehe..

Setelah tengok resit ..baru la Masha tau, DP ni takde tax pon, either government tax or service tax pon.. dan DP siap bagi Coupon Discount lagi RM 9.00 ok..(",)..Ooooo...Patut la takde orang serve kitaorang time tu..huhu..pa pe pon, DP ok la..n kalau dia buat cam PH pon ok gak kot, tak kesah la kne tax ke, janji service best.So..tu je la nak Masha ceritakan pengalaman makan di restoran DP..(^_^)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus