Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Panduan Mengumpul Stok Susu Di Pejabat

As-salam,

Bersiaran kembali. Alhamdulillah, hampir masuk 7 bulan adik baby dapat exclusive breast feed from me. Sangat tak sangka, sebab walaupun dah anak dua, pengalaman ini merupakan yang pertama kali bagi Masha la sebab baby 1st dulu tak berjaya. Banyak benda baru yang Masha belajar.sejak dari preggy lagi dah tanam azam nak bf baby 2nd kali ni till fully 2 years.. InsyaAllah..nak menanam azam ni, Masha sedari preggy time 6 bulan tak silap la, dah beli electric breast pump jenama Autumz Passions (suggestion dari Pn. Asiah). Dengan ada nya pump ni, memang nak taknk kena struggle la kan. Dengan bantuan dan support dari Mr.Hubby dan kawan2 Masha, Pn. Asiah Maharam (Coach Seminar Susu Ibu Meriah Tanpa Suplemen), kak Dilla dan cousin Masha, Julia (nurse di Temerloh) ni, Masha berjaya mengumpul stok untuk Baby Maya kali ni. 

Sangat tak sangka tau, sebab selama ni terfikir la camna la freezer diorg boleh penuh dengan susu dan ianya nya berlaku kat Masha sendiri. Tujuan entri ni ditulis bukanlah untuk show off ke apa ke, tapi untuk jadikan sumber inspirasi dan panduan semua ibu-ibu yang berkerjaya di luar sana. Kerana Masha dah hadapinya, bagaimana mencari sumber rujukan sebagai panduan dalam meneruskan usaha murni ini, macam2 buat google la, tanya macam2 orang la..Tetapi serius Masha cakap, nak berjaya dapat penyusuan ibu 2 tahun ni memang kena banyak ilmu. So di sini Masha list down kan beberapa term yang biasa orang gunakan (Masha dulu pon tak berapa pandai, jenuh gak google2 baru paham..hehe). Antaranya ialah:

EBM = Expressed Breast Milk = susu perahan ibu/susu yang dipam
Fresh EBM = susu badan yang baru diperah (belum disejuk/dibeku/dicair/dipanaskan)
Chilled EBM  = susu yang disimpan dalam chiller (bahagian bawah peti ice yg 2 pintu) (untuk disejukkan sahaja. Tidak dibekukan)
Frozen EBM = susu yang dibekukan
Thawed EBM  = susu yang dicairkan (Frozen EBM yang hendak dicairkan perlu turun ke bahagian chiller)
Dan barang2 kelengkapan yang diperlukan dalam usaha untuk menjayakan penyusuan ibu 2 tahun ini ialah:
  • Electric Breast pump (jenama yang popular ialah Spectra / Medela / Autumnz dll) or Manual Breast Pump (pakai tangan pon boleh)
  • EBM container – samada botol (boleh diguna berkali2) atau plastik (disposable). Macam Masha guna plastik (storage bag) untuk save space.
  • Ice packs – sebagai chiller di tempat yang tiada peti ais, dan juga untuk maintain suhu sejuk EBM on da way balik ke rumah
  • Cooler bag – tempat simpan semua EBM kita sesudah di pump dan menyimpan kesemua senjata2 (peralatan mengepam)..hehe..
  • Label dan marker/pen – untuk labeling tarikh, berapa oz dan nama anak kita.
Nak dijadikan cerita, rumah Masha asalnya ada 3 buah fridge (1 yang dua pintu, 1 yang 1 pintu dan 1 yang kecil besar tv tu). Kalo refer pic kat bawah ni, no 1 (fridge 1 pintu), no 2 (fridge 2 pintu), no 3( freezer besar tv tu). Mesti korang pelik kan, ape la 1 rumah sampai 3 peti ice. Hehe, ni semua sebab time rumah bujang dulu, Masha de beli 1 fridge 1 pintu, Mr. Hubby ade beli fridge besar tv tu..Then after kawen Masha beli 1 lg fridge 2 pintu. So jadi la 3 fridge..Tapi kan, tu pon dah penuh..Hari-hari bukak fridge susah hati tak tau nak simpan susu kat mana dah lagi. Memikirkan adikbaby dah nak masuk 6 bulan kan, mestila nanti nk kena buat stok puree banyak2, tu pon kena bekukan and store dalam freezer gak. Jenuh dah nak simpan mana ni.Finally, masa birthday Masha bulan 1 yang lepas, Mr. Hubby belikan chest freezer ..Alhamdulillah, TQ En. Hubby (",)..So, bertambah la fridge di rumah jadi 4..huhu..

My Chest Freezer..hehe
Setiap hari Masha akan pump 3 kali di office. Pukul 7.30 am (dalam kereta otw ke office), pukul 12.30pm dan pukul 4.30 pm (kadang2, kalau meeting or training tak sempat pump, kne pump dalam kereta time balik). Apabila balik rumah direct latch (dl) baby di rumah. Alhamdulillah, setiap hari Masha target 20 oz, tetapi kadang2 dapat hasil lebih sampai 25oz, kadang2 hasil 16-19oz. Setiap hari akan usaha juga pump walau camne pon dan menjadi habit untuk catat setiap berapa oz yang dapat setiap sesi supaya kita boleh keep on track hasil perahan kita dan menaikkan semangat kita untuk achieve target setiap hari.
 Bila time weekend di rumah, Masha pump 2 sesi sahaja iaitu pada waktu pagi - selepas Subuh dan sebelum tidur malam. Setiap pagi cikB memang akan engorged dan leaking..So, everyday memang kena pakai breastpad. Walaupun nampak macam costly dengan menyusu badan ni, tetapi bagi Masha tak costly la, because you can feel the satisfaction when you see the face of your baby yang kekenyangan dan membesar dengan hasil susu ibu yang penuh dengan khasiat dan antibodi. Every month kena beli storage bag dan breast pad je. Then kena spend sekali je untuk beli breast pump yang heavy duty serta selesa untuk digunakan. Bagi Masha Autumz Passions ni memang dah cukup selesa, double pump plak tu, sebab pernah try guna Spectra pon tak brape best. Better guna double pump untuk menjimatkan masa anda. Tak sure la pump2 yang mahal yang lain camne rasa. Tapi sekarang dah nampak banyak design2 pump yang comel dan cantik2, tapi Masha setia hanya yang ini je.
Di office dalam bilik sendiri. Letak pump dalam laci time mengepam, bila dah sudah, susun pump dalam bag camtu.    






Then selepas pump, untuk 1 hari Masha akan simpan susu dalam storage bag, labelkan tarikh dan berapa amaun setiap sesi macam dalam gambar di bawah. Dan susun dalam cooler bag yang dh ade ice packs berselang seli dengan susu tadi. Masha akan bawa 3 ice packs setiap hari yang tahan la dalam 8-9 jam. Pump susu yang sudah digunakan untuk 1 sesi pump tadi, boleh la simpan dalam bekas tertutup di dalam fridge (jika ada fridge kat office), kalau takde fridge simpan je semula dalam bag susu yang ada ice pack tadi. Tidak perlu cuci berkali2 di office. Masha guna 3 kali di waktu siang, dan hanya setibanya di rumah baru cuci dengan sabun pencuci botol baby. Every weekend baru sterilized them.
Setibanya di rumah dalam pukul 8 malam, Masha akan transfer susu2 ni semua dalam freezer atas (Fridge 2 pintu) dan susun dengan cara membaringkan ia. Untuk menjimatkan ruang. Bila dah beku, keesokkannya Masha transfer Frozen EBM ke Chest Freezer untuk mendapatkan ruang yang maksima. Susu di Chest/ Deep Freezer ni tahan sehingga 6 bulan. Macam bulan ini, April, Masha sedang menggunakan EBM bulan Februari dan begitu la rutin sehingga ke 2 tahun nanti InsyaAllah.

 

Monday, November 17, 2014

Kesilapan Dalam Mendidik Anak

As-salam, 


Kesilapan 1:
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:

Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Sama-sama la kita beristiqamah dalam membentuk anak-anak syurga kita, dan cuba perbaiki kesilapan-kesilapan ini jika sudah lakukan..InsyaAllah..


(Sumber: Fb page)

Wednesday, October 1, 2014

Pengalaman Tindik Telinga Baby Annur Marissa_BAM..

As-salam,

Sudah sebulan entri ni terperap dalam Mega ni..Takpela, dari langsung tiada entri kan..hehe..sebulan 2 ni Masha sibuk nak revamp template background blog ni yang nampak nye sudah perlu diupdate dengan kehadiran penyeri hidup kami ini..hehe..Masha buat slow le bangat, dengan keadaan sibuk je memanjang kat opis..bila masa ntah nak design..ni pon curi2 design time rehat n nak balik...huhu..pon tak siap2 lagi..Theme for sure Purple Origami Crazy..hehe..ini teaser cket (cehh..teaser amende nye, dh publish live pon..haha)..but still in progress is the header and flash header..haha..tungguuuu ye kawan2..sikit2 ianya akan menjelma.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas..semperna ulangtahun kelahiran BAM yang pertama..so, kami laki bini decided nak bawak BAM pergi tindik..Masha ni mana la tau sangat kedai-kedai emas kat area Puchong-Seri Kembangan-Bangi-Kajang ni...so, Mr.Google la penyelamat..hehe..mula2 kami decide pergi ke Bandar Puchong Perdana, sebabnya Masha selalu ke sana untuk membeli barang-barang kraftangan, macam ada la kedai emas kat sana..dalam 2-3 kedai emas gak la pergi..tapi kecewa akhirnya..sebab tidak menepati kehendak Masha...Di bawah ni hasil google Masha dan nasihat dari kakak2 Masha:

Panduan menindik telinga baby 0-12 months:
  1. Sila cari kedai emas yang mempunyai 2 pistol. Maksudnya, ada 2 orang yang boleh tindik telinga baby serentak
  2. Make sure yang tindik subang baby kita tu ade experience dalam handling baby time tindik.
  3. Guna alkohol, or cecair anti- bacteria dari merebak after tindik
Tu je kot panduan..Finally, setelah google n mendapat review dari blog2, Masha jumpe jugak Kedai Emas Seri Bangi, bertempat di Bandar Baru Bangi, Sect 5..Kedai ni kepunyaan orang melayu kita..dan bersebelahan dengan Kedai Sup Urat Keting..

Mula2, orang kedai tu tanda tempat yang ditindik bagi sama di telinga sebelah kiri dan kanan BAM..time ni BAM asyik la nk mengelak..tau je la kan..BAM ni pantang betul la orang nak sentuh anggota badan dia..sedangkan mak bapak dia nk cium pon dia pukul kita balik..hehe..takpela..dah settle menanda, diorang akan prepare pistol tembak tu, beserta dengan subang yang kita dah pilih tadi..Then, dah settle tembak..apelagi, meraung la BAM buat dalam masa 3 minit..hehe..pastu dia senyap dan terus senyum2 lagi..Good Girl my BAM..hehe..So, enjoy da picca..

Saturday, July 23, 2011

Penipuan Kad ATM/ Kad Kredit

Cerita ni dah lama berlaku 2 bulan lepas kot, tapi sekarang baru teringat nak tulis. Tapi takpe la, at least dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang membaca blog picisan ini. Pada suatu petang, lokasi di office. Tengah Masha buat2 sebok tapi sememangnya sebok buat test script, tiba2 ada 1 call from unknown number. Yang call tu suara macam makcik / akak2 la, mula2 dia ckp dgn lemah lembut dan sopan santun gtu. Tanya Masha ni pemegang kad ATM Debit Maybank ke?..
credit from: Google

Masha ckp la ye..then dia tnya ada pkai credit card x..Masha cakap la x..Masha ni kdg2 lurus bendul jugak kan, jujur la sesgt dgn org x dikenali..Then dia mintak Masha bacakan no 12 digit kat depan kad tu yg dimulai dgn no 4283 xxx xxx xxx tu..,then 3 no kad belakang kad tu..Masha pun menurut perintah dah mcm kena pukau je..pon bace la..naseb xbagi no pin je..hehe..then dia sambung ckp lg, yg dia dr Takaful, de provide insurance utk semua pemegang kad akan dikena insurance terhadap kad masing2, dan buat masa pertama ni akan ditolak RM 199 dari account automatically..Start situ Masha dah rasa pelik sikit, then Masha cakap la Masha tak nak kan insurance tu sbb dah de insurance sindri..dia cakap tak boleh..then suara dia macam sedikit marah la kan..Masha apa lagi, argue la dengan dia, mana boleh tolak duit orang tanpa permission owner card sendiri, then dia cakap tak kesah la, dia nak minus juga. Then Masha bengang, tros letak phone..

Tengahari time lunch, Masha cepat2 lari g bank. Dah cuak dah, sebab esok nya gaji masuk kan, kang sesuka hati plak org amik duit kita..Then dah sampai bank, request nak apply kad baru., then cerita la kat orang bank tu kenapa kan, then diorg ckp ini sindiket penipuan macam phishing, but actually bak kata org bank tu,diorg ni sebenarnya nak beli barang online guna maklumat dari kad yang kita bagi tadi (3 no di belakang kad) , so that diorg dapat duit senang2 je...Bukan nya masha xtau, padahal time study dulu semua belajar mende ni, tapi kenapa la jujur sangat kan sampai tak boleh fikir. Nasib dapat replace kad baru, no baru..Legaa...So, kesimpulan di sini, jika ada mana2 orang call, or send sms or email berkenaan dengan kad bank/acc bank anda, jangan percaya dan kalau boleh elakkan menjawab panggilan diorg, bagi la alasan apa2 pon, so diorg xcall lagi. Dan jangan bagi kat sesiapa pon mana2 nombor pada kad anda. Sekian..(",)..

Sunday, June 5, 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA.

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3. anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 


(Retrived from -Tok Wan)

Monday, May 16, 2011

Berhati-hati dengan Penyembur Asid

Kita semua harus berhati-hati mulai dari sekarang. Kita harus berusaha dan bantu-mambantu untuk mengesan binatang ini. Penyembur Asid yang bersiri ini adalah berkulit gelap (Indian maybe) dan dia menunggang motor jenis honda EX5 atau Yamaha dengan bakul di depan. Jadi anda harus lebih berhati-hati apabila melihat 2 jenis motor yang mendekati anda. Jika anda seorang wanita, baikpun gadis atau sesiapa saja yang tinggal di KL- sila ikut panduan di sini:
  • Selalu berjalan menghadap lalu lintas atau bertentangan arah: Jadi penyembur asid bersiri ini tidak akan menyerang anda dari belakang. Selain itu dengan berjalan mengarah lalu lintas, anda akan memiliki peluang yang lebih baik mengelak dari orang yang kelihatan mencurigakan kepada anda. 
  • Elakkan berjalan di tepi jalan atau dikaki lima : Kalau boleh, elakkan berjalan ditepi jalan sama sekali pun. Anda akan membuatkan diri anda lebih mudah menjadi sasaran oleh penyembur asid ini. Jalanlah berhampiran bangunan di mana ada orang ramai.
  • Selalulah membawa payung: Hal ini mungkin terdengar gila, tapi saya cadangkan agar anda membawa payung besar bersama-sama dengan anda. Jadi, setiap kali anda melihat seseorang yang mencurigakan mendekati anda, bukakan payung untuk melindungi diri dari kemungkinan serangan. Ya! Buka saja meskipun tidak hujan. Terbaik dari menggunakan payung sepanjang masa. Apalagi payung anda boleh dijadikan senjata untuk membela diri dalam situasi berbahaya. 
  • Laporkan kepada polis jika ternampak penunggang motor yang mencurigakan: Melaporkan kepada polis Malaysia kita saja tidak cukup. Jadi apabila ternampak orang menunggang motor dengan kulit gelap dan kelihatan mencurigakan, catat no plat dan beritahu polis untuk datang secepat mungkin. Siapa tahu? Maklumat anda mungkin dapat tangkap penyembur asid bersiri ini! 
  • Pakailah baju lebih: Saya tahu cuaca amat panas terik sekarang. Tapi dengan memakai jaket tambahan atau sweater mungkin dapat melindungi diri dari asid yang merbahaya ini!. 
  • Jangan keluar jika tiada urusan penting: Di mana pun anda pergi, cubalah untuk tidak berjalan. Jika anda tiada pengangkutan sekalipun, elakkan. Lebih baik jika menaiki kereta. Tiada masalah jika kedai runcit hanya 50 meter dari rumah anda ... anda mesti tidak mahu mengambil risiko dari disirami oleh asid kan? Jadi minta lah bantuan dari keluarga anda, suami atau ahli keluarga lain untuk menemani anda ke sekitar selagi boleh. 
  • Gunakan air sebanyak mungkin: Air adalah ubat terbaik untuk melawan asid yang menghakis. Apabila seseorang disiram dengan asid (baik anda atau mangsa yang lain), tuangkan air sebanyak mungkin ke bahagian tubuh yang terkena terutama mata. Terus menuangkan sejumlah besar air untuk mencairkan asid. Lakukan sampai asid dicairkan dan hilang. Jadi saya cadangkan anda semua untuk membawa botol air sepanjang masa.

Ini lah wajah penyimbah asid yang setakat ini telah meningkat ke 21 mangsa. Berhati-hati wahai kaum- kaum hawa.

(sumber dari : The Star dan Tiara Jacquelina fb)

Tuesday, March 15, 2011

Botol Polikarbonat Diharamkan Oleh Kerajaan?.

aMasha selalunya kalau pergi beli botol air sendiri, mesti nak kena periksa bawah botol tu kod dia berapa. Bak kata kawan Masha (FarahF), kalau nak beli botol beli yang ada label 5 above (5678..) sebabnya botol-botol ini tahan panas kalau diisi dengan air panas tidak cair. Ilmu ni memang benar, tetapi semalam berita di TV3, Buletin Utama , Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) berkuatkuasa 1 Mac 2012.



Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol. 

Kod Plastik yang kita semua perlu tahu

(Sila Klik untuk tumbesaran)

Cara untuk Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


1. Nombor 7 - 
2. Nombor 7 dan PC - 
3. Nombor 7 dan ‘other’ - 


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


Cara untuk Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
(sumber : Jivebumz blog dan kosmo)


So, botol mana yang sesuai untuk digunakan seharian?

Masha rasa adalah bagus untuk gunakan botol kaca ataupun besi/steel (macam termos). Tetapi, kalau tiada pilihan lain, better gunakan botol plastik dengan kod seperti berikut:
  • 2 HDPE (high density polyethylene) OR 
  • 4 LDPE (low density polyethylene) OR 
  • 5 PP (polypropylene)

Tuesday, December 14, 2010

Cara untuk beza kan Kicap Cap Kipas Udang Tiruan

Credit picture to Kosmo

Disebabkan Masha ni pengguna setia Kicap Cap Kipas Udang ni dari kecil lagi, sejak dapat tahu tentang kicap tiruan ni dari berita TV3 malam semalam, terus la rasa was-was. Tapi kalau semua hendak tahu untuk mengetahui kicap itu tiruan ataupun asli, kena tengok melalui penutup di dalam GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli yang penutup plastik tidak berlubang

Menurut akhbar Kosmo, kegiatan haram ini terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas. Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli.

Oleh itu, untuk tujuan keselamatan dan ketidak was-was, sebelum membeli kicap jenama Cap Kipas Udang ini, periksa la dahulu penutup plastik.:-)

Thursday, October 28, 2010

Sujud


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Kredit to Tok Wan

Thursday, September 2, 2010

Kuku dan Cincin

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau elaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Pakai cincin
 

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.(retrieved from :
Yus Fairus)

Wednesday, June 23, 2010

Otak kiri kah?..Otak Kanan kah?..

Tahukah anda bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Tetapi kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Ok lah, cukup la pendahuluan mengenai otak. Di sini saya hanya ingin berkongsi ilmu yang telah saya terima sepanjang saya bekerja,dan sambil training ini. Cara untuk mengenalpasti bahawa anda adalah seorang yang ber'otak kiri atau ber'otak kanan ialah seperti berikut :
  1. Mula-mula berdiri tegak (kalau tak boleh berdiri, duduk pon boleh).
  2. Cari satu garis lurus menegak di hadapan anda.
  3. Tumpukan kedua-dua mata pada garis lurus itu.
  4. Angkat jari telunjuk, dan dirikan jari telunjuk anda seiring dengan garis lurus itu.
  5. Kemudian, pejamkan mata anda sebelah kiri dahulu.. Ulang dengan menutup mata sebelah kanan pula. bergilir-gilir.
*** Keputusan : Tengok mata mana yang terbuka ketika jari telunjuk anda berubah arah, itulah mata dominan anda.Masih tidak faham lagi?..Macam ni, kalau dalam kes saya, saya domain mata belah kiri kerana apabila saya tutup mata sebelah kanan (kiri terbuka), jari saya bergerak. Maknanya, jika mata kiri menjadi domain, secara automatiknya, anda seorang yg ber'otak kanan. Dan jika mata kanan menjadi domain, anda seorang ber'otak kiri..:-)
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.


Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik.
  • Memahami bahasa.
  • Memahami matematik
Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti, imaginasi dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal). Macam dalam family Masha kakak - kakak Masha semua kidal dan sememangnya mereka ni kreatif  la. Walaupun Masha tak kidal, tapi masih sama macam diorang - Kreatif .:-)

Manakala otak kiri lebih kepada memahami, mengingati, belajar dan apa-apa saja lah yang berkaitan dengan pembelajaran. Namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum. Apa yang paling penting ialah kita  perlu pandai menggunakan kedua-dua belah otak.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus