Wednesday, March 7, 2012
Tuesday, March 6, 2012
Honeymoon Ver. 1.0- Banda Hilir, Melaka
Empat hari selepas hari pernikahan dan bersanding di Ipoh,.kami pergi bercuti2 Malaysia. Destinasi kali ini ialah di Melaka..Sebab ape Melaka, sebab Masha ni orang Perak yang tak pernah pergi Melaka..Masha dah plan lama dah, kebetulan plak Groupon GetAway ade discount penginapan di hotel di area Banda Hilir Melaka.Memang murah la, 70% less.. Time tu Masha tak start kerja lagi, so minta la En.Hubby request cuti 3 hari yang kebetulan juga company dia bagi untuk cuti kahwin..So, ape lagi..Bagai pucuk dicita ulam mendatang la kan..Kami gerak dari KL pada Rabu pagi, sebab kena check in dalam pukul 2-3 pm la..Memang excited la nak pergi kan..sebab 1st time dapat bercuti berdua2 ni..hehe..
Sampai je di Melaka, terus cari Banda Hilir..Jenuh gak la berpusing2 sesat guna Garmin ni sebab jalan dalam garmin xupdate lg, last2 tanya orang. Nasib jumpa juga hotel penginapan kami di sana. Nama dia Venus Boutique Hotel..ok la hotel ni..suke sebab dia color Purple..Memang ikot tema kawen Masha la..Dah siap2 check in, unpack barang2 n solat. Terus keluar dari hotel nak jalan2..Kami ni pakai jalan je, parking keter jalan kaki. Nasib semua tempat2 bersejarah dekat2 je. Mula2 kami jumpa Dataran Pahlawan, jalan sikit lagi terus jumpa Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan Kota A-Famosa. Time ni ramai tourist dari China rasa nya lah, then dah settle ambil2 gambar kami terus menuju ke Bukit St.Paul, dimana merupakan bekas2 kubur Belanda dan Gereja. Sampa kat sini pun dekat2 nak petang gak la..gothic gak nak naik kat atas bukit St.Paul ni sebab kubur la katakan..huhu..alhamdulillah xde pa pe..
Then kami pergi berjalan2 lagi, nak cari makan la kan. Jalan punya jalan, lalu kt Malacca River Cruise..Ingat plan memang nak naik malam2, tp En.Hubby nak naik esok..So, kami decide naik esok je la. Kebetulan kat tepi muara Sg.Melaka tu ada kedai Asam Pedas, so kami makan malam kat situ. Lepas makan je kami jalan2 lagi, pergi Gereja Color Merah tu, apekenamanya. hehe..pastu kami jalan2 nak cari Jonker Street. Jumpa Jonker Street nya tapi tak jumpa orang jual2..Dengar cerita Jonker Street ni ala2 uptown cam kt KL, yeke?. sedang jalan2 tu terjumpa kedai jual air bubble, pon tros la beli kan sebab peveret. Tanya la orang kedai tu npe Jonker Street ni macam xde pa pe kn, dia cakap memang ada jual2 tapi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam sahaja..huhu..kecewa sikit kna, sebab kami datang hari Rabu malam..memang la xde..hari pun dah lewat malam, kami pulang ke hotel balik.
Ok, hari kedua di Melaka..dimulai mkn lunch dlu dalam pukul 10 am.(lunch ke?)..dah kenyang perut kami pergi ke Menara Taming Sari..Kalau ada MyKad, per entry RM10..Best naik Menara Taming Sari sebabnya di tengah2 menara ini ada satu macam roda, boleh bergerak naik sehingga bpe meter ntah tak ingat..hehe..dapat menikmati view seluruh Melaka dari ketinggian 800kaki kot xsilap..yeke?..hurmm..then kami teruskan langkah ke Muzium Kapal. Per Entry RM3 je..masuk dalam kapal besar tu, rupa2 nya ada muzium..jadi perak jap kn..macam2 history la ada dalam tu, macam yang kita belajar dlu Sejarah Form 1-3..hehe..
Then hujan renyai2, kami decided nak naik Malacca River Cruise..RM10 per
entry..yang ni paling best, sebab dapat menyusuri sepanjang sungai
Melaka, ambil masa lebih kurang 40 minit la..kagum gak sebab disepanjang
sungai, belakang rumah2 kedai ada mural yang cantik2 sangat..best2..kemudian kami membeli belah souvenir untuk family di berhadapan dengan Muzium Kapal..ada satu kedai ni, owner kedai nama MakNgah, sangat berpatutan harga kat kedai tu compare to others..memang recommend la kedai ni kalo korang nk beli souvenir k..then hari beransur malam, kami decided nak mencari ikan bakar. Then cari kat Garmin, terjumpa Muara Sg.Duyung Ikan Bakar..dah le tak tau jalan, gamble je follow Garmin walaupun masok 3x dah sesat..huhu..finally we successfully arrived..Sangat puas makan ikan bakar ni, nasik lemak dia pon sedap. Dah kenyang makan kami pon pulang.
So, esoknya pula hari nak balik..huhu..takmo balik buleh..sangat best and peacefull je kat sini..hari terakhir di Banda Hilir, dimulai dengan check out dlu hotel. Then kami terus menuju ke rumah opah sedara incik Hubby di Batu Berendam, Melaka. Malam ni bermalam di sini pula. So..itu saja laporan perjalanan kami di Melaka..hehe..jumpe lagi..(",)
Wednesday, February 29, 2012
Wordless Wednesday Ver. 1.3
Gioachino Rossini (Italian composer), Feb. 29, 1792 Pesaro, Papal States [Italy]-Source-http://en.wikipedia.org/wiki/Gioachino_Rossini
Thursday, February 23, 2012
Hantaran Bunga Tisu
Arini nak cerita pasal hantaran pada majlis perkahwinan Masha lepas. Mostly semua hantaran DIY sindri by Masha dengan bantuan dari akak Masha. Ada sebahagian hantaran lelaki Masha tolong buatkan, antaranya duet mas kahwin, sejadah dan telekung dan sirih junjung. Mostly barang2 yang kitaorang beli semuanya keperluan untuk diguna lepas kahwin nanti dan juga hobi masing2. Kalo bley beli barang yang dia suka.
Hantaran kepada lelaki (dari Masha kepada Mr.EverDale) - theme Turquoise White
- Al-Quran dan sejadah
- Chocolate set (Ferrero Roche, Hersyes Kisses, Famos Amos, Toblerone)
- Camera Samsung
- Kasut
- Kemeja G2000 & Topi
- Jam Tangan Nautica
- Diecast Dooge Challenger Car & Remote TV LG Plasma 42" & Remote Set Home Theatre LG
- Perfume set CK Euphoria Man
- Kek Mocha
- Buah-buahan
- Sirih Junjung
Kali ni pun Masha xbeli dulang, tapi sewa kat classmate Master. Jimat memang jimat. Kalo sesiapa nak sewa dulang or buat hantaran bley la contact Aizalyn Wedding..Hiasan untuk dulang kali ni Masha reka sindri guna bunga tisu paper yg Masha buat sindri..plan nk letak banyak bunga tisu/crepe tu tapi takot nampak crowded nanti, so masha letak 1 dulang sekuntum je..
Hantaran kepada Masha (dari Mr.EverDale kepada Masha)- theme Gold, Red
- Set Al-Quran & Rehal
- Sejadah (Gubah jadi bag) & Telekung
- Handbag & Purse
- High Heel
- Handset Samsung Galaxy Ace & Jam Tangan DKNY
- Sirih Junjung
- Chocolate set (Ferrero Roche, Hersyes Kisses, Famos Amos, Toblerone)
- Duet Mas Kawen (diGubah bunga) & Cincin & Gelang
- Perfume set CK Euphoria Blossom
Satu kejayaan dalam membuat duit mas kahwin sindri..huhu..dah le 1st time gubah duit mas kahwin, supposely Mama yg preparekan, tapi Masha volunteer nak buat sebab taknak bagi mama membazir p bayar upah kat orang lain gubahkan. Tapi berjaya jugak lah..Memang puas hati..Nanti Masha review detail lagi step2 nak mengubah duit mas kahwin ye kawan2..Selalunya, sirih junjung memang Masha akan preparekan sebab family Mr.EverDale dari Jb, takot dah sampai Ipoh layu sume kan tak cantik nanti. Kalo perasan, dua2 sirih junjung tu same je pesen nye..hehe..dah takde idea sangat la tu, tukar bunga je, basic same..hehe..:-)
P/S: plan dalam hati, after this dah abes study nk buat bisness gubah barang2 hantaran dan sewa dulang plak..ape pendapat korang..
Wednesday, February 22, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)