Tuesday, May 17, 2011

DIY-Bunga Tisu

Alkisah nya, plan sebenarnya nak buat Pomander Ball untuk anak2 buah Masha. Tak tau apa itu Pomander Ball? pomander ball ialah bola bunga yang cantik seperti gambar di bawah:



Nak bagi Ekin dan Leya pakai time jadi angel2 kecik mengiringi Masha time jalan kat red carpet time wedding nanti. Mesti cute sangat kan.


So, last week pergi la book store, cari kertas tisu a.k.a crepe paper. Ala, kertas yang time kita kelas pendidikan seni kat sekolah rendah dulu, for sure korang pernah guna kan?, kalau tak pernah tak tau la plak. Harga kertas ni murah je, 1 paket : RM0.45 dan dawai bunga tu 50 wires = RM3.00. So, untuk tutorial buat sendiri follow You Tube, cincai-cincai jadi. Best2, mula la dah berangan nak buat bunga telur sendiri guna crepe paper ni je. Ada berani?..nantikan sambungan DIY- Bunga Tisu ini untuk bunga telur, kesudahannya hujung tahun 2011..hehe..di sini, Masha nak tunjuk tutorial macamana nak buat Bunga Tisu ni.

1) Bahan-bahan nya : crepe paper, gunting, dawai je.


2) Lipat kertas tisu ini kepada dua bahagian yang besar.


3) Lipat lagi dua, lagi dua sampai jadi kecil macam ini.



4) Dah jadi lebar macam di atas ini, bahagi kan kepada dua bahagian lagi. Dan gunting di tengah-tengah. Pastikan dua2 bahagian sama besar.



5) Potong ikut garisan di tengah.Pastikan ia sama besar juga.



6) Buka kembali lipatan yang sudah dipotong. Kemudian potong kepada 4 bahagian menegak ke atas.


7)  Potong, dan susun kepada 5 helai kertas tisu yang sama besar untuk hasilkan sekuntum bunga.


8) Susun, dan lipat seperti kipas. Lebar setiap lipatan kecik itu 1 inci.


9) Lipat kepada dua di bahagian tengah. Simpulkan dawai halus diantara tengah2 bahagian bunga itu.



10) Potong di hujung kertas bentuk semi sfera, untuk nampak kemas lagi bunga.


11) Buka lipatan bunga menjadi seperti kipas. Dan tarik sehelai demi sehelai secara berhati2, kerana kertas ini lembut. 


12) Taraa! Dah siap. 1 kuntum bunga tisu. Kalau hendak buat seperti pomander ball, perlu ada polisterina berbentuk bola, dan cucuk setiap kuntum bunga tisu ini ke polisterina, sehingga menyerupai bunga bola.



Masha plan nak DIY buat bunga telur macam ni je, idea dari Seri Qanasuri. InsyaAllah boleh. Tunggukan hasilnya. I Love DIY..hehe..

 
Cantek kan..(",)..Berkobar-kobar plak rasa nak buat bunga ni. 

2 comments:

  1. sangat cantikk.. saya suka..dah ade try buat utk mmber, tp kite guna kertas tisu yg biasa tu..blh tahu nak dptkan kertas crepe tu kat mana ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crepe paper ni bley dpt kt kedai2 jual barang2 hantaran/pengantin, or macam Masha beli kt kedai buku Popular, rm 0.50 sekeping kot..kalo xsilap la..murah je..sekeping bley buat 4 kuntum bunga..:-)

      Delete

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus