Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday Ver 1.6

Yes..today is Wednesday..(",)..can't wait for next weekend..USS jom..

Tuesday, March 27, 2012

Sweet 2 months

Assalammualaikum..

Hari ini 27 March, genap 2 bulan usia perkahwinan Masha & Mr.EverDale..Sangat bersyukur dikurniakan seorang hubby yang understanding, caring & responsible..Happy juga dengan life sekarang walaupun penat. At least ada orang yang akan entertain kte, comfort kte, pampered kte. Life menjadi seorang wife, student & employee sangat mencabar. Alhamdulillah, so far Masha dapat adapt dengan life macam ni. Rutin harian memang totally change la sejak berkahwin ni, dulu duduk sorang kalo tak makan pon xpe, kalo tak iron baju pon xpe, kalo bangun lambat2 pon xpe. Tapi sekarang, buat apa2 pun, mesti fikirkan hubby.

Single Life (Working Days + Class)
 6.30am : Bangun solat Subuh, pas solat tdo balik (ade masa je mesti tdo..hehe)
 8.00am : Bangun, mandi, siap2 pergi kerja.
 8.30am : Bertolak ke Office (Cyberjaya)
 8.45am : Sampai office. Working till 5.30pm.
 5.30pm : Bertolak ke Shah Alam- kelas Masters
 6.45pm : Sampai di UiTM. Masuk kelas terus.
 9.45pm : Kelas abes. Tros balik.
 10.30pm : Sampai rumah. Kalo lapo tapau makanan.Kalo x blik solat tdo..

Double Life (Working Days + Class)
5.00am : Bangun, cuci muka, tros masak (nasik goreng/ lauk/sayur) untuk bekalan hubby g kje.
5.50am : Buat air kt hubby. Kejut hubby. Kte mandi siap2.
6.10am : Siap berpakaian, mekap, solat Subuh.
6.15am : Mintak hubby minum. Dah siap minum, keluar rumah, pergi tempat parking
6.23am : Bru gerak keluar dari apatment. Sepanjang hubby drive g kje, masha tdo dalam keter.
7.03am : Sampai di Yakult Glenmarie Shah Alam(Office hubby). Kami tdo(take a nap) dalam kereta.
7.20am : Baru betul2 bangun. Hubby masuk office.
7.25am : Masha drive pergi UiTM Shah Alam.
7.45am : Sampai UiTM. Masuk Office. Working till 5.00pm.
5.00pm : Gerak tros g office hubby.
5.30pm : Sampai office hubby. Tunggu till hubby kluar.
5.40pm : Hubby keluar office. Terus gerak g UiTM balik. Sambil dalam perjalanan. Makan dlu.
6.30pm : Sampai UiTM. Masha masuk kelas. Hubby tunggu dalam keter
9.45pm : Kelas habis. Terus balik. Singgah beli makanan. Makan. Kalau balik rumah awai, masak ape2 je untuk dinner.
10.30pm : Sampai rumah. Siap2 ape yg xsettle lagi.
11.00pm : Tdo.

Kalau korang semua perasan, dalam ni takde part iron baju, cuci baju semua kan. Semua tu Masha settle siap2 time cuti weekend, iron sekali gus 5 helai baju Masha n hubby untuk 5 hari bekerja. Senang. Ape lagi buat time weekend, cuci baju, lipat baju siap2, blender bawang and cili kering siap2 supaya masa memasak pagi2 dan malam2 dapat dijimatkan. Potong sayur2 kering (mcm carrot, sayur2) siap2. Simpan dalam tupperware dalam fridge. Cuci, siang and basuh lauk2 macam ikan, ayam and daging siap2 dan simpan dalam freezer. Semua dalam fridge, so time nak masak weekdays senang je campak2..('',).

Naseb hubby masha ni tak banyak songeh. Makan je apa yang terhidang. Alhamdulillah, suka hati Masha kalau dapat tengok dia kenyang, and tambah2 nasik lagi and lauk habis. InsyaAllah, Masha akan cuba sedaya upaya untuk menjadi suri rumah bekerjaya selagi termampu. Dan kalau ada rezeki, mintak2 la cepat2 dapat baby. Jeles tau tengok kawan2 yang dah de baby cute2. InsyaAllah. Doakan ye..:-)
Last but not least. Everyday I love u Mr.Syahrul Azmeer Ismail..(",). 
27 January 2012, 03 Rabiul Awal 1433H.

Friday, March 16, 2012

Hukum Minum Air Sambil Berdiri




Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
"Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya".[107]

Hadis B:
"Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [108] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata 

Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat."[109]

Hadis C:
Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:
Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[110]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan. Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah). Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram, tetapi hanyalah makruh. Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [111]. Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan
====================================================================

[107] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma. 
[108] Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.
[109] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).
[110] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).
[111] Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.
======================================================================
Source: UiTM Tazkirah Bulanan.

Yang ni dari segi logik dan perubatan

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya! Terapi air putih: Perbanyakkan minum air masak.
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.

Source: informations-the.blogspot.com

Thursday, March 15, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 2

Assalammualaikum semua..Hari ini Masha akan sambung Cara-cara hendak mengubah Duit Mas Kahwin. Step hari ini ialah cara hendak mencantumkan bunga-bunga yang sudah siap digubah menjadi sejambak bunga dan dijadikan 1 dulang hantaran.
  • Mula-mula sediakan bahan2 nya terlebih dahulu ye kawan2. Bahan yang diperlukan ialah : 1 polisterin berbentuk empat segi tepat (bergantung kepada pilihan masing2), kain lapik polisterin (bergantung pada pilihan masing2, macam Masha Theme belah lelaki color gold, so Masha pilih kain color gold), renda / list hiasan berwarna untuk lilit keliling polisterin (ini pon bergantung pada pilihan masing2), double sided tape, daun2 hijau plastik,  dawai, pita lilit bunga berwarna hijau dan riben. 
  • Kemudian, ambil bunga yang sudah siap digubah seperti yang dalam entry Part1 lepas, lilitkan dawai bunga itu pada batang bunga / dawai bunga yang tebal. Dan lilitkan dengan pita lilit bunga yang berwarna hijau..lilit banyak2 kali sehingga bunga betul2 kukuh.
 
Dawai bunga dililit pada tangkai bunga plastik / dawai bunga yang tebal.
Lilitkan pita bunga yang berwarna hijau keliling tangkai, sehingga bunga betul2 kukuh.
  • Kemudian langkah seterusnya, ambil daun plastik atau bunga2 plastik yang kecil lilitkan sekali disebalik tangkai bunga itu, lilitkan bersama pita bunga berwarna hijau itu. Buat ikut kretiviti anda..Lilit je, janji boleh..hehe..:-)
  • Langkah yang seterusnya ini tiada gambar, langkah ini simple je..ambil kain cantik/ kain net tadi. Letakkan di bawah dan polisterin di atas..Kemudian ambil double sided, gamkan pada diameter ukur lilit polisterin empat segi tadi dan lipat kain cantik tu seperti membalut kotak hadiah. Lakukan langkah in sehingga polisterin betul2 kemas dibalut oleh kain cantik itu. Kemudian ambil renda, gamkan pada keliling diameter polisterin itu.
  • Untuk duit syiling RM0.20 pula, Masha hanya lilitkan pada dawai dan cucuk pada polisterin, untuk cukupkan RM1.00.
  • Kemudian setelah siap setiap tangkai2 bunga yang siap dilit dengan bunga dan daun hiasan, cantumkan satu demi satu bunga2 itu sehingga menjadi sejambak bunga seperti di dalam gambar di bawah. Akhir sekali ambil riben (color terpulang) untuk dililitkan pada hujung jambangan bunga itu. Macam Masha guna riben color merah.
Di sini Masha tambah aksesori tambahan seperti rama2 hiasan berwarna gold, 1 bekas gelang berwarna coklat (yang berbentuk bulat), 2 bekas cincin (berwarna putih) yang seakan2 cinderella carriage tu. Yang carriage tu sangat Masha berkenan..cute je.. dan akhir sekali sekuntum bunga berwarna gold. Tadaa...dah siap.
Bekas Cinderella Carriage dan bekas gelang
Her Ring (left)  and His Ring (right)                                                                                           
Her Bracelet
Finall touch by Masha, yang sudah siap di atas dulang.
Dah siap..selamat mencuba ye kawan2..(",)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday Ver 1.5


Akira Yoshizawa (吉澤 章 Yoshizawa Akira; 14 March 1911 – 14 March 2005) was considered to be the grandmaster of origami. Source : Akira_Yoshizawa

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus