Tuesday, March 13, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 1


Assalammualaikum semua..Ok disebabkan tadi kerja dah siap, sekarang masa untuk menulis pula. Hari ini Masha akan ajar step by step cara hendak mengubah / melipat duit menjadi bunga rose dan sesuai untuk dijadikan duit Mas Kahwin. Gubahan ini Masha buat sendiri dengan jayanya hanya dengan rujukan dari blog Saudara Amirul Syafique, best plak bila berjaya.

  • Mula2 sediakan duit dengan secukupnya. Di sini Masha sediakan total duit RM101 = RM10 x 8 keping : RM 80, RM1 x 20 keping : RM 20, RM0.20 x 5 keping : RM1. Sebab 1 kuntum bunga memerlukan kira2 4 keping duit. Alkisahnya pasal duit ni, jenuh Masha nak tukar. Pergi bank, dapat tukar je RM 10 je tu pun duit orang dah guna..tak keras macam duit baru. Sadis je..Last2, kena la minta dan bertanya dengan budak2 office, nasib dapat tukar. Then 1 lidi sate yang kecil ataupun pencungkil gigi, dawai serta stigma bunga yang berwarna merah dan silver (bergantung pada warna duit anda). Masha tak tau nama apa benda alah bulat2 merah tu, tapi kalau korang ade belajar Sains Form 2 mesti belajar Parts of Flower seperti dalam gambar rajah dibawah.
  • Then, ambil lidi dan sekeping duit. Kemudian lilitkan lidi di setiap penjuru duit itu. Buat pada 4 penjuru duit, gulungkan sehingga tinggalkan curl2 sikit..
Sehingga jadi macam gambar di bawah : 
  • Kemudian bahagikan/lipatkan duit itu menjadi 2 bahagian. Kemudian buka balik sehingga meninggalkan kesan dan kepitkan dengan hujung ibu jari serta jari telunjuk. Dan adjust dalam kuntum bunga itu dengan hujung jari supaya jadi seperti mangkuk. Lipatan curl2 itu terserlah pada kreativiti anda untuk buat di bahagian hadapan atau di belakang.
 Seperti mangkuk ayunn..hehe..
  • Kemudian lilitkan dawai pada lipatan duit tadi. Di tengah2..
  • Kemudian ulang langkah yang sama untuk menghasilkan 4 keping kelopak bunga lagi.
  • Kemudian ambil stigma bunga kira secubit. Bajet2 ikot pada saiz bunga. dan  lipat dua stigma itu untuk melilit dawai di tengah2 bahagian itu.
 
  • Kemudian masa untuk mencantum2 kan bahagian2 yang telah dilipat2 tadi menjadi sekuntum bunga. Dimulai dengan Stigma dahulu, kemudian ambil 1 kelopak bunga lilitkan antara dawai2sehingga tercantum. Lakukan lilitan dawai di antara setiap kelopak bunga sehingga jadi seperti ini:
 Yang atas ni versi RM 10, yang bawah ni versi RM1, cara nya sama je. Lain kat kelopak yang 1st je..
 Tadaaa..dah jadi bunga..esok kita sambung Part 2 plak k..cara nak membuat gubahan tepak bunga Mas Kahwin.
 Selamat Mencuba..:-)

No comments:

Post a Comment

~Share It~

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus