Friday, February 27, 2015

Broga Hill after burned down_090215

As-salam,

Dah lama news ni, baru nk update..sangat sedih >,< apabila tempat yang sangat segar dengan daun n rumput2 hijau telah dimamah oleh api pada 9 Februari yang lepas. Masha pon tak sure keadaan sekarang macam mana..Dulu, sebelum ada baby pernah la pergi hiking Broga Hill tu dengan Mr. Hubby dan kawan2 nya..Hopefully nanti anak2 dh skolah, bleh kot jejak kaki lagi kat sana. Dan berharap semoga pokok2 dan rumput2 di sana kembali menghijau..


Friday, February 6, 2015

Alhamdulillah..2nd Pregnancy..AdikBaby Coming soon...

As-salam, 

Alhamdulillah..rezeki datang tanpa diduga. Disaat kami berdukacita kehilangan Arwah Mama tersayang, Allah menggantikan dengan pengganti yang lain.

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali Dia menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi itu pun apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya. InsyaAllah..

"Sesiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku mengganti kedua-dua (mata)nya itu dengan syurga." (Hadis Nabi) 
 "Sesiapa yang kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharap redha (Ku), nescaya Aku akan menggantikan dengan syurga." (Hadis Nabi).

Alhamdulillah, harini sudah masuk 7 weeks Adikbaby, alangkah happy nya kalau Arwah Mama dapat tahu berita ini dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami ini..sebab dulu walaupun BAM masih kecil, asyik la Mama tanya bila nak tambah sorang lagi ini..Al-Fatihah untuk Mama, semoga roh mama tenang disana, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Tanda-tanda Preggy kali ke-2
  • Berat naik mendadak..mula2 saje je la p timbang guna weight scale kt rumah tu..tengok2 berat dh naik 10kg..bior bonar..ingatkan weightscale tu pentipu (sebab BAM slalu main n baling2, mestilah rosakkan). Tak puas hati, esoknya pergi Giant n p timbang..memang weightscale tu dh rosak..rupanya beratku hanya naik 4kg..Fuhhhh..selamat
  • Kat perut membuncit cket k...kenapa eh?..maybe makan banyak kot..
  • Period delay 2 hari (dalam hati ingat, takpe la..esok2 mai kot piyed tu). Sebab last 2 month delay 5 hari, check -ve je..tu yang malas berharap.
  • Tak puas hati, finally suh En. Hubby beli pregnancy test paling murah (kat kedai AAA), yang rm3 punya..haha..punya la kedekut..yela.nk kencing je kot..bokpe mahal2..membazir nanti (dh memang cheapskate, btau je la..haha)
  • Last2 pagi subuh esok, p test urine kt upt..then duduk dalam bilik air tu biar je dulu..lama2..kali ni sangat jelas kot..naik 2 line (bukan macam time preggy BAM dulu, 2nd line malu2 nk timbul, ade pon blur2 je)..Muka keluar toilet..confuse..hurmmm..betoll ke?..Then biar je la upt tu kt dlm toilet, then kejut hubby nak bagi surprise kunun..then hubby msok le toilet, mandi sume  then kuar..tanya dia "Dh tengok ke"..pastu ade ke dia tanya.."Tengok Ape?" pastu Masha g amik upt tu..then tunjuk kat dia, "Punya lama dalam toilet, tak nampak ke mende ni?"..hehe..muka dia..terkejut jugak n senyum meleret.."Syg, betul ke ni..Alhamdulillah..kesian Marissa, tak sempat nak bermanja lagi..Kalo mama ada kan mesti mama happy kan..Terima Kasih sayang, sudi jadi Ummi untuk baby2 kita"..
Perasaan kami memang happy, tapi a bit terkejut sebab planning nak deliver baby tahun 2016, thats mean nk plan preggy dalam bulan 5, 2015 ke atas, tapi Allah nak bagi rezeki awal..kami terima dengan bersyukur sangat..suke2..sebab rindu time preggy dulu..rindu nk bau baby baru lahir..rindu nak baby lagi..(memang orang perempuan ni degil kan, dh sakit nak juga beranak)..Itulah kekuatan orang perempuan yang Allah cipta ini. InsyaAllah, lepas ni akan banyak update lagi mengenai journey our 2nd baby..Doakan ummi dan baby selamat ye..Aminn..

Last Monday, after 2weeks selepas check upt. Pergi klinik untuk scan..Alhamdullilah, sudah nampak kantung baby (dalam pic,yang dark spot tu) dan kantung di dalam uterus..bukan di luar uterus..Alhamdullah.

Belanja pic BAM last Friday, umur sekarang 1 tahun 6 bulan 17 hari..Bakal jadi Kakyong,,InsyaAllah..

Thursday, January 29, 2015

Menu Homemade Puree for Baby Annur - Part 2

As-salam, 

Sekarang baru berkesempatan nk buat compilation entry untuk Homemade Puree yang tak seberapa ni..So, far Masha slalu cuba berexperiment dengan buah-buahan, sayur-sayuran dengan mengamalkan 5 days rule. Alhamdulillah, BAM jenih telan je semua batu kayu..haha..acah je..dengan kata lainnya, dia tiada alah pada apa2 makanan so far..So disini ada beberapa himpunan puree untuk reference ibu-ibu diluar sana. Enjoy...

1. Puree Roti + Banana


2. Puree Buah Pear + Kurma

  • Mula-mula potong buah pear kepada bentuk cube
  • Rebus atau Stim. Masha guna rebus, sebab takde periuk kukus..Rebus dengan memasukkan air sehingga tenggelam sedikit buah pear itu
  • Selesai rebus sehingga lembut (jangan rebus lama sangat, takut hilang vitamin dia), toskan buah pear yang sudah direbus dan masukkan ke dalam BB blender.
  • Carik-carikan 3 biji kurma (buang kulit dulu ye), dan blend sekali
  • Dah siap, ready to eat...or simpan sejuk beku dalam ice cube dan tutup.


3. Cara Penyediaan Couscous + Buah Naga + Buah Pisang

  • Salah satu sumber karbohidrat yang mudah disediakan (selain daripada roti), ialah CousCous.
  • Couscous ini ala-ala macam macaroni or pasta dan sangat mudah disediakan dan dibawa kemana-mana. Kalo travel memang Masha akan gunakan CousCous je..
  • Cara Penyediaan CousCous sangat la mudah, hanya masukkan CousCous ke dalam bekas, dan tambah air panas (make sure panas bru lepas didih) dan tutup bekas. Tunggu dalam 10 minit. Dh siap CousCous yang kembang..
  • Dalam pic bawah ni, Masha masukkan CousCous yang sudah lembik bersama buah pisang dan buah naga.
  • Blend sehingga hancur. Ready to eat...sangat manis...dan sedap ye..

Ini rupanya Coucous ye kawan-kawan. Ada dijual di Aeon. Harga tak mahal <RM10 kot..lupe dah harga dia.


4. Cara penyediaan bekalan makanan ke rumah pengasuh/babysitter

  • Keluarkan stok2 vege + chicken stock  untuk dicampur bersama bubur nasi
  • Macam dalam pic di bawah ni, Masha mixkan bubur nasi dengan puree carrot, puree brokoli, puree labu dan chicken stock
  • Defrost kan campuran ini, dengan menggunakan kuali dalam api yang sederhana. Masukkan air sedikit
  • Dah selesai lembut semua bahan-bahan, kacaukan dan tambah Habbatussauda Oil (3 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau
  • Bahagikan kepada 2 bekas (tengahari dan malam)..InsyaAllah, makanan akan masih elok sehingga sebelum maghrib. 
  • Pesan pada pengasuh, time nk bagi baby makan, double boil kan atau tambah air suam bg cair sikit supaya baby senang nk telan


Masha amalkan rutin penyediaan makanan seperti ini sehingga BAM umur setahun, kerana after setahun, Masha dah xbuat puree dah dan cuba bagi makanan yang biasa kita makan, but still kena make sure no salt and sugar, serta setiap hari perlu masukkan Habbatussauda Oil (5 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau. Untuk mengekalkan antibodi BAM supaya sentiasa sehat dan aktif selalu..Alhamdulillah..

Refer Part 1

Monday, January 26, 2015

Cara Menyediakan Stok Beras Untuk Simpanan- BabySolidFood for Working Mummy

As-salam, 

Walaupun BAM sudah menjejak ke 18 bulan dan sehingga kini..Alhamdulillah Masha berjaya menyediakan makanan kepadanya untuk dibekalkan kepada babysitter (no sugar no salt). Ketika umur BAM dari 6 bulan sehingga 1 tahun, stok beras ini tersangatlah penting kerana ia mempercepatkan urusan penyediaan makanan buat anak kita ketika waktu pagi. Selalunya Masha akan prepared stok beras ini time weekend, dan gunakan sehingga lebih kurang 2 minggu. Sekarang Masha dah tak prepare stok beras lagi sebab BAM dah pandai makan nasik lembik dan kadang2 nasik keras pon dia bedal sebab gigi dh hampir penuh dan tinggal geraham je nak tumbuh

So, di bawah ini Masha ada simplified kan gambar mengenai Cara-cara menyediakan stok simpanan beras. Enjoy the step dear,.


Friday, January 16, 2015

Surprise By Him..150115

As-salam, 

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ini. Semalam genaplah umurku mencecah 28 tahun..Syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan rezeki, kesihatan yang baik, suami yang penyayang, anak yang sihat dan cantik, keluarga yang bahagia serta semua pinjaman dan peluang ini.. InsyaAllah, akan kuhargainya dan bersyukur diatas setiap kurnia dariMu..

Semalam, Mr. Hubby buat surprise..realllly made my day..serius tak tertahan..Sebab masuk tahun 2015 ini, Masha terasa kosong..nak cakap happy tak happy, nak cakap sedih tak sedih..It seems like missing something...tu sebab time NewYear aritu macam takde perasaan, dan ini time Birthday sendiri bulan 1 plak tu..pon cam xde feeling..

Mr. Hubby ade la tanya nak apa..happy ke tak..xtau nk jawab..hurmm..pada hari Khamis, 15/01/15, pagi tu time nak masuk office, sesaje la request kt Mr. Hubby nak balloons byk2 n nak kad..at the end time nak balik, sesampai je Mr. Hubby..Masha tros ternampak balloons banyak kt sit belakang tros tersenyum..xtau nak cakap (rupa2 dia beli sungguh la..huhu..)..Terharu, Teruja, n baru rasa Happy tu datang..haha..cam bebudak plak..tp kan..tu je la mende yang Masha sukee..n happy sgt kalo dapat byk2 compare to Roses or Teddy Bear or Choc..TQ sangat2 my luv..ummi sukee..(",)..nanti belikan lagi ye..tetiap bulan..haha..love you & our pebbles so much..


~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus