Harini umur baby Annur dah 8m3w1d sekejap je rasa dah nak masuk 9 bulan dah budak domok sorang ni..dan dh dekat 2 bulan Masha introduce solid food to baby Annur..dan alhamdulillah, Masha berjaya bekalkan homemade bubur + puree to baby Annur everyday to babysitter. Masha banyak refer kt blog2 cara prepared food untuk baby bagi ibu yang bekerjaya. So far cara semuanya sama, depends kat creativity si ibu masing2..Masha ni creative kt mende lain, bab masak2 ni banyak ikut recipe je..hehe..kt sini nak story cket:
Cara-cara prepared bekalan makanan utk baby dibawa ke rumah babysitter
Malam2 setiap hari Ahad Masha akan prepare stock puree n untuk disimpan beku dalam fridge dan stock beras yang sudah siap diblend halus untuk kegunaan seminggu. Image di bawah menunjukkan Masha tengah prepare puree carrot ntuk bekalkan kepada babysitter setiap hari, Masha akan bangun pukul 5.30am untuk masak bubur dan masukkan cube2 puree yang Masha dah prepared semalam nya. Sediakan 2 bekas, untuk makan tengahari dan petang. Masha simpan dalam bekas tupperware biase je, then letak dalam bag kedap Baby Bullet.
Cara buat stok puree bayam
Nak buat puree sayuran sangatlah mudah. Mula2, potong sayur yang dikehendaki (boleh juga sayur kepada brokoli, carrot, keledek, kentang dll) then rebus atau stim sayur tersebut dalam air yang sedikit dalam 15 minit. Apabila sayur tersebut dah betul2 lembut, toskan dan masukkan dalam blender kering. Di sini Masha gunakan Magic Baby Bullet (MBB) untuk blend semua. Tapi, setiap stock puree yang Masha prepared Masha akan masukkan kurma yang telah dibuang kulit dan bijinya terlebih dahulu, baru masukkan sayur. Kurma ni banyak khasiatnya. Then, start blend semuanya. dan simpan ke dalam cube tray yang bertutup, atau baby bullet storage. Dan bekukan. Apabila mahu masak untuk baby, hanya ambil seketul 2 je buat tambahan kepada bubur kosong tadi.
Masha dah memperkenalkan 4 days rules kat baby Annur sepanjang umurnya 6-8 bulan, so far, dia lepas semua jenis sayuran dan buah yang Masha dah bagi kt dia, antaranya Carrot, Keledek, Kentang, Bayam, Pisang, Kurma. hehe..tak variety sangat kan..pening gak nak pk nak masak apa untuk baby Annur setiap hari. Tp alhamdulillah, baby Annur makan licin. dan tak banyak kerenah..telan je pape..hehe..semua mende nk masuk mulutnya tu. Masuk 8 bulan ke atas Masha introduce ayam, bawang, halia. kat dia. Kat bawah ni ada story cara untuk buat stock ayam.
Cara buat stok puree ayam
1. Mula2 sediakan ayam. Di sini Masha gunakan isi ayam kat Marissa. Ada orang cakap better renehkan ayam dan tulang2 nya sekali baru dapat khasiatnya yang sebenar. Disebabkan dah ter'beli' isi ayam maka diteruskan juga lah buat stock ayam.
2. Sediakan bahan2 untuk buat sup iaitu Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga, Bawang Putih 1 ulas, Bawang Holland sebiji dan Halia 1 inci. Disebabkan kt rumah time ni ada Carrot je, so masukkan juga la carrot sekali.
3. Renehkan air dan toskn tapis kesemua bahan lain selain ayam dan carrot sedikit. Bahan2 lain boleh buang. Hanya blend isi ayam dan carrot with air sup tu tadi.
4. Blend sampai hancur dan masukkan dalam cube tray tu dan bekukan.huuu..bau nya sangat menyelerakan kan..ummi curi makan cket puree ayam tu..hehe..
Hoho..kadang2 kadang terkantoi gak kalo time travel ke pergi jauh2 ke, terbagi baby Annur makan cerelac juga..Tapi pergi rumah babysitter mesti bekalkan makanan homemade..pasni takmo dah nak bagi makan cerelac dah la..terlebih masin manis nye pon..tercemar sudah anakku..huhu..kena istiqamah betul2 la rasanya. Kepada ibu2 di sana, semoga dapat memasak untuk anak sampai besar..Go go..jiayou2..hehe..
Continue Part 2
Continue Part 2
No comments:
Post a Comment