Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Menu Homemade Puree for Baby Annur - Part 2

As-salam, 

Sekarang baru berkesempatan nk buat compilation entry untuk Homemade Puree yang tak seberapa ni..So, far Masha slalu cuba berexperiment dengan buah-buahan, sayur-sayuran dengan mengamalkan 5 days rule. Alhamdulillah, BAM jenih telan je semua batu kayu..haha..acah je..dengan kata lainnya, dia tiada alah pada apa2 makanan so far..So disini ada beberapa himpunan puree untuk reference ibu-ibu diluar sana. Enjoy...

1. Puree Roti + Banana


2. Puree Buah Pear + Kurma

  • Mula-mula potong buah pear kepada bentuk cube
  • Rebus atau Stim. Masha guna rebus, sebab takde periuk kukus..Rebus dengan memasukkan air sehingga tenggelam sedikit buah pear itu
  • Selesai rebus sehingga lembut (jangan rebus lama sangat, takut hilang vitamin dia), toskan buah pear yang sudah direbus dan masukkan ke dalam BB blender.
  • Carik-carikan 3 biji kurma (buang kulit dulu ye), dan blend sekali
  • Dah siap, ready to eat...or simpan sejuk beku dalam ice cube dan tutup.


3. Cara Penyediaan Couscous + Buah Naga + Buah Pisang

  • Salah satu sumber karbohidrat yang mudah disediakan (selain daripada roti), ialah CousCous.
  • Couscous ini ala-ala macam macaroni or pasta dan sangat mudah disediakan dan dibawa kemana-mana. Kalo travel memang Masha akan gunakan CousCous je..
  • Cara Penyediaan CousCous sangat la mudah, hanya masukkan CousCous ke dalam bekas, dan tambah air panas (make sure panas bru lepas didih) dan tutup bekas. Tunggu dalam 10 minit. Dh siap CousCous yang kembang..
  • Dalam pic bawah ni, Masha masukkan CousCous yang sudah lembik bersama buah pisang dan buah naga.
  • Blend sehingga hancur. Ready to eat...sangat manis...dan sedap ye..

Ini rupanya Coucous ye kawan-kawan. Ada dijual di Aeon. Harga tak mahal <RM10 kot..lupe dah harga dia.


4. Cara penyediaan bekalan makanan ke rumah pengasuh/babysitter

  • Keluarkan stok2 vege + chicken stock  untuk dicampur bersama bubur nasi
  • Macam dalam pic di bawah ni, Masha mixkan bubur nasi dengan puree carrot, puree brokoli, puree labu dan chicken stock
  • Defrost kan campuran ini, dengan menggunakan kuali dalam api yang sederhana. Masukkan air sedikit
  • Dah selesai lembut semua bahan-bahan, kacaukan dan tambah Habbatussauda Oil (3 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau
  • Bahagikan kepada 2 bekas (tengahari dan malam)..InsyaAllah, makanan akan masih elok sehingga sebelum maghrib. 
  • Pesan pada pengasuh, time nk bagi baby makan, double boil kan atau tambah air suam bg cair sikit supaya baby senang nk telan


Masha amalkan rutin penyediaan makanan seperti ini sehingga BAM umur setahun, kerana after setahun, Masha dah xbuat puree dah dan cuba bagi makanan yang biasa kita makan, but still kena make sure no salt and sugar, serta setiap hari perlu masukkan Habbatussauda Oil (5 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau. Untuk mengekalkan antibodi BAM supaya sentiasa sehat dan aktif selalu..Alhamdulillah..

Refer Part 1

Monday, January 26, 2015

Cara Menyediakan Stok Beras Untuk Simpanan- BabySolidFood for Working Mummy

As-salam, 

Walaupun BAM sudah menjejak ke 18 bulan dan sehingga kini..Alhamdulillah Masha berjaya menyediakan makanan kepadanya untuk dibekalkan kepada babysitter (no sugar no salt). Ketika umur BAM dari 6 bulan sehingga 1 tahun, stok beras ini tersangatlah penting kerana ia mempercepatkan urusan penyediaan makanan buat anak kita ketika waktu pagi. Selalunya Masha akan prepared stok beras ini time weekend, dan gunakan sehingga lebih kurang 2 minggu. Sekarang Masha dah tak prepare stok beras lagi sebab BAM dah pandai makan nasik lembik dan kadang2 nasik keras pon dia bedal sebab gigi dh hampir penuh dan tinggal geraham je nak tumbuh

So, di bawah ini Masha ada simplified kan gambar mengenai Cara-cara menyediakan stok simpanan beras. Enjoy the step dear,.


Friday, April 11, 2014

Menu Homemade Puree for Baby Annur-Part 1

A-salam,

Harini umur baby Annur dah 8m3w1d sekejap je rasa dah nak masuk 9 bulan dah budak domok sorang ni..dan dh dekat 2 bulan Masha introduce solid food to baby Annur..dan alhamdulillah, Masha berjaya bekalkan homemade bubur + puree to baby Annur everyday to babysitter. Masha banyak refer kt blog2 cara prepared food untuk baby bagi ibu yang bekerjaya. So far cara semuanya sama, depends kat creativity si ibu masing2..Masha ni creative kt mende lain, bab masak2 ni banyak ikut recipe je..hehe..kt sini nak story cket:

Cara-cara prepared bekalan makanan utk baby dibawa ke rumah babysitter
Malam2 setiap hari Ahad Masha akan prepare stock puree n untuk disimpan beku dalam fridge dan stock beras yang sudah siap diblend halus untuk kegunaan seminggu. Image di bawah menunjukkan Masha tengah prepare puree carrot ntuk bekalkan kepada babysitter setiap hari, Masha akan bangun pukul 5.30am untuk masak bubur dan masukkan cube2 puree yang Masha dah prepared semalam nya. Sediakan 2 bekas, untuk makan tengahari dan petang. Masha simpan dalam bekas tupperware biase je, then letak dalam bag kedap Baby Bullet.


Cara buat stok puree bayam
Nak buat puree sayuran sangatlah mudah. Mula2, potong sayur yang dikehendaki (boleh juga sayur kepada brokoli, carrot, keledek, kentang dll) then rebus atau stim sayur tersebut dalam air yang sedikit dalam 15 minit. Apabila sayur tersebut dah betul2 lembut, toskan dan masukkan dalam blender kering. Di sini Masha gunakan Magic Baby Bullet (MBB) untuk blend semua. Tapi, setiap stock puree yang Masha prepared Masha akan masukkan kurma yang telah dibuang kulit dan bijinya terlebih dahulu, baru masukkan sayur. Kurma ni banyak khasiatnya. Then, start blend semuanya. dan simpan ke dalam cube tray yang bertutup, atau baby bullet storage. Dan bekukan. Apabila mahu masak untuk baby, hanya ambil seketul 2 je buat tambahan kepada bubur kosong tadi.


Masha dah memperkenalkan 4 days rules kat baby Annur sepanjang umurnya 6-8 bulan, so far, dia lepas semua jenis sayuran dan buah yang Masha dah bagi kt dia, antaranya Carrot, Keledek, Kentang, Bayam, Pisang, Kurma. hehe..tak variety sangat kan..pening gak nak pk nak masak apa untuk baby Annur setiap hari. Tp alhamdulillah, baby Annur makan licin. dan tak banyak kerenah..telan je pape..hehe..semua mende nk masuk mulutnya tu. Masuk 8 bulan ke atas Masha introduce ayam, bawang, halia. kat dia. Kat bawah ni ada story cara untuk buat stock ayam.

Cara buat stok puree ayam
1. Mula2 sediakan ayam. Di sini Masha gunakan isi ayam kat Marissa. Ada orang cakap better renehkan ayam dan tulang2 nya sekali baru dapat khasiatnya yang sebenar. Disebabkan dah ter'beli' isi ayam maka diteruskan juga lah buat stock ayam. 
2. Sediakan bahan2 untuk buat sup iaitu Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan Buah Pelaga, Bawang Putih 1 ulas, Bawang Holland sebiji dan Halia 1 inci. Disebabkan kt rumah time ni ada Carrot je, so masukkan juga la carrot sekali.
3. Renehkan air dan toskn tapis kesemua bahan lain selain ayam dan carrot sedikit. Bahan2 lain boleh buang. Hanya blend isi ayam dan carrot with air sup tu tadi.
4. Blend sampai hancur dan masukkan dalam cube tray tu dan bekukan.huuu..bau nya sangat menyelerakan kan..ummi curi makan cket puree ayam tu..hehe..


Hoho..kadang2 kadang terkantoi gak kalo time travel ke pergi jauh2 ke, terbagi baby Annur makan cerelac juga..Tapi pergi rumah babysitter mesti bekalkan makanan homemade..pasni takmo dah nak bagi makan cerelac dah la..terlebih masin manis nye pon..tercemar sudah anakku..huhu..kena istiqamah betul2 la rasanya. Kepada ibu2 di sana, semoga dapat memasak untuk anak sampai besar..Go go..jiayou2..hehe..

Continue Part 2

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus