Thursday, January 29, 2015

Menu Homemade Puree for Baby Annur - Part 2

As-salam, 

Sekarang baru berkesempatan nk buat compilation entry untuk Homemade Puree yang tak seberapa ni..So, far Masha slalu cuba berexperiment dengan buah-buahan, sayur-sayuran dengan mengamalkan 5 days rule. Alhamdulillah, BAM jenih telan je semua batu kayu..haha..acah je..dengan kata lainnya, dia tiada alah pada apa2 makanan so far..So disini ada beberapa himpunan puree untuk reference ibu-ibu diluar sana. Enjoy...

1. Puree Roti + Banana


2. Puree Buah Pear + Kurma

  • Mula-mula potong buah pear kepada bentuk cube
  • Rebus atau Stim. Masha guna rebus, sebab takde periuk kukus..Rebus dengan memasukkan air sehingga tenggelam sedikit buah pear itu
  • Selesai rebus sehingga lembut (jangan rebus lama sangat, takut hilang vitamin dia), toskan buah pear yang sudah direbus dan masukkan ke dalam BB blender.
  • Carik-carikan 3 biji kurma (buang kulit dulu ye), dan blend sekali
  • Dah siap, ready to eat...or simpan sejuk beku dalam ice cube dan tutup.


3. Cara Penyediaan Couscous + Buah Naga + Buah Pisang

  • Salah satu sumber karbohidrat yang mudah disediakan (selain daripada roti), ialah CousCous.
  • Couscous ini ala-ala macam macaroni or pasta dan sangat mudah disediakan dan dibawa kemana-mana. Kalo travel memang Masha akan gunakan CousCous je..
  • Cara Penyediaan CousCous sangat la mudah, hanya masukkan CousCous ke dalam bekas, dan tambah air panas (make sure panas bru lepas didih) dan tutup bekas. Tunggu dalam 10 minit. Dh siap CousCous yang kembang..
  • Dalam pic bawah ni, Masha masukkan CousCous yang sudah lembik bersama buah pisang dan buah naga.
  • Blend sehingga hancur. Ready to eat...sangat manis...dan sedap ye..

Ini rupanya Coucous ye kawan-kawan. Ada dijual di Aeon. Harga tak mahal <RM10 kot..lupe dah harga dia.


4. Cara penyediaan bekalan makanan ke rumah pengasuh/babysitter

  • Keluarkan stok2 vege + chicken stock  untuk dicampur bersama bubur nasi
  • Macam dalam pic di bawah ni, Masha mixkan bubur nasi dengan puree carrot, puree brokoli, puree labu dan chicken stock
  • Defrost kan campuran ini, dengan menggunakan kuali dalam api yang sederhana. Masukkan air sedikit
  • Dah selesai lembut semua bahan-bahan, kacaukan dan tambah Habbatussauda Oil (3 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau
  • Bahagikan kepada 2 bekas (tengahari dan malam)..InsyaAllah, makanan akan masih elok sehingga sebelum maghrib. 
  • Pesan pada pengasuh, time nk bagi baby makan, double boil kan atau tambah air suam bg cair sikit supaya baby senang nk telan


Masha amalkan rutin penyediaan makanan seperti ini sehingga BAM umur setahun, kerana after setahun, Masha dah xbuat puree dah dan cuba bagi makanan yang biasa kita makan, but still kena make sure no salt and sugar, serta setiap hari perlu masukkan Habbatussauda Oil (5 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau. Untuk mengekalkan antibodi BAM supaya sentiasa sehat dan aktif selalu..Alhamdulillah..

Refer Part 1

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus