Tuesday, August 3, 2010

Pertandingan melekat-lekat guna Pita Pelekat


Ada satu pertandingan untuk mencipta pakaian. Dan juga undi diperlukan untuk memilih pemenangnya dan siapa yang terkeluar, ala-ala macam AF la jugak kan.Tapi syaratnya, keseluruhan design tu perlu dan wajib mengunakan 'Pita Pelekat' aka Duct-Tape. Misi berjaya, dan pemenangnya ialah pasangan Ray Banna and Yancy Esquivel yang telah memenangi design dengan jumlah undi yang paling banyak, mereka memenangi hadiah bernilai $3,000 setiap seorang sabagai wang biasiwa dan $3,000 untuk sekolah mereka.Boleh tahan gak, DIY (Do It Yourself) design yang diperbuat daripada pita pelekat ini ye.
Keseluruhan, pasangan ini mengambil masa kira-kira 300 jam dan memerlukan 30 gulung pita pelekat untuk menghasilkan blazer dan gaun, siap dengan bow tie dan purse lagi..Semua pita pelekat. Pertandingan Duck® brand duct tape Stuck at Prom® Scholarship Contest ini memerlukan peserta-peserta untuk menghasilkan pakaian prom mereka yang berwarna-warni, dan boleh dipakai. Siapa sangka, pita pelekat yang biasanya digunakan untuk membuat kerja rumah, tetapi boleh menghasilkan sesuatu yang begitu cantik.


Macam-macam kan idea diorang ni, tapi kadang2 macam menarik juga. Kat Malaysia, ada ke orang buat pertandingan macam ni..Uiisshh...melekat-lekat kot..yang Masha pernah kena dulu, juz buat baju guna surat khabar lama je la kn..:-)

Monday, August 2, 2010

Ayam nak jadi penguin

Comel kan ayam ni..(",)..Menurut Kosmo hari ni, seekor ayam betina milik seorang petani, Lu Xi berjalan seperti penguin di wilayah Jiangsu. Ayam itu tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang. Gelagat pelik yang diberi nama jolokan Mumble oleh pihak media itu menyebabkan ia terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya. Menurut Xi, ayam itu memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain. 

Tuesday, July 20, 2010

Jadi Pengemis Pon Boleh Kaya

Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar di atas ini bukan la gambar model terkenal, mahupun artis ke, tapi ini merupakan gambar seorang pengemis. Gambar ini pun sudah heboh diperkatakan di dunia internet Cina, Taiwan, Hongkong, Jepun dan Korea.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Kerana gayanya, dia dipanggil dengan nama "xilige" / Bro Tampan.Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Nasibnya berubah selepas gambarnya kebetulan dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu. Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta). 

Untung nasib badan la, kalau muka boleh tahan suara tak sedap pun jadi sedap. Tapi bagi Masha Guorong ini takde la sexy mana pun, biasa2 je..ape pendapat korang plak..Sorry lama tak update, pergi bercuti balik kampung last weekend..:-)

Thursday, July 15, 2010

Nama Samaran @ Nick Name

SALAH satu perkara yang membezakan antara seorang individu dengan individu yang lain ialah nama. Pemberian nama manusia adalah suatu perkara yang amat penting kerana seseorang itu akan dipanggil mengikut nama yang telah diberikan. Malah, nama juga ibarat penanda untuk dikenal pasti oleh orang lain.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Perdana (JPM), Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pemilihan nama komersial artis amat penting kerana nama yang digunakan akan sentiasa disebut-sebut dan menjadi doa kepada artis berkenaan."Tidak salah jika ingin menggunakan nama gelaran kerana Nabi Muhammad S.A.W juga pernah memberi nama gelaran kepada sahabatnya, Abdul Al-Rahman kepada Abu Hurairah r.a. kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. 

Bagi Masha nama gelaran @ nama samaran @ nama panggilan adalah penting juga untuk lebih mudah mengingati nama seseorang itu, tapi kalau boleh biarlah nama yang elok-elok dan mudah. Nama Masha dalam ic Nor Maisharah Suhaimi, agak panjang le juga. Bagi non Malay yang nak menyebutnya susah gak tang Sharah tu. Dulu time sekolah rendah cikgu semua panggil Maisarah je, sebab senang ingat. Tapi tu pun panjang juga kan, then masa darjah 6, ada seorang kawan Masha berbangsa India panggil Masha dengan nama Maice, mula2 ok la Maice kan, lama2 jadi Mice. Setahu Masha, Mice ni maksudnya tikus kan, Tapi tak pe, sedap juga kan. No heart feeling..hehe..

Ok, antara nickname yang selalu Masha dapat ialah macam Sara (family pggil), Mai, Masha, Maisha, Nor...tu je kot..di bawah ni Masha senaraikan antara nickname orang2 yang Masha kenal yang bagi Masha agak pelik n simple juga la, sebab nama sebenar diorang agak sedap, tapi bila jadi nama panggilan jadi pelik..hehe..
  • Amek @ Amed (Syahrul Azmeer)
  • Bombat ( Faiz Ihsan)
  • Pedot (Faisal) -not sure..
  • Bobob (Khaiziliyah)
  • Ea (Ummu Fatihah)
  • Alet (Mohd Fadzillah)
  • Pitmint ( Ahmad Syafiq Aminuddin)
  • Karau ( Ahmad Syafiq Alauddin)
  • Ustat (Hazwan Shushaimi)
  • Suzen ( Shazana)
  • Kajol ( Farhan Nor Diyana)
  • Nubas ( Zulhilmi) -not sure..hehe..
Bagi Masha semua nama2 tu agak menarik la kan, whatever pun, biarlah nama yang dipilih itu nama yang baik kerana nama juga merupakan satu doa jika nama itu kerap disebut oleh teman-teman. 

Wednesday, July 14, 2010

Burung Cenderawasih

Selalu aktiviti pertama yang dilakukan sebaik on pc kat office, semestinya membaca Kosmo kan, sebab kalau postpone sampai ke petang la tak bley nak baca paper. Sebelum kerja mendatang, relaks2 dulu Ok, hari ini Masha ada terbaca kisah pasal Burung Cenderawasih ni. Selalunya baca macam2 tu je, tapi hari ini tergerak pula nak tulis entri pasal burung Cenderawasih ini.

Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes.Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala.

Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, burung Cenderawasih yang dikaitkan dengan legenda alam kayangan hanya boleh didapati di kawasan sejuk selain akan memberi rezeki kepada si pembelanya.Ia dikatakan hanya minum air embun. Ia juga dikatakan penjaga kepada sejenis batu zamrud yang tinggi nilainya dan akan mati jika terjatuh ke tanah tetapi bangkainya tidak mereput atau berbau busuk, malah mengeluarkan haruman tersendiri.
(credit to Wikipedia).

Keistimewaan Burung Cenderawasih
  • Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
  • Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
  • Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
  • Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia.
Ok,bagi pendapat Masha, kita sebagai orang Islam seharusnya memang tak patut la kan percaya kepada benda2 lain selain daripada Allah SWT. Jodoh, rezeki, maut semuanya sudah ditetapkan. Kita harus berusaha selagi boleh untuk mendapatkan rezeki yang halal, jangan la jadi seperti orang ini kerana terlalu percayakan burung Cendarawasih ini, akhirnya burung Cenderawasih ini membawa malang kepada mereka.Wallahu'alam.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus