Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

As-salam,.

Di pagi yang sejuk ini, Masha hendak membuat tutorial cara membuat rose ribbon seperti yang telah banyak orang pakai pada tudung-tudung sebagai pin atau pun hiasan di sekeliling tudung atau pun dibaju.
White Rose Ribbon di tudung-credit pic Spice Hijab
Atau pada kain dan baju- credit pic Butik Qalesya Karim

1) Mula-mula, sediakan Satin Rose (warna terpulang), size (lebar kira-kira separuh jari telunjuk) - terpulang kepada saiz yang dimahukan, gunting dan gam UHU..
2) Kemudian potong riben kira-kira 36cm (terpulang tebal mana bunga yang dimahukan). Macam masha, potong je, tak kira pon..hehe..
 3) Kemudian, pada hujung riben yang sudah dipotong. Lipat sedikit sehingga menjadi segi tiga dan gamkan pada kawasan yang berlorek kuning seperti dalam gambar.
4) Kemudian, segitiga yang sudah digam, gulung sedikit ke dalam untuk membentuk pusat untuk bunga rose itu.
5) Kemudian, ambil riben yang panjang di sebelah kanan anda dan lipat ke atas seperti membentuk V seperti dalam gambar.
6) Ulang langkah 5 berulang kali sehingga riben di sebelah kanan anda menjadi pendek kira-kira separuh jari telunjuk.
7) Pada hujung riben yang terakhir ini, lipatkan ia ke bawah bunga dan gamkan hujung riben itu, pada kawasan yang berlorek kuning.

8) Kemaskan bahagian bawah bunga, lipat la macam mana pon, janji kemas..hehe..janji gam..
                                                                 9) TADAAAA..dah siap..boleh la jahit pada tudung atau buat pin hiasan..:-)..SELAMAT MENCUBA..Practice make perfect..



Monday, July 30, 2012

DIY- Tutorial Cara Membuat Origami Love Ball

Tengah baca-baca komen status orang, terjumpa gambar ni dekat album SmartDeal.my


Yang basic love shape tu dah biase sangat Masha buat kan..dulu slalu lipat duit kertas jadi double love..So, mencabarkan diri la untuk membuat love ball sepeti dalam gambar ni. Memang tak berapa nak clear, so di sini Masha redo balik step by step cara nak buat..

1) Mula-mula sedia kan satu kertas bersegi empat tepat macam dalam gambar di bawah.

2) Dan lipat sehingga meninggalkan garisan (kuning) seperti dalam gambar

3) Kemudian, gunting (pada garisan kuning) di tengah2 setiap sisi segi enpat sama seperti gambar bawah ni sehingga menjadi 4x4 segi empat sama

4) Mulakan lipatan pada setiap 4 segi empat sama, dengan tekan ke kiri dan ke kanan sehingga menjadi seperti dalam gambar

5) Buat kepada semua ke empat2 penjuru sehingga menjadi seperti ini

6) Kemudian ambil satu square kecil daripada keempat2 square itu dan tolak ke belakang sedikit..dan ratakan garis segi tiga.Part ni Masha mula2 confuse gak, lame2 try n error jadi..hehe..
 Jadi la cenggini

7) Then, pilih penjuru square tengah2 tu, dan tekan ke dalam sehingga jadi seperti dalam gambar di bawah:
Ratakan dan kemaskan sehingga jadi seperti ini. Lakukan pada setiap penjuru:

9) Then setelah selesai keempat2 sisi hingga menjadi seperti tambah,  kemaskan setiap hujung V dengan melipat sedikit pada hujung setiap V, sehingga menjadi seperti love shape. Lakukan pada keempat2 sisi.

10) Sudah siap satu bahagian. Lakukan step 1-9 sehingga mendapat 6 bahagian love, kemudian cantumkan dengan gamkan pada kawasan yang ditanda seperti dalam gambar:
TADAAA...dah siap
                                                    Selamat mencuba...(",)..Origami lover

Wednesday, March 7, 2012

Monday, May 9, 2011

Semua folder menjadi Shortcut!

Sangat risau kan kalau semua folder di dalam usb flash a.k.a pendrive jadi shortcut dan folder yang betul hilang (hidden). Walaupun setelah di 'unhide' kan pun folder yang sebenar masih tidak kelihatan. Lagi-lagi kalau semua folder itu penting ataupun melibatkan hard disk yang berkapasiti besar(800gB)huhhh.. Sangat la putih mata kalau kesemuanya hilang begitu sahaja jika di format.Tapi jangan format dulu. Disini Masha nak ajar tutorial bagaimana hendak mengatasi masalah ini sebabnya Masha pernah kena 2 minggu lepas. Setelah berjaya, kawan office Masha pun mengalami masalah yang sama, Masha berjaya tolong diorang. Langkah-langkah yang perlu diambil jika mengalami masalah ini.                                                                                                                                                                                                                         
  1. Jika korang masih belum format flash drive korang (nasib belum), pastikan dahulu file (folder) korang tidak berada dalam 'Hidden Mode'. Caranya klik pada Organize --> Folder and search options --> pergi ke tab View --> Check pada Show hidden files, folders, and drives --> Apply --> OK.
  2. Klik pada "Start" -->Run--> taip cmd dan klik OK (untuk membuka command prompt (cmd.exe))
  3. Di sini Masha assume yang lokasi pendrive/ external hard disk di lokasi G: 
  4. Taip ini pada command prompt--> attrib -h -r -s /s /d g:\*.*  (pastikan space pada setiap satu)
    Nota : Gantikan huruf  g dengan lokasi flash drive korang. 
  5. Sekarang, cmd.exe akan check files di dalam pen drive korang itu. Tunggu sehingga keluar balik arahan dari command prompt itu.
  6. Kemudian, muat turun Malwarebytes' Anti-Malware dari link di bawah ini : http://en.kioskea.net/download/download-105-malwarebytes-anti-malware 
  7. Setelah berjaya muat turun. Update database Malwarebytes' Anti-Malware ini dulu.
  8. Kemudian setelah update --> Perform "Full Scan"
    Note : Default pilihan yang biasa, biasanya "Quick Scan". Jangan pilih "Quick Scan", tapi pilih "Full Scan"
  9. Tunggu sehingga selesai scan. Selesai.
  10. Kemudian, buka pendrive korang dan pastikan folder/file yang hilang itu ada balik dan delete shortcut folder itu manually.
  11. Selesai.(",).Tiada lagi runsing kepala..Terima kasih pada Malwarebytes' Anti-Malware.

Sunday, February 20, 2011

MyChantique di serang Malware

Sejak awal bulan February lagi, Masha xdapat nak access blog sendiri, apatah orang lain kan..memang down time tu,.dah le dengan busy kerja kat office bertambah lagi dengan assignment, test & quiz kelas masters, huhu..memang xsempat langsung nak solve issues ni. Masha sayang le jugak kt blog ni kan, yela Masha ni bukan la rajin sangat nak update bog, bertambah lagi kalo dah update tu, banyak memori n event yang penting Masha catatkan. So, if ilang blog ni, sedih ooo...huhu..sepanjang period tu, kalo type Story of My Chantique, memang akan appear message alert ni la: 


Seperti yang kita semua sedia maklum Malware ialah short form untuk Malicious Software atau dalam Bahasa Malaysia perisian yang berbahaya..hehe, skema betul ayat, yela dulu time belajar xde la lecturer explain sampai begitu sekali kan. Perisian berbahaya itu merujuk kepada perisian yang direka untuk merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Ia termasuk virus komputer (computer virus), cecacing komputer (worms), kuda Trojan (Trojan Horse), kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) menipu, dan perisian jahat dan yang tidak dikehendaki lain. Itu lah sedikit sebanyak maksud Malware, kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila la rujuk wikipedia.

Masha pun google la cara bagaimana nak solve problem yang meruncingkan kepala ini, so terjumpa la dengan Blog Ayie yang ada memberi tunjuk ajar cara bagaimana nak mengatasi masalah Malware ini. Akhirnya, berjaya juga Masha solve problem ni. Terima kasih kepada Ayie..:-)..Menurut blog Ayie ni, cara nak solve problem ni ada 3 :
  1. Download software Malwarebytes' Anti- Malware , install dan jalankan scanning untuk detect malware
  2. Kalo xsolve juga, masuk blogger dashboard, pergi kat design then delete semua link2 bloglist yang ada di dalam blog.
  3. Kalau sudah berjaya buang malware tersebut dan anda merupakan pengguna Mozilla Firefox, sila ke Tools > Options > Security > untick block reported attack sites.
Untuk pengetahuan semua, Masha ikot step no-2 ni sebabnya step no-1 still xdpt solve. Memang sedih sikit nak buat step no 2 ni, yela sebab link2 blog list tu kan semua kawan2 kita yang dh lama kenal di alam maya ni. Lagipon, Masha selalu buka blog pon bukan sebab nak update, just sebab nak baca cerita kawan2, dan nak entertain hati dikala keboringan.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus