Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Kesilapan Dalam Mendidik Anak

As-salam, 


Kesilapan 1:
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:

Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

♥ Sama-sama la kita beristiqamah dalam membentuk anak-anak syurga kita, dan cuba perbaiki kesilapan-kesilapan ini jika sudah lakukan..InsyaAllah..♥


(Sumber: Fb page)

Monday, July 7, 2014

Ucapan dan Keadaan

As-salam

Salam Ramadhan yang ke 9..Alhamdulillah..diizinkan olehNya untuk berpuasa lagi pada tahun ini..Syukur..Di sini Masha nak share ucapan yang boleh menjadi amalan seharian kita, disamping boleh menambah pahala..daripada kita melatah dengan perkataan yang tidak sepatutnya..lebih elok kiranya kita ucap perkataan2 ini..

1.       Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH ”
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan . Tujuan kita mengucapkan ” SUBHANALLAH ” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : ” Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala ” .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan ” SUBHANALLAH ” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : ” Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu ” . Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :

Ertinya : ” Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan ” . Surah al-Hasyr ayat 23

Lihat penggunaan ” SUBHANALLAH ” ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

Ertinya : ” Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s. a. w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat ” .  Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s. a. w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia 

Ucapan ” SUBHANALLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TASBIH ” .

2.       Ucapan    “ALHAMDULILLAH”
Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” . Surah al-’Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : ” Alhamdulillah , saya berjaya ” ( Diucapkan ucapan ” Alhamdulillah ” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan ” ALHAMDULILLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TAHMID ” .

3.       Ucapan  “ALLAHU AKBAR ”
Ertinya : ” Allah Maha Besar ” .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

·         Apabila berada di tempat yang tinggi .
·         Apabila berada di dalam ketakutan .
·         Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala
·         Sebagai “pembakar semangat ” para pejuang Islam .
·         Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai ” TAKBIR ” .

4.       Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH”
Ertinya : ” Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah ” .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih
( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran ” TAHLIL ” .

5.       Ucapan  “BISMILLAH”
Ertinya : ” Dengan Nama Allah ”

Ucapan ini dikenali sebagai ” BASMALAH ”

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : ” Bismillah ” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : ” Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya ” .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :

  –Membaca ” Bismillah ” untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk ” membuka gelanggang silat ” , untuk ” menyemah ” rumah , untuk ” menjamu ” penunggu dan jin dan sebagainya .
– Membaca ” Bismillah ” untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
– Membaca ” Bismillah ” untuk ” tikam ” nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
– Membaca ” Bismillah ” ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
– Membaca ” Bismillah ” untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
– Membaca ” Bismillah ” kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6.       Ucapan  “MA SYAALLAH”
Ertinya : ” Apa yang Allah Kehendaki ”

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut ” MA SYA ALLAH ” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna ” Apa-apa yang Allah kehendaki ” , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : ” AL-MASYIAH ”

7.       Ucapan  “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM ”
Ertinya : ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) ” .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai ” AT-TA’AWWUDZ ” .

8.       Ucapan ”LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH ”
Ertinya : ” Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin
( pertolongan ) Allah ” .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HAUQOLAH ” .

9.       Ucapan “INSYA ALLAH ”
Ertinya : ” Jika diizinkan Allah ”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut ” INSYA-ALLAH ” , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . . [ Hasil temuramah di antara S. S Dato' Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .

Ucapan ini dikenali sebagai ” TAWAKKUL ” ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10.   Ucapan   “BARAKKALLAHU FIK”
Ertinya : ” Semoga Allah memberkati engkau ” .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .

Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AT-TABARRUK ” .

11.   Ucapan”JAZAKALLAHU KHAIRAN ”
Ertinya : ” Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan ”

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak ” .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK ”

( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan ” JAZAKALLAHU ” ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : ” JAZANA WA IYYAK ” .

Erti respon itu ialah : ” Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu ” .

Ianya dikenali sebagai kalimah ” ASY-SYUKR ”

12.   Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN ”
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

Ertinya : ” Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ ”

13.   Ucapan ”HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL ”
Ertinya : ” Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong ” .

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan ” pembakar ” semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r. a menjelang Perang Badar :

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ” . . Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HASBANA “.

Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 

(Retrieved from: myenthusiasts.org )

Thursday, July 4, 2013

Bahaya nya minuman 3 in 1

As-salam,

Waaa...selama ni suka sangat minom milo 3 in 1 kan, macam2 3 in 1 la..rupa2 nya, minuman ini berbahaya..Baru terbaca satu artikel tadi mengenai minuman 3 in 1 ini..check it out:

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambahkan tenaga.
 
source: google image

Kandungan minuman 3 in 1...

✔ Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
✔ Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
✔ Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh memberhayakan kesihatan.
✔ Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
✔ Setiap pek turut mengandungi sehingga 200kalori.
✔ Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
✔ Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
✔ Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi.

Sumber : Program Dipetik Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.

Thursday, June 6, 2013

Salam Isra' Mikraj- 27 Rejab 1434

As-salam,

Salam Isra' Mikraj semua. Sorry, lama tak update, minggu ni terlampau busy..Dari Isnin ke Khamis, meeting hari2..huhu..Di sini, Masha upload sedikit bingkisan semperna Hari Isra'Mikraj harini.


p/s: Barangsiapa yg berpuasa hari ini akan beroleh pahala 3 kali ganda...puasa sunat khamis + puasa sunat bulan rejab + puasa sunat israk mikraj....subhanallah...maha suci Allah...

Kat syurga nanti ada sebtg sungai...namanya sungai rejab...seribu kenikmatan drp sungai rejab ni....Allah akan kumpulkan hanya org2 yg pernah berpuasa rejab sahaja yg boleh menikmati sg rejab ini.....(walaupon sehari seumor hidupnya)...subhanallah.

Wednesday, May 29, 2013

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Kelas antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.
Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
  • Memberikan sokongan padu pada isteri.
  • Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
  • Membantu isteri ke tandas.
  • Menyediakan minuman untuknya.
  • Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
  • Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.
  1. Air ketuban pecah 
  2. Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.
  3. Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10cm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak. 
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

Friday, April 12, 2013

Pesanan Buat Suami



                                                                  ::Pesanan Buat Suami::
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan

Wednesday, November 14, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya 1 Muharram 1434 H

As-salam, 

No Wordless Wednesday today because today is the last day in the year of 1433 H/Masihi. Azam baru untuk tahun baru start esok, Masha berdoa semoga dapat hidup bahagia with family & suami terchenta Azmeer Ismail, semoga Masha dapat lulus semester akhir ini dengan pointer above 3.5, semoga dapat settlekan thesis dengan lancar, tanpa halangan dan lulus dengan cemerlang, semoga berjaya convo tahun depan with baby (InsyaAllah) dan semoga Masha n hubby dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah..Aminn..Dan jangan lupa ya kawan, petang ni after solat Asar dan before solat Maghrib baca doa akhir tahun, dan after solat Maghrib baca doa awal tahun. InsyaAllah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah S.W.T..


Thursday, September 27, 2012

Alegik (Allergic)..

As-salam,

Sepanjang hidup Masha, Masha tidak pernah berhadapan dengan sesiapa yang ada alahan/allergic mahupun ahli keluarga sendiri. Tetapi semalam merupakan pengalaman yang pertama dimana hubby Masha sendiri yang allergik. Kesian dia. Sepanjang Masha kenal incik Hubby ni, tak pernah pula dia alegik apa2, tapi semalam ktorang beli breakfast, incik Hubby beli nasik lemak sambal sotong, Masha plak bihun goreng sambal sotong. Lepas dia makan nasik tu habis, badan dah start gatal2 dan naik ruam merah ala2 melepuh gitu, sebijik macam dalam gambar di bawah:
source: Google image

Masha ape lagi, cuak la jugak kan. Tak pernah facing situation like this. Macam2 assumption Masha buat, macam kena ulat bulu ke?, or baju cuci tak betul ke?, or allegik ke?..Last2, Masha paksa juga incik Hubby pergi klinik kerana dia degil taknak pergi katanya, dia nak pkai bedak je..Kalau dah naik dekat satu badan tangan n kaki, siap garu2 sampai berdarah lagi, achannerr tu...? Lepas pergi jumpe doc, memang dia cakap allegik baru nak start, sebab before this tak pernah kena. Dapat 1 injection, ubat sapu and beberapa lagi ubat yang lain & doc pesan no direct contact sebab berjangkit..huhu..kesian incik Hubby. Semoga b cepat sembuh ye, sabar ye. Masha ada study sedikit sebanyak mengenai alegik ini. Sumber: http://www.biovco.com

Apa itu alergi? 
Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang membangkitkan reaksi – dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik
Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B. Sel-sel ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenal pasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan, dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.Tindak balas alergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal pasti bahan-bahan berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang-ulang, boleh mencetuskan tindak balas alergik.

Siapa yang alah 
Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama. Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor-faktor persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif. Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia mempunyai `genetik' itu.

Apa pula kejutan anafilaksis/anafilaktik 
Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan. Gejala termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam. Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama. Alergen daripada racun mahupun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain-lain alergen. Bagaimanapun, kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu serta bantuan doktor.

Merawat dan menguruskan alahan Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.
Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:
Di manakah tindak balas berlaku?
Di dalam atau di luar rumah?
Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? Adakah anda makan atau minum?
Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru?
Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda. Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah berikut:

Hindari alergen yang diketahui
Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
Selalulah berjumpa doktor
Jaga kesihatan anda

p/s: Semoga ianya berguna untuk rujukan semua..jangan ingat anda tidak akan kena..jaga2..

Thursday, September 6, 2012

Tanda Kehamilan Palsu or False Pregnancy Sign

As-salam, 

Di sini Masha nak story experience sendiri tentang false pregnancy sign..Alkisah nya, bulan lepas sepatutnya best friend (bf) Masha datang 25hb kalau ikot kiraan 30 days cycle length. Tapi almost a week (7days) bf Masha ni tak datang. Masha pon pelik la sebab nya sejak dari before kawen lagi tak penah delay lama sampai macam ni and selalu datang on time je..huhh..Dalam hati dah berangan macam2, sebabnya bukan delay period je tapi sign2 nak preggy macam banyak Masha dah rasa, antaranya:
  1. Delay period (dah 7 hari delay nye pong..huhu)
  2. Mulut pahit (siap makan asam bagai la, mencari benda2 masam..ni dari hari raya dah start smpai la sekarang..almost 2 weeks jugak la)
  3. Loya dan muntah2 (rasa loya sangat selalu lagi2 time pagi2 lepas brush teeth..tapi baru2 ni muntah teros..dah 3x pagi muntah)
  4. Teringin and mengidam makan macam2..
  5. Makan kuat tak hengat dunia (Masha ni bukan la jenis makan banyak kerana masha sangat takutkan gemuks ok..alasan takut nanti tak boleh nak pakai baju cantik2..hehe..psycho diri sendiri..tapi lately ni sejak dari bulan puasa lagi, Masha makan nasik dah sama level dengan en.Hubby...achaneer ni)
  6. Berat badan naik (yang ni pelik jugak..berat badan naek almost 2 kg dan taknak turun ok)
  7. Pening kepala (yang ni selalu juga..tak tau nape)
  8. Angin satu badan (yang ni paling tak suke..kalau bangun pagi terasa perot kembung angin je..tp angin ni degil tetap tak mau keluar..achaneer tu..)
Dah bagitu en.Hubby..dan en.Hubby suruh tunggu lagi seminggu katanya baru nak check, sebab takut false sign je..sendiri yang frust.. dah call akak la tanya macam2, almaklum la takde experience kan..akak suh check..then en.Hubby pon suh la beli UPT nak test..then pada hari ke 7 tak datang juga bf Masha ni, Masha pon buat la test sendiri..tengok2 -ve..dengs!!..Then Masha pon buat2 la bodo, tak bagitau en.Hubby lagi nie, dan jalankan kehidupan seperti biasa (padahal dalam hati tak senang duduk, menunggu dan berdoa keajaiban akan muncul)..

Pada cuti hari Merdeka lepas (30 Aug-2 Sept)..family en.Hubby datang, Pil from Jb, dan Sil from Penang datang nak celebrate Merdeka kat KL dengan kitaorang..Best2 dan happening..Dengan my Sil datang with Bu (family angkat akak di penang), macam2 la plan diorang ni..Jumaat (30hb) kitaorang semua lepak rumah Along kat Pandan Perdana, kumpul ramai2, masak2, and sembang2 together2..story macam2 la planning family en.Hubby ni..Then esoknya pula kami semua berjimba di Desa Water Park (DWP)..Kak arin prepared a lot of foods, and kitaorang siap2 ape yang patut. Tapi pada hari kejadian mood Masha amatla spoiled..Time2 nak happy2 tu, sampai2 je  DWP dah start perning kepala yang amat..and sakit macam sengugut pon ada..pagi tu before bertolak ke DWP dah start muntah2..sampai2 je, family Along, akak semua dah start nak mandi2..Masha, abah n mama je duduk bawah khemah termasuklak en.Hubby sekali menemani..Kesian en.Hubby, nak main2 air, wife nya tak sehat plak kn..Tiba2 Masha terasa ada benda keluar..huhu..rasa macam bf dah mai..dah le pad tak bawak, de dalam keter..kan dah kena keluar balik..then masuk keter..check memang betul..huhu..sangat keciwawawa...>_<...siap nanges2 kat bahu en.Hubby..nanges sebab saket..pening n sengugut..n frust sikit...

Dan setelah dipujuk dengan kata2 semangat beberapa minit oleh en.Hubby..dah ok..(syg tau b pun frust gak tapi tak nak tunjuk kan sebab tak nak syg psycho sangat..sorry b, bf syg datang gak bulan ni..huhu..)..makan ubat n lepak dalam kereta ambil air-cond sejuk sikit, then masuk balik kt DWP..then pening kepala dah ok sikit..ajak en.Hubby main air..Itu je la yang Masha nak story kat sini..setelah buat research sikit, rupa2 nya memang ada False Pregnancy Sign cenggini..Source dari Wikipedia: Kehamilan Palsu  seperti berikut:

Pseudocyesis

Kes pseudocyesis telah direkod dejak zaman purba. Hippocrates memberikan rekod bertulispertama sekitar 300 B.C. apabila dia merekodkan 12 kes wanita dengan masaalah tersebut. Ratu England, Mary I (1516-1558), kemungkinannya contoh watak sejarah barat paling terkenal, yang beberapa kali percaya bahawa dia mengandung, sungguhpun sebenarnya tidak. Sesetengah menyandarkan keganasan yang memberikan gelarannya "Mary Berdarah" sebagai reaksi pada kekecewaan apabila menyedari dia tidak mengandung. Sejarahwan perubatan lain mempercayai bahawa doktor Ratu tersilap mengenal pasti ketumbuhan fibroid dalam uterusnya sebagai kehamilan. John Mason Good mencipta istilah pseudocyesis dari bahasa Greek pseudes (palsu) dan kyesis (hamil) pada 1923.

Tanda dan gejala

Gejala pseudocyesis menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sering kali sukar dibezakan antara keduanya. Tanda-tanda semulajadi seperti amenorrhoea, mabuk pagi, puting sensitif, dan kenaikan berat badan mungkin hadir. Ramai pengamal perubatan profesional terkeliru oleh gejala yang dikaitkan dengan pseudocyesis. Penyelidik menunjukkan bahawa 18% wanita yang mengalami pseudocyesis pernah pada satu masa didiagnosis sebagai mengandung oleh pengamal perubatan profesional.
Ciri-ciri yang melambangkan pseudocyesis yaitu yang berlaku pada semua kes adalah kesemua pesakit yang mengidapnya yakin bahawa dirinya mengandung. Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60–90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan, dengan itu wanita yang mengidapnya kelihatan mengandung. Gejala ini sering kali pulis di bawah bius umum dan perut wanita kembali susut kepada saiz normal.
Tanda fizikal kedua paling biasa bagi pseudocyesis adalah haid tidak menentu (50–90%). Wanita turut melaporkan mengalami perasaan pergerakan fetus yang dikenali sebagai menendang, sungguhpun tidak ada kehadiran fetus (50%–75%). Tanda dan gejala biasa yang lain termasuk sindrom berkaitan dengan perut ("gastrointestinal", perubahan payu dara atau rembesan, sakil bersalin, bengkak uterin, dan pangkal rahim menjadi lembut. Satu peratus wanita akhirnya mengalami sakit bersalin palsu.
Untuk di diagnosis sebagai pseudocyesis sebenar, wanita tersebut mesti yakin bahawa dirinya sebenarnya mengandung. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan, ia diistilah kehamilan tiruan (“simulated pregnancy”).

Punca

Terdapat pelbagai penjelasan, tidak satupun diterima secara menyeluruh. Teori psikodinamik menyandarkan kehamilan tiruan kepada konflik emosi. Ia dipercayai bahawa keinginan kuat bagi menjadi hamil, atau kebimbangan amat untuk mengandung mampu mencipta konflik dalaman dan perubahan pada system endokrin, yang mungkin menjelaskan sebahagian dari gejala pseudocyesis. Teori lain menyentuh mengenai memenuhi keinginan. Ia menyatakan bahawa jika wanita tersangat ingin hamil wanita tersebut mungkin menafsir perubahan kecil pada tubuhnya sebagai tanda kehamilan. Cadangan mekanisma biologi termasuk kesan tekanan pada paksi hipotalamik-pituitari-adrenal, sembelit, peningkatan berat badan, dan pergerakan gas dalam usus kecil.

So, Masha rasa dah kuat sikit sekarang walaupun lately moody semacam..sebabnya Isnin lepas Masha mc sebab sengugut sikit2 lagi..dan terasa lemau sangat la nak pergi ke office..then check dengan Dr.Hanie (doc cantik yang kat klinik yang Masha selalu pergi kalau mc)..story semua kat doc dan doc pon nak scan la sebabnya takut miscarriage kan..sebab turun darah, kalau ye, kena cuci..for the first time Masha experience kena scanned (selalu tengok dalam tv kan)..doc sapu cream color blue ala2 jelly..n sejuk je rasa nya..then guna satu alat untuk tekan ke area yang disapu oleh jelly tu..Then I saw my own womb..doc cakap empty..takde pape..huhu..frust sikit..tapi alhamdulillah takde sakit teruk2 sangat..insyaAllah..

Sekarang Masha dah kuat sikit terima kenyataan..n sekarang en.Hubby tiap2 petang after masha fetch dia dari tempat kerja otw balik ke rumah, en.Hubby selalu story kisah2 nabi..kisah2 suami isteri yang lambat dapat rezeki baby..finally dengan izin Allah dapat juga..dan kata2 semangat..Kesimpulannya disini, almost 50% sign tu rupa2 nya sign nak period dan ketidak seimbangan hormon dalam badan kita..Al-maklum la kan dah berkahwin, so hormon husband n wife pon dah bertukar2..tu yang jadi cenggini..After this kalau betul2 dah keluar dua line (Upt) tu baru betul..Hopefully, dengan berkat doa family, kawan2 dan semua orang dan usaha kami berdua..doakan kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dalam masa terdekat ini..InsyaAllah..

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 


Aminnn..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus