Showing posts with label Pelik-pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik-pelik. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Berhati-hati dengan Penyembur Asid

Kita semua harus berhati-hati mulai dari sekarang. Kita harus berusaha dan bantu-mambantu untuk mengesan binatang ini. Penyembur Asid yang bersiri ini adalah berkulit gelap (Indian maybe) dan dia menunggang motor jenis honda EX5 atau Yamaha dengan bakul di depan. Jadi anda harus lebih berhati-hati apabila melihat 2 jenis motor yang mendekati anda. Jika anda seorang wanita, baikpun gadis atau sesiapa saja yang tinggal di KL- sila ikut panduan di sini:
  • Selalu berjalan menghadap lalu lintas atau bertentangan arah: Jadi penyembur asid bersiri ini tidak akan menyerang anda dari belakang. Selain itu dengan berjalan mengarah lalu lintas, anda akan memiliki peluang yang lebih baik mengelak dari orang yang kelihatan mencurigakan kepada anda. 
  • Elakkan berjalan di tepi jalan atau dikaki lima : Kalau boleh, elakkan berjalan ditepi jalan sama sekali pun. Anda akan membuatkan diri anda lebih mudah menjadi sasaran oleh penyembur asid ini. Jalanlah berhampiran bangunan di mana ada orang ramai.
  • Selalulah membawa payung: Hal ini mungkin terdengar gila, tapi saya cadangkan agar anda membawa payung besar bersama-sama dengan anda. Jadi, setiap kali anda melihat seseorang yang mencurigakan mendekati anda, bukakan payung untuk melindungi diri dari kemungkinan serangan. Ya! Buka saja meskipun tidak hujan. Terbaik dari menggunakan payung sepanjang masa. Apalagi payung anda boleh dijadikan senjata untuk membela diri dalam situasi berbahaya. 
  • Laporkan kepada polis jika ternampak penunggang motor yang mencurigakan: Melaporkan kepada polis Malaysia kita saja tidak cukup. Jadi apabila ternampak orang menunggang motor dengan kulit gelap dan kelihatan mencurigakan, catat no plat dan beritahu polis untuk datang secepat mungkin. Siapa tahu? Maklumat anda mungkin dapat tangkap penyembur asid bersiri ini! 
  • Pakailah baju lebih: Saya tahu cuaca amat panas terik sekarang. Tapi dengan memakai jaket tambahan atau sweater mungkin dapat melindungi diri dari asid yang merbahaya ini!. 
  • Jangan keluar jika tiada urusan penting: Di mana pun anda pergi, cubalah untuk tidak berjalan. Jika anda tiada pengangkutan sekalipun, elakkan. Lebih baik jika menaiki kereta. Tiada masalah jika kedai runcit hanya 50 meter dari rumah anda ... anda mesti tidak mahu mengambil risiko dari disirami oleh asid kan? Jadi minta lah bantuan dari keluarga anda, suami atau ahli keluarga lain untuk menemani anda ke sekitar selagi boleh. 
  • Gunakan air sebanyak mungkin: Air adalah ubat terbaik untuk melawan asid yang menghakis. Apabila seseorang disiram dengan asid (baik anda atau mangsa yang lain), tuangkan air sebanyak mungkin ke bahagian tubuh yang terkena terutama mata. Terus menuangkan sejumlah besar air untuk mencairkan asid. Lakukan sampai asid dicairkan dan hilang. Jadi saya cadangkan anda semua untuk membawa botol air sepanjang masa.

Ini lah wajah penyimbah asid yang setakat ini telah meningkat ke 21 mangsa. Berhati-hati wahai kaum- kaum hawa.

(sumber dari : The Star dan Tiara Jacquelina fb)

Sunday, April 17, 2011

Pemuda yang Cantik?


Well, frankly, dia ni semestinya lebih cantik dari Masha kan. hehe. untuk pengetahuan semua nama model ni Andrej-Pejic dan berasal dari Bosnia-Herzegovina. Pemuda yang cantik ini masih muda berumur 19 tahun. Andrej telah menyertai pelbagai pertunjukan model di Paris. Sepanjang penyertaan nya, seorang pereka fesyen Jean Paul Gaultier telah terpesona dengannya dan mengambil Andrej untuk pertunjukan fesyen Paris 2011. Andrej juga telah dipilih untuk menjadi model untuk Marc oleh Marc Jacobs pada tahun ini.  Andrej memulakan langkahnya dalam bidang modelling ini bermula dengan kehadirannya dalam beberapa majalah fesyen: Vogue Italia and Turkey, Candy magazine, dan Tush magazine. Dengan muka yang semulajadi jelita ini, tanpa plastic surgery pun, telah menyebabkan photographer susah untuk mengambil gambarnya supaya kelihatan lebih masculin berbanding feminin sehingga ada sesetengah orang mengelar dirinya "Femimen".


Sumber photo : Google Image

ps: Indah sungguh ciptaan Illahi ni kan, hopefully dia tak mendorong ke arah perempuan, biar la macamni pun dah ok.

Monday, March 14, 2011

Telur Rebusan Air Kencing


Dengar tajuk pun dah geli geleman dah. Dah takde air lain ke, air kencing gak digunakan, leh masak ke telur tu?.huhu, setahu Masha la, Air kencing takde la panas sangat , suam2 kuku sebabnya biasa dah terkena air kencing anak buah ni, kalau time dukung diorang or time mandikan/pakai pampers diorang. Harini, terbaca news pasal di Beijing - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan Chef itu mengambil air itu pada setiap hari. Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.(Ps:Nasib dengan kulitnya, kalau tanpa kulit..Agak2 siapa la yang nak makan kan).(Sumber : Kosmo)

Friday, August 13, 2010

Dalam paru-paru ada Kacang Pis

Teringat masa belajar Sains masa sekolah dulu, kena tanam kacang hijau kat kapas basah, tunggu 2-3 hari dah tumbuh. Best betul tengok. Tapi kali ni, dalam paru-paru pun kacang pis boleh hidup. Memang pelik tapi boleh dipercayai juga la. Menurut berita semalam, Ron Sveden yang sesak nafas selama beberapa bulan, terkejut apabila beberapa doktor memberitahu terdapat anak pokok kacang pis yang sedang membesar dalam paru-parunya.

Sveden menghidap penyakit paru-paru kronik, emphysema semasa keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk. Isterinya, Nancy menghubungi ambulans pada 31 Mei lalu apabila keadaan suaminya bertambah teruk. Ujian sinar-X kemudian mendapati paru-paru kiri warga emas itu tidak berfungsi tetapi doktor-doktor bingung kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser paru-paru.Namun, doktor kemudian mendapati terdapat anak pokok kacang pis tumbuh dalam paru-paru Sveden berdasarkan sampel organ berkenaan yang diambil mereka.Doktor-doktor percaya pokok kacang pea itu tumbuh dalam paru-parunya kerana ia termasuk ke dalam sistem pernafasan Sveden semasa dia menelan kacang itu. Dia kemudian menjalani pembedahan bagi membuang anak pokok pis itu. Namun, hidangan pertama selepas dia menjalani pembedahan itu ialah kacang pis.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus