Showing posts with label baby Annur. Show all posts
Showing posts with label baby Annur. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Puting bayi keluar susu

Assalamualaikum,.

Disini masha nak share pengalaman setelah beranak dua ni, yang dimana kedua-duanya baby girl. Masha tak pasti lah sama ada ibu2 diluar sana mengalami pengalaman yang sama ataupun tidak. Disini Masha nak jadikan rujukan kepada bakal ibu2 nanti. Antara pengalaman yang 'rare' bagi Masha semasa berpantang ialah :
1. Puting baby bengkak dan mengeluarkan susu
Dulu time Bam takde la plak puting baby bengkak dan keluarkan susu. Tapi kali ni time Adikbaby, dekat seminggu jugak la nipple dia bengkak dan picit memang keluar cecair putih iaitu susu. Kebetulan jururawat harian datang checkup ke rumah, dan diorang la bagitahu yang hormon prolaktin ibu terlebih dan transfer ke anak nya..Kesian Adikbaby, kecik2 lagi dah bengkak susu. Bagi sesiapa yang penah mengalami bengkak susu, sesungguhnya memang sakit berdenyut2 mintak dikeluarkan susu tu dan ni bayangkan kalo baby kena camne?..So, cara mengatasinya, Masha akan picit nipple baby everytime after dia mandi air suam dan sapu sedikit minyak telon kt perot till dada dia..Seminggu lepas tu dh elok..Alhamdulillah.

2. Keluar Darah

Yang ni kena pada Bam time Masha pantang dulu. Keluar darah + lendir seakan-akan period tapi sikit je. Tapi berlarutan sehingga 7-8hari gak la. Tanya kakak Masha, dia cakap ni darah period..Masha pon xtau la. Baby plak takde nangis ke apa, just macam biasa je. Tapi adiknya tak kena la plak kali ni.

Itu je kot pengalaman yang 'rare' bagi Masha la, sebab tak pernah alami kan. Maybe sebab baby Masha kedua-duanya princess..Tak tahu la bagi baby boy camne sebab takde experience lagi kan.

Friday, February 6, 2015

Alhamdulillah..2nd Pregnancy..AdikBaby Coming soon...

As-salam, 

Alhamdulillah..rezeki datang tanpa diduga. Disaat kami berdukacita kehilangan Arwah Mama tersayang, Allah menggantikan dengan pengganti yang lain.

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali Dia menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi itu pun apabila kita bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya. InsyaAllah..

"Sesiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku mengganti kedua-dua (mata)nya itu dengan syurga." (Hadis Nabi) 
 "Sesiapa yang kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharap redha (Ku), nescaya Aku akan menggantikan dengan syurga." (Hadis Nabi).

Alhamdulillah, harini sudah masuk 7 weeks Adikbaby, alangkah happy nya kalau Arwah Mama dapat tahu berita ini dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami ini..sebab dulu walaupun BAM masih kecil, asyik la Mama tanya bila nak tambah sorang lagi ini..Al-Fatihah untuk Mama, semoga roh mama tenang disana, semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Tanda-tanda Preggy kali ke-2
  • Berat naik mendadak..mula2 saje je la p timbang guna weight scale kt rumah tu..tengok2 berat dh naik 10kg..bior bonar..ingatkan weightscale tu pentipu (sebab BAM slalu main n baling2, mestilah rosakkan). Tak puas hati, esoknya pergi Giant n p timbang..memang weightscale tu dh rosak..rupanya beratku hanya naik 4kg..Fuhhhh..selamat
  • Kat perut membuncit cket k...kenapa eh?..maybe makan banyak kot..
  • Period delay 2 hari (dalam hati ingat, takpe la..esok2 mai kot piyed tu). Sebab last 2 month delay 5 hari, check -ve je..tu yang malas berharap.
  • Tak puas hati, finally suh En. Hubby beli pregnancy test paling murah (kat kedai AAA), yang rm3 punya..haha..punya la kedekut..yela.nk kencing je kot..bokpe mahal2..membazir nanti (dh memang cheapskate, btau je la..haha)
  • Last2 pagi subuh esok, p test urine kt upt..then duduk dalam bilik air tu biar je dulu..lama2..kali ni sangat jelas kot..naik 2 line (bukan macam time preggy BAM dulu, 2nd line malu2 nk timbul, ade pon blur2 je)..Muka keluar toilet..confuse..hurmmm..betoll ke?..Then biar je la upt tu kt dlm toilet, then kejut hubby nak bagi surprise kunun..then hubby msok le toilet, mandi sume  then kuar..tanya dia "Dh tengok ke"..pastu ade ke dia tanya.."Tengok Ape?" pastu Masha g amik upt tu..then tunjuk kat dia, "Punya lama dalam toilet, tak nampak ke mende ni?"..hehe..muka dia..terkejut jugak n senyum meleret.."Syg, betul ke ni..Alhamdulillah..kesian Marissa, tak sempat nak bermanja lagi..Kalo mama ada kan mesti mama happy kan..Terima Kasih sayang, sudi jadi Ummi untuk baby2 kita"..
Perasaan kami memang happy, tapi a bit terkejut sebab planning nak deliver baby tahun 2016, thats mean nk plan preggy dalam bulan 5, 2015 ke atas, tapi Allah nak bagi rezeki awal..kami terima dengan bersyukur sangat..suke2..sebab rindu time preggy dulu..rindu nk bau baby baru lahir..rindu nak baby lagi..(memang orang perempuan ni degil kan, dh sakit nak juga beranak)..Itulah kekuatan orang perempuan yang Allah cipta ini. InsyaAllah, lepas ni akan banyak update lagi mengenai journey our 2nd baby..Doakan ummi dan baby selamat ye..Aminn..

Last Monday, after 2weeks selepas check upt. Pergi klinik untuk scan..Alhamdullilah, sudah nampak kantung baby (dalam pic,yang dark spot tu) dan kantung di dalam uterus..bukan di luar uterus..Alhamdullah.

Belanja pic BAM last Friday, umur sekarang 1 tahun 6 bulan 17 hari..Bakal jadi Kakyong,,InsyaAllah..

Thursday, January 29, 2015

Menu Homemade Puree for Baby Annur - Part 2

As-salam, 

Sekarang baru berkesempatan nk buat compilation entry untuk Homemade Puree yang tak seberapa ni..So, far Masha slalu cuba berexperiment dengan buah-buahan, sayur-sayuran dengan mengamalkan 5 days rule. Alhamdulillah, BAM jenih telan je semua batu kayu..haha..acah je..dengan kata lainnya, dia tiada alah pada apa2 makanan so far..So disini ada beberapa himpunan puree untuk reference ibu-ibu diluar sana. Enjoy...

1. Puree Roti + Banana


2. Puree Buah Pear + Kurma

  • Mula-mula potong buah pear kepada bentuk cube
  • Rebus atau Stim. Masha guna rebus, sebab takde periuk kukus..Rebus dengan memasukkan air sehingga tenggelam sedikit buah pear itu
  • Selesai rebus sehingga lembut (jangan rebus lama sangat, takut hilang vitamin dia), toskan buah pear yang sudah direbus dan masukkan ke dalam BB blender.
  • Carik-carikan 3 biji kurma (buang kulit dulu ye), dan blend sekali
  • Dah siap, ready to eat...or simpan sejuk beku dalam ice cube dan tutup.


3. Cara Penyediaan Couscous + Buah Naga + Buah Pisang

  • Salah satu sumber karbohidrat yang mudah disediakan (selain daripada roti), ialah CousCous.
  • Couscous ini ala-ala macam macaroni or pasta dan sangat mudah disediakan dan dibawa kemana-mana. Kalo travel memang Masha akan gunakan CousCous je..
  • Cara Penyediaan CousCous sangat la mudah, hanya masukkan CousCous ke dalam bekas, dan tambah air panas (make sure panas bru lepas didih) dan tutup bekas. Tunggu dalam 10 minit. Dh siap CousCous yang kembang..
  • Dalam pic bawah ni, Masha masukkan CousCous yang sudah lembik bersama buah pisang dan buah naga.
  • Blend sehingga hancur. Ready to eat...sangat manis...dan sedap ye..

Ini rupanya Coucous ye kawan-kawan. Ada dijual di Aeon. Harga tak mahal <RM10 kot..lupe dah harga dia.


4. Cara penyediaan bekalan makanan ke rumah pengasuh/babysitter

  • Keluarkan stok2 vege + chicken stock  untuk dicampur bersama bubur nasi
  • Macam dalam pic di bawah ni, Masha mixkan bubur nasi dengan puree carrot, puree brokoli, puree labu dan chicken stock
  • Defrost kan campuran ini, dengan menggunakan kuali dalam api yang sederhana. Masukkan air sedikit
  • Dah selesai lembut semua bahan-bahan, kacaukan dan tambah Habbatussauda Oil (3 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau
  • Bahagikan kepada 2 bekas (tengahari dan malam)..InsyaAllah, makanan akan masih elok sehingga sebelum maghrib. 
  • Pesan pada pengasuh, time nk bagi baby makan, double boil kan atau tambah air suam bg cair sikit supaya baby senang nk telan


Masha amalkan rutin penyediaan makanan seperti ini sehingga BAM umur setahun, kerana after setahun, Masha dah xbuat puree dah dan cuba bagi makanan yang biasa kita makan, but still kena make sure no salt and sugar, serta setiap hari perlu masukkan Habbatussauda Oil (5 titik), Extra Virgin Olive Oil (EVOV- 3 titik) dan kacau. Untuk mengekalkan antibodi BAM supaya sentiasa sehat dan aktif selalu..Alhamdulillah..

Refer Part 1

Monday, January 26, 2015

Cara Menyediakan Stok Beras Untuk Simpanan- BabySolidFood for Working Mummy

As-salam, 

Walaupun BAM sudah menjejak ke 18 bulan dan sehingga kini..Alhamdulillah Masha berjaya menyediakan makanan kepadanya untuk dibekalkan kepada babysitter (no sugar no salt). Ketika umur BAM dari 6 bulan sehingga 1 tahun, stok beras ini tersangatlah penting kerana ia mempercepatkan urusan penyediaan makanan buat anak kita ketika waktu pagi. Selalunya Masha akan prepared stok beras ini time weekend, dan gunakan sehingga lebih kurang 2 minggu. Sekarang Masha dah tak prepare stok beras lagi sebab BAM dah pandai makan nasik lembik dan kadang2 nasik keras pon dia bedal sebab gigi dh hampir penuh dan tinggal geraham je nak tumbuh

So, di bawah ini Masha ada simplified kan gambar mengenai Cara-cara menyediakan stok simpanan beras. Enjoy the step dear,.


Tuesday, December 2, 2014

BAM Demam Campak aka Chicken Pox

As-salam,

Ni story last 2 weeks. My BAM infected by Varicell Zoster Virus (VZV). Alkisahnya pada 7 Nov (Jumaat) dah suspect dh sebab after fetch BAM from bsitter, bsitter ade cakap badan BAM dedar2 (panas) sikit. Tapi BAM, as usual aktif seperti biasa..so Masha tak dapat detect lagi. Masuk hari 9 Nov (Ahad), time nak keluar beli makanan, kami decided nak pergi klinik check sebabnye dh keluar belon2 kecik gitu. So, after jumpe doc kat Klinik Medi-Nur, sah la BAM dh kena Chicken Pox dan ini bermakna Masha n En. Hubby kena EL bergilir-gilir menjaga BAM. 

Nasib la BAM ni tak banyak ragam, makan lalu je. Just Masha pantangkan dia dari makan benda2 yang boleh menyebabkan gatal. Call la Mama n Mak tanya petua camna nak jaga budak kalo terkena Chicken Pox ni. Antara pantang larang dan cara nak mengubati yang perlu dibuat ialah:

  1. Tidak boleh menggoreng di dalam rumah  --> Yang ni Masha musykil kenapa tak boleh menggoreng. Dan disebabkan Masha dan BAM kena kuarantin dalam rumah, dan BAM ni asyik clingy je dengan Masha..So, order (call) je kt kedai Tomyam bawah rumah..hehe..
  2. Suami & Isteri tidak dibenarkan 'bermesra' --> Yang ni pon Masha tak paham, kenapa tak boleh ek?..maybe sebab taknak kami leka eh..xjaga anak sakit..hurmm..
  3. Anak tidak boleh makan makanan yang gatal --> yang ni Masha masak sup ikan je hari2, licin jugak budak ni mamam..
  4. Anak yang dijangkiti Chicken Pox tidak boleh kena hujan --> yang ni sebab diorang cakap takut parut susah nak hilang..maybe la..
  5. Anak yang dijangkiti Chicken Pox tidak boleh mandi menggunakan air sabun --> ade orang cakap la..tapi Masha bedal je guna sabun..sebab BAM ni boleh tahan berpeluh gak dia..nanti ucuk acam acin plak dia kan..hehe..
  6. Seelok-eloknya mandikan dengan air Daun Semambu --> huwaa...susah beno nak mencarinya kt area Taman Equine, Seri Kembangan ni..last2, tak guna pon.
  7. Baring di atas Daun Semambu --> Daun tak jumpa ooo...ade orang cakap jangan bagi daun semambu sebab nanti lagi gatal..xtau la mana yang betul..
  8. Dah nak abis2 Chicken Pox tu keluar  bagi anak minum air kelapa pandan (kelapa kecik dan color cam kuning2 gitu) --> Tak jumpa ooo kelapa pandan, last2 guna kelapa biasa je.

Kesian kan muka dia..huhu..paling banyak belon kt muka dia la..takpe la BAM..kena time kecik2 takpe, nanti parut cepat hilang..

Masha setiap hari selepas mandi akan sapu bedak sejuk (Calamine Lotion) ke seluruh badan BAM, to make sure belon2 Chicken Pox tu kering..Alhamdulillah, dalam seminggu la..BAM akhirnya sihat dah hilang hampir kesemua bintik2 kat muka dia..muka dan kepala dia naik paling banyak dan worse..tapi BAM heal very fast (dah macam wolverine dah)..alhamdulillah..So, Masha terpaksa EL - 3 hari (Mon- Wed), En. Hubby EL - 1 hari (Thurs), dan hari Jumaat kami dah hantar BAM ke bsitter..So, itu sajalah pengalaman menjaga baby yang kena Chicken Pox..Mula2 memang cuak, tapi pengalaman itu yang perlu dihadapi oleh setiap parents. Dulu mak kita jaga kita, sekarang kita plak yang kena jaga anak sendiri..Enjoy the moments, and follow the flow..(",)

Wednesday, October 1, 2014

Pengalaman Tindik Telinga Baby Annur Marissa_BAM..

As-salam,

Sudah sebulan entri ni terperap dalam Mega ni..Takpela, dari langsung tiada entri kan..hehe..sebulan 2 ni Masha sibuk nak revamp template background blog ni yang nampak nye sudah perlu diupdate dengan kehadiran penyeri hidup kami ini..hehe..Masha buat slow le bangat, dengan keadaan sibuk je memanjang kat opis..bila masa ntah nak design..ni pon curi2 design time rehat n nak balik...huhu..pon tak siap2 lagi..Theme for sure Purple Origami Crazy..hehe..ini teaser cket (cehh..teaser amende nye, dh publish live pon..haha)..but still in progress is the header and flash header..haha..tungguuuu ye kawan2..sikit2 ianya akan menjelma.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas..semperna ulangtahun kelahiran BAM yang pertama..so, kami laki bini decided nak bawak BAM pergi tindik..Masha ni mana la tau sangat kedai-kedai emas kat area Puchong-Seri Kembangan-Bangi-Kajang ni...so, Mr.Google la penyelamat..hehe..mula2 kami decide pergi ke Bandar Puchong Perdana, sebabnya Masha selalu ke sana untuk membeli barang-barang kraftangan, macam ada la kedai emas kat sana..dalam 2-3 kedai emas gak la pergi..tapi kecewa akhirnya..sebab tidak menepati kehendak Masha...Di bawah ni hasil google Masha dan nasihat dari kakak2 Masha:

Panduan menindik telinga baby 0-12 months:
  1. Sila cari kedai emas yang mempunyai 2 pistol. Maksudnya, ada 2 orang yang boleh tindik telinga baby serentak
  2. Make sure yang tindik subang baby kita tu ade experience dalam handling baby time tindik.
  3. Guna alkohol, or cecair anti- bacteria dari merebak after tindik
Tu je kot panduan..Finally, setelah google n mendapat review dari blog2, Masha jumpe jugak Kedai Emas Seri Bangi, bertempat di Bandar Baru Bangi, Sect 5..Kedai ni kepunyaan orang melayu kita..dan bersebelahan dengan Kedai Sup Urat Keting..

Mula2, orang kedai tu tanda tempat yang ditindik bagi sama di telinga sebelah kiri dan kanan BAM..time ni BAM asyik la nk mengelak..tau je la kan..BAM ni pantang betul la orang nak sentuh anggota badan dia..sedangkan mak bapak dia nk cium pon dia pukul kita balik..hehe..takpela..dah settle menanda, diorang akan prepare pistol tembak tu, beserta dengan subang yang kita dah pilih tadi..Then, dah settle tembak..apelagi, meraung la BAM buat dalam masa 3 minit..hehe..pastu dia senyap dan terus senyum2 lagi..Good Girl my BAM..hehe..So, enjoy da picca..

Wednesday, August 13, 2014

Persediaan Sambutan Hari Lahir My Baby Princess Annur Marissa Yang Pertama

As-salam

Salam 16 Syawal 1435H/2014..Semua rasanya masih dalam mood raya kan?. Jemputan ke open House boleh dikatakan every weekend musti ada la..hehe..sama la macam Masha pon..kadang2 penuh schedule, sampai tak sempat nak pergi..

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, pada 26 Julai 2014 / Sabtu / 28 Ramadhan (Lagi sehari nak raya..huhu) yang lepas Masha telah planning untuk menyambut birthday baby princess Masha yang pertama di Ipoh..Mula-mula pening jugak memikirkan majlis ni, sebab ye la jatuhnya pada bulan puasa. Birthday BAM pada 20 Julai 2014, hari Ahad minggu sebelumnya. So, bincang punya bincang dengan Mr. Hubby, so kitaorang decide nak buat kt rumah mak kat Ipoh jela, sebab nanti akan ada banyak budak2 dengan cousin2 BAM lagi..mesti meriah kan..sebab focus utama adalah hendak meraikan BAM dan budak2 je..tetapi, family in law pon nk celebrate di JB juge..so, ktorang buat la di kedua-dua belah (dah macam wedding plak gayanya..huhu)..so barang-barang yang tak habis time event di Ipoh, dibawa ke JB pulak..

So, sebulan sebelum majlis Masha dah buat research dan survey untuk preparation birthday BAM yang pertama kalinya, biar simple tapi meriah (Dah macam majlis pertunangan plak kan, biasa la Masha kan suke DIY & reka macam2 tu yang plan habis ni)..so, di bawah ini ada sample checklist untuk rujukan:

Senarai Checklist Majlis Hari Jadi Baby Annur Marissa (BAM)


1.      Tarikh dan masa : Bulan Puasa :  26 Julai 2014- Sabtu- malam & Bulan Raya : 8 Ogos 2014 - Jumaat-malam

2.      Tempat : Rumah Mak, Tasek Ipoh & Rumah PIL, Senai JB.

3.      Tema : Upin Ipin - Yellow & Turquoise Blue

4.      Jenis dan bentuk kek hari lahir : Chocolate Moist Cake-  Upin Ipin (Sangat sedap ye) & UpinIpin Vanilla Cupcakes . Order kt Dsuehouse Ipoh..
 
5.      Jumlah jemputan : 20 kanak-kanak dan 10 dewasa
6.      Goody Bag :
Kanak-kanak : 20 Bekas
Tupperware : Tampal Sticker - Tempah Sticker Murah ( RM 0.10 sekeping) di fb Tuan Nor Hidayu
Item dalam Bekas Kanak-Kanak (DIY)
- Apollo Roka
- Air Kotak
- Set Stationary
- Apollo Cake
- Lollipop Big Top 
7.      Atur cara majlis
- 7.30 pm – Majlis berbuka puasa bersama-sama family
- 7.45 pm – Solat Maghrib berjemaah & baca doa selamat
- 8- 9.30pm – Majlis potong kek & sambung makan berbuka & sesi bergambar

8.      Permainan dan aktiviti
            - Permainan Rebut Kerusi - Tak jadi buat

9.      Menu makanan dan minuman
      * Candy Buffet Bajet (DIY)
            - Yakult
            - Air Kotak
            - Keropok Rota Potato
            - Appollo Roka
            - Appollo Layered Cake
            - Appollo Mini Wafer
            - Mashmallow
            - Cupcakes Upin Ipin
            - Cake Upin Ipin
            - Paper Blower
            - Party Hat
    * BBQ 
            - Ayam , Sotong, Udang, Daging Kambing Marinated 
            - Dominos Pizza
            - Brownies 
            - Kuih Raya
            
10. Hiasan Untuk Candy Buffet
            - Ballon - Yellow & Blue
            - Kain Lapik Meja & Backdrop - Yellow & Blue
            - Patung Upin Ipin
            - Frame Gambar BAM dan Bunga Hiasan
            - Banner Yellow-Blue (DIY) 
            - Cupcakes Flag (DIY)

11. Dress BAM
      Beli online di fb Sweet Mommy & Baby Collection 
      Turqoise Tutu Dress- 1 year
       

So..inilah sahaja preparation of my BAM big day yang simple but meriah...walaupun ummi penat sangat prepare sume2 mende2 kecik2 nampak simple tapi nak perfect ..janji anak ummi happy..Love ur smile baby...Ummi and Babah always u my dear...Semoga menjadi anak yang solehah, rajin bersolat, dikurniakan kesihatan yang baik, pintar dalam pelajaran, cemerlang dalam pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat..dan peliharalah imannya ya Allah sehingga hujung nyawanya.insyaAllah..


So, enjoy da picca:



Yang ni 2nd celebration di JB, Senai..rumah PIL (recycle balance barang yang tak habis)


Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014/1435H

As-salam

Di kesempatan ini Masha sefamily nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca blog dan sesiapa yang mengenali diri ini. Kepada yang pulang ke kampung, drive safely. InsyaAllah, malam ini, 25 Julai, Masha akan pulang ke rumah mak di Ipoh, Perak, dan pada raya kedua kami akan bertolak ke Singapore, Mr. Hubby hometown..doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ye..

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Monday, July 21, 2014

Annur Marissa Growth and Development

As-salam

Semalam, bersamaan 20 Julai 2014, genaplah usia BAM yang ke setahun..last entri aritu birthday BAM dalam takwim Islam..semalam birthday dalam takwim Masihi. Sekejap je rasanya dah setahun dah menjadi ummi ni..hehe..betul la pesan Tun Hasmah kepada Dr. Harlina : “Jaga anak-anak, don’t miss the chance of seeing them grow. They grow up very fast”Huhu..memang betul..terasa jugak sepanjang setahun bersama BAM, every weekdays hanya dapat spentime dengan dia 1 or 2 jam sehari je, dari pukul 7pm-9pm , sebab dh sampai rumah pon pukul 7 pm..kadang2 pukul 8pm..pukul 9pm BAM dah nak tidur till subuh..weekend je ada nak main2 dengan dia..kalo masha ade hal time weekend..sangat la tak best rasanya..Takpe la..nak menyesal pon tak guna..so nest time..insyaAllah kalau ada rezeki nak pindah rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja...so, dapat balik awal..main2 denga BAM..Semoga Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga..Aminn.. So, di sini, Masha nak fast update mengenai perkembangan BAM since dia berjaya meniarap lagi (walaupun banyak moments Masha terlepas :-( , contohnya, Masha tak nampak dia berjaya meniarap depan mata Masha sendiri..naseb my babysitter ade wassap video n picture untuk kenangan)..Biarlah gambar berbicara..enjoy..(",)
Baby Annur Marissa (BAM)- 20/07/2014 - Bornday
BAM berjaya meniarap-06/12/13- 4 bulan 2 minggu 2 hari
BAM berjaya meniarap-06/12/13- 4 bulan 2 minggu 2 hari

BAM meniarap reverse parking..hehe
BAM, 1st time swimming- 25/12/13- 5 bulan 5 hari
BAM, 1st time intro Solid Food- 190114 - 6 bulan
BAM, dapat present Walker+ Rocker+Bouncer baru - 04/02/14 - 6 bulan 15 hari
BAM, berjaya merangkak ke hadapan - 24/02/14 - 7 bulan 4 hari
BAM, cubaan untuk berdiri dan memapah- 26/03/14- 8 bulan 6 hari
BAM, mula tumbuh gigi kat bawah 2 biji - 20/04/14- 9 bulan

And Yes, till today..hehe..she still cannot walk..(p/s: Late Walkers are Naturally Smarter)..hehe..berdiri statik dalam masa 20 saat boleh..membebel bahasa Uganda boleh..boleh suap makanan sendiri dalam mulut..panggil semua orang "Babah" that is her first word..takpe, ummi tak makan dalam..hehe..pegang apa2 sahaja barang sangat cekap..kaki dah boleh tendang bola..dan sukeeeee sangat masuk barang2 yang dia pegang ke dalam mulut..nak test sedap ke tak eh..haha..dan dia suke main barang2 yang rare. contohnya, kunci, cawan n pinggan kt dapo, mainan dia banyak xmo main..suke main menda pelik2..ape saje la sayangku..Alhamdulillah.so far,when Masha refer to Pediatrician, BAM punyer development very good and active..(",)

Ummi dan babah doakan semoga sayang membesar dengan sihat, rajin bersolat, pintar dalam pelajaran, menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab, cemerlang dalam pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat serta menjadi anak yang solehah yang boleh mendoakan Ummi dan Babah ketika kami tiada nanti..Aminnnnnn.....


~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus