Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

DIY- Cara Membuat Guest Frame

As-salam,

Dah lama rasanya tak buat tutorial DIY ni..Ok kali ni Masha nak ajar cara membuat Guest Frame. Amende la Guest Frame tu kan..Guest Frame ni pengganti Guest Book la..ala-ala buku untuk tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan kita bagi ucapan dan tanda tangan. Masha ni nk buka album gambo pon malas, inikan pula book2 ni kan. so, Masha ubahsuai Guest Book menjadi Guest Frame, inspirasi dari blogger Puan Sue..Apa kelebihan Guest Frame ni, kita boleh baca ucapan orang hari2..Masha letak frame ni betul2 lepas masuk pintu rumah akan nampak..kadang2 Masha senyum sorang2, masuk2 je rumah baca ucapan diorg ni..nk keluar rumah pon terbaca lagi..best kan..

Bahan-bahan nya.
  1. NYTTJA Frame - 50x70cm - From IKEA : RM 16.90
  2. Gam dan Gunting : pre-own
  3. Aksesori Tambahan : printed wording 
  4. Mounting board (black/white) : RM3.50
Dan Cara membuatnya seperti dalam gambar di bawah.


Dan ni kegunaan Guest Frame tu time wedding Masha dlu

Dan, tempatnya Guest Frame itu di rumah


Selamat Mencuba Jaya..(",)

Tuesday, July 31, 2012

Makanan Yang Dilarang Bagi Pengantin Baru Wanita

 credit- Gambar Hiasan

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


credit- Yusof Razak

Tuesday, March 27, 2012

Sweet 2 months

Assalammualaikum..

Hari ini 27 March, genap 2 bulan usia perkahwinan Masha & Mr.EverDale..Sangat bersyukur dikurniakan seorang hubby yang understanding, caring & responsible..Happy juga dengan life sekarang walaupun penat. At least ada orang yang akan entertain kte, comfort kte, pampered kte. Life menjadi seorang wife, student & employee sangat mencabar. Alhamdulillah, so far Masha dapat adapt dengan life macam ni. Rutin harian memang totally change la sejak berkahwin ni, dulu duduk sorang kalo tak makan pon xpe, kalo tak iron baju pon xpe, kalo bangun lambat2 pon xpe. Tapi sekarang, buat apa2 pun, mesti fikirkan hubby.

Single Life (Working Days + Class)
 6.30am : Bangun solat Subuh, pas solat tdo balik (ade masa je mesti tdo..hehe)
 8.00am : Bangun, mandi, siap2 pergi kerja.
 8.30am : Bertolak ke Office (Cyberjaya)
 8.45am : Sampai office. Working till 5.30pm.
 5.30pm : Bertolak ke Shah Alam- kelas Masters
 6.45pm : Sampai di UiTM. Masuk kelas terus.
 9.45pm : Kelas abes. Tros balik.
 10.30pm : Sampai rumah. Kalo lapo tapau makanan.Kalo x blik solat tdo..

Double Life (Working Days + Class)
5.00am : Bangun, cuci muka, tros masak (nasik goreng/ lauk/sayur) untuk bekalan hubby g kje.
5.50am : Buat air kt hubby. Kejut hubby. Kte mandi siap2.
6.10am : Siap berpakaian, mekap, solat Subuh.
6.15am : Mintak hubby minum. Dah siap minum, keluar rumah, pergi tempat parking
6.23am : Bru gerak keluar dari apatment. Sepanjang hubby drive g kje, masha tdo dalam keter.
7.03am : Sampai di Yakult Glenmarie Shah Alam(Office hubby). Kami tdo(take a nap) dalam kereta.
7.20am : Baru betul2 bangun. Hubby masuk office.
7.25am : Masha drive pergi UiTM Shah Alam.
7.45am : Sampai UiTM. Masuk Office. Working till 5.00pm.
5.00pm : Gerak tros g office hubby.
5.30pm : Sampai office hubby. Tunggu till hubby kluar.
5.40pm : Hubby keluar office. Terus gerak g UiTM balik. Sambil dalam perjalanan. Makan dlu.
6.30pm : Sampai UiTM. Masha masuk kelas. Hubby tunggu dalam keter
9.45pm : Kelas habis. Terus balik. Singgah beli makanan. Makan. Kalau balik rumah awai, masak ape2 je untuk dinner.
10.30pm : Sampai rumah. Siap2 ape yg xsettle lagi.
11.00pm : Tdo.

Kalau korang semua perasan, dalam ni takde part iron baju, cuci baju semua kan. Semua tu Masha settle siap2 time cuti weekend, iron sekali gus 5 helai baju Masha n hubby untuk 5 hari bekerja. Senang. Ape lagi buat time weekend, cuci baju, lipat baju siap2, blender bawang and cili kering siap2 supaya masa memasak pagi2 dan malam2 dapat dijimatkan. Potong sayur2 kering (mcm carrot, sayur2) siap2. Simpan dalam tupperware dalam fridge. Cuci, siang and basuh lauk2 macam ikan, ayam and daging siap2 dan simpan dalam freezer. Semua dalam fridge, so time nak masak weekdays senang je campak2..('',).

Naseb hubby masha ni tak banyak songeh. Makan je apa yang terhidang. Alhamdulillah, suka hati Masha kalau dapat tengok dia kenyang, and tambah2 nasik lagi and lauk habis. InsyaAllah, Masha akan cuba sedaya upaya untuk menjadi suri rumah bekerjaya selagi termampu. Dan kalau ada rezeki, mintak2 la cepat2 dapat baby. Jeles tau tengok kawan2 yang dah de baby cute2. InsyaAllah. Doakan ye..:-)
Last but not least. Everyday I love u Mr.Syahrul Azmeer Ismail..(",). 
27 January 2012, 03 Rabiul Awal 1433H.

Thursday, March 15, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 2

Assalammualaikum semua..Hari ini Masha akan sambung Cara-cara hendak mengubah Duit Mas Kahwin. Step hari ini ialah cara hendak mencantumkan bunga-bunga yang sudah siap digubah menjadi sejambak bunga dan dijadikan 1 dulang hantaran.
  • Mula-mula sediakan bahan2 nya terlebih dahulu ye kawan2. Bahan yang diperlukan ialah : 1 polisterin berbentuk empat segi tepat (bergantung kepada pilihan masing2), kain lapik polisterin (bergantung pada pilihan masing2, macam Masha Theme belah lelaki color gold, so Masha pilih kain color gold), renda / list hiasan berwarna untuk lilit keliling polisterin (ini pon bergantung pada pilihan masing2), double sided tape, daun2 hijau plastik,  dawai, pita lilit bunga berwarna hijau dan riben. 
  • Kemudian, ambil bunga yang sudah siap digubah seperti yang dalam entry Part1 lepas, lilitkan dawai bunga itu pada batang bunga / dawai bunga yang tebal. Dan lilitkan dengan pita lilit bunga yang berwarna hijau..lilit banyak2 kali sehingga bunga betul2 kukuh.
 
Dawai bunga dililit pada tangkai bunga plastik / dawai bunga yang tebal.
Lilitkan pita bunga yang berwarna hijau keliling tangkai, sehingga bunga betul2 kukuh.
  • Kemudian langkah seterusnya, ambil daun plastik atau bunga2 plastik yang kecil lilitkan sekali disebalik tangkai bunga itu, lilitkan bersama pita bunga berwarna hijau itu. Buat ikut kretiviti anda..Lilit je, janji boleh..hehe..:-)
  • Langkah yang seterusnya ini tiada gambar, langkah ini simple je..ambil kain cantik/ kain net tadi. Letakkan di bawah dan polisterin di atas..Kemudian ambil double sided, gamkan pada diameter ukur lilit polisterin empat segi tadi dan lipat kain cantik tu seperti membalut kotak hadiah. Lakukan langkah in sehingga polisterin betul2 kemas dibalut oleh kain cantik itu. Kemudian ambil renda, gamkan pada keliling diameter polisterin itu.
  • Untuk duit syiling RM0.20 pula, Masha hanya lilitkan pada dawai dan cucuk pada polisterin, untuk cukupkan RM1.00.
  • Kemudian setelah siap setiap tangkai2 bunga yang siap dilit dengan bunga dan daun hiasan, cantumkan satu demi satu bunga2 itu sehingga menjadi sejambak bunga seperti di dalam gambar di bawah. Akhir sekali ambil riben (color terpulang) untuk dililitkan pada hujung jambangan bunga itu. Macam Masha guna riben color merah.
Di sini Masha tambah aksesori tambahan seperti rama2 hiasan berwarna gold, 1 bekas gelang berwarna coklat (yang berbentuk bulat), 2 bekas cincin (berwarna putih) yang seakan2 cinderella carriage tu. Yang carriage tu sangat Masha berkenan..cute je.. dan akhir sekali sekuntum bunga berwarna gold. Tadaa...dah siap.
Bekas Cinderella Carriage dan bekas gelang
Her Ring (left)  and His Ring (right)                                                                                           
Her Bracelet
Finall touch by Masha, yang sudah siap di atas dulang.
Dah siap..selamat mencuba ye kawan2..(",)

Tuesday, March 13, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 1


Assalammualaikum semua..Ok disebabkan tadi kerja dah siap, sekarang masa untuk menulis pula. Hari ini Masha akan ajar step by step cara hendak mengubah / melipat duit menjadi bunga rose dan sesuai untuk dijadikan duit Mas Kahwin. Gubahan ini Masha buat sendiri dengan jayanya hanya dengan rujukan dari blog Saudara Amirul Syafique, best plak bila berjaya.

  • Mula2 sediakan duit dengan secukupnya. Di sini Masha sediakan total duit RM101 = RM10 x 8 keping : RM 80, RM1 x 20 keping : RM 20, RM0.20 x 5 keping : RM1. Sebab 1 kuntum bunga memerlukan kira2 4 keping duit. Alkisahnya pasal duit ni, jenuh Masha nak tukar. Pergi bank, dapat tukar je RM 10 je tu pun duit orang dah guna..tak keras macam duit baru. Sadis je..Last2, kena la minta dan bertanya dengan budak2 office, nasib dapat tukar. Then 1 lidi sate yang kecil ataupun pencungkil gigi, dawai serta stigma bunga yang berwarna merah dan silver (bergantung pada warna duit anda). Masha tak tau nama apa benda alah bulat2 merah tu, tapi kalau korang ade belajar Sains Form 2 mesti belajar Parts of Flower seperti dalam gambar rajah dibawah.
  • Then, ambil lidi dan sekeping duit. Kemudian lilitkan lidi di setiap penjuru duit itu. Buat pada 4 penjuru duit, gulungkan sehingga tinggalkan curl2 sikit..
Sehingga jadi macam gambar di bawah : 
  • Kemudian bahagikan/lipatkan duit itu menjadi 2 bahagian. Kemudian buka balik sehingga meninggalkan kesan dan kepitkan dengan hujung ibu jari serta jari telunjuk. Dan adjust dalam kuntum bunga itu dengan hujung jari supaya jadi seperti mangkuk. Lipatan curl2 itu terserlah pada kreativiti anda untuk buat di bahagian hadapan atau di belakang.
 Seperti mangkuk ayunn..hehe..
  • Kemudian lilitkan dawai pada lipatan duit tadi. Di tengah2..
  • Kemudian ulang langkah yang sama untuk menghasilkan 4 keping kelopak bunga lagi.
  • Kemudian ambil stigma bunga kira secubit. Bajet2 ikot pada saiz bunga. dan  lipat dua stigma itu untuk melilit dawai di tengah2 bahagian itu.
 
  • Kemudian masa untuk mencantum2 kan bahagian2 yang telah dilipat2 tadi menjadi sekuntum bunga. Dimulai dengan Stigma dahulu, kemudian ambil 1 kelopak bunga lilitkan antara dawai2sehingga tercantum. Lakukan lilitan dawai di antara setiap kelopak bunga sehingga jadi seperti ini:
 Yang atas ni versi RM 10, yang bawah ni versi RM1, cara nya sama je. Lain kat kelopak yang 1st je..
 Tadaaa..dah jadi bunga..esok kita sambung Part 2 plak k..cara nak membuat gubahan tepak bunga Mas Kahwin.
 Selamat Mencuba..:-)

Thursday, February 23, 2012

Hantaran Bunga Tisu

Arini nak cerita pasal hantaran pada majlis perkahwinan Masha lepas. Mostly semua hantaran DIY sindri by Masha dengan bantuan dari akak Masha. Ada sebahagian hantaran lelaki Masha tolong buatkan, antaranya duet mas kahwin, sejadah dan telekung dan sirih junjung. Mostly barang2 yang kitaorang beli semuanya keperluan untuk diguna lepas kahwin nanti dan juga hobi masing2. Kalo bley beli barang yang dia suka.

Hantaran kepada lelaki (dari Masha kepada Mr.EverDale) - theme Turquoise White

  1. Al-Quran dan sejadah
  2. Chocolate set (Ferrero Roche, Hersyes Kisses, Famos Amos, Toblerone)
  3. Camera Samsung
  4. Kasut 
  5. Kemeja G2000 & Topi
  6. Jam Tangan Nautica
  7. Diecast Dooge Challenger Car & Remote TV LG Plasma 42" & Remote Set Home Theatre LG
  8. Perfume set CK Euphoria Man
  9. Kek Mocha
  10. Buah-buahan
  11. Sirih Junjung
Kali ni pun Masha xbeli dulang, tapi sewa kat classmate Master. Jimat memang jimat. Kalo sesiapa nak sewa dulang or buat hantaran bley la contact Aizalyn Wedding..Hiasan untuk dulang kali ni Masha reka sindri guna bunga tisu paper yg Masha buat sindri..plan nk letak banyak bunga tisu/crepe tu tapi takot nampak crowded nanti, so masha letak 1 dulang sekuntum je..



Hantaran kepada Masha (dari Mr.EverDale kepada Masha)- theme Gold, Red
  1. Set Al-Quran & Rehal
  2. Sejadah (Gubah jadi bag) & Telekung 
  3. Handbag & Purse 
  4. High Heel
  5. Handset Samsung Galaxy Ace & Jam Tangan DKNY
  6. Sirih Junjung
  7. Chocolate set (Ferrero Roche, Hersyes Kisses, Famos Amos, Toblerone)
  8. Duet Mas Kawen (diGubah bunga) & Cincin & Gelang
  9. Perfume set CK Euphoria Blossom
Satu kejayaan dalam membuat duit mas kahwin sindri..huhu..dah le 1st time gubah duit mas kahwin, supposely Mama yg preparekan, tapi Masha volunteer nak buat sebab taknak bagi mama membazir p bayar upah kat orang lain gubahkan. Tapi berjaya jugak lah..Memang puas hati..Nanti Masha review detail lagi step2 nak mengubah duit mas kahwin ye kawan2..Selalunya, sirih junjung memang Masha akan preparekan sebab family Mr.EverDale dari Jb, takot dah sampai Ipoh layu sume kan tak cantik nanti. Kalo perasan, dua2 sirih junjung tu same je pesen nye..hehe..dah takde idea sangat la tu, tukar bunga je, basic same..hehe..:-)





P/S: plan dalam hati, after this dah abes study nk buat bisness gubah barang2 hantaran dan sewa dulang plak..ape pendapat korang..

Tuesday, February 21, 2012

Pelamin Nikah dan Pelamin Dewan Sanding di Ipoh

Al Kisah nya, nak story pasal Pelamin Nikah, di rumah Masha dulu..Theme Nikah Masha Blue Turquoise and White..Masa tengah survey2 wedding planner di Ipoh ni, thru internet terjumpe la 1 blog ni, macam nak try pergi kedai dia kan..Actually, Masha dah list out byk kedai2 WP area Ipoh ni, So, balik Ipoh time tengah buat preparation dulu, dalam banyak2 kedai pergi.. terus tangkap cinta la dengan pelamin display kt kedai akak ni..Nama kedai dia Butik Pengantin D Laila Beauty, n ni blog owner kedai- Kak Laila. Masha recommend la kepada sesiapa B2B di Ipoh/ Perak, bley la contact akak ni..kat blog dia ada tulis no, address sume. Harga pon berpatutan. Disebabkan theme pelamin ni more to pink, so Masha request tmbh Turquoise and White untuk mengikut theme Masha.

Anak buah masha tgh posing2

Me (after nikah) with my BFF..
                                                  
Kalo ikot plan memang nak bernikah di rumah je, tapi last minit tiba2 tok kadi cakap xdapat nak buat kat rumah disebabkan ada pengantin lain nk bernikah on the same day and time dengan masha di mukim yang sama. Agak kecewa la cket kn sebab, dah plan cantik2..xpe la, janji dapat bernikah dan selesai sudah majlis..Alhamdulillah..

Nak story plak pasal pelamin bersanding di dewan plak..Dewan RPT Kg.Tawas Tambahan, Tasek Ipoh terletak dalam stgh km dari rumah Masha, tapi xde la jalan kaki kn. Pelamin di dewan pula theme color Purple White..Kak Laila and the team siap pasang sume mlm Masha nikah tu..lebih krg kui 2 am la siap..Pelamin Dewan ni include skali pelamin, red carpet, arc 6x, pintu gerbang dan set merenjis tawar. Sorry, sume pic ni Masha cedok dari blog kak Laila..gambar dari OP xdapat lagi..huhu..





Alhamdulillah, semua yang masha request telah menjadi kenyataan walaupun terdapat kurang cket2..Simple, xcrowded sangat but nice dan harga pun berpatutan mengikut bajet Masha..Sy suke2..:-)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus