Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Family Getaway - Cherating, The Legend Resort

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2016..Haha..dah bulan April baru nak tahun baru nye..Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi nikmat dunia yang sementara ini iaitu hidup sihat serta selesa, bahagia disamping keluarga tercinta, rezeki yang sentiasa mencukupi untuk kami sekeluarga. Maaf kerana sudah lama tidak bersiaran langsung sejak jadi #ummianakdua ni, busy la bebeno, atenye kome..hehe..

Tanpa membuang masa, disini Masha nak simpulkan perkara yang berlangsung bulan 1 yang lepas, dimana di bulan January, merupakan Hari Lahir Masha dan Anniversary Masha. Mr. Hubby celebrate sekali la kiranya 2 event ini dimana akhirnya Masha dapat jugak pergi ke Cherating (alkisahnya dulu, terpaksa burned hotel ticket ke sini, so terkilan tak dapat pergi). Yang paling happy nya sebab dapat bercuti bersama our new baby princess #AnnurMazaaya . Masha pulak memang suke bercuti2 ni, tapi tak dapat la pergi selalu kan ongkos nya kena kumpul dulu dong..hehe..

Alkisahnya, En. Hubby request Masha untuk beli hotel's ticket kat Agoda dan kebetulan memang tengah ada less, so kami pilih 15- 17 January 2016 (Jumaat kena cuti la kan). Kali ni Masha memang excited sebab 1st time pergi Cherating (sian umur dah 29 tahun baru dapat pergi). Penginapan kali ni kami pilih The Legend Resort. Kami bertolak dalam pkul 2pm Jumaat, 15 January. Sampai di Legend Resort,Cherating dalam pukul 4.30pm. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur bermula di Kuantan, jalan dicemari dengan bauksit dan jalanraya dah macam jalan merah (macam kat kampung2) padahal kat highway ni. Dalam pengamatan Masha, mesti kat pantai pon tercemar jugak dengan bauksit ni (sebab bauksit ini dihantar ke China menggunakan jalan Laut China Selatan kan).So memang indah khabar dari rupa la.Cherating ni dulu popular dengan keindahan lautnya, tetapi sekarang dah tercemar..really spoiled my mood..tapi takpe, janji dapat spent time dengan family pon dah cukup bahagia sangat. Kami tak mandi kt laut pun, just jalan2 kat tepi pantai je.
Sepanjang perjalanan dari Kuantan dah nampak bauksit di tepi-tepi highway, dan di Cherating laut dicemari dengan Bauksit.

Wee...kami dah sampai..dapat bilik cantik view tepi laut...besttt sangat.

Sesi mandi manda, di swimming pool di Legend Resort. Sangat selesa dan cantik.

The Legend Resort: Swimming Pool, Interior of the room, Rabbit Cage.
Tempat untuk dilawati pon tak banyak (kami tak jadi melawat Cherating Turtle Sanctuary sebab tak sempat), tetapi tempat makan seafood memang banyak pilihan. Malam pertama di sana kami makan set ikan bakar di Warung Awang Ikan Bakar (WAIB). Dapat tau kedai ni pon hasil carian google. Tapi bagi Masha n En. Hubby, kami bagi 5/10 je sebab tak kena dengan tekak kami (sebab tak bape nak sedap sambalnya). Keesokkannya kami makan lunch di Kedai Makan 20 Jenis Lauk tu (nama kedai tak ingat). Kedudukannya sangat berdekatan dengan The Legend Resort, dalam 5 minit drive sampai. Yang ni best, semua sedap2 n choice lauk pon banyak. Then kami pergi membeli stok Kopok Lekor dan Satar. Satar bakar kat sini memang sedappp la sangat dan paling popular ialah Warung Aziz Satar. Kat sini ada banyak Warung Aziz Satar, so bleh pilih nak pergi mana 1. Sebelum balik kami borong lagi satar dan kopok2 untuk bekalan pulang.

Masha baru tau la yang rupanya Cherating ni sebelah Kemaman, Terengganu.  So, Masha mengambil kesempatan untuk melawat my best friend exhousemate time keja Mimos dulu, Izzah. So, malam terakhir di Cherating kami meet up kat Kedai makan kt Cherating ni. Best sangat dapat sembang2 tapi tak puas, sebab dh 3tahun kot tak jumpa. So, itu je la laporan sepanjang trip ke Cherating. Masha bagi 7 bintang per 10..hehe..TQ Mr.Hubby..Next trip ke mana kah kita..?..coming soon,.

Di WAIB, Warung Aziz Satar dan otw ke Kemaman.

Wednesday, August 12, 2015

Salam Minggu Terakhir Syawal 1436H/2015

As-salam,

Ahaksss...Dah nak sampai ke penghujung Syawal dah..baru nak update ye Masha..urmmm...dari mana nak start ye..Okie..firstly, masih sempat lagi kot nak wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri , dan Maaf Zahir Batin"..dari kami sekeluarga (pic raya tahun lepas, kte slim lg time ni..hehe)..

Tahun 2015 ni, Masha berpeluang beraya di belah suami dulu iaitu di Kulai, JB. Ini merupakan raya yang keempat bagi Masha..kalo ikot turn this year patutnya memang belah hubby pon, sebab last year belah Ipoh, Perak. Dah le dulu 1st time raya belah Ipoh, 2nd time pon kt Ipoh (sebab bersalin + berpantang), 3rd time pon Ipoh juga (sebab nak lama beraya di JB)..takpelah..janji sempat beraya di dua2 belah hometown..barulah fair and square..

First time beraya berbadan dua ni (30weeks of preggy)..Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta. Tema tahun ni plak, 1st raya Emerald Green, 2nd Raya Pink Belacan, 3rd Raya suppose Silver+Purple (tapi tak sempat pakai..sebabnya akan diceritakan di bawah). So, here the compilation picca baju raya kami sekeluarga.

1st Eid 2015 - Emerald Green

2nd Eid 2015 - Pink Belancan Magenta

3rd Eid - Di Universal Studio, Singapore..Baju black & white bertemakan haiwan (shawl butterfly, baju kittens, bam with baju panda)
Juadah hari raya di JB, sudah semestinya lah sambal goreng, lontong kering, lontong, nasi tomato, ayam masak merah, daging rendang, dan banyak lagi la..1st raya tu memang kje nye makan je la, berulang2 sampai la ke malam..stay rumah je untuk terima tetamu datang dan melawat ke kubur. Then bergambar sampai tak tau dah nak posing cmne..Mula2 plan nak pegi cari port mana2 nak buat photo shoot..Last2 photoshoot kat dalam rumah dan depan jalan rumah je..Cuaca panas la malas nk habaq mai..Pa pe pon..memang happening beraya di JB kali ni..walaupun rasa seperti ada kekurangan (kalo la arwah mama ada, mesti lagi meriah. Al-Fatihah kepada Mama Norisah Abu Aman)..

Juadah dipagi raya..(p/s: sempat tolong potong sayur je untuk masak kuah lodeh, sebab smpai lambat tgh2 malam di pagi raya..huhu)







Kali ni raya di JB lama sikit, sebab nak menyambut kepulangan Maklang dari Makkah (Isnin malam)..So, raya kedua malamnya kami dah bergerak masuk Singapore, till raya ke 5(Selasa) baru kami bergerak ke Ipoh. Sampai di Ipoh dah tak berapa nak beraya sebab orang dah start kerja termasuklah abah n mak di Ipoh..Beraya rumah adik beradik Masha je (rumah kakak sulung, kakak 2nd dan rumah Paksu) then malam before balik KL, sempat beraya di rumah my best friend Faezah. Then, raya ke 8 (Jumaat) pagi kami direct drive ke KL sebab En. Hubby dan Masha dah start kje..terpaksa bawak skali la si kenit ni lagi skali pergi ke office (naseb tak ramai orang lagi)..So, itulah saja coretan pada sesi raya 2015 kali ini..InsyaAllah, ada rezeki kita write down untuk entri raya tahun depan dengan bertambahnya sorang lagi ahli keluarga..

Friday, June 13, 2014

Cameron Highland - First Getaway with Baby Annur..

As-salam, 

Baru dapat bernafas n relaks sebentar bersama Zip Cadbury..haha..Alkisahnya, pada hujung bulan April yang lepas, Masha n family (Only 3 of us) went to Cameron Highlands..Hotel dah lame booking, since dah terbeli voucher from Groupon last year..sangat la tak sabar nak pergi jalan2 dengan BAM n En. Hubby..Kami gerak dari KL-Ipoh on 26 April, dan tidur semalam di Ipoh, then hari Ahad, kami bertiga gerak ke CH. Check in 27 April (Ahad) till 29April (Selasa).

Kami sekeluarga ni boleh dikatakan first time jugak le nak naek CH ni, since Masha penah pergi sekali time tahun 2004 kot..dh lama gak la dengan bff..tu pon balik hari..En. Hubby pon tak pernah menjejak kaki di sini. Sepanjang perjalanan, sangat lah berkabusnya jalan dan tak nampak la jalan kat depan nun..huhu..cuak ok..kot2 la terus masuk ke alam yang lain plak kan..haha..merepek2 je Masha ni kan..Tapi setelah 2 jam perjalanan dari Simpang Pulai, Alhamdulillah..kami tiba di Brinchang, CH dalam pukul 4 ptg..dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan mesti nampak Orang-orang Asli menjual di tepi-tepi jalan..Antara barang yang mereka jual macam Madu, Akar2 kayu dan Tumbuh-an..Masha xde la nk singgah kan, tak berani la teman..

Kami menginap di Country Lodge Hotel bertempat di Brinchang, CH. So, far yang Masha tengak, kt Brinchang lagi banyak tempat best yang boleh di lawati, compare to Tanah Rata, CH. So, kalau sesiapa nak bercuti di CH, better stay at Brinchang. Hotel yang Masha stay ni sangat la strategic location nya iaitu di tengah2 bandar Brinchang, dan sangat mudah untuk mendapatkan makanan, kedai2, dan petrol station..also..atm..hehe..

Kalo pergi CH, tak pergi Ladang Teh memang tak sah la kan, FYI merujuk kepada makcik yang meniaga kt kedai jual Strawberry kt Brinchang ni, setiap hari Isnin, Ladang Teh akan tutup. Kebetulan plak time Masha berjalan-jalan tu hari Isnin. So, sangat la frust sebab tak dapat pergi melawat ladang teh aritu sebabnya, esok (Selasa) kami dah dh pulang ke KL. Dan kt CH ni ada 4 ladang Teh, iaitu 2 di Brinchang, dan 2 di Tanah Rata yang mana masing2 ialah CameronValley Tea Plantation dan Boh Tea Plantation..So, En. Hubby pon pujuk la, esok bangun awal2 sebab nak terus gerak ke Tanah Rata dan final destination kita akan pergi ialah Tea Plantation..yeayy...best2.. So, malas nak cakap bebanyak..juz enjoy da pic..

270414- First Nite in Brinchang, CH..Dinner at Kedai Tomyam Brinchang.
280414- 1. Cactus Farm in Brinchang, CH- terdapat pelbagai jenis Cactus dan pokok2 bunga yang cantik2..Masha jadi teruja jap..haha..shopping cactus jangan lupe yek..
280414- 2. Butterfly Farm, Brinchang,CH - Boleh tengok serangga2, pelbagai jenis rama2 dan haiwan2 ternakan.
280414- 3. Lavender Garden, Brinchang, CH- Kat sini paling excited..sebab dapat tengaok macam2 jenis bunga, boleh petik buah Strawberry dan bunga Kekwa tu sendiri,,bessssttt sangat..rasa nak baring je kat atas hamparan bunga2 tu..
280414- 4. Pasar Tani, Brinchang, CH- belistock sayuran2 untuk buat puree BAM..syoik2..buah dan sayur2 murah2 dan fresh..

290414 - CameronValley Tea Plantation, Tanah Rata, CH- Last destination..Just dapat amik gambo dari jauh je sebab BAM tido le plak..tak dapat Ummi nak berposing2 n petik daun teh..hehe..

Barang-barang yang berjaya di shopping..tiada dalam gambar ( Bantal hello kitty pink, sweater BAM)..hehe..


Tuesday, March 5, 2013

1st Anniversary in Penang

As-salam,

Dah sebulan lebih dah la terperap entri ni dalam draft..huhu..xpela..masih tidak terlewat untuk publish ye..hehe..actually our official anniversary ialah pada 27 January lepas..dan Masha memang dah planning dari tahun lepas lagi, ingat nk celebrate kt Penang, sebabnya Masha n hubby dah lama sangat tak pergi Penang..last pegi dlu time skolah kot..Naseb baek dengan bantuan SIL Masha yang memang sudah menetap di Penang, senang la sikit urusan perjalanan kitaorang. Pada mulanya, nak book hotel je..then cari punya cari..dah dapat la hotel berdekatan dengan rumah SIL, dan last minit punya plan..tiba2 PIL pon mau join sama..hehe..bertambah meriah la nanti gamaknya..dan Masha pon jadi kelam kabut jap nak cari hotel/apartment yg betul2 affordable..

Alhamdulillah, dengan bantuan internet je..jumpa la Apartment kt area Georgetown. Homestay ni kt Prsn.Gurney n price dia RM150 per day..dan masha rase homestay ni memang mengikut bajet dan selesa lagi bersih. Owner Palm Court Apartment ni Pn. Normah dan ni no dia kalo ada sesiapa yang ingin bercuti di Penang, apartment ini sangat recommended-019-4118412. Apartment ni ada terletak di tingkat 4, dan ada lift dan parking pon takde masalah, sebab banyak parking..Mempunyai 3 bilik - master bedroom ade aircond, dan 2 lagi bilik yang lain ada kipas. Boleh dikatakan rumah ni memang complete la, ada fridge, meja makan, pinggan mangkuk, water heater, peralatan nak memasak, sofa, tv, bantal extra, tilam extra n kalo bleh bwk tila toto sendiri la kalo ramai orang..hehe..

Dari atas kiri: Bilik yang ke2, Pintu hadapan tandas dan shower, Pandangan hadapan Apartment, Master bedroom

Banyak tempat yang dirancang untuk melawat semuanya tak sempat nak pergi n ada yang dah tutup. Agak frust sebab tak dapat pergi Toy Museum dan naik Bukit Bendera sebabnya Toy Museum yang dekat depan Hotel Copthorne tu dah berpindah tempat dan time tu tak tau dia pindah kt mana, n Bukit Bendera plak nak pergi ke area tu sangat la jem disebabkan kami bercuti pada perayaan Thaipusam. Confirm la jem sebab berdekatan dengan kuil kan..huhu..tapi takpe la, at least dapat berjalan2 di Penang..

 Sesampai je Penang pada petang 26 January, kami terus menjamu selera..Kalo datang Penang tak makan pasembur dan char kue tiaw peveret Masha ni memang tak sah..sebab kedua2 makanan ini memang berasal dari Penang. then apabila penat makan macam2, kitaorang pon berehat di apartment yang disewa. Esoknya, 27 January- Our Anniversary..Kami celebrate kt Pantai Batu Feringghi..Best2 sebab dapat bermandi manda dan berkelah..bersama2 family angkat SIL dan PIL..suke eh baby dalam pewot ni dapat main air laut..then setelah hampir ke petang, kami pun pulang berehat di apartment. Sebab malamnya mahu jalan sekitar Penang di Padang Kota dan lain-lain lagi.


Pada 28 January, hari kami berangkat pulang. Tetapi sebelum pulang kami sempat lagi melawat rumah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang terletak di Jalan P.Ramlee..Dan kami juge sempat shopping souvenir n jeruk berbagai jenis di Kedai Aishah Jeruk Buah- kedai ni best sebab kita boleh test every jeruk kt ctu..xbeli pon xpe..hehe..Masha shopping, jeruk-jeruk, minyak gamat (utk preparation time berpantang nanti), kuah rojak dan fridge magnet..Kesimpulan nya, memang best la jalan2 kt Penang ni..tapi masha tersalah pilih date plak, clash dengan Thaipusam..huhu..xpe la..janji dapat spentime bersama family terchenta dan orang tersayang..Tq to my SIL, PIL, and Family Bu yang banyak bersusah payah meraikan kitaorang ni..hehe..

Dear My B, Syahrul Azmeer,

To the man I have chosen to love and be with me for a lifetime, 
I want you to know that words are not enough to say that I love you.
You're the reason why I wake up every morning with a smile.
 For that, I thank you for everything and love you more.
 Happy 1st Anniversary, My Love!



Thursday, December 13, 2012

Honeymoon ver. 3.0 + Family Day - Bukit Merah Laketown Resort

As-salam, 

Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..

Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..
Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria,  pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..

Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :



WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH ADALAH KLU NYE  
(Jawapan n Ulasan Masha warna pink)

Soalan 1
 Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main bolala. Suku orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.
SEMANGGOL
yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar dan Gopeng, Perak.

Soalan 2.
Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan menggunakan system matriks dalam timbangannya.
PANGLIMA BUKIT GANTANG
yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela

Soalan 3. 
Ish..Ish Ish.  Macam pesta bunga. Ada yang bawa masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan bungatu … 4 jam baru sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ? 
BUNGA TAYAR
Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin haus..

Soalan4.
Ramping nya tak dapat ku rangkul
Panjang nya tak dapat ku paut
Cuba juga ku selaminya
Aduh hampIr lemas ku didakapnya
SLIM RIVER
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River

Soalan5.
Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?
 TEMA PROGRAM – TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI
Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so Masha pon jawab – Save Gaza!!  

Soalan6.
Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?
PAPAN TANDA LEMBU MELINTAS
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu Melintas. Masha siap lukis lagi la gambar signboard tu. 

Soalan7
Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi  pun mereka abadikan.
TANJUNG MALIM
Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar

Soalan8.
Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya ?
PAPAN TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara
Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha jawab – Kanggaroo Courier.

Soalan9( 5 point)
A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum hamba tiba di  Bukit Merah ini.
B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.
LEMBAH BERINGAN/LEMBAH BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah

Soalan 10
Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan kelayakannya?
PENGARAH INFOTECH  / PMR
Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1, contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..

Soalan 11.( 2 point)
Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut. Kenapa ?
Tiada laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa pening2 kepala ha ha )
Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu, sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong bijih timah tu..

Soalan 12.
Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.
ZAMANI -   (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila pun zaman ni
Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf Sementara.

Soalan 13
A: Hurreiii !!!
B: Sukahati Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 “
A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi sedap pulak tu
Apa yang si A tu
IKLAN BERAS SUKAHATI ( dilebuhraya dekat R&R Rawang )
Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..

Soalan 14 
Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu nie...    ekleh !!sikit je tekan dan terbeliak la pulakmatanya ..
 Speed trap/AES
Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan kuar lampu kt belakang keter

Soalan 15 
Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi. 
MESIN URUT GINTEL
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Mesin Urut Gintell.
  
So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus