Thursday, October 28, 2010

Sujud


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Kredit to Tok Wan

Sunday, October 17, 2010

Bubye + Anniversary..

Entry ni dh outdated sebenarnya, nak diceritakan disini.. Minggu lepas merupakan minggu terakhir Masha bekerja di Mimos. Sepanjang setahun, banyak suka duka yang Masha tempuh dan banyak pengalaman Masha kumpul untuk dijadikan pengajaran dan menambahkan ilmu di dada ini. Tanggal 14 Oktober merupakan tarikh last Masha bekerja disana,.Rasa sungguh lega + berat sikit + sedih sikit pon ada, sebabnya rasa best bekerja disana bersama rakan2 seangkatan yang umur lebih kurang dan ramai yang sama uitm, rasa takde gap sangat dan diorang pon banyak membantu, terutamanya my best colleague Kavitha, Izan, Alena dan yang lain2..Miss u guys very much.
Mimos's environment 

The next day nya 15 Oktober merupakan hari ulangtahun Masha dan Mr.EverDale buat kali ke 2..Alhamdulillah, sepanjang suka duka dan kesabaran si dia melayan kerenah Masha yang macam budak2 xcukup umur ni telah kekal sampai ke hari ini. Dan Masha berharap sangat perhubungan ini akan kekal hingga hujung nyawa kami.Aminn..Seperti yang dijanjikan, Masha telah bagi Dumbell sebagai hadiah Anniversary..hehe..Semoga membuahkan hasil..Tunggu dan lihat pada anniversary next year..hehe..Si dia pula bagi Masha 1 office attire suite...best2..I love it..;-)


meatball + chicken wings + egg tart

On My anniversary day..Masha merasa juga la jdi penganggur 1 hari..hehe..Masha sebenarnya teringin sangat nak makan meat ball kat Ikea, jeles plak tengok kawan2 dok cakap meatball kat sini sedap bagai la..Last2,.Mr.EverDale pon bawa la Masha jalan2 shopping furniture rumah dan makan meatball..Hari ni sangat best. Thanks for everything my dear..Kat Ikea Masha beli meja, kerusi dan lampu..semua untuk rumah Masha, si dia pon shopping benda yang sama untuk rumah dia.Just color je lain..Adeih..sangat tak sabar nak ade rumah sendiri, nanti nak decorate sendiri bagi nampak futuristic with theme black + white + red...so smart..I hope so..;-)..
 Combination black Evert stool with red lack side table + my black n red rectangle carpet (simple)

Not floor uplighter..so..nice..:-)

This Monday, my new car persona will arrive..So..can't wait to drive it..Saksikan kemunculannya di dalam hidup Masha..:-) That's all for now..Till we meet again. Tomorrow I'll be register to new company called Heitech Padu(HTP)..best of luck for me..

Tuesday, October 5, 2010

Potong!!


Gambar di atas ni hanyalah gimik semata-mata, tapi ada la kena mengena perkataannya sedikit dengan tajuk entry kali ni...

Setelah membayar 4 bulan tanpa mendapat service, dh ckup setahun 2 bulan Masha langgan service Streamyx ni..Finally, semalam dh selamat potong streamyx..lega den..Free2 je T* dapat duet, service takde, bukannya tak report, bukannya tak call helpdesk, tapi memang tension la..dah la habis duit asyik call, dah tu bukannya nak tolong solve problem, lastly bayar juga la buta2 kt diorag..takpe2, pasni memang nak boikot tros le sampai bile2..kalo nak pkai yang wireless nye, pakai service lain lg okie..tukar P1 or Time dot com pon okie juge..:-)..nak promote cket, mahal cket je, tapi service okie, tapi kena check dulu le location tempat tinggal kte ade ke tak signal, kalo dak, hampeh gak..hehe..tapi disebabkan kawasan rumah baru Masha ni takde connection for P1, terpakse la pakai celcom bb..pon ok le jugak..

Tuesday, September 21, 2010

Meludah

Selamat hari Selasa semua..(^_^)..Semalam tak de mood lagi nak berblog setelah hampir seminggu cuti beraya. So, harini sambung berblog dan berblogwalking kembali. Harini memang agak hangin je 1 badan, Masha ni cukup pantang la kalau orang pengotor ni. Pengotor ni banyak kategori, tapi harini pengotor yang Masha nak ceritakan lah orang yang suka meludah/spitting merata-rata ni. 
Kes 1 (harini)
Rumah Masha ni bertingkat-tingkat la kan..Selalunya memang akan parking kt level paling bawah. Disebabkan semalam takde parking, so terpaksa lah parking betul bertentangan dengan blok. Then pagi tadi, rutin harian seperti biasalahkan, selalu kereta kena block dari belakang. Orang yang duduk kat flat ni, semua pakat dok pakai kereta, so, parking pon selalu penuh. Kalau lambat tu, kena la parking block kereta orang. Tapi dengan syarat jangan angkat hand break la, so senang la untuk Masha menolak kereta korang2 semua..hehe..setiap pagi exercise Masha macamni la - tolak kereta orang.

Dah settle tu, baru masuk je kereta. Geli sih tengok ludah dah kering melekat kat cermin driver plak tu kan..memang menganggu pemandangan pagi yang indah ni je la.Tension btol..Nasib le de wiper and air dari kereta ni..pancut air and wipe dekat 10 kali gak lah..baru la betul2 clear.huhu..mambazir 5 minit kat situ dah. 


Kes 2 ( last year kot)
Abang ngah Masha ni kerja dia memungut/mengambil spesimen2 dari klinik2 dan menghantarnya ke makmal untuk diuji ( macam despatch) juga la kan. Ada satu hari yang malang ni, abang biasa la memecut dengan honda EX5 dia tu,untuk ke makmal pathology.Sampai di traffic light, dengan tidak semena-mena ada uncle india yang membawa teksi membuka pintu kereta nya hanya untuk meludah. Abang Masha yang tak sempat nak break, terlanggar pintu teksi tu dan terpelanting jugak la. Yang sangat benggang tu, teksi tu boleh plak lari kan, buat muka tak bersalah tinggalkan abang Masha yang badannya tertindih dengan motor. Nasiblah abang sempat catat no plate teksi tu.

Finally kes settle, polis dapat cari driver teksi kurang ajar tu. Naik turun mahkamah juga la. Kesian kat abang dekat 2 bulan juga la dia tak boleh kerja, kaki kiri abang patah. 

Kesimpulan disini, setelah terjadi 2 kes macam di atas, sungguh menunjukkan orang di Malaysia (bukan semua la) ni no manners dan agak pengotor. Tengok aja la tandas2 awam di mana-mana pun. Kena fikir 2 3 kali juga la kalau nak membuang..huhu..Apa2 pun Masha nak tekankan disini, kalau nak buat apa2 pun fikir dulu orang lain dan akibatnya dan amalkan lah kebersihan di mana-mana pun kerana kotor ni amalan syaitan.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya


To all my fellow Muslim bloggers and Friends,
I would like to take this opportunity to wish you “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN”.  May this RAYA bring our hearts closer together. Sekiranya ada salah dan silap atau tutur kata yang menyinggung perasaan, ampun dan maaf dipinta. For those who are travelling, have a safe journey home.

Enjoy this e-card

Best regards, 
Nor Maisharah Suhaimi @ Masha

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus