Saturday, July 23, 2011

Penipuan Kad ATM/ Kad Kredit

Cerita ni dah lama berlaku 2 bulan lepas kot, tapi sekarang baru teringat nak tulis. Tapi takpe la, at least dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang membaca blog picisan ini. Pada suatu petang, lokasi di office. Tengah Masha buat2 sebok tapi sememangnya sebok buat test script, tiba2 ada 1 call from unknown number. Yang call tu suara macam makcik / akak2 la, mula2 dia ckp dgn lemah lembut dan sopan santun gtu. Tanya Masha ni pemegang kad ATM Debit Maybank ke?..
credit from: Google

Masha ckp la ye..then dia tnya ada pkai credit card x..Masha cakap la x..Masha ni kdg2 lurus bendul jugak kan, jujur la sesgt dgn org x dikenali..Then dia mintak Masha bacakan no 12 digit kat depan kad tu yg dimulai dgn no 4283 xxx xxx xxx tu..,then 3 no kad belakang kad tu..Masha pun menurut perintah dah mcm kena pukau je..pon bace la..naseb xbagi no pin je..hehe..then dia sambung ckp lg, yg dia dr Takaful, de provide insurance utk semua pemegang kad akan dikena insurance terhadap kad masing2, dan buat masa pertama ni akan ditolak RM 199 dari account automatically..Start situ Masha dah rasa pelik sikit, then Masha cakap la Masha tak nak kan insurance tu sbb dah de insurance sindri..dia cakap tak boleh..then suara dia macam sedikit marah la kan..Masha apa lagi, argue la dengan dia, mana boleh tolak duit orang tanpa permission owner card sendiri, then dia cakap tak kesah la, dia nak minus juga. Then Masha bengang, tros letak phone..

Tengahari time lunch, Masha cepat2 lari g bank. Dah cuak dah, sebab esok nya gaji masuk kan, kang sesuka hati plak org amik duit kita..Then dah sampai bank, request nak apply kad baru., then cerita la kat orang bank tu kenapa kan, then diorg ckp ini sindiket penipuan macam phishing, but actually bak kata org bank tu,diorg ni sebenarnya nak beli barang online guna maklumat dari kad yang kita bagi tadi (3 no di belakang kad) , so that diorg dapat duit senang2 je...Bukan nya masha xtau, padahal time study dulu semua belajar mende ni, tapi kenapa la jujur sangat kan sampai tak boleh fikir. Nasib dapat replace kad baru, no baru..Legaa...So, kesimpulan di sini, jika ada mana2 orang call, or send sms or email berkenaan dengan kad bank/acc bank anda, jangan percaya dan kalau boleh elakkan menjawab panggilan diorg, bagi la alasan apa2 pon, so diorg xcall lagi. Dan jangan bagi kat sesiapa pon mana2 nombor pada kad anda. Sekian..(",)..

Weeding Kavitha

Korang pernah pergi kenduri kahwin bangsa lain la?..Masha pernah le jugak de experience, masuk ni dah 2 kali dah la..First time dulu, ikot abah pergi kenduri kawan dia kt kuil lagi..makan tosei + kuah ape ntah..makan atas daun pisang ok..mmg best..lepas mkn buang..snng..kali ni Masha attend kenduri kawen ex-officemate Masha time kerja kt Mimos dulu..dulu time kt Mimos xde plak dia ade bf ke, tgk2 dah nak kawen..

Happy to hear about that. Then Masha, with other ex-mimosian pergi ke kenduri Kavitha kat dewan MPSJ. Dah macam kenduri kawen orang melayu pula. Masha tgk dari cara diorg susun pelamin, pintu gerbang, meja tetamu dan makanan , seriously dah design macam kenduri orang melayu yg dibuat kt dewan..Ok, tanpa berceloteh panjang, just enjoy the pic:

Beras yg ditabur dan disusun berwarna warni di hadapan pintu gerbang masuk

Me with Fazlie & Izan

View Stage Dais almost same with Malay wedding right?

Kavitha berarak masuk ke dewan, pengantin lelaki sudah tunggu di atas stage.

Melalui upacara round around the fire with her mother, brother and hubby (biase tgk dalam citer hindustan je, la ni tgk real punya)

Yeay..dah settle, kavitha tgh bersanding..

Bergambar time with the bride. From left: Fazlie, Mr.Ranjit, Kavitha, Izan, Me, and Alena.

Me, wearing Punjabi suit. 

Thursday, July 7, 2011

SubhanAllah..

Sorry, lama sikit tak update. Busy dengan test case yang banyak kena settle kat office ni. Di sini Masha nak share 1 gambar. Gambar ni classmate master  Masha, Addib punya. Gambar ini diambil di kampung Addib.


Kelihatan kalimah Allah pada daun pokok manggis di kampung Addib. Menurut Addib, daun ni tak gugur macam daun yang lain. Sampai la ada budak-budak nakal yang mencabutnya dari pokok manggis. Nasib sempat ambil gambar. Tengok dari kalimah Allah ini, mungkin dibuat oleh semut ataupun anai-anai, untuk buat sarang, mungkin. SubhanAllah.

Sunday, June 19, 2011

Happy Fathers Day

Selamat Hari Abah kepada abahku, Suhaimi bin Ja'afar. Walaupun abah xde fb and xtau nk online internet, Sara (my nickname at home) tetap nak buat entri khas untuk abah. Sara doakan semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik selalu, dimurahkan rezeki dan happy bersama kami sefamily. Terima kasih banyak2 kat abah sebab telah berjaya menjaga dan memberikan pendidikan kepada Sara, sehingga Sara berjaya hingga ke hari ini. Jasa dan kenangan abah tetap akan Sara ingat sampai bila2..Banyak kenangan /memory indah semasa kecil yang masih segar dalam ingatan Masha. Antaranya :

1. Abah selalu suapkan buah betik ke mulut semua anak2 nya, everytime after lunch. Sebabnya Masha le,xberapa suke sangat makan betik ni. Masha sangat pelik dalam family ni, sebab byk mende org lain suke makan Masha xkn mkn.
2. Abah selalu tolong korekkn telinga kami adik beradik. Sebab kami xtau nk korek telinga sendiri time tu. Memang layan kot abah korek, xsaket pon walaupun guna besi korek telinga tu. Till now, Masha masih guna besi untuk korek telinga, xsuka guna cotton buds.
3. Pernah ada 1 malam Masha saket perut, muntah2, makan je muntah, makan muntah sebabnya perut masok angin. Then abah bagi ubat dan teman Masha 1 malam xtdo sebab Masha xbleh nk tido, sebab asyik je muntah. Siap tido dekat sebelah sinki dengan abah. Tapi abah tetap tunggu, dan cuba untuk menyuap Masha biskot pat segi cicah air teh, sebab xnak bg perut Masha kosong lagi.
4. Kat rumah Masha yang lama dulu byk pokok biji saga, ala yg color2 merah tu. Masha suke collect then masukkan ke dlm botol kaca, simpan buat collection/ hiasan. Cantik sebab color merah saga tu. And ade 1 hari, sambil2 tengok tv, Masha main la biji saga tu. Main2 dekat lubang telinga, tengok2 biji saga tu masok dlm lubang telinga. Cuak gile, sbb takot kena gegendang telinga kan, then xberani la nk bagi kepala ni tegak cam biase, so sengetkan la kat belah kanan, sebab xnk biji saga tu mengelongsor masok lg dalam kn. Abah juga la yg tolong korekkan, korek punya korek, alhamdulillah keluar jugak. Till now, dh takot dah nk main biji saga dekat telinga.
5. Abah Masha sangat pembersih. Abah Masha la yang telah mengajar Masha untuk menjadi rajin sejak kecil lagi. Kalau Masha kena cuci pinggan, abah akan standby sebelah, lepas cuci pinggan abah akan check tgk bersih ke x, kalo x, abah akan suruh cuci balik. Abah ajar Masha cuci pinggan, kemas dapur, siang ikan, sidai kain, lipat kain, iron baju and semua household punye kerja la. Semua Masha belajar sejak dari tadika lagi. Till now, semua tu dah melekat dalam jiwa Masha. Dan Masha skrg pun sgt cerewet bab2 kebersihan ni, ikot abah la..:-)
6. Masha sejak kecil, abah dah ajar supaya jadi independent. Kurang dimanjai sangat. Selalu kalau nak pergi mana, nk buat apa, abah hanya akan hantar je. Dan biarkan Masha sendiri, explore sendiri. Contohnya, time sakit nak kena pergi hospital. Dulu Masha xpernah pergi klinik bayar, selalu kalau sakit pergi poliklinik kerajaan je, abah selalu hantar je  Masha kat poliklinik, then kena tinggal srg2, pergi la Q amik nombor sendiri, jumpa doktor sendiri, amik ubat sendiri. Then dah siap, kol abah suh dtg amik. Takde sape teman, time tu kecik lagi kot, darjah 3-4 kot. Smpai dah biase. Masha paham, sebab abah kerja xbley spentime dgn ktorg sgt. So, till now, Masha jadi berani nak pergi mana sendiri. Janji pandai jage diri.
7. Abah Masha kerja driver Puan Sri je. Dan selalu sangat outstation, kena bawak Puan Sri tu jln2, pergi KL, Singapore, Cameron. Dan kadang2 pergi sampai seminggu baru balik, so kami adik beradik selalu la kena tinggal. Tapi kami semua paham, Abah pergi kerja. Selalu nya, time abah balik je, ktorg akan berkejar2 nak amik bag abah, sebabnya.. Kalo p Cameron, abah slalu bawak balik bunga rose byk2, sayur2 and teh. Kalo p Singapore, abah akan bwk balik mainan, n baju2. Sebabnya, abah ckp baju/mainan tu mostly org Jepun punya, diorg tinggalkan sebab diorg nk blik Jepun xnk angkot sume brg2. Best tau, walaupun 2nd hand, sebab semua baju2 branded and mainan2 baru2 lagi dan masih elok. And kalo g Kl,  abah mesti akan bli Coklat, cam cadbury Zip, Cadbury, roti. Till now, Masha suke makan Zip ni, semua sebab abah ajar..:-) 

From left, my 2nd sis Shila, my mom, my dad, my 1st sis Tira  and Me in blue..:-)

Banyak lagi la kenangan2 bersama abah. Kalo nak cerita, xtdo kot 1 mlm..hehe.. To my abah, Sara sayang abah tau and Happy Fathers Day to u.. :-)

Alhamdulillah

Pada 17 June, hari Jumaat aritu, result Semester 1, kelas Master in Computer Science, telah diumumkan. Dr.Rose (KP cs777) telah hantar email pada setiap student master.  Ya Allah, perasaan time tu memang sangat cuak ok, malam Khamis tu xbuleh tido lena huhu.. yela, sebab nya mostly orang takut nak further master in Computer Science kt UiTM ni, sebab ada senior yang ckp course ni boleh tahan tough juga la. Lagi2 untuk budak2 post graduated in Part Time. Recommend if still nak further master in CS ni, better amik full time, sebab boleh focus and concentrate more to every subject yang diambil every semester. Memang pun, mengikut pengalaman Masha yang kerja sambil belajar ni, untuk 4 bulan pertama = 1 sem sangat suffered. Selalu la, berlari2 dan terkejar2 masa, lagi2 ulang alik dari Cyberjaya ke Shah Alam seminggu 3x.. rase 1 hari 24 jam pun xckup..huhu..selalu je pujuk hati dan diri sendiri, "Masha susah sekarang, senang kemudian..biarlah susah time ni je, nanti dah xde dah". Lagipun, masih dalam proses nak adaptasikan and synchronize kn masa belajar, dan kerja. Nasib ramai yang menyokong Masha, lagi2 family, friends, officemates, family Mr.EverDale dan Mr.EverDale. Terus menambahkan keyakinan untuk teruskan perjuangan ini. Masha menyahut cabaran. 


Dan Alhamdulillah, Masha lulus dalam kesemua subject. Lain macam tau rasa compare to zaman belajar degree dulu. Rasa heaven and happy sangat. Fyi, untuk kelas master ni xde final exam, marks bergantung pada assignment, quizzers, and tests. Untuk 1 subject pon dah rase macam dah buat 5 x FYP sekali lagi, sedangkan time degree dlu amik FYP sekali je..tambah lagi every week je kls mesti de quiz..huhu..mmg suffer time tu,.sabar je la. Dan lagi, pointer untuk lulus master ni every sem ialah 3.00, if you get less than 3.00, dismiss..dan xbuleh dah la nak amik sem depan course tu lagi, kena amik course lain pulak kalo nk continue balik..Takut kan, sape tak takot..Tu sebab Masha rasa sangat bersyukur sebab lepas dari target pointer Masha. Tak sia-sia effort Masha selama ni. Thank you Allah, so sekarang Masha bertambah yakin lagi untuk berjuang untuk Semester 2 , bulan 9 ni. Doakan Masha berjaya ye kawan. Love you all. Tq..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus