Thursday, September 27, 2012

Alegik (Allergic)..

As-salam,

Sepanjang hidup Masha, Masha tidak pernah berhadapan dengan sesiapa yang ada alahan/allergic mahupun ahli keluarga sendiri. Tetapi semalam merupakan pengalaman yang pertama dimana hubby Masha sendiri yang allergik. Kesian dia. Sepanjang Masha kenal incik Hubby ni, tak pernah pula dia alegik apa2, tapi semalam ktorang beli breakfast, incik Hubby beli nasik lemak sambal sotong, Masha plak bihun goreng sambal sotong. Lepas dia makan nasik tu habis, badan dah start gatal2 dan naik ruam merah ala2 melepuh gitu, sebijik macam dalam gambar di bawah:
source: Google image

Masha ape lagi, cuak la jugak kan. Tak pernah facing situation like this. Macam2 assumption Masha buat, macam kena ulat bulu ke?, or baju cuci tak betul ke?, or allegik ke?..Last2, Masha paksa juga incik Hubby pergi klinik kerana dia degil taknak pergi katanya, dia nak pkai bedak je..Kalau dah naik dekat satu badan tangan n kaki, siap garu2 sampai berdarah lagi, achannerr tu...? Lepas pergi jumpe doc, memang dia cakap allegik baru nak start, sebab before this tak pernah kena. Dapat 1 injection, ubat sapu and beberapa lagi ubat yang lain & doc pesan no direct contact sebab berjangkit..huhu..kesian incik Hubby. Semoga b cepat sembuh ye, sabar ye. Masha ada study sedikit sebanyak mengenai alegik ini. Sumber: http://www.biovco.com

Apa itu alergi? 
Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang membangkitkan reaksi – dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik
Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B. Sel-sel ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenal pasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan, dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.Tindak balas alergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal pasti bahan-bahan berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang-ulang, boleh mencetuskan tindak balas alergik.

Siapa yang alah 
Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama. Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor-faktor persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif. Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia mempunyai `genetik' itu.

Apa pula kejutan anafilaksis/anafilaktik 
Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan. Gejala termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam. Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama. Alergen daripada racun mahupun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain-lain alergen. Bagaimanapun, kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu serta bantuan doktor.

Merawat dan menguruskan alahan Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.
Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:
Di manakah tindak balas berlaku?
Di dalam atau di luar rumah?
Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? Adakah anda makan atau minum?
Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru?
Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda. Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah berikut:

Hindari alergen yang diketahui
Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
Selalulah berjumpa doktor
Jaga kesihatan anda

p/s: Semoga ianya berguna untuk rujukan semua..jangan ingat anda tidak akan kena..jaga2..

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus