Showing posts with label Artis Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Artis Hollywood. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Pemuda yang Cantik?


Well, frankly, dia ni semestinya lebih cantik dari Masha kan. hehe. untuk pengetahuan semua nama model ni Andrej-Pejic dan berasal dari Bosnia-Herzegovina. Pemuda yang cantik ini masih muda berumur 19 tahun. Andrej telah menyertai pelbagai pertunjukan model di Paris. Sepanjang penyertaan nya, seorang pereka fesyen Jean Paul Gaultier telah terpesona dengannya dan mengambil Andrej untuk pertunjukan fesyen Paris 2011. Andrej juga telah dipilih untuk menjadi model untuk Marc oleh Marc Jacobs pada tahun ini.  Andrej memulakan langkahnya dalam bidang modelling ini bermula dengan kehadirannya dalam beberapa majalah fesyen: Vogue Italia and Turkey, Candy magazine, dan Tush magazine. Dengan muka yang semulajadi jelita ini, tanpa plastic surgery pun, telah menyebabkan photographer susah untuk mengambil gambarnya supaya kelihatan lebih masculin berbanding feminin sehingga ada sesetengah orang mengelar dirinya "Femimen".


Sumber photo : Google Image

ps: Indah sungguh ciptaan Illahi ni kan, hopefully dia tak mendorong ke arah perempuan, biar la macamni pun dah ok.

Sunday, February 27, 2011

The Neverending Story - Artreyu..



Pernah tengok filem Cerita Yang Jangan Berakhir tak?..atau dengan nama lain nya TheNeverending Story..Kepada sesiapa yang pernah tengok filem ni, mesti ingat dengan hero filem ni Atreyu (Noah Hathaway). Time Masha first time tengok filem ni kalau tak silap masa kecil dulu la, umur dalam 5-6 tahun kot..lame kan..So sekarang, cari balik filem tu. Memang susah la nak jumpe, goggle pun jumpe soundtrack filem tu je. Last2, tengok2 best friend sendiri (farahF) ada filem tu, terus la ambil dari dia. Filem ni boleh tahan juga la, tapi takde la best sangat, ala-ala macam filem fantasy. Ada naga terbang,  orang batu, siput racing, puteri kayangan, and macam2 lagi la watak dalam filem ini. So, sekarang tengok balik filem tahun 1984 kot. Memang time Masha pon tak lahir lagi kot. Hero filem yang nama Artreyu tu sekarang umur dia dah 40. Tetapi dia dah tak berlakon lagi, buat bisness tatoo kalo xsilap. Di bawah ni ada cerita sikit biography dia hasil daripada reseach di hari Ahad yang indah ini (dah tension sangat taknak study dah, buat research pasal artis plak).

Noah Leslie Hathaway dilahirkan pada November 13, 1971, anak kepada Judy dan Robert Hathaway. Dia kacukan Mohican pada belah Ayahnya. Noah mula berjinak-jinak berlakon dalam iklan komersial semasa umur 3 tahun. Pada 1978, dia berlakon sebaga Boxey dalam filem, "Battlestar Galactica" (1978). Kemudian filem seterus lakonan nya sebagai Atreyu dalam filem "The Neverending Story" (1984) dan sebagai ketua Harry Potter Jr.dalam filem "Troll" (1986). Dia merupakan guru dalam bidang jazz dan street dance, dan pada penghujung zaman remajanya dia telah mengalami kemalangan dan menyebabkan dia terpaksa bersara pada umur 18 tahun. Kemudian, dia belajar Muay Thai boxing dan bertarung sebagai amatur. Noah akhirnya betul2 mengakhiri zaman lakonan nya hingga tahun 1992 untuk drama "To Die, to Sleep"(1994). Noah Hathaway sudah berkahwin dengan Sameerah dan merupakan ayah kepada dua anak lelaki, bernama Trey dan Jared.(Gambar dibawah- (kanan) Noah bersama anak lelakinya, (kiri) Noah semasa menjadi Artreyu)


Dimanakah Noah sekarang?..Last update, Noah's bercadang untuk membuka kedai motosikal,5150 Choppers,di Miami, Florida. Sejak itu, dia telah diajak untuk berlakon kembali dalam filem Troll, yang pernah dilakonkan nya pada tahun 1986 dahulu.





p/s : kan best kalau Noah ni berlakon balik. bukannya tua sangat pon..hehe..

Wednesday, June 16, 2010

Nama Artis Hollywood yang susah nk sebut

Kte ni dari zaman sekolah lagi memang suka sangat lah menyanyi dan dh memang hobi kot melalak..naseb suara sedap hehe.. (angkat bakul nampak)..pa pe pon, sejak dari dulu lagi kte dh discover ade beberapa nama artis, xkira la penyanyi or pelakon yang bagi kte susah jugak la nk menyebutnya, agak berbelit jugak la lidah nk menyebut..so..di sini, kte dh kumpul kan dari pemerhatian kte selama ni..antara artis-artis nya :

1) Arnold Schwarzenegger a.k.a Arnold Susah Nk Eja

2) Sylvester Stallone

3) Natalie Imbruglia

4) Christina Aguilera a.k.a. kristina aku gila

5) Enrique Iglesias

6) Avril Lavigne

7) Kylie Minogue
 
8) Macaulay Culkin

Tula je kot..yang bagi kte le susah sikit nak sebut, xtau la bg korang kn..:-)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus