Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Ramadhan Terakhir

Semalam tamat sudah drama Ramadhan Terakhir di slot Samarinda TV3 pada bulan Ramadhan ni. Seperti dijangkakan, setiap tahun slot Samarinda akan memaparkan drama yang boleh menitikkan air mata Masha ni, hehe..Tapi compare to this year, Masha rasa drama Syurgamu Ramadhan tahun lepas lagi best, sebab penuh dengan konflik. Masha rate drama Ramadhan Terakhir ni dengan 8/10 la..still the best. Dan paling best, ost drama ni, Jangan Lupa Namaku from Pompa Bensin..menghantui diriku..

Ok, tujuan entry ni nak cerita pasal Ramadhan Terakhir. Drama ni dilakonkan oleh Esma Daniel (Hisham), Fazlina Dato’ Ahmad Daud (Mazni), Tasha Shilla (Sakinah), Aeril Zafril (Daniel), Eyka Farhana (Anna), Nur Anzalna (Rossa), Wan Latah (Kak Hawa) dan Pengarahnya Ungku Ismail Aziz. Sinopsis drama ni pula seperti berikut: 

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap HIV positif dan tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya. Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa. Tatkala keluarga mereka dikejutkan dengan keputusan Kak Hawa, pembantu rumah mereka yang telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya setelah sekian lama, Anna, anak perempuan Hisham dan Mazni membantah dan bersedih. Anna telah menganggap Kak Hawa sebagai ibunya sendiri, dan hubungan mereka lebih akrab berbanding layanan Anna terhadap Mazni, ibu kandungnya sendiri. Namun, kekosongan tersebut bakal diisi oleh Sakinah, seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi isteri pertama nya yang bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? Saksikan di www.tonton.com.my/.

Ok, Masha nak story pasal ost drama ni pula, lagu yang menghantui diri ini pada bulan ini dan bila2, Jangan Lupa Namaku yang dialun oleh bunyi flute yang sangat merdu. Tambah pula gabungan suara dari pelakon/penyanyi iaitu : Aqasha, Nadia Aqilah Bajuri, Azfar, dan Azma Aizal Yusoff. Tak silap la, sebabnya kumpulan Pompa Bensin ni masih tak reveal lagi siapa penyanyi dia. Kalau korang ingin mengenali lebih lanjut lagi, klik like fb fan Pompa Bensin

(sumber : syaisya.com)

Tuesday, November 2, 2010

Review Filem : Takers & Buried

Last Friday tengok movie Takers. Secara keseluruhannya Takers memang best la. Dengan actor dia yang best2, antaranya  Zoe Saldana, Idris Elba, Hayden Christensen, Paul Walker, Matt Dillon, Chris Brown. Just nak cerita sikit, Takers ni ceritanya mengenai 1 kumpulan perompak yang sangat berpengalaman dan handal dalam selok - belok nak merompak dan akhirnya daripada 6 orang perompak, yang survive 2 orang je. Siapa yang survive? Tengok sendiri la. hehe.. Cerita ni penuh dengan aksi dan tak rugi la tengok kan. Masha bagi 9/10 la kt cerita ni.

Semalam plak, tengok movie lagi kali ni cerita Buried plak. Sangat tertekan la tengok cerita ni. Sebab nya, actor dia sorang je, dan props untuk filem ni hanya lah sebuah keranda, lighter, pisau, Blackberry, lampu, dan seekor ular. Lokasi cerita ni hanyalah di dalam keranda. Bosan kot, tambah tension lagi, dengan aksi di dalam gelap lama la jugak. Malas nak cerita panjang2, sebabnya last-last cerita ni, orang yang kena tanam tu, still mati gak tak selamat pon.huhu.Jangan membazirkan duit tengok cerita ni. Masha bagi 2/10 je la kat cerita ni. Ha, actor filem ni Ryan Reynold.


Ha, 1 lagi jangan tengok filem ni juga, Altitude. Dengar cerita dari kawan yang dah tengok .Filem ni pon lebih kurang tension macam filem Buried ni.  Rasanya, tengok cerita Cuti-cuti Cinta best lg kot dari tengok cerita ni.

Thursday, August 26, 2010

Syurgamu Ramadhan

Selalu tetiap kali sahur, pukul 4.30 am, ada cerita ni. Mula2 Masha tengok sesaje la kan, sebab sambil makan sambil tengok tv la kan.Sebenarnya cerita ni ditayang setiap Selasa, Rabu dan Khamis di slot samarinda, jam10 malam di TV3, tapi Masha tak dapat tengok sebab kena tidur awal, esok nak bangun sahur awal dan nak pergi kerja lagi kan. Untuk pengetahuan semua, cerita ni memang best la + sedih, tak pernah2 la Masha tengok cerita sampai menangis, tapi cerita ni telah mampu menitiskan jugak la air mata mahal ni..hehe..tengok rugi kalau tak tengok, dengan soundtrack lagu cerita ni dari Azfar - Akan Ku Jumpa memang feel.. Kalau tak sempat tengok pukul 10 pm dan 4.30 am, boleh tengok kat TV3 catch up . Kalau tengok kat sini, takde lah iklan2 dah.. best.. kat bawah ni Masha ceritakan la sinopsis cerita ni. Kredit to Budiey.com untuk sinopsis ni.

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 17 tahun lalu… Dan telah 17 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 4 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 4 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 4 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 4 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..


Azfar - Akan Ku Jumpa ( OST Syurgamu Ramadhan )

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus