Showing posts with label honeymoon. Show all posts
Showing posts with label honeymoon. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Cameron Highland - First Getaway with Baby Annur..

As-salam, 

Baru dapat bernafas n relaks sebentar bersama Zip Cadbury..haha..Alkisahnya, pada hujung bulan April yang lepas, Masha n family (Only 3 of us) went to Cameron Highlands..Hotel dah lame booking, since dah terbeli voucher from Groupon last year..sangat la tak sabar nak pergi jalan2 dengan BAM n En. Hubby..Kami gerak dari KL-Ipoh on 26 April, dan tidur semalam di Ipoh, then hari Ahad, kami bertiga gerak ke CH. Check in 27 April (Ahad) till 29April (Selasa).

Kami sekeluarga ni boleh dikatakan first time jugak le nak naek CH ni, since Masha penah pergi sekali time tahun 2004 kot..dh lama gak la dengan bff..tu pon balik hari..En. Hubby pon tak pernah menjejak kaki di sini. Sepanjang perjalanan, sangat lah berkabusnya jalan dan tak nampak la jalan kat depan nun..huhu..cuak ok..kot2 la terus masuk ke alam yang lain plak kan..haha..merepek2 je Masha ni kan..Tapi setelah 2 jam perjalanan dari Simpang Pulai, Alhamdulillah..kami tiba di Brinchang, CH dalam pukul 4 ptg..dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan mesti nampak Orang-orang Asli menjual di tepi-tepi jalan..Antara barang yang mereka jual macam Madu, Akar2 kayu dan Tumbuh-an..Masha xde la nk singgah kan, tak berani la teman..

Kami menginap di Country Lodge Hotel bertempat di Brinchang, CH. So, far yang Masha tengak, kt Brinchang lagi banyak tempat best yang boleh di lawati, compare to Tanah Rata, CH. So, kalau sesiapa nak bercuti di CH, better stay at Brinchang. Hotel yang Masha stay ni sangat la strategic location nya iaitu di tengah2 bandar Brinchang, dan sangat mudah untuk mendapatkan makanan, kedai2, dan petrol station..also..atm..hehe..

Kalo pergi CH, tak pergi Ladang Teh memang tak sah la kan, FYI merujuk kepada makcik yang meniaga kt kedai jual Strawberry kt Brinchang ni, setiap hari Isnin, Ladang Teh akan tutup. Kebetulan plak time Masha berjalan-jalan tu hari Isnin. So, sangat la frust sebab tak dapat pergi melawat ladang teh aritu sebabnya, esok (Selasa) kami dah dh pulang ke KL. Dan kt CH ni ada 4 ladang Teh, iaitu 2 di Brinchang, dan 2 di Tanah Rata yang mana masing2 ialah CameronValley Tea Plantation dan Boh Tea Plantation..So, En. Hubby pon pujuk la, esok bangun awal2 sebab nak terus gerak ke Tanah Rata dan final destination kita akan pergi ialah Tea Plantation..yeayy...best2.. So, malas nak cakap bebanyak..juz enjoy da pic..

270414- First Nite in Brinchang, CH..Dinner at Kedai Tomyam Brinchang.
280414- 1. Cactus Farm in Brinchang, CH- terdapat pelbagai jenis Cactus dan pokok2 bunga yang cantik2..Masha jadi teruja jap..haha..shopping cactus jangan lupe yek..
280414- 2. Butterfly Farm, Brinchang,CH - Boleh tengok serangga2, pelbagai jenis rama2 dan haiwan2 ternakan.
280414- 3. Lavender Garden, Brinchang, CH- Kat sini paling excited..sebab dapat tengaok macam2 jenis bunga, boleh petik buah Strawberry dan bunga Kekwa tu sendiri,,bessssttt sangat..rasa nak baring je kat atas hamparan bunga2 tu..
280414- 4. Pasar Tani, Brinchang, CH- belistock sayuran2 untuk buat puree BAM..syoik2..buah dan sayur2 murah2 dan fresh..

290414 - CameronValley Tea Plantation, Tanah Rata, CH- Last destination..Just dapat amik gambo dari jauh je sebab BAM tido le plak..tak dapat Ummi nak berposing2 n petik daun teh..hehe..

Barang-barang yang berjaya di shopping..tiada dalam gambar ( Bantal hello kitty pink, sweater BAM)..hehe..


Monday, January 7, 2013

Honeymoon ver.2.0 - Fraser's Hill Pahang..

As-salam...

Dah tersimpan lama dlm draft rupanya..bulan 10/2012 lepas, masha n hubby buat kali ke2 berhoneymoon..kali ni kami pergi ke tempat tinggi n sejuk...best2..+ with good news yg itu..sgt happy..di sini masha compile semua pic kat atas Fraser Hill..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, December 13, 2012

Honeymoon ver. 3.0 + Family Day - Bukit Merah Laketown Resort

As-salam, 

Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..

Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..
Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria,  pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..

Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :



WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH ADALAH KLU NYE  
(Jawapan n Ulasan Masha warna pink)

Soalan 1
 Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main bolala. Suku orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.
SEMANGGOL
yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar dan Gopeng, Perak.

Soalan 2.
Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan menggunakan system matriks dalam timbangannya.
PANGLIMA BUKIT GANTANG
yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela

Soalan 3. 
Ish..Ish Ish.  Macam pesta bunga. Ada yang bawa masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan bungatu … 4 jam baru sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ? 
BUNGA TAYAR
Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin haus..

Soalan4.
Ramping nya tak dapat ku rangkul
Panjang nya tak dapat ku paut
Cuba juga ku selaminya
Aduh hampIr lemas ku didakapnya
SLIM RIVER
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River

Soalan5.
Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?
 TEMA PROGRAM – TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI
Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so Masha pon jawab – Save Gaza!!  

Soalan6.
Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?
PAPAN TANDA LEMBU MELINTAS
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu Melintas. Masha siap lukis lagi la gambar signboard tu. 

Soalan7
Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi  pun mereka abadikan.
TANJUNG MALIM
Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar

Soalan8.
Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya ?
PAPAN TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara
Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha jawab – Kanggaroo Courier.

Soalan9( 5 point)
A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum hamba tiba di  Bukit Merah ini.
B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.
LEMBAH BERINGAN/LEMBAH BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah

Soalan 10
Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan kelayakannya?
PENGARAH INFOTECH  / PMR
Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1, contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..

Soalan 11.( 2 point)
Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut. Kenapa ?
Tiada laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa pening2 kepala ha ha )
Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu, sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong bijih timah tu..

Soalan 12.
Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.
ZAMANI -   (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila pun zaman ni
Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf Sementara.

Soalan 13
A: Hurreiii !!!
B: Sukahati Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 “
A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi sedap pulak tu
Apa yang si A tu
IKLAN BERAS SUKAHATI ( dilebuhraya dekat R&R Rawang )
Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..

Soalan 14 
Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu nie...    ekleh !!sikit je tekan dan terbeliak la pulakmatanya ..
 Speed trap/AES
Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan kuar lampu kt belakang keter

Soalan 15 
Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi. 
MESIN URUT GINTEL
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Mesin Urut Gintell.
  
So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...

Tuesday, March 6, 2012

Honeymoon Ver. 1.0- Banda Hilir, Melaka

Empat hari selepas hari pernikahan dan bersanding di Ipoh,.kami pergi bercuti2 Malaysia. Destinasi kali ini ialah di Melaka..Sebab ape Melaka, sebab Masha ni orang Perak yang tak pernah pergi Melaka..Masha dah plan lama dah, kebetulan plak Groupon GetAway ade discount penginapan di hotel di area Banda Hilir Melaka.Memang murah la, 70% less.. Time tu Masha tak start kerja lagi, so minta la En.Hubby request cuti 3 hari yang kebetulan juga company dia bagi untuk cuti kahwin..So, ape lagi..Bagai pucuk dicita ulam mendatang la kan..Kami gerak dari KL pada Rabu pagi, sebab kena check in dalam pukul 2-3 pm la..Memang excited la nak pergi kan..sebab 1st time dapat bercuti berdua2 ni..hehe..


Sampai je di Melaka, terus cari Banda Hilir..Jenuh gak la berpusing2 sesat guna Garmin ni sebab jalan dalam garmin xupdate lg, last2 tanya orang. Nasib jumpa juga hotel penginapan kami di sana. Nama dia Venus Boutique Hotel..ok la hotel ni..suke sebab dia color Purple..Memang ikot tema kawen Masha la..Dah siap2 check in, unpack barang2 n solat. Terus keluar dari hotel nak jalan2..Kami ni pakai jalan je, parking keter jalan kaki. Nasib semua tempat2 bersejarah dekat2 je. Mula2 kami jumpa Dataran Pahlawan, jalan sikit lagi terus jumpa Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan Kota A-Famosa. Time ni ramai tourist dari China rasa nya lah, then dah settle ambil2 gambar kami terus menuju ke Bukit St.Paul, dimana merupakan bekas2 kubur Belanda dan  Gereja. Sampa kat sini pun dekat2 nak petang gak la..gothic gak nak naik kat atas bukit St.Paul ni sebab kubur la katakan..huhu..alhamdulillah xde pa pe..

Then kami pergi berjalan2 lagi, nak cari makan la kan. Jalan punya jalan, lalu kt Malacca River Cruise..Ingat plan memang nak naik malam2, tp En.Hubby nak naik esok..So, kami decide naik esok je la. Kebetulan kat tepi muara Sg.Melaka tu ada kedai Asam Pedas, so kami makan malam kat situ. Lepas makan je kami jalan2 lagi, pergi Gereja Color Merah tu, apekenamanya. hehe..pastu kami jalan2 nak cari Jonker Street. Jumpa Jonker Street nya tapi tak jumpa orang jual2..Dengar cerita Jonker Street ni ala2 uptown cam kt KL, yeke?. sedang jalan2 tu terjumpa kedai jual air bubble, pon tros la beli kan sebab peveret. Tanya la orang kedai tu npe Jonker Street ni macam xde pa pe kn, dia cakap memang ada jual2 tapi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam sahaja..huhu..kecewa sikit kna, sebab kami datang hari Rabu malam..memang la xde..hari pun dah lewat malam, kami pulang ke hotel balik.


Ok, hari kedua di Melaka..dimulai mkn lunch dlu dalam pukul 10 am.(lunch ke?)..dah kenyang perut kami pergi ke Menara Taming Sari..Kalau ada MyKad, per entry RM10..Best naik Menara Taming Sari sebabnya di tengah2 menara ini ada satu macam roda, boleh bergerak naik sehingga bpe meter ntah tak ingat..hehe..dapat menikmati view seluruh Melaka dari ketinggian 800kaki kot xsilap..yeke?..hurmm..then kami teruskan langkah ke Muzium Kapal. Per Entry RM3 je..masuk dalam kapal besar tu, rupa2 nya ada muzium..jadi perak jap kn..macam2 history la ada dalam tu, macam yang kita belajar dlu Sejarah Form 1-3..hehe..

Then hujan renyai2, kami decided nak naik Malacca River Cruise..RM10 per entry..yang ni paling best, sebab dapat menyusuri sepanjang sungai Melaka, ambil masa lebih kurang 40 minit la..kagum gak sebab disepanjang sungai, belakang rumah2 kedai ada mural yang cantik2 sangat..best2..kemudian kami membeli belah souvenir untuk family di berhadapan dengan Muzium Kapal..ada satu kedai ni, owner kedai nama MakNgah, sangat berpatutan harga kat kedai tu compare to others..memang recommend la kedai ni kalo korang nk beli souvenir k..then hari beransur malam, kami decided nak mencari ikan bakar. Then cari kat Garmin, terjumpa Muara Sg.Duyung Ikan Bakar..dah le tak tau jalan, gamble je follow Garmin walaupun masok 3x dah sesat..huhu..finally we successfully arrived..Sangat puas makan ikan bakar ni, nasik lemak dia pon sedap. Dah kenyang makan kami pon pulang.


So, esoknya pula hari nak balik..huhu..takmo balik buleh..sangat best and peacefull je kat sini..hari terakhir di Banda Hilir, dimulai dengan check out dlu hotel. Then kami terus menuju ke rumah opah sedara incik Hubby di Batu Berendam, Melaka. Malam ni bermalam di sini pula. So..itu saja laporan perjalanan kami di Melaka..hehe..jumpe lagi..(",)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus