Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Friday, February 27, 2015

Broga Hill after burned down_090215

As-salam,

Dah lama news ni, baru nk update..sangat sedih >,< apabila tempat yang sangat segar dengan daun n rumput2 hijau telah dimamah oleh api pada 9 Februari yang lepas. Masha pon tak sure keadaan sekarang macam mana..Dulu, sebelum ada baby pernah la pergi hiking Broga Hill tu dengan Mr. Hubby dan kawan2 nya..Hopefully nanti anak2 dh skolah, bleh kot jejak kaki lagi kat sana. Dan berharap semoga pokok2 dan rumput2 di sana kembali menghijau..


Monday, November 17, 2014

Kesilapan Dalam Mendidik Anak

As-salam, 


Kesilapan 1:
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:

Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

♥ Sama-sama la kita beristiqamah dalam membentuk anak-anak syurga kita, dan cuba perbaiki kesilapan-kesilapan ini jika sudah lakukan..InsyaAllah..♥


(Sumber: Fb page)

Thursday, August 21, 2014

Cara untuk membantu saudara kita di Palestin..

As-salam..

Update from Aqsa Syariff Official fb: 20 Aug 2014 - Jumlah syahid : 2039 orang..angka ini sangat la meruntun hati Masha semenjak 8 Julai 2014 serangan dari Israel ke atas Gaza..Hari-hari Masha menyaksikan kematian umat Islam walaupun hanya di mukabuku, paling sedih bayi2 dan kanak2 yang tidak berdosa..setiap kali itu juga la..Masha sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar mereka yang syahid dan syahidah ditempatkan di syurga dan semoga roh dicucuri rahmat..Sepanjang tempoh itu juga lah Masha ada juga membaca beberapa artikel dan blog serta membuat beberapa research untuk menambahkan information mengenai isu ini..Justeru, Masha mengambil inisiatif yang mampu Masha lakukan iaitu:

1)Doa

Ye..berdoa..Doa ialah senjata orang Muslim..so, mari la kita sama-sama berdoa setiap hari dalam solat kita dan setiap masa. 

2) Memboikot secara Istiqamah

Memboikot sebagai salah satu cara dalam membantu meruntuhkan ekonomi Zionis Laknatullah secara lebih istiqamah..Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit..Memang nampak macam tiada effect, tapi kalau rujuk perumpamaan Masha tadi akan berkesan di kemudian hari dan sehingga sekarang sudah terbukti..Alhamdulillah, berkat usaha semua orang di muka bumi ini yang membencikan keganasan untuk memboikot semua product yang berkaitan atau menyalurkan ke ekonomi negara bernama Israel itu, supaya mereka susah / tidak dapat membeli kelengkapan senjata atau bom untuk menghapuskan Umat Islam di bumi Palestin..Really..this is heartbreaking..

Seperti yang sedia maklum, Masha memang pengguna tegar Loreal Products-  Garnier, Maybelline, Unilever Products- Sunsilk, Lifebouy,  Nestle Products - Milo, Nescafe (my fav drink all time..dulu), Maggie, KitKat, my Baby's milk- Nan Pro 1, Lactogen, McDonalds, Starbucks, Colgate, Tesco, Carrefour,  Kimberly-Clark Products - Kotex, Huggies, dan lain-lain..Alhamdulillah, sehingga hari ini Masha berjaya memboikot kesemua product2 ini dan bertukar kepada inisiatif lain.. dan ada sesetengah barang tu dah terbeli lama, so, terpaksa la habiskan stok dulu..so inisiatif lain antaranya yang ganti Loreal- bleh guna porduct Safi n Silky Girl,  ubat gigi tukar Safi or Halagel, susu tukar Dumex n Susu Kambing, Nescafe tukar Power Root Cafe Pearl Xlim n Kopi Al-Jannah Mahkota Dewa n Kopi CNI, Milo tukar Power Root Oligo Coco or Vico, shopping barang2 rumah pon memang slalunya kt Giant n Kedai AAA (24jam buka kat area rumah dah tu murah plak,,hehe), Kotex tuka Libresse, Huggies tukar Whoopie n Drypers..Banyak lagi pilihan lain..so kalo time shopping tu memang akan lama sebab nak kena check Brand dulu, pastu halal ke x..Semua pilihan di tangan anda..Saya sudah..Anda bila lagi?..







Jangan makan/minum/guna Brand-brand ini telah terbukti menyokong Israel dan membantu mereka dalam membangunkan tanah-tanah Israel, dan askar-askar mereka yang menindas dan menzalimi penduduk-penduduk di Palestin..Mereka dapat sumber kewangan mostly daripada product-product ini..Tolong la..Masha menyeru kepada semua pembaca blog ni..sama-sama lah kita istiqamah dalam memboikot ye..Boikot ini bukan untuk kita, Boikot ini untuk agama kita..Boikot kita adalah untuk orang-orang di Palestin..Boikot ini adalah Jihad Kecil kita..InsyaAllah..

3) Menderma

Ye, menderma..walaupun sedikit ianya mampu membantu penduduk Islam di Palestin...dengan cara paling simple. Kalo yang berkemampuan boleh la menderma di no akaun yang tertera seperti berikut:





Diharap, kesemua usaha-usaha kita ini membuahkan hasil dengan izin Allah, InsyaAllah..ini adalah jihad kita, walaupun jihad sekecil ini bermula dari seorang, menjadi 10 orang, menjadi 100 orang, menjadi 1000 orang, menjadi 100 000 orang, menjadi 1000 000 orang dan ini akan membuatkan suara dan semangat kita sangat kuat dan ini akan menjadikan wang/duit kita menjadi undi kita kepada sesuatu perkara yang betul dalam membantu orang-orang di Palestin. InsyaAllah..

(All Images Source from : Google Image)

Monday, July 7, 2014

Ucapan dan Keadaan

As-salam

Salam Ramadhan yang ke 9..Alhamdulillah..diizinkan olehNya untuk berpuasa lagi pada tahun ini..Syukur..Di sini Masha nak share ucapan yang boleh menjadi amalan seharian kita, disamping boleh menambah pahala..daripada kita melatah dengan perkataan yang tidak sepatutnya..lebih elok kiranya kita ucap perkataan2 ini..

1.       Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH ”
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan . Tujuan kita mengucapkan ” SUBHANALLAH ” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : ” Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala ” .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan ” SUBHANALLAH ” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : ” Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu ” . Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :

Ertinya : ” Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan ” . Surah al-Hasyr ayat 23

Lihat penggunaan ” SUBHANALLAH ” ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

Ertinya : ” Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s. a. w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat ” .  Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s. a. w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia 

Ucapan ” SUBHANALLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TASBIH ” .

2.       Ucapan    “ALHAMDULILLAH”
Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” . Surah al-’Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : ” Alhamdulillah , saya berjaya ” ( Diucapkan ucapan ” Alhamdulillah ” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan ” ALHAMDULILLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TAHMID ” .

3.       Ucapan  “ALLAHU AKBAR ”
Ertinya : ” Allah Maha Besar ” .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

·         Apabila berada di tempat yang tinggi .
·         Apabila berada di dalam ketakutan .
·         Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala
·         Sebagai “pembakar semangat ” para pejuang Islam .
·         Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai ” TAKBIR ” .

4.       Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH”
Ertinya : ” Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah ” .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih
( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran ” TAHLIL ” .

5.       Ucapan  “BISMILLAH”
Ertinya : ” Dengan Nama Allah ”

Ucapan ini dikenali sebagai ” BASMALAH ”

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : ” Bismillah ” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : ” Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya ” .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :

  –Membaca ” Bismillah ” untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk ” membuka gelanggang silat ” , untuk ” menyemah ” rumah , untuk ” menjamu ” penunggu dan jin dan sebagainya .
– Membaca ” Bismillah ” untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
– Membaca ” Bismillah ” untuk ” tikam ” nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
– Membaca ” Bismillah ” ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
– Membaca ” Bismillah ” untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
– Membaca ” Bismillah ” kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6.       Ucapan  “MA SYAALLAH”
Ertinya : ” Apa yang Allah Kehendaki ”

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut ” MA SYA ALLAH ” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna ” Apa-apa yang Allah kehendaki ” , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : ” AL-MASYIAH ”

7.       Ucapan  “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM ”
Ertinya : ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) ” .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai ” AT-TA’AWWUDZ ” .

8.       Ucapan ”LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH ”
Ertinya : ” Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin
( pertolongan ) Allah ” .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HAUQOLAH ” .

9.       Ucapan “INSYA ALLAH ”
Ertinya : ” Jika diizinkan Allah ”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut ” INSYA-ALLAH ” , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . . [ Hasil temuramah di antara S. S Dato' Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .

Ucapan ini dikenali sebagai ” TAWAKKUL ” ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10.   Ucapan   “BARAKKALLAHU FIK”
Ertinya : ” Semoga Allah memberkati engkau ” .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .

Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AT-TABARRUK ” .

11.   Ucapan”JAZAKALLAHU KHAIRAN ”
Ertinya : ” Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan ”

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak ” .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK ”

( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan ” JAZAKALLAHU ” ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : ” JAZANA WA IYYAK ” .

Erti respon itu ialah : ” Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu ” .

Ianya dikenali sebagai kalimah ” ASY-SYUKR ”

12.   Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN ”
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

Ertinya : ” Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ ”

13.   Ucapan ”HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL ”
Ertinya : ” Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong ” .

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan ” pembakar ” semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r. a menjelang Perang Badar :

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ” . . Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HASBANA “.

Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 

(Retrieved from: myenthusiasts.org )

Tuesday, December 31, 2013

Perlu ke Tak Vaksin?

As-salam, 

(p/s: Kalo korang ni geng anti vaksin- sila jangan butthurt or baca entry ni, ni adalah blog sy dan pendapat sy sendiri. TQ)

Semalam baru lepas bawak baby Annur inject untuk 5 bulan..tak silap ni inject 3 serangkai (DTP, Polio, HTP) tu, buat kali ke 3, last la..pasni inject lain plak..di bawah ni jadual imunisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia 
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Vaksin membantu menghasilkan imuniti kepada bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.  Ada beberapa vaksin yang diwajibkan diberi kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan, tetapi, sebagai ibubapa, kita perlu juga mengambilkira beberapa vaksin tambahan lain untuk bayi iaitu:



Masha rasa semua mummy2 diluar sana mahukan yang terbaik untuk si kecil anda, tetapi lately ni terlalu banyak  source ntah dari mana yang Anti Vaccine Parents (AVP) dah macam Alien vs Predator plak kn..hehe..Bagi Masha, itu hak ibu/bapa masing2, tiada paksaan dalam memberikan suntikan vaksin di Malaysia ni. Tapi bagi pendapat Masha, Masha yang anak ke 4 dari 7 adik beradik dan kesemuanya mak bawak kami pergi cucuk untuk setiap bulan dari baby lagi, dan sampai ke sekarang, dengan izin Allah, Alhamdulillah..kami masih sihat..Dengan sihatnya kita pada zaman sekarang ni, it is proven that this vaccination program ni selamat dan boleh digunapakai. So, begitu la juga untuk anak2 Masha, Masha bagi cucuk juga. Masha tau, AVP di luar sana bimbang akan source/ingredient yang terkandung dalam setiap vaccine tu tak tentu halal dan haram nya, dan bimbang side effect after inject tu kan. Lupe plak nak tanya, kat bahu belah kiri korang ada parut BCG tak?..ke korang xnak anak korang ada parut. Sangatlah tidak adil, jika AVP melabelkan kami yang bagi anak2 kami vaksin tidak kisah akan halal atau haram, sedangkan Program Imunisasi Malaysia ini sendiri diputuskan dan dibenarkan oleh JAKIM. Kawan-kawan Medic Masha yang grad dari seluruh pelusuk negara Islam, belajar dengan practitioner perubatan Arab Islam pun takde nak bising2 pasal issue ni, malah mereka anggap ia Harus. Vaksin telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia. Takkan la diorang nak tipu, diorang pon bagi anak diorang cucuk jugak.

Memang tidak dinafikan, ada juga yang mengambil vaksin, masih terkena penyakit. Tetapi percentage nya sangat la sedikit. Sama jugak la, bagi yang tak amik vaksin langsung, dan guna kaedah lain, pon kena juga penyakit. Penyakit dan kematian yang menimpa manusia merupakan salah satu dari ujian daripada Allah SWT. Setiap perbuatan dan amalan manusia mempunyai kaitan rapat dengan ujian Allah. Semua ini kuasa Allah, dan seperti semua orang sedia maklum kita sekarang ni dah nak sampai ke penghujung zaman dan kita ni manusia akhir zaman dan sekarang sudah banyak tanda2 kiamat berlaku, antaranya menularnya virus-virus  ni..Rasulullah SAW sendiri juga pernah menceritakan mengenai tanda-tanda kiamat antaranya kematian yang dasyat yang mengorbankan ramai manusia.

So, kita sebagai ibu dan bapa perlu la usaha dan tawakal untuk melalui semua ujian-ujian yang diberikan kepada kita. "Orang yang menolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, tawakal adalah menggunakan asbab dengan yakin yang betul, (Hamka, 2013)". Dalam surah Al-Talaq ayat 3, Allah berfirman, "Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya".  Rasulullah SAW pernah bersabda "Allah telah menurunkan penyakit dan ubatnya, maka setiap penyakit mempunyai ubatnya. Cari dan ambillah ubat dan jangan menggunakan barang yang haram sebagai ubat" (riwayat Abu-Dawud). Malas nak membebel banyak2, kang terus jadi satu thesis untuk Ph.D plak kan, walaupun banyak lagi nak tulis n nak bagi references ni..Jika terdapat sebarang kemusykilan lagi boleh la rujuk di Dr. Zubaidi, dan di Dr. Harlina Sekian terima kasih.Wallahualam..

Thursday, November 21, 2013

Tempoh Pemulihan Selepas Bersalin

As-salam,

Sudah pasti selepas bersalin anda memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala kerana sepanjang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi, seluruh tubuh dan organ dalaman anda telah mengalami keletihan dan perubahan besar. Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

Rahim
Rahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak
Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj
Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

Luka Episiotomi
Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.

Luka Pembedahan Cesarean
Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit
Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)
Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

Buasir
Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

Berat badan
Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut
Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.

******************************************
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

share from :SoalJawabJomHamil

Wednesday, May 29, 2013

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

Kelas antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.
Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
  • Memberikan sokongan padu pada isteri.
  • Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
  • Membantu isteri ke tandas.
  • Menyediakan minuman untuknya.
  • Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
  • Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.
  1. Air ketuban pecah 
  2. Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.
  3. Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin. Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10cm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak. 
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

Friday, April 5, 2013

Hamil naik kapal terbang..

As-salam, 

Al-kisahnya, last week Masha n hubby telah pulang ke JB, n we decided to take a flight sebabnya dah lama tak naik flight..last tahun 2008 dulu kot time pergi Sarawak. Coincidence, last month Air Asia ada buat promotion n ticket ke Senai sangat murah dari harga bus..So, ape lagi, Masha pun setuju la nak naik flight, dengan bantu SIL yang tolong belikan dulu ticket tu. Tujuan pulang ke JB ini adalah kerana my PIL n SIL akan berangkat menunaikan umrah pada 1 April 2013, dan mama de buat kenduri doa selamat sikit semperna menunaikan umrah. Masha jadi tak sabar nak balik JB ni, lg pun sebab nak jumpa PIL, aunty2 n kazen2 hubby sebab dah lama tak jumpa diorang..rindu n nak makan-makan..best2..

Then berbalik pada tajuk entry diatas, a week before departure, Masha dah pergi scanned baby..alhamdulillah..my little caliph active berguling2 dalam womb ni, n siap yawning lagi..kelako la anak ummi ni, takpe la asalkan anak ummi sehat. Disamping scanned n tengok perkembangan baby, Masha telah request kt doc nak surat pengesahan hamil, sebab takut la kan, tak lepas nak naik flight sebab nye baby bump Masha ni beso la plak..dah macam preggy 7-8 bulan..huhu..pada baru nak masuk 6 month last week = 23week, tapi time Masha tulis entry ni dah masuk 25 weeks. So, Masha ada la google2 dan jumpa beberapa blog yang ada share pengalaman diorang menaiki flight dan lebih kurang je dengan procedure yang Masha faced. Surat Pengesahan hamil tu lebih kurang macam ni la.

Zoom in cket

Ok, dalam confirmation letter ni just mention yang Masha preggy brape weeks je, sebab syarat2 nak naik flight ni berlainan bergantung pada flight mana yang korang naik. Antaranya adalah seperti berikut: 

Air Asia
*Perempuan hamil dari awal kehamilan sehingga 27minggu (termasuk 27minggu) kena sign liability statement yang mana ada 3 copy, satu masa nak boarding, satu bagi dekat flight attendant & satu lagi copy kita pegang. Bila masa nak sign? Masa tengah check in @ masa tunggu nak boarding. Tapi kalau perut kecik, pakai plak seluar jeans, boleh la terlepas tanpa disoal atau kena sign apa-apa. hahaha.
--> Experience Masha sendiri, liability statement ni Masha dapat, & sign 1 copy je tu pun time tunggu nak boarding dan Masha xde copy dia pon, semua kasi kt stewardess tu. Tu pun, selepas dia check surat confirmation dari doc ni.

*Perempuan hamil dari 28 minggu sehingga 34 minggu (termasuk 34minggu) kena bawak surat dari doktor yang menyatakan anda hamil berapa minggu & anda tiada complication serta boleh dibawa terbang ke mana-mana. Yang ni pun kena sign liability statement seperti di atas.

*Perempuan hamil dari 35minggu ke atas tidak dibenarkan menaiki flight.

Malaysia Airlines
Tidak dibenarkan/tidak digalakkan untuk menaiki flight. 

*Selepas 32 minggu bagi multiple pregnancy (kembar) 
*Selepas 35 minggu bagi penerbangan international. 
*Selepas 36 minggu bagi penerbangan domestik (dalam Malaysia). 
*7 hari selepas bersalin
source:  shakinafarhan.blogspot.com

Source Air Asia:

Adalah menjadi   tanggungjawab penumpang untuk memberitahu pihak kami tentang progress kehamilan mereka ketika menempah tempat duduk dan ketika berada di kaunter "check-in". Penerbangan kami hanya akan membenarkan penumpang yang hamil bergantung kepada faktor-faktor di bawah:
1. Kehamilan sehingga 27 minggu: kami akan membenarkannya tanpa surat keterangan doktor dengan syarat penumpang menandatangani surat "Limited Liability Statement".
2. Kehamilan antara 28 hingga 34 minggu: penumpang harus menunjukkan surat keterangan doktor untuk mengesahkan usia kehamilan dan dalam surat itu harus menyatakan bahawa penumpang fit untuk penerbangan. Surat itu harus dikeluarkan tujuh hari sebelum tarikh penerbangan. Penumpang juga harus menandatangani surat "Limited Liability Statement".
3. Kehamilan 35 minggu ke atas: kami tidak membenarkan.

Source dari MAS:

1. Penumpang yang hamil normal(tanpa komplikasi boleh menaiki pesawat sehingga umur kehamilan 35 minggu).
2. Surat keterangan doktor harus dibawa untuk mengesahkan bahawa penumpang fit untuk berada dalam pesawat bergantung pada tarikh kelahiran yang dijangkakan ( expected due date-EDD)
3. MAS tidak membenarkan penerbangan bagi penumpang yang hamil pada bulan terakhir kehamilan sehingga tujuh hari sebelum tarikh melahirkan yang dijangkakan.

Untuk lebih detail explanation lagi, boleh la rujuk blog Dr. Zubaidi  yang ada menerangkan tips-tips dan beberapa kes wanita hamil naik kapal terbang. 

Kesimpulannya disini, adalah selamat untuk wanita hamil yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa komplikasi untuk menaiki flight dan tidak digalakkan untuk menaiki pesawat selepas mencapai umur kehamilan mencecah 36 minggu kalo rujuk American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), lagipun Masha pun baru nak masuk 25 weeks. TETAPI perlulah discuss dulu dengan doctor before nak naik flight tu untuk mengetahui condition korang n baby ok ke x, sebab lain orang, lain conditionnya. Lagipun, before kita beli ticket flight tu kan ada cover insurancen tax bagai, n Masha rasa airlines ni sebenarnya risau je kot2 terberanak dalam flight tu, tak pasal2 je kena bagi free kan..
Wallahualam..Alhamdulillah, Masha akhirnya selamat pergi dan pulang, walaupun time dalam flight tu baby sangat lah active bergerak2, excited kot nak naik flight ye anak ummi ni..hehe..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus