Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu di CHARLESTON mempunyai dua muka hanya mempunyai peluang 50% sahaja untuk hidup. Anak kucing itu telah diberikan nama Two Face oleh pemiliknya. Sesudah anak kucing itu dilahirkan ia dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya. Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata. Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah.(kredit kepada : Kosmo)