Tuesday, August 16, 2011

E-Preparation

Pejam celik, pejam celik, lagi sebulan je dah nak engage. Huhu, so far persiapan?..mcm baru 66% je siap. Semua in progress..Masha skrg ni tgh working more on DIY goodies bags, hiasan for my DIY mini dais, and DIY barang2 hantaran. So far, yang dah settle , my attire..some of hantaran gifts dah beli, tinggal brg2 hantaran yang makanan je, tak bley nak siap awai2 sgt takot expired n for flower sirih junjung pon takot xfresh nanti kalo siap awai2 kan.. Thanks a lot to My Sis Shila, sebab banyak sangat tulun..:-)..Mula2 skali nak tunjuk design mini dais Masha nanti, sketch je dulu..sume de dalam kepala ni..akak Masha tgh tlg jahitkan langsir pelamin tu..


So, kat bawah ni antara barang2 yang masha dah siapkan..check it out:

1) Bunga Pom Pom & Pom pom ball utk digantung kat pelamin tu..


 

 Semua ni Masha buat dari crepe paper..inspiration from this:

kalau korang nak tengok cara2 nak buat bunga ni, tgk entri Bunga Tisu-DIY..

2) Goodies Bags (Paper bag). Alkisahnya, brown paper bag ni semua Masha lipat, and gam sendiri. sebenarnya memang dah ada paper bag goreng pisang yang dah siap kan, tapi sebab dah terbeli Brown paper ni a.k.a kertas bungkus nasi lemak (beli masa kat S'pore dulu)..hehe,so kena guna juga la kan. Nanti membazir plak. Lagipun, paper bag ni thick sikit compare to paper bag goreng pisang tu. Sebab dia ada side yang licin dan tak. Nanti next entry Masha akan tulis entry tutorial buat paper bag ni..:-)


3) Flower Scallop tag. Scallop tag ni Masha design & edit guna Adobe Photoshop, & printed atas sticker paper, senang gunting tampal terus.


So, ni je la antara persiapan yang dah siap, ade lagi, but the rest nanti Masha cerita after hari kejadian. Hopefully semua berjalan seperti yang dirancang. 

Saturday, August 6, 2011

Holiday in S'pore

Hohoho..horlicks eh..hehe..iklan ni dah ade balik kat tv. Tapi tujuan Masha bukanlah nak cerita pasal Horlicks, saje je introduction tadi. Cerita ni bulan lepas punya, baru mlm ni berkesempatan nak cerita. pada 15-17 July lepas, Masha telah dijemput oleh family Mr.Everdale untuk ke Singapore. First time ok keluar dari Malaysia ni. Jakun sikit. Hometown Mr.Everdale kat Woodland, S'pore. Tujuan pergi S'pore ni, sebab ada kenduri doa selamat. So Masha nak story sikit la pengalaman Masha sepanjang di sana. 

14th July
Actually 14 July tu, balik kerja terus Masha naik bus ke JB srg2, sebab nya kalo ikot plan Masha gerak siang 14 July tu with Mr.Everdale and MIL, tapi sebab xdapat cuti on that day, terpaksa la gamble naik bus sorang2, alhamdulillah sampai juga terminal Larkin. Sampai je rumah Mr.Everdale, solat sume. Rehat jap, then teros masok S'pore pagi2 buta. Tak silap dalam pukul 2 am lebih la. Sebab esok nya MIL ada kerja di JB, takut balik pagi esoknya , takut lewat sampai ke JB.

15th July
Sampai S'pore dalam pkul 3 am. Sembang2. Tidur dalam pukul 4.30 am. Pagi esok nya, pukul 9.30am, dah gerak, nak pergi ke USS, wawawa...best..walaupun pagi Jumaat tu hujan. Masha merasa naik MRT (Train di S'pore). Then pergi break fast jap kat Long John. Then baru gerak ke USS dalam pkul 11 lebih. Sampai di USS dalam pkul 12 lebih. Kitaorang (Mr.Everdale, his Sis, and his Aunt) spent time and play around with the game till about 9 pm. Sangat berpuas hati. Best sangat and enjoy. Paling best, 1) Shrek 4D 2) Battlestar Galactica 3) The Mummy 4) Wet World 5) All the Mascot included Puss in boots, Marilyn Monroe, Madagascar Mascot and Kungfu Panda. Then dalam pkul 9.30 sampai rumah, activity seterusnya, tengok movie Harry Potter Part2, pukul 11.30pm..Ni pon best juga. happy ending, finally masa yang Masha nantikan dah tiba, Voldermort mati juga akhirnya. Then balik rumah, tidur dalam 3am juga. Penat tapi sangat happy..;-)

16th July
Hari kenduri doa selamat. Pagi2 lagi Masha bangun untuk teman MakTam Mr.Everdale pergi ke pasar beli barang2 untuk memasak dan breakfast. 1st time juga pergi pasar di sini yang kebanyakkan nya jualan di pasar di monopoli oleh kaum Chinese. Suasana macam di M'sia juga, tapi pelik sikit sebab mostly peniaga jual sayur, jual ikan sume Chinese. Then siap2 beli barang, balik rumah siap2 untuk tlg memasak. Dalam lepas Asar, majlis dimulakan. Pada malam harinya pula, Masha bersama Mr.Everdale sibling lepaking di 888(triple 8) ala2 macam medan selera juga. Sembang2 minum2.

17thJuly
Pagi nya, family gathering lagi. Breakfast beramai2 di Banquet (ala2 macam food court). Selesai terus pulang ke JB, dan straight balik ke KL naik bus dgn Mr.Everdale, sebabnya dia kerja shift malam hari tu. sesampainya di KL, terus Mr.EverDale pergi kerja..

Kesimpulan nya di sini, (Positive)S'pore sebuah negara yang bersih dan kemas. Sepanjang Masha lalu di jalanraya, tiada 1 sampah pun di tepi2 jalan. Agak respect juga lah di sini. Jalan rayanya pun, takda nye lubang2, smooth je. Takda risalah2 atau iklan2 Ah Long tampal di merata2 pokok ataupun di tepi2 jalan. Banyak juge kereta2 pelik yang tiada di Malaysia. And sepanjang jalan raya banyak pokok dan sangat redup.  (Negative) pihak penguatkuasa di sini amat2 cerewet, anything and anywhere we go must have money atau kata nama lainnya, nak parking kereta je kena bayar, xde free nye. Mostly toilet kat sini xde paip (really difficult if you want to pee)..huhu..Must always bring along the wet tissues. Wuteva pun, enjoy the pics :

Jakun sikit tengok double line zig zag. Still dunno what does it mean..hurmmm?

Here we come...Universal Studio Singapore (USS)

 in-front of the USS Store

 Me with the yellow cab.

 With Gloria Madagascar

 In front or Far-Far Away Castle
 BattlestarGalactica

With Puss in Boots yang notty

  Harry Potter Part 2

Ticket Wayang (Golden Village bkn TGV je..)

Saturday, July 23, 2011

Penipuan Kad ATM/ Kad Kredit

Cerita ni dah lama berlaku 2 bulan lepas kot, tapi sekarang baru teringat nak tulis. Tapi takpe la, at least dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang membaca blog picisan ini. Pada suatu petang, lokasi di office. Tengah Masha buat2 sebok tapi sememangnya sebok buat test script, tiba2 ada 1 call from unknown number. Yang call tu suara macam makcik / akak2 la, mula2 dia ckp dgn lemah lembut dan sopan santun gtu. Tanya Masha ni pemegang kad ATM Debit Maybank ke?..
credit from: Google

Masha ckp la ye..then dia tnya ada pkai credit card x..Masha cakap la x..Masha ni kdg2 lurus bendul jugak kan, jujur la sesgt dgn org x dikenali..Then dia mintak Masha bacakan no 12 digit kat depan kad tu yg dimulai dgn no 4283 xxx xxx xxx tu..,then 3 no kad belakang kad tu..Masha pun menurut perintah dah mcm kena pukau je..pon bace la..naseb xbagi no pin je..hehe..then dia sambung ckp lg, yg dia dr Takaful, de provide insurance utk semua pemegang kad akan dikena insurance terhadap kad masing2, dan buat masa pertama ni akan ditolak RM 199 dari account automatically..Start situ Masha dah rasa pelik sikit, then Masha cakap la Masha tak nak kan insurance tu sbb dah de insurance sindri..dia cakap tak boleh..then suara dia macam sedikit marah la kan..Masha apa lagi, argue la dengan dia, mana boleh tolak duit orang tanpa permission owner card sendiri, then dia cakap tak kesah la, dia nak minus juga. Then Masha bengang, tros letak phone..

Tengahari time lunch, Masha cepat2 lari g bank. Dah cuak dah, sebab esok nya gaji masuk kan, kang sesuka hati plak org amik duit kita..Then dah sampai bank, request nak apply kad baru., then cerita la kat orang bank tu kenapa kan, then diorg ckp ini sindiket penipuan macam phishing, but actually bak kata org bank tu,diorg ni sebenarnya nak beli barang online guna maklumat dari kad yang kita bagi tadi (3 no di belakang kad) , so that diorg dapat duit senang2 je...Bukan nya masha xtau, padahal time study dulu semua belajar mende ni, tapi kenapa la jujur sangat kan sampai tak boleh fikir. Nasib dapat replace kad baru, no baru..Legaa...So, kesimpulan di sini, jika ada mana2 orang call, or send sms or email berkenaan dengan kad bank/acc bank anda, jangan percaya dan kalau boleh elakkan menjawab panggilan diorg, bagi la alasan apa2 pon, so diorg xcall lagi. Dan jangan bagi kat sesiapa pon mana2 nombor pada kad anda. Sekian..(",)..

Weeding Kavitha

Korang pernah pergi kenduri kahwin bangsa lain la?..Masha pernah le jugak de experience, masuk ni dah 2 kali dah la..First time dulu, ikot abah pergi kenduri kawan dia kt kuil lagi..makan tosei + kuah ape ntah..makan atas daun pisang ok..mmg best..lepas mkn buang..snng..kali ni Masha attend kenduri kawen ex-officemate Masha time kerja kt Mimos dulu..dulu time kt Mimos xde plak dia ade bf ke, tgk2 dah nak kawen..

Happy to hear about that. Then Masha, with other ex-mimosian pergi ke kenduri Kavitha kat dewan MPSJ. Dah macam kenduri kawen orang melayu pula. Masha tgk dari cara diorg susun pelamin, pintu gerbang, meja tetamu dan makanan , seriously dah design macam kenduri orang melayu yg dibuat kt dewan..Ok, tanpa berceloteh panjang, just enjoy the pic:

Beras yg ditabur dan disusun berwarna warni di hadapan pintu gerbang masuk

Me with Fazlie & Izan

View Stage Dais almost same with Malay wedding right?

Kavitha berarak masuk ke dewan, pengantin lelaki sudah tunggu di atas stage.

Melalui upacara round around the fire with her mother, brother and hubby (biase tgk dalam citer hindustan je, la ni tgk real punya)

Yeay..dah settle, kavitha tgh bersanding..

Bergambar time with the bride. From left: Fazlie, Mr.Ranjit, Kavitha, Izan, Me, and Alena.

Me, wearing Punjabi suit. 

Thursday, July 7, 2011

SubhanAllah..

Sorry, lama sikit tak update. Busy dengan test case yang banyak kena settle kat office ni. Di sini Masha nak share 1 gambar. Gambar ni classmate master  Masha, Addib punya. Gambar ini diambil di kampung Addib.


Kelihatan kalimah Allah pada daun pokok manggis di kampung Addib. Menurut Addib, daun ni tak gugur macam daun yang lain. Sampai la ada budak-budak nakal yang mencabutnya dari pokok manggis. Nasib sempat ambil gambar. Tengok dari kalimah Allah ini, mungkin dibuat oleh semut ataupun anai-anai, untuk buat sarang, mungkin. SubhanAllah.

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus