Monday, June 22, 2015

Happy Fathers Day 2015

As-salam,

Weekend lepas baru dapat bersilat memasak untuk berbuka. Yelaa, time weekdays, sampai rmh pun dh dekat pukul 7pm..Masha ni bukanlah hebat sangat memasak cepat2 pon..lagi2, time2 gini perot dh berlaga dengan sinki...sabo je la..so, semperna Fathers Day semalam, 21 June 2015..En. Hubby request Lontong Kering..hehe..selalu makan time raya je..ni, Masha buatkan khas untuk dia..dalam masa 1 jam..hehe..

Semperna Fathers Day tahun ni,  just nak terima kasih sangat bebanyak kat En. Hubby, yang selama ni berjaya menjadi Suami dan Babah yang sangat ringan tulang, bertanggungjawab, caring, penyayang, penyabar, pelawak, dan macam2 pe lagi laa...Alhamdulillah, syukur sangat diketemukan dengan Mr. SA ni..hehe..walaupun dulu tak pernah terlintas pon dalam hati ni, akan berkahwin dengan dia..Jodoh dari Allah adalah yang sangat terbaik..semoga segala pinjaman dariNya ini akan kuhargai sebaik mungkin sehingga akhir hayat ini...



Tuesday, June 16, 2015

Kuih Pau?

As-salam,

Hai..bersiaran kembali setelah lama menyembunyi di sebalik kesibukkan kerja di office dan rumah..padahal MASIH sibuk lagi ni (selagi belum bercuti maternity)..sebab Projek ni masih belum habis daa...tapi curi2 masa nk menulis..Diri ini masih sebegini, walaupun preggy 2nd ni tak banyak update kat blog kn..sekarang alhamdulillah hampir habis 2nd trimester..insyaAllah..minggu depan akan masuk 3rd trimester..doakan saya ye kawan2..

Kisahnya Kuih Pau

Situasi : Dalam kereta, baru balik kerja. Jam sudah pukul 8.00pm
Si Suami : Syg, nak beli apa eh makanan kat marissa mlm ni..?
Si Isteri : Kte cari 'Kuih Pau' la b kalo ada..
Si Suami : Amende tu 'Kuih Pau'?
Si Isteri: 'Kuih Pau' la, yang color putih, bulat, gebu2, n ada macam2 inti tu..
Si Suami : Itu Pau la..mana ada orang panggil 'Kuih Pau'..
Si Isteri : (confuse..aku salah ke?) Dah tu..kalo xpanggil 'Kuih', b panggil ape?..Sayur ke?, Daging ke?..
Si Suami : Tak kira..orang panggil Pau je..mana ade 'Kuih Pau'..

Last2, 'Kuih Pau' tak jumpa pun, terus beli ayam goreng paha untuk si kecik btui, btui, btui tu..

Aduii..Kadang2 perbualan sebegini yang menjadi kelakor nye..bukan apa.. mende simple jadi complicated disebabkan pemahaman yang berlainan..tapi its fun...sebab kami laki bini bukan la selalu bergurau senda, sebab time2 balik kje tu memang penat la..lapo plak kan..dengan nk drive dekat 2jam baru smpai rumah kan..naseb la carpool..bleh la merapatkan silaturrahim antara laki bini...kesian si tecik tu yg bape jam je dpt spentime dengan kami time blik rumah..So, di sini Masha catatkan maksud 'Kuih Pau'..kot2 la Encik Hubby terbaca entri ni kan..hehe..

"Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan." -- Source http://ms.wikipedia.org/wiki/Pau


p/s: pau paling sedap yang penah Masha makan ialah Pau Muar & Pau Bestmass...nak lagii..;-(

Tuesday, May 12, 2015

Batok..Alahan ke?..

As-salam, 

Bersiaran kembali setelah sebulan lebih tak update entri. Al-kisahnya, Masha ni dah batuk dekat 2 bulan lebih till now..dah pergi klinik banyak kali dan makan ubat (yang dibenarkan oleh Dr.) banyak botol dh habis..still tak elok lagi batuknya pon sampai sakit dada dan rusuk belah kanan smpaikan nk rukuk sakitnya.. Pelbagai alternatif lain Masha dh cuba, antaranya :

  1. Minum Madu + Lemon Suam
  2. Minum Teh + Madu + Lemon Suam
  3. Pakai Vicks dan sapu area tempat yang sengal-sengal
  4. Makan lozenge (Woods Peppermint, Strepsils, mcm2 la)
  5. Makan Kicap + Limau Kasturi
  6. Makan Ubat batuk (yang dibenarkan oleh Dr.)
  7. Berdoa
  8. Berkumur2 dengan mouthwash (Colgate, Listerine)
Lemon + Madu amalan hari2
Masih..tak sihat lagi...mungkin lah alahan mengandung kot..kesian baby dalam womb ni..pening dh ummi dia telan macam2 tak elok2 juga..dah tanya doc, xpe ke baby tak gegar2 ke dalam womb ni.., doc cakap baby ok sebab ade amniotic fluid protect dia..hopefully he/she will be ok...Ummi hari2 berdoa, semoga Allah lindungi diri Ummi dan baby dalam kandungan ni sepanjang tempoh penghamilan ini, sempurnakanlah akal, fikiran, rupa dan sifat anakku ini, semoga anakku ini menjadi seorang anak yang soleh /solehah, hafidz / hafazah, alim /beramal  dan semoga Allah permudahkan urusan untuk bersalin normal kali ini..Aminn..

Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday ver 4.2

As-salam


p/s: Kejadian Rabu Lepas, 18 Mac 2015. TQ bb tlg blanje betulkan...

Friday, March 20, 2015

Assalamualaikum Adik Baby.. 12 weeks..

As-salam,

Ni last week punya cerita...Jumaat lepas 13/3/15, tros buat appointment dengan Klinik Perdana with my favourite Twin Doc, Dr. Hanie..Kali ni, Mr.Hubby bagi permission untuk checkup pregnancy and baby kt klinik swasta je..katanya kesian tengok Masha selalu pegi checkup sorang2, tunggu lama2, dulu kat Klinik Kesihatan.

Last check aritu time nk confirm preggy ke tak kan, dan aritu scan time 4 weeks ++ xsilap, kali ni 2nd scan time baby dah dekat 12weeks (3 bulan)..Alhamdulillah, baby membesar dengan jayanya.. siap guling2 lagi dalam tu, yela space besar lg kan, bleh la nk pusing2..see..dah full developed all the vital organs..macam kepala, tangan dan kaki pon dah nampak..syukur alhamdulillah..heartbeat pon dah dpt dengar..

Ummi n babah doakan semoga sayang sentiasa dipelihara olehNya semasa dalam kandungan Ummi, semoga Allah tetapkanlah ke dalam hati iman kepadaNya dan kepada rasulNya, semoga Allah sempurnakanlah akal, fizikal, rupa yang baik dan sempurna..Dan permudahkan Ummi untuk melahirkan sayang secara normal kali ni..InsyaAllah..Aminn..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus