Showing posts with label memasak. Show all posts
Showing posts with label memasak. Show all posts

Monday, June 22, 2015

Happy Fathers Day 2015

As-salam,

Weekend lepas baru dapat bersilat memasak untuk berbuka. Yelaa, time weekdays, sampai rmh pun dh dekat pukul 7pm..Masha ni bukanlah hebat sangat memasak cepat2 pon..lagi2, time2 gini perot dh berlaga dengan sinki...sabo je la..so, semperna Fathers Day semalam, 21 June 2015..En. Hubby request Lontong Kering..hehe..selalu makan time raya je..ni, Masha buatkan khas untuk dia..dalam masa 1 jam..hehe..

Semperna Fathers Day tahun ni,  just nak terima kasih sangat bebanyak kat En. Hubby, yang selama ni berjaya menjadi Suami dan Babah yang sangat ringan tulang, bertanggungjawab, caring, penyayang, penyabar, pelawak, dan macam2 pe lagi laa...Alhamdulillah, syukur sangat diketemukan dengan Mr. SA ni..hehe..walaupun dulu tak pernah terlintas pon dalam hati ni, akan berkahwin dengan dia..Jodoh dari Allah adalah yang sangat terbaik..semoga segala pinjaman dariNya ini akan kuhargai sebaik mungkin sehingga akhir hayat ini...



Friday, March 13, 2015

Resipi: Cara Membuat Cheese Baked Macaroni bersama Pemanggang Vantage

As-salam,

Sejak dah beli Pemanggang Vantage ni yang mana fungsinya sama dengan Pemanggang Ajaib juga..Masha rajin la bakar menbakar, buat baked macaroni, buat cake coklat..semua menggunakan pemanggang ni la..Di sini Masha compilekan cara-cara membuat Cheese Baked Macaroni step by step. Enjoy..

Bahan-bahannya:

    Bahan memasak Macaroni
  1. San Remo Macaroni Elbow - separuh paket
  2. Kimball Tomato Paste with mushroom - sebotol
  3. Sosej
  4. Fishball
  5. Ramli Daging Kisar - Separuh paket
  6. Kimball Button Mushroom- 1 tin
  7. Sayur Kacang buncis-1 genggam
  8. Carrot - 1 batang
  9. Bawang Besar - 1 biji
  10. Bawang Putih- 3 ulas (dicincang)
  11. Sos Cili Life
  12. Garam secukup rasa
  13. Spread of Cheese..Masha guna CheeseDale - 1 paket(10keping) and Emborg Pizza Cheese (sebab xjumpa Mozarella cheese..bedal je)
       Bahan membuat White Sauce
  1. CheeseDale - 4 keping dikoyak-koyak
  2. Tepung Gandum - 3 sudu
  3. Susu Fresh Milk Dutchlady - 2 cawan
  4. Butter - 3 sudu
Cara-Cara Bergambar


1. Potong-potong semua bahan-bahan yang perlu dipotong.
2. Rebus Macaroni bersama minyak zaitun 3 titik dan gara, 2 cubit
3. Dah settle macaroni, boleh la mula menumis bawang besar dan bawang putih bersama sosej, fishball, sayur (carrot, kacang buncis dan button mushroom), daging cincang,
4. Masak dalam 5 minit, kemudian masukkan Kimball Tomato Paste, dan Sos Cili Life serta masukkan macaroni yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga betul2 sudah sebati kesemua bahan2 bersama dengan macaroni. Tutup Api.
6. Transferkan Macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam Pemanggang Vantage anda.

 7. Sediakan White Sos dengan cara panaskan periuk dengan masukkan butter. Panaskan sehingga cair.
8. Kemudian masukkan 3 sudu Tepung Gandum, dan Susu Fresh Milk. Kacau sehingga tidak berketul  dan mendidih dengan api yang kecil
9. Masukkan 4 keping Cheesedale yag sudah dicarik-carikan. Masak sehingga likat.
10. Selesai sudah masak white sos, tuang white sos ke dalam pemanggang ajaib yang telah berisi macaroni yang sudah dimasak tadi.

 11. Taburkan Cheese yang sudah diparut ke atas Macaroni di dalam Pemanggang Vantage.
 12. Bagi yang suke cheese banyak2, bleh taburkan Cheese Slice ke atas Macaroni. Habiskan sepeket Cheesedale tu pon xpe..
13. Masak menggunakan api yang kecil dalam masa 20 minit sahaja

TADAA...Soo...creamy Cheese Baked Macaroni yang sudah siap dimasak..sedap gilee...suke betul Mr. Hubby kalo Masha masak ni..sebab dia suka cheese banyak2..

Selamat Mencuba.Yummy2..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus