Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Resipi: Cara Membuat Cheese Baked Macaroni bersama Pemanggang Vantage

As-salam,

Sejak dah beli Pemanggang Vantage ni yang mana fungsinya sama dengan Pemanggang Ajaib juga..Masha rajin la bakar menbakar, buat baked macaroni, buat cake coklat..semua menggunakan pemanggang ni la..Di sini Masha compilekan cara-cara membuat Cheese Baked Macaroni step by step. Enjoy..

Bahan-bahannya:

    Bahan memasak Macaroni
  1. San Remo Macaroni Elbow - separuh paket
  2. Kimball Tomato Paste with mushroom - sebotol
  3. Sosej
  4. Fishball
  5. Ramli Daging Kisar - Separuh paket
  6. Kimball Button Mushroom- 1 tin
  7. Sayur Kacang buncis-1 genggam
  8. Carrot - 1 batang
  9. Bawang Besar - 1 biji
  10. Bawang Putih- 3 ulas (dicincang)
  11. Sos Cili Life
  12. Garam secukup rasa
  13. Spread of Cheese..Masha guna CheeseDale - 1 paket(10keping) and Emborg Pizza Cheese (sebab xjumpa Mozarella cheese..bedal je)
       Bahan membuat White Sauce
  1. CheeseDale - 4 keping dikoyak-koyak
  2. Tepung Gandum - 3 sudu
  3. Susu Fresh Milk Dutchlady - 2 cawan
  4. Butter - 3 sudu
Cara-Cara Bergambar


1. Potong-potong semua bahan-bahan yang perlu dipotong.
2. Rebus Macaroni bersama minyak zaitun 3 titik dan gara, 2 cubit
3. Dah settle macaroni, boleh la mula menumis bawang besar dan bawang putih bersama sosej, fishball, sayur (carrot, kacang buncis dan button mushroom), daging cincang,
4. Masak dalam 5 minit, kemudian masukkan Kimball Tomato Paste, dan Sos Cili Life serta masukkan macaroni yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masak sehingga betul2 sudah sebati kesemua bahan2 bersama dengan macaroni. Tutup Api.
6. Transferkan Macaroni yang telah dimasak tadi ke dalam Pemanggang Vantage anda.

 7. Sediakan White Sos dengan cara panaskan periuk dengan masukkan butter. Panaskan sehingga cair.
8. Kemudian masukkan 3 sudu Tepung Gandum, dan Susu Fresh Milk. Kacau sehingga tidak berketul  dan mendidih dengan api yang kecil
9. Masukkan 4 keping Cheesedale yag sudah dicarik-carikan. Masak sehingga likat.
10. Selesai sudah masak white sos, tuang white sos ke dalam pemanggang ajaib yang telah berisi macaroni yang sudah dimasak tadi.

 11. Taburkan Cheese yang sudah diparut ke atas Macaroni di dalam Pemanggang Vantage.
 12. Bagi yang suke cheese banyak2, bleh taburkan Cheese Slice ke atas Macaroni. Habiskan sepeket Cheesedale tu pon xpe..
13. Masak menggunakan api yang kecil dalam masa 20 minit sahaja

TADAA...Soo...creamy Cheese Baked Macaroni yang sudah siap dimasak..sedap gilee...suke betul Mr. Hubby kalo Masha masak ni..sebab dia suka cheese banyak2..

Selamat Mencuba.Yummy2..

Thursday, December 4, 2014

Cara Membuat Pretzel Coklat - Biskut Raya Paling Mudah

As-salam,

Hari Raya Aidiladha yang lepas, Masha sempat la buat kuih raya sikit..kali ni buat Pretzel Coklat yang paling simple. Kaedah nya sama je macam buat Chocolate Cornflakes yang Masha buat dulu.
Mula-mula sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu:

Pretzel Coklat

Bahan-bahan

  1. Mini Pretzel Jenama Snyder's - 1 bungkus (senang beli siap je)
  2. Chocolate Bar Jenama Beryl's - 1/2 bungkus
  3. Colorful Sprinkles / Chocolate Rice (untuk hiasan)
  4. Air


Cara-cara

  1. Mula-mula cairkan coklat bar Beryl's menggunakan kaedah double boiling (Masha menggunakan rice cooker dengan memasukkan air kira2 1/4 daripada periuk nasi dan cook air itu sahaja, dan apabila air sudah mengelegak, letak mangkuk pyrex).
  2. Apabila Coklat sudah mencair, biarkan rice cooker (keep it warm), dan lakukan aktiviti mencelup mini pretzel ke dalam coklat . Celup separuh bleh celup semua pon bleh.
  3. Lepas celup angkat pretzel dan cepat2 taburkan sprinkles.
  4. Susun di atas talam dan biarkannya sejuk seketika sebelum susun ke dalam bekas kuih or masok terus dalam mulut..ngappp...





Selamat Mencuba ye..:-)

Thursday, October 11, 2012

Cara Membuat Ice Cream Goreng

As-salam, 

Selalu kte nmpk kat kedai2 Mamak mesti ade jual Ice Cream Goreng ni..ape yang sedap nye?..hurmm..belum cuba belum tau..tapi Masha takde la g beli kt kedai Mamak kn, Masha buat sendiri kt rumah..lagi sedap n bley dapat banyak..Cara nak buatnye simple je..n boleh tahan lama kalo simpan dalam fridge..Nak makan baru goreng..yang best ice cream goreng ni, dia sejuk di dalam panas di luar..heaven bila makan..cuba jangan tak cuba ye..

Ice Cream Goreng
Bahan-bahan
  1. 1 buku roti Gardenia
  2. Ice cream favorite flavor korang - macam Masha suka flavor Vanilla
  3. Cawan / gelas
Cara-caranya

1. Mula2, sediakan bahan2..dan alatan seperti cawan/gelas yang muat2 ikot saiz roti.
2. Kemudian scoop kn ice cream ke atas roti. Gunakan 2 keping roti untuk membuat sebijik ice cream goreng ni. Bajet2 letak ice cream tu, jgn byk sangat.
3. Kemudian letak sekeping lagi roti ke atas roti yang ada ice cream tu. Dan rapatkan kedua2 roti ini dengan tekan sedikit.


4. Kemudian ambil cawan/gelas dan tekan kuat2 ke atas lokasi di mana ice cream itu berada. Contohnya kalau korang letak ice cream kt tengah, so tekan gelas tu kt tengah la k..
5. Then, apabila bahagian roti di luar sudah putus dan roti menjadi bulat cantik seperti dalam gambar.
6. Simpan ke dalam tupperware/ plastik dan simpan ke dalam freezer dalam 3-5 jam. Masha simpan ke dalam plastik kecik2 then simpan dalam freezer semalaman sebab nak make sure ice ream tu betul2 keras.
7. Then keesokkan harinya dan bila2 masa korang nak, pergi la goreng. Tapi time goreng kena berhati2, dengan panaskan minyak terlebih dahulu. Make sure minyak tu betul2 panas, baru goreng ice cream roti tu, kira selama 3-4 saat sahaja then tros angkat dan tosskan dengan tisu. Jangan lama sangat nanti ice cream tu cair.


 TADAAA!!..Selamat mencuba ye..

Thursday, September 13, 2012

Cara Membuat Chocolate Cornflakes- Biskut Raya Paling Mudah-

As-salam,

Setelah hampir sebulan gambar bertafakur di dalam Ace ni, so Masha di sini nak ajar cara-cara hendak membuat kuih paling senang untuk juadah hari raya ataupun buat makan2 sendiri di rumah. Masha buat kuih ni time Aidilfitri 1433H yang lepas.. esoknya nak raya, sempat lagi kan..Budak2 paling suka kuih ni..sekejap je habis 1 balang..hehe..check it out dear...

Chocolate Cornflakes

Bahan-bahan yang diperlukan 
1) 1/2 kotak Nestle Cornflakes (bergantung nak banyak mana)
2) 1 bar Coklat Masakan (tak kesah brand apa pon, Masha guna brand Nona je)
3) Coklat rice (Apa2 saja untuk hiasan, Masha guna yang warna warni)


Cara-caranya
1) Mula2, patah-patahkan coklat masakan dan letakkan ke dalam mangkuk Pyrex (mangkuk yang boleh masuk microwave tu, yang tahan haba)
2) Di sini, Masha guna kaedah Double Boiling iaitu salah satu caranya ialah dengan meletakkan mangkuk di atas rice cooker yang mengandungi air yang mendidih. Make sure air tu separuh periuk sahaja dan pyrex tu perlu menutupi ke seluruh rice cooker tu, supaya tiada wap air yang keluar. Dan pastikan rice cooker anda mula2 tekan Cook, kemudian biarkan ia Warm sepanjang proses membuat kuih ini.

 Kaedah Double Boiling ini senang kerana ia tidak akan membiarkan coklat itu cepat keras dan akan senantiasa cair dan proses untuk membuat cookies ini berjalan lancar. Ada beberapa cara juga ialah dengan menggunakan dapur- iaitu masukkan air ke dalam kuali dan panaskan, dan masukkan periuk yang kecil yang mengandungi coklat di dalam nya dan agak2 muat masuk ke dalam kuali itu..


3)Apabila coklat sudah cair, masukkan lah cornflakes tadi dan kacau-kacau coklat supaya menyelaputi ke seluruh cornflakes itu.

4) Setelah selesai, sudukan bahan2 tadi ke dalam paper cup kecik yang biasa orang bubuh kuih tu, dan taburkan rainbow rice.
5) Susun banyak2 atas talam dan sejukkan dalam 15 minit. Boleh susun dalam bekas kuih.
TADAAA...
Sudah boleh dimakan..Selamat mencuba..as easy as 1 2 3..:-)

Saturday, August 20, 2011

Masak2 Nuzul Quran

Last Wednesday, Selangor cuti kan, so Masha mengambil kesempatan ni la nak memasak..As per requested by Mr.EverDale..slalu je Mr.EverDale ni request nak makan Masha masak, so kena la ikot kehendaknya..best memang best memasak untuk berbuka, tapi penat..dan sangat rush..balik kerja kui 5.30, sampai rmh dlm 6 lebih..dalam masa 45 mnt xsampai, nak kena masak 3 dishes..huhu..dah macam iron chef plak..hehe..tapi paling puas hati kalau Mr.EverDale cakap sedap & 3x la tambah nasik. Siap buleh simpan untuk sahur lagi. Nak cerita last wed, Masha sempat masak 3 dishes gak la..cubaan pertama memasak sambal udang petai, walaupun Masha xmakan petai, dan xsuke bau petai, kena masak jugak la..si dia suke makan..banyak gak menda yang Masha xmakan, tapi dia makan contoh nya tempoyak, petai, durian, satay. Apa-apa pun, pesan dari akak Masha, kita kena ikot kehendak dia, walaupun kita xsuka. Kalau nak menambat hati suami/bf kena la melalui masakan dari air tangan kita. Alhamdulillah la, sejak kerja dah nak masok 2 tahun ni, duduk sewa sendiri kan, banyak dah benda belajar. So, malas nak cerita banyak. Just enjoy the pic:

1) Sambal Udang Petai

2) Ikan Kembung masak kicap rempah

3) Ni wajibul ngunnah, hehe mesti ada..Bendi masak sambal + udang..peveret dia

4) Collection from all

Dah siap masak, masok bekal..pastu pergi la Giant/Jusco untuk tumpang berbuka puasa..hehe..kami xde rumah lagi..Hari2 buat camtu kot..kalo xmasak, beli juadah kat bazar, then berbuka kat Giant/Jusco. Pic dishes yg lepas2 xsempat nak ambil, dah ngap dulu..Nyum2..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus