Sunday, February 27, 2011

The Neverending Story - Artreyu..



Pernah tengok filem Cerita Yang Jangan Berakhir tak?..atau dengan nama lain nya TheNeverending Story..Kepada sesiapa yang pernah tengok filem ni, mesti ingat dengan hero filem ni Atreyu (Noah Hathaway). Time Masha first time tengok filem ni kalau tak silap masa kecil dulu la, umur dalam 5-6 tahun kot..lame kan..So sekarang, cari balik filem tu. Memang susah la nak jumpe, goggle pun jumpe soundtrack filem tu je. Last2, tengok2 best friend sendiri (farahF) ada filem tu, terus la ambil dari dia. Filem ni boleh tahan juga la, tapi takde la best sangat, ala-ala macam filem fantasy. Ada naga terbang,  orang batu, siput racing, puteri kayangan, and macam2 lagi la watak dalam filem ini. So, sekarang tengok balik filem tahun 1984 kot. Memang time Masha pon tak lahir lagi kot. Hero filem yang nama Artreyu tu sekarang umur dia dah 40. Tetapi dia dah tak berlakon lagi, buat bisness tatoo kalo xsilap. Di bawah ni ada cerita sikit biography dia hasil daripada reseach di hari Ahad yang indah ini (dah tension sangat taknak study dah, buat research pasal artis plak).

Noah Leslie Hathaway dilahirkan pada November 13, 1971, anak kepada Judy dan Robert Hathaway. Dia kacukan Mohican pada belah Ayahnya. Noah mula berjinak-jinak berlakon dalam iklan komersial semasa umur 3 tahun. Pada 1978, dia berlakon sebaga Boxey dalam filem, "Battlestar Galactica" (1978). Kemudian filem seterus lakonan nya sebagai Atreyu dalam filem "The Neverending Story" (1984) dan sebagai ketua Harry Potter Jr.dalam filem "Troll" (1986). Dia merupakan guru dalam bidang jazz dan street dance, dan pada penghujung zaman remajanya dia telah mengalami kemalangan dan menyebabkan dia terpaksa bersara pada umur 18 tahun. Kemudian, dia belajar Muay Thai boxing dan bertarung sebagai amatur. Noah akhirnya betul2 mengakhiri zaman lakonan nya hingga tahun 1992 untuk drama "To Die, to Sleep"(1994). Noah Hathaway sudah berkahwin dengan Sameerah dan merupakan ayah kepada dua anak lelaki, bernama Trey dan Jared.(Gambar dibawah- (kanan) Noah bersama anak lelakinya, (kiri) Noah semasa menjadi Artreyu)


Dimanakah Noah sekarang?..Last update, Noah's bercadang untuk membuka kedai motosikal,5150 Choppers,di Miami, Florida. Sejak itu, dia telah diajak untuk berlakon kembali dalam filem Troll, yang pernah dilakonkan nya pada tahun 1986 dahulu.





p/s : kan best kalau Noah ni berlakon balik. bukannya tua sangat pon..hehe..

Sunday, February 20, 2011

MyChantique di serang Malware

Sejak awal bulan February lagi, Masha xdapat nak access blog sendiri, apatah orang lain kan..memang down time tu,.dah le dengan busy kerja kat office bertambah lagi dengan assignment, test & quiz kelas masters, huhu..memang xsempat langsung nak solve issues ni. Masha sayang le jugak kt blog ni kan, yela Masha ni bukan la rajin sangat nak update bog, bertambah lagi kalo dah update tu, banyak memori n event yang penting Masha catatkan. So, if ilang blog ni, sedih ooo...huhu..sepanjang period tu, kalo type Story of My Chantique, memang akan appear message alert ni la: 


Seperti yang kita semua sedia maklum Malware ialah short form untuk Malicious Software atau dalam Bahasa Malaysia perisian yang berbahaya..hehe, skema betul ayat, yela dulu time belajar xde la lecturer explain sampai begitu sekali kan. Perisian berbahaya itu merujuk kepada perisian yang direka untuk merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Ia termasuk virus komputer (computer virus), cecacing komputer (worms), kuda Trojan (Trojan Horse), kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) menipu, dan perisian jahat dan yang tidak dikehendaki lain. Itu lah sedikit sebanyak maksud Malware, kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila la rujuk wikipedia.

Masha pun google la cara bagaimana nak solve problem yang meruncingkan kepala ini, so terjumpa la dengan Blog Ayie yang ada memberi tunjuk ajar cara bagaimana nak mengatasi masalah Malware ini. Akhirnya, berjaya juga Masha solve problem ni. Terima kasih kepada Ayie..:-)..Menurut blog Ayie ni, cara nak solve problem ni ada 3 :
  1. Download software Malwarebytes' Anti- Malware , install dan jalankan scanning untuk detect malware
  2. Kalo xsolve juga, masuk blogger dashboard, pergi kat design then delete semua link2 bloglist yang ada di dalam blog.
  3. Kalau sudah berjaya buang malware tersebut dan anda merupakan pengguna Mozilla Firefox, sila ke Tools > Options > Security > untick block reported attack sites.
Untuk pengetahuan semua, Masha ikot step no-2 ni sebabnya step no-1 still xdpt solve. Memang sedih sikit nak buat step no 2 ni, yela sebab link2 blog list tu kan semua kawan2 kita yang dh lama kenal di alam maya ni. Lagipon, Masha selalu buka blog pon bukan sebab nak update, just sebab nak baca cerita kawan2, dan nak entertain hati dikala keboringan.

Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday to me..

1st things first, now my age + 1 more number , but still sweet 24..hehe..kantoi sudah.. Mula2 sehari sebelum birthday lagi dah dapat birthday wish from JobStreet, Hotlink, Petronas Bandar Puncak Jalil, Jusco..hehe..terharu plak..and terasa ramai plak kawan2 fb yang wish and almost 160++ yang wish thru fb kot..kira plak la kan..Sangat2 happy but quite sad on the day.. tak tau la sebab ape, sangat emo..1 hari menangis xtentu pasal..xde mende pun nak nangis, maybe sebab terasa sunyi sorang2 kat rumah tanpa family disisi..Lepas mak call wish birthday..terasa sedih sangat2..miss my mom..Walaupun sedih, nasib ada family Mr.EverDale..Malam tu diorang ajak family dinner ramai2 makan kat Puncak Jalil..relief sikit sedih dihati melihat baby sophie & telatah family Mr.EverDale..thanks a lot..love u all..and to my Mr.EverDale, thanks very much for the present that will brings pahala to both of us..Sorry for everything that hurt u..I don't mean for that..I hope our relationship will everlast..n love u till the end of my life..

Sunday, January 9, 2011

New year with new wish..:-)

Rasa nya, masih tidak terlewat untuk wish "Happy New Year 2011"..Baru 8 January, still awal lagi..hehe..Tahun ni rasa macam semangat sikit..dah plan macam2 untuk tahun ini, if ada rezeki, ada la..Aminn..Almaklum la, tahun ini dah bergelar pelajar kembali..Masha further study dalam bidang Master in Computer Sciences...So, i've to arrange my time more wisely pas ni..no more main2 na..Oppss..by the way, last year rasanya takde azam kot, & this year i wish..
  • Will study smart & passing my part 1 course with flying colors..
  • Rezeki lebih murah lagi - kalau dapat kerja dengan gov. pon lg bagus..
  • Will maintain intimate relationship with Mr.EverDale's family..
  • Discipline in saving money..use money wisely..
  • Want to keep long hair..no more cutting2..hehe..
  • Work hard, study smart..arrange time more wisely..
  • Love My Mr.EverDale more n more.. 
1 more thing,.I'll become older..huhu..7 days more..Sweet 24..:-)

Tuesday, December 14, 2010

Cara untuk beza kan Kicap Cap Kipas Udang Tiruan

Credit picture to Kosmo

Disebabkan Masha ni pengguna setia Kicap Cap Kipas Udang ni dari kecil lagi, sejak dapat tahu tentang kicap tiruan ni dari berita TV3 malam semalam, terus la rasa was-was. Tapi kalau semua hendak tahu untuk mengetahui kicap itu tiruan ataupun asli, kena tengok melalui penutup di dalam GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli yang penutup plastik tidak berlubang. 

Menurut akhbar Kosmo, kegiatan haram ini terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas. Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli.

Oleh itu, untuk tujuan keselamatan dan ketidak was-was, sebelum membeli kicap jenama Cap Kipas Udang ini, periksa la dahulu penutup plastik.:-)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus