Thursday, September 13, 2012

Cara Membuat Chocolate Cornflakes- Biskut Raya Paling Mudah-

As-salam,

Setelah hampir sebulan gambar bertafakur di dalam Ace ni, so Masha di sini nak ajar cara-cara hendak membuat kuih paling senang untuk juadah hari raya ataupun buat makan2 sendiri di rumah. Masha buat kuih ni time Aidilfitri 1433H yang lepas.. esoknya nak raya, sempat lagi kan..Budak2 paling suka kuih ni..sekejap je habis 1 balang..hehe..check it out dear...

Chocolate Cornflakes

Bahan-bahan yang diperlukan 
1) 1/2 kotak Nestle Cornflakes (bergantung nak banyak mana)
2) 1 bar Coklat Masakan (tak kesah brand apa pon, Masha guna brand Nona je)
3) Coklat rice (Apa2 saja untuk hiasan, Masha guna yang warna warni)


Cara-caranya
1) Mula2, patah-patahkan coklat masakan dan letakkan ke dalam mangkuk Pyrex (mangkuk yang boleh masuk microwave tu, yang tahan haba)
2) Di sini, Masha guna kaedah Double Boiling iaitu salah satu caranya ialah dengan meletakkan mangkuk di atas rice cooker yang mengandungi air yang mendidih. Make sure air tu separuh periuk sahaja dan pyrex tu perlu menutupi ke seluruh rice cooker tu, supaya tiada wap air yang keluar. Dan pastikan rice cooker anda mula2 tekan Cook, kemudian biarkan ia Warm sepanjang proses membuat kuih ini.

 Kaedah Double Boiling ini senang kerana ia tidak akan membiarkan coklat itu cepat keras dan akan senantiasa cair dan proses untuk membuat cookies ini berjalan lancar. Ada beberapa cara juga ialah dengan menggunakan dapur- iaitu masukkan air ke dalam kuali dan panaskan, dan masukkan periuk yang kecil yang mengandungi coklat di dalam nya dan agak2 muat masuk ke dalam kuali itu..


3)Apabila coklat sudah cair, masukkan lah cornflakes tadi dan kacau-kacau coklat supaya menyelaputi ke seluruh cornflakes itu.

4) Setelah selesai, sudukan bahan2 tadi ke dalam paper cup kecik yang biasa orang bubuh kuih tu, dan taburkan rainbow rice.
5) Susun banyak2 atas talam dan sejukkan dalam 15 minit. Boleh susun dalam bekas kuih.
TADAAA...
Sudah boleh dimakan..Selamat mencuba..as easy as 1 2 3..:-)

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus