Thursday, March 15, 2012

DIY- Cara Mengubah Duit Mas Kahwin- Part 2

Assalammualaikum semua..Hari ini Masha akan sambung Cara-cara hendak mengubah Duit Mas Kahwin. Step hari ini ialah cara hendak mencantumkan bunga-bunga yang sudah siap digubah menjadi sejambak bunga dan dijadikan 1 dulang hantaran.
  • Mula-mula sediakan bahan2 nya terlebih dahulu ye kawan2. Bahan yang diperlukan ialah : 1 polisterin berbentuk empat segi tepat (bergantung kepada pilihan masing2), kain lapik polisterin (bergantung pada pilihan masing2, macam Masha Theme belah lelaki color gold, so Masha pilih kain color gold), renda / list hiasan berwarna untuk lilit keliling polisterin (ini pon bergantung pada pilihan masing2), double sided tape, daun2 hijau plastik,  dawai, pita lilit bunga berwarna hijau dan riben. 
  • Kemudian, ambil bunga yang sudah siap digubah seperti yang dalam entry Part1 lepas, lilitkan dawai bunga itu pada batang bunga / dawai bunga yang tebal. Dan lilitkan dengan pita lilit bunga yang berwarna hijau..lilit banyak2 kali sehingga bunga betul2 kukuh.
 
Dawai bunga dililit pada tangkai bunga plastik / dawai bunga yang tebal.
Lilitkan pita bunga yang berwarna hijau keliling tangkai, sehingga bunga betul2 kukuh.
  • Kemudian langkah seterusnya, ambil daun plastik atau bunga2 plastik yang kecil lilitkan sekali disebalik tangkai bunga itu, lilitkan bersama pita bunga berwarna hijau itu. Buat ikut kretiviti anda..Lilit je, janji boleh..hehe..:-)
  • Langkah yang seterusnya ini tiada gambar, langkah ini simple je..ambil kain cantik/ kain net tadi. Letakkan di bawah dan polisterin di atas..Kemudian ambil double sided, gamkan pada diameter ukur lilit polisterin empat segi tadi dan lipat kain cantik tu seperti membalut kotak hadiah. Lakukan langkah in sehingga polisterin betul2 kemas dibalut oleh kain cantik itu. Kemudian ambil renda, gamkan pada keliling diameter polisterin itu.
  • Untuk duit syiling RM0.20 pula, Masha hanya lilitkan pada dawai dan cucuk pada polisterin, untuk cukupkan RM1.00.
  • Kemudian setelah siap setiap tangkai2 bunga yang siap dilit dengan bunga dan daun hiasan, cantumkan satu demi satu bunga2 itu sehingga menjadi sejambak bunga seperti di dalam gambar di bawah. Akhir sekali ambil riben (color terpulang) untuk dililitkan pada hujung jambangan bunga itu. Macam Masha guna riben color merah.
Di sini Masha tambah aksesori tambahan seperti rama2 hiasan berwarna gold, 1 bekas gelang berwarna coklat (yang berbentuk bulat), 2 bekas cincin (berwarna putih) yang seakan2 cinderella carriage tu. Yang carriage tu sangat Masha berkenan..cute je.. dan akhir sekali sekuntum bunga berwarna gold. Tadaa...dah siap.
Bekas Cinderella Carriage dan bekas gelang
Her Ring (left)  and His Ring (right)                                                                                           
Her Bracelet
Finall touch by Masha, yang sudah siap di atas dulang.
Dah siap..selamat mencuba ye kawan2..(",)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus