1) Mula2 sediakan bahan-bahannya nya dulu iaitu, gam dan kertas je..:-)..Di sini masha guna kertas pembungkus nasik lemak tu..Just 2 items..:-)
2) Kemudian lipat kertas yg besar ni kepada dua bahagian, dan tinggalkan 1 inci di hujung kertas, seperti di dalam gambar dibawah.
3) Kemudian gamkan pada bahagian kecil 1 inci yg ditinggalkan itu. Supaya kertas itu bercantum.
4) Setelah gam, dan sudah kering, lipat lagi di kedua-dua hujung kira-kira 1 1/2 inci..lipat kiri dan kanan, supaya tinggalkan garis. Sebab nanti kita akan buka semula lipatan ini.
5) Kemudian buka semula lipatan, harus ada 3 garis lurus. Tolak ke dalam garis yang paling tengah seperti dalam gambar. Lakukan di kiri dan kanan, di kedua-dua belah..
6) Kemudian lipat di hujung bawah kira 4 inci (ikot kehendak masing2 nk lebar mana)
7) Buka lipatan yang dilipat sebentar tadi, dan tekan ke dalam kawasan yg bersegi tiga..
8) Kemudian lipat seperti membalut hadiah dengan melipat kertas itu ke kiri dan ke kanan sehingga jadi seperti dalam gambar di bawah..gam kan di kawasan berlorek hitam (yg segitiga tu)
9) Kemudian bahagian bawah lipat ke atas, bahagian atas lipat ke bawah supaya bahagian bawah bag tu bercantum.
10) Sesudah gam, lipat kepala bag itu beberapa inci, mengikut kehendak masing2 dan gunting (jika mahu) menggunakan gunting yg ada shape tu supaya menjadi corak sikit. Kalau takda gunting ni pun takpe, ikot kreativiti masing2..
11) Finally..Masukkan tangan anda kedalam bag, supaya bag menjadi seperti dalam gambar. Sudah siap dan boleh masukkan apa2 barang di dalam. Boleh hias dengan riben or dolly paper jika mahu.