Showing posts with label Wully. Show all posts
Showing posts with label Wully. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday ver 4.1

As-salam

P/s: Kelmarin 27/10 & Semalam 28/10 accident berturut2.. Ujian kecil dariNya..insyaAllah..akan lebih berhati2 next time..

Friday, April 1, 2011

Birthday Ekin

Minggu lepas balik Ipoh setelah hampir 2 bulan tak balik. Banyak plan nak buat sepanjang balik Ipoh ni, sebab nya dah siap-siap ambil cuti hari isnin lagi. habis je kelas hari Sabtu, terus pick-up adik kat Shah Alam, then terus balik Ipoh. Hari Ahad plan nak celebrate birthday anak buah Masha yg ke 5 tahun, sebenarnya birthday dia 30/3, tapi celebrate awal sikit sebab 30/3 kan hari Rabu, Masha dah kerja kan, so disebab kan sekali-sekala balik, Masha pun nak celebrate best sikit la kan. Si Ekin ni request cupcakes nak ada gambar barbie. Jenuh juga la nak cari kedai cupcakes kat Ipoh yang dapat buat edible image with low price n cantek. Dok berBW, terjumpa 1 kedai ni dari hari Rabu lepas lagi, tapi tengah survey2 dulu. Dah la last minutes order, naseb akak tu dapat buat. Huh, lega. So kat bawah ni ada sikit gambar time celebrate. Ekin suke la sangat. Happy sebab dapat fulfilled apa yang dia nak, next time birthday Leya pula. Ni link belog kak Diba, nk promote cket >> DMuffinsart




Nak dijadikan cerita, time sampai Ipoh hari Sabtu tu, really spoil my mood. Wully buat hal plak, dia mengeluarkan bunyi yang tak best dari enjin, buka enjin dan tekan minyak keluar macam percikan api..huhu..cuak gak la..tapi gagah juga pergi rumah Tasek dan rumah akak malam itu, sampai rumah kereta dah bau hangit dah. Huhu..tak dapat nak bawak mak & akak jalan2..huhu..(>_<)..Abah terus tak bagi drive kereta hari Ahad tu. Nak repair bengkel tak buka pula, last2 naik kereta Saga Abah nak pergi jejalan. Kereta saga tu pula air cond rosak dengan cuaca di Ipoh sangat panas . Macam2 hal la plak. Gagah juga la keluar, sebab nak bawa mak n akak jalan2, dan nak pergi cari kain lining dalam untuk baju tunang. Dah beli kain, hari Isnin tu pergi tempah.:-)..Sangat tak sabar nak tengok hasil nya nanti. Harap kedai tu dapat jahit ikut design Masha. Cerita pasal baju tunang nanti Masha tulis lain. Pergi proton hari Isnin tu, sangat geram tapi sabar lagi, Wully rosak kat bahagian Altenator kat sebelah enjin, diorg cakap bahagian ni tak expect nak rosak, so diorang takde la spare-part. So, kena tunggu 1 or 2 hari baru dapat barang, dan baru leh repair. Yang Masha bengang nya, Proton service centre punya la besar macam kat hospital pun ada, sebab nya kena ambil nombor bagai time nak jumpa. Tapi takde spare-part.Pastu, diorg kena request dan tunggu barang sampai dari Shah Alam. Yang tak logic nya, ada ke kena tggu 1-2 hari baru sampai?..Macam la Ipoh-S.Alam jauh sangat.Tension btul, dah la malam Selasa ada test. Last2 Masha balik KL naik bus.huhu..adik tunggu kereta siap, dia bawa balik KL nanti. Finally, hari Khamis semalam baru dapat balik Wully ku. Nasib tak kena bayar apa2, sebab kereta still in warranty.

Thursday, March 10, 2011

Wully Service 10k KM

Cerita ini berlaku last Saturday. Untuk menghabiskan free service voucher from Proton, dan hendak 'manjakan' Wully setelah 3 minggu tidak ber'mandi' dan di'periksa'. So after kelas Automata petang itu, Masha pun pergilah EON service centre at Taman Equine. Hehe, berlaku kejadian yang telah memalukan diri sendiri sehingga merasakan nak je menyorok bawah meja kaunter tu. Muka memang merah la kan. Dialog sikit je macam ni :

Abg Proton : Dik, dik pakai minyak ape ye?
Masha : (Dengan yakinnya menjawab) Urmm, saya pakai minyak Shell & Petronas je bang.
Abg Proton & kawannya : (Senyum je) (^_^).. Bukan, maksud saya, minyak enjin dik.
Masha : (Aduii..terus pandang Mr.EverDale, dalam hati maluu gler la..bukannya dia nak tolong jawab..huhu..dengan muka xthn nk nyorok bawah meja) Hehe, jap eh saya tengok resit.(Cari2 resit, jumpa la minyak Petronas Syntium 800 SM) 
Abg Proton : Owh, 800 punye. ok2..

Sampai sekarang, Masha ingat 800. Perasaan time tu malu gler la, tapi buat muka cool je. Mr.EverDale cakap, takpe pengalaman. Dia sebenarnya nak tolong jawabkan, tapi dah Masha yakin sangat terus jawab, tak sempat la dia nak jawab. Kalau tanya girls lain maybe diorg pon jawab benda yang sama kot. Sesungguhnya, saya memang kurang arif tentang hal2 kereta ni, drive je tahu. Pengajaran hari ni, "think before you talk".

Wednesday, November 24, 2010

Wully

Merujuk kepada entry Tagged dari Mr.Palie, kalau nak diikutkan kata hati, kereta idaman Masha ialah either Honda Civic R-Type or Honda Jazz (2006) ye..dua2 kena color putih my favourite.

Tetapi..saya hanya mampu beli yang ini sahaje..hehe.xpe la, ade ala2 R-Type kn..Tadaa...My Wully..:-)

Wully, baru berumur sebulan 2 minggu..:-)

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus