Friday, December 30, 2011

Pindah Rumah

Arini, last day kerja untuk tahun 2011 ni, pejam celik pejam celik dah dekat setahun 2 bulan dah kerja kt htp ni, and dah masuk 2 tahun setengah dah kerja after grad 2009 dlu..sekejap je masa berlalu..tinggal 1 setengah hari je lagi menjelang 2012. Banyak suka duka sepanjang tahun ni. Nanti esok Masha compilekan sekali semua summary 2011..

Semalam, officially date Masha berpindah kt rumah baru yang bakal menjadi rumah kami after nikah nanti, but buat masa sekarang Masha stay sana dulu sebulan ni. Penat sangat pindah rumah ni, dah le kena angkot barang turun dari rumah lame, then kne angkot naik rumah baru plak. Siap amik mc lagi nak pindah rumah..hehe..Naseb Along and his labour datang tolong. Pk blik, kelako le plak. Rumah baru Masha ni level 14, n dapat parking lot kat level 5. Parking lot dia dah le berpusing2, naik pening nak cari tempat parking. Smlm je bape kali dah berpusing2 cari parking tak jumpe.Nak kuar dari apartment tu lak, nk touch bagi palang tu bukak pon tak sampai.Pujuk hati cakap xpe, lama2 ok la nanti baru2 memang xbiase..

Time nak keluar rumah lama, rasa sayu le plak. Tapi dalam hati excited nak masuk rumah baru.Tak sabar2 nak cat rumah, decorate rumah. Cat dah beli dari last week lagi. kalo ikot plan, tema rumah Black, white n red..Tunggu dan lihat..slow2 dlu..dengan preparation nak nikah lagi, macam2 pk..hopefully semuanya berjalan dengan lancar..wish me luck..new year, new life, new status and new beginning..Jiayou Masha!!..
 rumah lame..barang2 dah siap packing, nk kne angkot..

Thursday, December 15, 2011

Hari yang sesuai untuk memotong kuku..


Rasulullah S.A.W pernah bersabda, maksudnya: barangsiapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu : keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin : keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : keluar daripadanya sihat masuk penyakit
Hari Rabu : keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmant daripada Allah Ta'ala.

Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith


1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:


من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة


Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

wallahu a'lam.


Sumber : sunnah 

p/s: entri ini telah dikemaskini atas teguran dari hamba Allah di FB Masha tempoh hari. Terima kasih banyak pada saudara Mat Yusof Abd Rahman di atas teguran beliau. Sekarang Masha sudah berjaga-jaga untuk share apa2 pon di fb /blog supaya kita tidak terdiri daripada kalangan penyebar hadis palsu (Kiamat sudah hampir)
p/s 2: Kesimpulannya, setiap hari juga tidak salah untuk kita memotong kuku, kerana agama Islam amat menitik beratkan kebersihan. Sebaiknya, potong apa2 pon hari Jumaat sebelum tenggelam matahari, wallahu a'lam. 

Tuesday, December 13, 2011

Prosedur Nikah di Negeri Perak

Masha lahir memang kat Ipoh, Perak, tunang Masha orang Johor tapi dia dah menetap di KL lebih dari 5 tahun. Di sini Masha nak story detail cket pasal prosedur kahwin di Perak. Di mana biasa nya memang kena bernikah di tempat lahir pengantin perempuan kan. Masha ade blogwalking gak cari info pasal prosedur nikah untuk Pengantin dari Perak, tp memang tak banyak. Hope dengan adanya entry ni boleh menjadi reference untuk BrideGroom from SilverCity ye..:-)
Mula2, pergi la beli borang nikah ni kat Jabatan Agama Islam Perak di area rumah korang. Masha, abah yang tolong ambilkan, kena bayo rm1 je kot..nak beli byk2 pon takpe. Kalau kat Ipoh ni tempat dia kt  Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat Bangunan Bank Islam Ipoh, sebelah sekolah Cina. Kemudian siapkan semua dokumen yang diperlukan seperti dalam gambar di atas. Prosedur ni khas untuk anak dara ye, bukan janda..hehe..
  • 2 salinan IC pemohon dan bakal suami. Seelok2 nya pastikan address dalam IC kte sama dengan alamat rumah tetap yang paling terkini. Sebab Masha punye IC ni dari darjah 6 punye, address dia address rumah lame, so Masha buatlah IC baru. Senang.Gambo pon cantek.hehe.( Photostat lebih senang, buat backup)
  • 2 salinan IC wali. Macam Masha, mustilah abah Masha punya IC. Tapi bagi kes wali yang telah meninggal dunia, sertakan surat mati asal.
  • 2 salinan IC saksi lelaki untuk borang / nikah. Abah Masha mintak tolong orang surau yang abah kenal jadi saksi.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu. Nak yang original dan salinan sekali ye. Bagi je pemohon dan bakal suami
  • Bagi kes alamat pada IC berbeza dari alamat terkini/tetap.Dapatkan Surat Akuan Permastautin dari Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan/ Majikan.
  • Surat Akuan Bujang dari Majikan/Ketua Kampung/Pegawai Masjid Kariah berkenaan. Surat ni Masha tulis sendiri and bagi kat bos Masha signkan.Kalau sesape nak example, nanti bg email kat comment di bawah ye..:-)
  • Borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin Lelaki (Borang 1) yang telah lengkap ditandatangani oleh Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pendaftar Perkahwinan, Penceraian & Ruju' (daerah Pihak lelaki) JIKA berkahwin dengan pasangan yang berlainan daerah tetapi sama negeri. (Bagi kes Masha, tunang Masha xprepare yang ni sebab kami negeri lain2).
  • Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki JIKA berkahwin dengan pasangan dari berlainan negeri. (yang ni tunang Masha prepare sebab berlainan negeri kan. Tunang Masha ambil borang2 sume kat Masjid Wilayah, sebab dia dah menetap kat KL lebih dari 5 tahun, so dah kira mastautin kat KL la walaupun dia lahir kt Johor. Surat ni macam Sijil tau)
  • Surat Pengesahan pemeriksaan saringan HIV pemohon dari mana2 Klinik Kerajaan. Result as attached below : Non-Reactive..:-)
 So, rasa nya itu je kot. Macam banyak kan. Tapi sebab nak nikah punya pasal, semua jadi mudah. Sekali lagi, Masha repeat, kalau nak nikah both pemohon lelaki dan perempuan kena prepare form masing. Mula2, pihak lelaki kena settlekan borang dia dulu, dah siap approve dan dapat macam ala2 sijil (Surat Kebenaran Berkahwin Lelaki ), then baru bagi kat pihak perempuan. Pihak perempuan perlu settlekan form2 dia juga, beserta semua salinan yang diperlukan seperti diatas. Dah siap semua mintak tolong abah hantarkan borang ke pendaftar perkahwinan di kawasan yang pihak perempuan nak bernikah. Kat sini nnti, confirmkan dengan Tok Kadi and Saksi, supaya diorg ni confirm akan available time date nak nikah nnti..

Friday, December 9, 2011

Rezeki Nak Kawen

Alhamdulillah, syukur sangat end Nov and awal Dec ni byk good news diterima..lepas nikah ni Masha start kje tempat baru..Akhirnya Masha berjaya memegang jawatan ptm F41 yg Masha nak sangat dari after study lg..Rasanya dekat 5-6 kali gak la Masha g interbiu post PTM ni, kat merata2 tempat dah Masha try. Ingat lagi first time pergi interbiu kat Bangunan Perak Darul Ridzuan, time tu dengan tak prepare nye, dah la baru je abes belajar, ari jumaat abes class, isnin tu dah kne g interbiu..dgn xde cert degree lg la..memang kelam kabot and agaknya memang bukan rezeki Masha lagi time tu. Tapi takpe tu merupakan titik permulaan Masha untuk mencuba lagi interbiu position ni. Bagi Masha, kalau husband and wife tu kerja , seelok2nya biar la either one mesti kerja gov. Sebab nanti boleh support each other soon. Dan Alhamdulillah, memang rezeki nak kawen agaknya, Masha received good news ni, and yang best nya dekat UiTM plak..elok sangat la sebab Masha memang tgh further study kt ctu, after kje leh tros g klas. Takyah la nk rush2 lagi macam sekarang every week travel Cyber - Shah Alam, after office hour..huhu..memang speeding je la kan nk kejar masa kls start pkul 6.30pm..
One more good news, Masha dah dapat rumah baru. Best2..alhamdulillah, setelah bersusah payah mama Mr.EverDale turun naik bank uruskan urusan pembelian rumah tu, finally dalam masa 7 bulan loan rumah approved. Terima Kasih sangat kat mama, tak tau macam mana nak balas jasa dan usaha mama..Isnin lepas baru dapat kunci rumah baru. Excited nak siap2 rumah & deco2 rmah baru tu..:-)

And for the last good news for this entry. Early morning tadi baru received news yang mama finally lulus exam and dapat sambung chambering. Setelah berhempas pulas selama ni, akhirnya membuahkan hasil. Congratz to my mama to be..:-)

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday Ver 1.1

p/s: Finally dah dekat 3 bulan dah abes P, dan dah setahun 2 bulan memilik WuLLy..:-)

Tuesday, November 29, 2011

Artwork suda sampai..

Tq to Kak Zai, sbb berjaya juga draw as per requested. Masha dah tempah art ni awal bulan aritu, n cepat je kak zai siapkan. Urgent nk art work ni because nak masukkan pada kad kawen yang Masha tempah nnti. Fyi semua rakan2, Kak Zai ni my ex-officemate, kak zai mmg sangat berbakat..sekarang dia dah fulltime ambil tempahan lukisan kaligrafi, kartun2 pon dia boleh buatkan. Kalau pada sesapa yang nak tempah boleh contact Kak Zai kt blog LukisanKaligrafiMurah dia, n kalau nak tengok2 design ArtWork Kak Zai, bley tgk kt page FB Kak Zai-Lukisan Kaligrafi ni..

 dah tak surprise dah, hehe, xpe2 nak tunjuk gak..tak sabar2..

Masha, dah sempat siapkan Tunjuk Arah ke rumah Masha and rumah Mr.EverDale time majlils nnti based on this ArtWork, edit guna Photoshop..
 ok tak?..

Sunday, November 27, 2011

Counting Days

Huhh..ni baru btol2...lagi 2 bulan nk tukar status ni..takot, xsabar2, nervous sume dah rase skrg..he really close to me now..Doakan, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..Aminn.


Friday, November 25, 2011

Idea Baju Sanding

Wah2..lama nya tak tulis blog..rindu2 kat blog ni..busy sangat 2-3 minggu ni..nak sakit2 dah..tidur tak cukup, rehat tak cukup ..huhu..Finally, setelah 8 x UAT bersama user, dan pagi tadi dah demo kt Dato' KP JPJ, Dato' Solah..Alhamdulillah, all run smoothly.. Kudos to all  IDM Team..:-)..penat lelah berbaloi..Tengah pening sebenarnya ni, take time sekejap nak tulis blog. 

Esok Masha & Mr.EverDale nk pergi JB, nk pergi Butik Pengantin Izad kt sana plak..2 minggu lepas Mr.EverDale turun Ipoh, pilih and fitting baju pengantin..Mula2, ikotkan nak save bajet guna design baju pengantin yang dah sedia., tapi tiba2 ternampak baju pengantin yang ditempah oleh pengantin yang lain, memang Masha tak tahan sangat tengok design baju pengantin yang didesign baru tu. Last2, lepas discuss dengan Mr.EverDale and dapat kautim dengan Kak Laila, owner butik tu, dia agree nak bagi less rm100, supposely kalau design baju lain kne rm200, Masha dpt rm100 je..best2..sbnarnya dah boring tgk design baju pengantin yang mostly kebaya/jubah labuh,.then Masha request nk design macam baju kurung moden, ala2 baju Salma Mentor di AIM ' 11 baru2 ni..
 Wan, pinjam gambar ye..hehe..

Sangat suke design kain, macam baju di bawah ni punya kain ye..yang tak kembang sangat dan tak meleret sangat..tunggu dan lihat ye..
Disebabkan baju nikah Masha dah siap, tak sempat nak tukar design dah..takpe la..hehe..tak sabar2 nak pergi fitting baju nikah dah..:-)..lagi 2 bulan...Alhamdulillah, semua yang perlu dibooking, sudah di booking..dokumen2 pon dah settle..

Thursday, November 3, 2011

Busy


Since 27/10 till tomorrow 4/11..Busyyyyyy sgt..:-(..No time for myself either..huhu..I want to sleep...Zzzz..

Monday, October 24, 2011

Welcome to New Template and Header

Rasa nya baru seminggu kot Masha load template baru ni, actually template ni dah lama siap. Tapi disebabkan ade error while loading, html coding (nuffnang , advertlets) conflict dengan xml code tu. So terpaksa remove for temporary dlu. Thanks a lot to Mr.P - owner Trails of Yesterday yang design template ni mengikut citarasa Masha yang banyak songeh ni..hehe..Theme Origami & color purple , nice combination..I like it..:-). Thanks to pengomen setia juga, Mr.EverDale, kalo sesuai mata dia, sesuai la mata Masha..hehe..btw..kalo krg nak tempah header ke, template ke bley la tempah kt Mr.P ni, hehe..promote cket..kasi up cket..check it out..

Sunday, October 16, 2011

E-Day MaSyahrul-Review

To be continue from the previous entry about Majlis Merisik & Engagement yang baru sebulan..Here's the detail on the day..sebenarnye dah lame nk tulis entry ni, juz nk tggu official pic from OP masha..tak best plak kang kalo entry xde pic kn..:-)..naseb dah dapat pic tu last weekend..so check it out..

Masha& Syahrul-Merisik & Engagement Day -Review 

1. THEME (Pink White)
Family Masha tak semua wore pink/white, tapi ada la sikit2..hehe, jadi la and Mr.EverDale pakai baju color Purple, tidak seperti yang dirancang. Family Mr.EverDale wore semua green color.. Masha plan dia pon pakai baju white, tapi takpe la..you still smart as always my dear..:-) 
With his family..;-)

With my family (not all, my bro ade yg xblik)huhu..
2.ATTIRE
BAJU : White baju kurung modern dari Kain Sulam Bukit Tinggi ni Masha order online kat FB- Borong Kain Sulam sangat cantik- rm 110. First time Masha tengok, officemate Masha pakai pergi office..cantik, then teringin nak pakai jugak, pergila browsing, terjumpa online shop ni terus order. Actually dah lama Masha order, dan dah siap jahit (kain lining -rm 15) sebelum tiba masa nya lagi. Masha hantar jahit di Monday Fesyen - rm 120(upah jahit)..chinese yang jahitkan, sangat kemas..dan my  Sis Shila tolong jahitkan manik di sekeliling baju- FOC..luv it..VEIL & ACCESSORIES: Sewa dari butik pengantin di Medan Tasek - rm 50Total lost : rm295..:-)
Baju kurung moden Sulam Bukit Tinggi, Accessories and Veil sewa from Butik Pengantin di Medan Selera Tasek and Shawl bought at Jalan TAR..


Jahitan manik from my Sis Shila  and hand bouquet DIY from her


3.MAKEUP
My Sis Shila done all the make up and design the Hennah by her self..Total lost : FOC..hehe..
Simple but sweet..luv it..
4.PELAMIN
Actually DIY mini pelamin ni idea dari Masha sendiri hasil dari blogwalking from B2B, and my Sis Shila. Mula2 Masha design sketch je dulu, then bagi kat akak. Discuss dengan dia nak design macamana, kalau boleh nak jimat dan gunakan barang yang dah ada ja. Al-maklum la, Masha ni sangat cheapskate cket..Ni antara barang2 yang ada kat pelamin tu:
  • 4 vase + mix flowers pink white - DIY gubah- beli di Nilai 3 & Jln.K. Kangsar - rm 210
  • carpet (pink white) - beli di Nilai 3 - rm 45
  • 2 pompom pink white - DIY (tak dapat nak sangkut kat atas sebab tinggi sangat..huhu)
  • 4 love shape pillows (borrow officemate )- FOC
  • mini pink butterflies & other accessories - rm 14
  • satin curtain (sewed by my Sis Shila) - rm 64
  • 16 x 16 square pink pillow (untuk duduk, menggantikan tilam supposely) - rm 20
  • p/s: tak dapat nak siapkan tempat duduk (tilam) sebab last minit tak jumpa cadar color pink. .huhu..nyesal tak beli siap kain pink ksg aritu..huhu..
Although not 100% exactly like in the sketch that I've shown before, but almost 85% look alike..Puas hati sangat..hasil DIY sendiri..Total lost : rm 357 ..:-)
Example Dais Sketch from me


Gubah bunga sindri-DIY lagi..

 DIY my Pinky Dais, with the help by my family
5.PHOTOG
Actually pada hari kejadian, byk photographer nya. Penat plak nk senyum lama2, sampai lenguh bibir ni dibuatnya. Dah rasa macam artis la plak kn..hehe..tu belum nikah n wedding lg kn..camne la agaknya nanti. But mostly pictures taken by my Sis Shila- FOC & OP - rm 250. Total lost: rm 250..:-)
Some of the pix from OP
6.DOORGIFT 
Bertekad kununnya nak buat goody bags sendiri dan berjaya akhirnya..huhu..dalam proses settlekan doorgift ni, semua bekerjasama menolong Masha buat kerja, sampaikan anak buah Masha yang kecik tu pon tolong sama.. Tolong masukkan brg ke dalam goody bags..Total lost: rm 127.80
  • Paperbag (DIY - dalam entri ni diajar cara buat goody bags)- rm 12
  • Handkerchief x 50 helai - rm 7.50
  • Keropok x 5 paket(1 paket 20 bungkus) - rm 14.17
  • Cloud 9 x 36paket - rm 17.30 
  • Sweet kiss (gula2)- rm 9.99 
  • Apam polkadot- rm 60 
bertungkus lumus gulung dan ikat riben (punye la nk save..hehe..actually ade yga dah siap ikat jual kt kedai tapi mahal sket eh..)

Ni pillow bag, Masha print (from here), gunting dan gam sindri..buat dalam 50 bijik.

Ni Apam Polkadot inti jem strawberry siap dibungkus 1 paket x 2 bijik

Item dalam pillow bag, pillow bagHandkerchief masok dalam goody bag..;-)

Tadaa..goody bags yg cute..
7.FOOD:
a)  Makan tetamu x 60 person (catering by Maal)- Total lost: rm 250
  • Kari Daging
  • Ayam Masak Merah
  • Sayur Campur
  • Air Sirap
 b) Makan family & family Syahrul (masak2) - sponsored  by mom & me
  • Ayam Masak Hitam
  • Sayur Campur
  • Ulam2 Mix + sambal belacan
  • Ikan Belanak Masin
  • Gulai Nangka
  • Ayam Goreng Kunyit
  • Buah Tembikai
  • Kuih-muih Raya


8.KHEMAH :  + Kerusi & Meja (sponsored from My Bro in Law-Abg Am)-Total lost : FOC..hehe..

9. ITEMS FOR HANTARAN for Him (DIY by me)
Dulang hantaran (ukiran kayu white color) sewa from Han Han. rm5 x 7 pcs - rm 35
  1. Sireh Junjung 
  2. Kain pasang baju melayu + button baju melayu (for nikah)
  3. Kain Songket (for nikah)
  4. Fruits (Mix-grape, apples,pear, etc)
  5. Choc Feveret dia
  6. Cupcakes
  7. Kuih Bahulu Ikan bersama anak-anaknya
Yang Masha buat color white pink tu, ade some from belah lelaki (white red) Masha buatkan juga, sirih junjung, buah2 an, dan kek. Kesian diorg datang dari jauh - JB.. Nanti next entri Masha detailkan lagi pasal hantaran ye..dah mengantok sangat dah ni..hehe..

Alhamdulillah again, semua berjalan lancar walaupun ada kurang sket2. Thanks a lot to Family Mr.EverDale yang sudi meminang bunga di Taman Tasek Mewah, walaupun ada big issue tgh melanda Along sehari b4 dtg Ipoh..pity on him (hopefully jumpa balik )..and to my beloved families, mak, abah, akak2, abg n adk2 serta makcik2 dan pakcik2 belah SP,Kedah sebab sudi turun Ipoh nak discuss dan tolong pada majlis ni..Penat, tapi puas..Thats all I can say..yeayy..(",)..Sy dah jadi tunang Mr.EverDale..

Happy 3rd Anniversary to me & u..

Sedar tak sedar, harini masuklah 3 tahun Me & Mr.EverDale bersama..Macam tak percaya je, orang yang kita cari selama ini ada depan mata kita je sebenarnya..Masha tak pernahkan story kat korang macamana Masha kenal Mr.EverDale ni..untuk pengetahuan semua, ataupun yang dah tahu Mr.EverDale ni satu kelas degree dengan Masha..Selama 1 kelas dengan dia, tak  pun bersembang malahan bertegur sapa dengan dia langsung walaupun Masha ni class rep buat 3 tahun berturut2 time degree dulu..huhu..Maybe sebab takot kot, muka dia garang sket..hehe..n dia pon boleh tahan diam jugak la..jarang la dengar suara dia dalam kelas..

Alkisahnya berlaku time end of Ramadhan 2008, Masha tiba2 dapat message wish hari raya dari dia. Pelik sket ok..setau Masha, Masha tak pernah kasi no phone kat dia n dia pon tak pernah sms Masha. So..starting from that sms, we keep on sms till now..we still love to sms each other, compare to call..hehe..Masha rasa bersyukur sangat atas pertemuan dengan dia, setelah beberapa kali frust dengan lelaki ni..dan Masha berharap dapat kekal bersama dengan Mr.EverDale hingga hujung nyawa..InsyaAllah, dengan izinNya, end of January next year I'll be going to be his Mrs.Syahrul..Happy Anniversary my Fiance Syahrul Azmeer Ismail..love you.. 

                                                                       A love note to you

Sunday, September 25, 2011

DIY- Cara Membuat Goodies Paper Bag..

Setelah direquest oleh  Sha yang bagi comment kt entry lepas dan sememang nya Masha memang nak ajar cara nak buat, tapi takda masa..huhu..pic dah ambil, tggu nak watermark n upload je..Sorry ye kawan-kawan. Pada entri kali ini Masha akan ajar.

1) Mula2 sediakan bahan-bahannya nya dulu iaitu, gam dan kertas je..:-)..Di sini masha guna kertas pembungkus nasik lemak tu..Just 2 items..:-)

2) Kemudian lipat kertas yg besar ni kepada dua bahagian, dan tinggalkan 1 inci di hujung kertas, seperti di dalam gambar dibawah.

3) Kemudian gamkan pada bahagian kecil 1 inci yg ditinggalkan itu. Supaya kertas itu bercantum.

4) Setelah gam, dan sudah kering, lipat lagi di kedua-dua hujung kira-kira 1 1/2 inci..lipat kiri dan kanan, supaya tinggalkan garis. Sebab nanti kita akan buka semula lipatan ini.

5) Kemudian buka semula lipatan, harus ada 3 garis lurus. Tolak ke dalam garis yang paling tengah seperti dalam gambar. Lakukan di kiri dan kanan, di kedua-dua belah..


6) Kemudian lipat di hujung bawah kira 4 inci (ikot kehendak masing2 nk lebar mana)

7) Buka lipatan yang dilipat sebentar tadi, dan tekan ke dalam kawasan yg bersegi tiga..

8) Kemudian lipat seperti membalut hadiah dengan melipat kertas itu ke kiri dan ke kanan sehingga jadi seperti dalam gambar di bawah..gam kan di kawasan berlorek hitam (yg segitiga tu)

9) Kemudian bahagian bawah lipat ke atas, bahagian atas lipat ke bawah supaya bahagian bawah bag tu bercantum.

10) Sesudah gam, lipat kepala bag itu beberapa inci, mengikut kehendak masing2 dan gunting (jika mahu) menggunakan gunting yg ada shape tu supaya menjadi corak sikit. Kalau takda gunting ni pun takpe, ikot kreativiti masing2..

11) Finally..Masukkan tangan anda kedalam bag, supaya bag menjadi seperti dalam gambar. Sudah siap dan boleh masukkan apa2 barang di dalam. Boleh hias dengan riben or dolly paper jika mahu.

There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus