Monday, December 31, 2012

Last entry for 2012

As-salam,
Harini merupakan hari terakhir untuk yahun 2012..alhamdulillah..almost semua yg masha impikan tercapai..antaranya of course la ikatan perkahwinan yg sudah 11bulan tersimpul kukuh, dan alhamdulillah rezeki zuriat yg dinanti2 kan telah termakbul..insyaAllah, next year bulan Ramadhan this little caliph will born..nak lulus dgn 3pointer above this year pon alhamdulillah tercapai..tinggal final sem ni, tgu nk present viva je..huhu..insyaAllah..mintak2 masha lepas sem last ni..n satu lg..impian nk kije dgn gov..alhamdulillah..tercapai jua..position Peg.Tek.Maklumat f41 yg masha impikan tercapai..akan masha kije bersungguh2..terima kasih Allah..syukur alhamdulillah..azam 2012 dh tercapai..esok azam 2013 bru akan keluar..esok2 bru cerita..Selamat Tahun Baru semua..luv my bb Syahrul Azmeer..luv my family..luv u all..cheers..:-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

Makanan yang perlu dielakan ketika awal hamil

As-salam, 

Alhamdulillah, baru selesai submit report Dissertation tengahari tadi..rasa nk termuntah tengok wording2 beribu2..nasib baik baby n badan tak buat hal..alhamdulillah..Minggu ni dah nk masok 10 weeks..apa khabar la 'butterfly' ummi dalam perot ni ye..hopefully baby cergas membesar dengan sehat..

Di sini, Masha nak share sikit makanan2 yang perlu dielakkan di awal tempoh penghamilan (1 trimester) dalam 2- 10 weeks..Masha dapat info ni from forum ratuhati.com , hasil daripada pendapat ibu2 mengandung yang lain..semoga bermanfaat kepada semua bakal ibu n ibu2 comel di luar sana.

credit: google image
  1. Nenas muda - nenas masak boleh sikit2
  2. Betik muda
  3. Jus jambu batu
  4. Ikan2 yang bersisa seperti pari, keli, duri, tenggiri, semilang etc
  5. Durian - makan sikit2 je
  6. Tapai
  7. Rebung
  8. Air kelapa - awal kehamilan
  9. Black pepper? --- cuba baca post saya kat atas tu 
  10. Tebu
  11. Makanan over pedas dan panas dan tajam
  12. Air gas
  13. Makanan yang tak dimasak dengan sempurna like sushi..
  14. Makanan yang berangin like nangka dan sejuk like tembikai
So, far semua makanan ni memang Masha elak makan, kecuali jambu batu..suke sangat makan..hehe..hopefully takde jadi apa2 la yek..Alhamdulillah, sampai ke hari ni Masha masih tak mengalami morning sickness yang teruk2..baby sangat baik di dalam..bagi chance ummi nk settlekan thesis masters bagi abes..juz Masha time nak berus gigi memang rase mual, kadang2 ter'muntah disebabkan bau n rase ubat gigi itu..sangat xtahan ok..ni gosok gigi guna apa eh..kodomo lion bley?..hehe..n cepat penat n sakit pinggang kalo buat kije banyak..
 Doakan Masha n baby sehat2 slalu ye..Aminn..

Thursday, December 13, 2012

Honeymoon ver. 3.0 + Family Day - Bukit Merah Laketown Resort

As-salam, 

Aduiii..lg 6 hari dah nak kena submit pre-dissertation report..bley ke siap ni.. huhu..insyaAllah..dengan dugaan laptop buat problem nye, dengan keadaan diri yang sudah terkena sindrom 'malas'..naseb la takde morning sickness teruk2 sangat..alhamdulillah..ya Allah, kuatkan la diri dan hati hambamu ini..aminn..semoga Masha dapat menyelesaikan thesis ini dalam masa yang ditetapkan..

Alamak, sorry..bukan nak membebel dengan masalah Masha, juz nak story pasal last weekend..office InfoTech ada mengadakan program ala2 Family Day dan lebih kepada aktiviti untuk anak2 staff. Theme Program ni namanya : Program Transformasi IT : Merintis Sokongan Komuniti. Bertempat di Bukit Merah Laketown Resort dari 7/12 - 9/12..Memang best sebab dapat bawak family kita sendiri..Masha pon apa lagi musti la bawak hubby je kn..n baby dalam perot..merangkap honeymoon kali ketiga untuk tahun 2012 ni ..hehe..Semua aktiviti air kt Water Park, kitaorang main, tapi yang sukaneka xde la involve kn..hubby je involve..Masha tengok je..sebab doc pesan tak bleh nak lari lompat sangat..
Then the next day ada annual dinner, cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan baby ceria,  pertandingan macam2 la..mostly untuk anak2 staff..Kte yang xde anak lagi ni tengok je la gelagat baby2 diorang..best pon ada..tak sabar nak tunggu baby kuar..hehe..Then the next day ktorang pergi melawat Pulau Orang Utan, melawat haiwan di Eco Park n naik Chairlift ala2 cabel car la..

Masha sebenarnya dah merasa pergi sini dulu2 zaman bujang, so malas nk excited sangat juz nak bagi hubby Masha merasa je la..Satu lagi pertandingan yang Masha masuk secara bersungguh2 ialah explorace..Explorace ni present dia sangat la gempak iaitu TV LCD Phillip 42" n set Home Theater Phillips..huhu..tu yang sangat beria2..naseb la explorace ni xyah nak kena lari2 sangat..Semua participant just kena jawab 14 soalan yang berkisarkan perjalanan peserta dari Rawang ke Bukit Merah..So kena alert la sepanjang perjalanan tu..Tapi maybe bukan rezeki Masha agaknya..melepas la hadiah itu..dan semalam baru pihak ajk emailkan jawapan kepada soalan explorace tu..sangat la tension bila tengok jawapan dia..Masha punya la jawab ikot skema jawapan xde nk bengkok2..serius..Tapi jawapan dia macam jawapan teka-teki pon ada..hehe...xpelah..next time dah tau la jawapan mesti tak logik punya la..So, tengok la soalan dan jawapannya seperti di bawah :



WARNA BIRU JAWAPANNYA DAN MERAH ADALAH KLU NYE  
(Jawapan n Ulasan Masha warna pink)

Soalan 1
 Emak !!!...ayah !!!...kita dah nak sampai. Eh..ada orang asli main bolala. Suku orang asli ape tu !!!.. wow dia skor .. Dimana ni mak.
SEMANGGOL
yang ni memang xlogik sebab semangGOL je ke jwpn dia camtu..Masha jawab kalo ikot logik - Suku Kaum Semai di Tapah, Kampar dan Gopeng, Perak.

Soalan 2.
Pahlawan ini satu-satunya pahlawan yang sampai bila-bila pun tidak akan menggunakan system matriks dalam timbangannya.
PANGLIMA BUKIT GANTANG
yang Masha admit la sebab Masha xtau jawapan dia, ada logik gak jawapan diorang kali ni..Masha jawab Dato Maharajalela

Soalan 3. 
Ish..Ish Ish.  Macam pesta bunga. Ada yang bawa masing-masing dan ada juga yang bawa beramai-ramai..Boleh ke tahan bungatu … 4 jam baru sampai Bukit Merah. Faizol !Kenapa bunga nie makin lama makin kecik ?.Kan aku dah kata tadi.Kaubawak bunga apa tu boleh sampai jadi macam tu ? 
BUNGA TAYAR
Jawapan ni sama dengan Masha jawab – Bunga Tayar makin lama guna makin haus..

Soalan4.
Ramping nya tak dapat ku rangkul
Panjang nya tak dapat ku paut
Cuba juga ku selaminya
Aduh hampIr lemas ku didakapnya
SLIM RIVER
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Slim River

Soalan5.
Mari mari mari sokong kami !!!.Apaitu?
 TEMA PROGRAM – TRANSFORMASI IT : MERINTIS SOKONGAN KUMUNITI
Yang ni Masha tak expect jawapannya ini kerana dekat area meja pendaftaran peserta time sampai bukit merah aritu ade meja Save Gaza!!, so Masha pon jawab – Save Gaza!!  

Soalan6.
Hati Hati Memandu. Kenapa pulak?
PAPAN TANDA LEMBU MELINTAS
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab – Papan Tanda Lembu Melintas. Masha siap lukis lagi la gambar signboard tu. 

Soalan7
Orang Perak memang mengenang jasa.Jurumudi  pun mereka abadikan.
TANJUNG MALIM
Tak tau kenapa jawapan dia Tanjung Malim, sedangkan asal usul nama Tjg Malim disebabkan di Tanjung tu ada orang yang alim ulamak, kenapa jawapannya jurumudi plak, sape tau sila habaq kat cheq mai..Masha plak google punye google, memang jumpa nama jurumudi di Perak p la jawab – Juru Mudi. Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar

Soalan8.
Jaga-jaga Kanggaroo nak loncat tu.. Apa yang dibuatnya ?
PAPAN TANDA IKLAN KASUT ( Memadai sebut kasut ) ada dihujung terowong menghala utara
Soalan ni Masha xsure sebab xnampak pon kangaroo..tapi bak kata hubby Shue, dia nampak kilang Kanggaroo Courier otw nk pegi sini..so Masha jawab – Kanggaroo Courier.

Soalan9( 5 point)
A: Hampir sepurnama hamba meredah hutan, lembah, lurah,bukit dan bukau sebelum hamba tiba di  Bukit Merah ini.
B: Pasti tuan hamba kepenatan tu..berehatlah dulu tuan hamba. Sambil-sambil tu sembang-sembanglah laluan-laluan yang tuan hamba tempohi.
LEMBAH BERINGAN/LEMBAH BERNAM/BUKIT TAGAR/BUKUT BERUNTUNG/GUNUNG TEMPURUNG/BUKIT GANTANG ( LIMA SAJA)
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Lembah Beringin, Bukit Beruntung, Gunung Tempurung, Bukit Gantang, Bukit Merah

Soalan 10
Amboi..Infotech kalau memilih staf baru bukan main tinggi kelayakannya.Macam nak ambil saintis pulak..Nak cari staf yg betul2 intelek dan mempunyai komitment tinggi agaknya.Tetapi yang peliknya diperingkat UiTM tak kisah pun. Ada jawatanyang memerlukan kelayakan minimum saje.Apajawatan dan kelayakannya?
PENGARAH INFOTECH  / PMR
Kesianlah jawapan dia PMR..dah la Prof Madya plak tu..apejela diorg ni..huhu..masha ni ikot logic sangat..kalo ikotkan position paling rendah kt UiTM ni ialah – Pekerja Awam Gred R1, contohnya Pemandu. Dan kelayakan dia hanya lah perlu tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan mahir dalam bidang berkenaan..tu je..huhu..

Soalan 11.( 2 point)
Sebuah landasan keretapi merentasi tasik merah telah dibina oleh British pada tahun 1885. Ianya berkembar dengan laluan kereta kuda bagi memudahkan perjalanan ResidenBritish Sir JWW Birch berulang- alik dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sipitang). Tetapi beliau tidak menggunakan laluan kereta kuda tersebut. Kenapa ?
Tiada laluan kuda. Birch di Pasir salak ( semua fakta dalam soalan ini salah. Kenapa pening2 kepala ha ha )
Kalo ikot logic n hasil dari google, memang xde laluan kuda tu, sebab zaman tu diorg guna laluan keretapi je..then Masha jawab – Kerana laluan keretapi digunakan untuk mengangkut bijih timah disamping menjadi laluan perjalan dan perhubungan antara pekerja lombong bijih timah tu..

Soalan 12.
Kasihan sungguh stafInfotech ini.Masa hadapan nya pun tak Nampak apatah lagi masa silamnya.
ZAMANI -   (zaman ini biasa disebut zamanni : bila-bila pun zaman ni
Masha xtau jawapan dia, xtau la plak dia nama orang kn..huhu,,tapi kalo ikot logic Masha jawab– Staf kontrak dan Staf Sementara.

Soalan 13
A: Hurreiii !!!
B: Sukahati Nampak. Macam konfiden je nak dapat tv 42 “
A: Manakan tak nya tadi singgah R&R rawang kenyang betul makan nasi sedap pulak tu
Apa yang si A tu
IKLAN BERAS SUKAHATI ( dilebuhraya dekat R&R Rawang )
Ni pon Masha xtau jawapan dia, malas nak pk dah, Masha pon jawab– Nasi Lemak rm1.20. Sebab nya time berenti kt rnr Rawang tu masha makan nasik lemak sedap ni..hehe..

Soalan 14 
Eh..jangan la lentok kat abang. Tidur je la... kan abang tengah mandu nie...    ekleh !!sikit je tekan dan terbeliak la pulakmatanya ..
 Speed trap/AES
Masha xtau jawapan dia, tapi kalo ikot logic Masha jawab– Tekan break..kan kalo tekan break cket je akan kuar lampu kt belakang keter

Soalan 15 
Di Resort ni pelik sikit. Dia suruh kita rehat lepas tu suruh pegi. 
MESIN URUT GINTEL
Jawapan ni pon sama dengan Masha jawab seperti di atas – Mesin Urut Gintell.
  
So, kesimpulannya xyah la nk logic thinking sangat ye dek non kalo bertemu dengan soalan2 tricky camni..hehe..kelako pon ada..apela Masha ni kn..Masha btol 5 je kot dari 15 soklan..xpela..at least nanti dah bleh tanya orang lain soalan camni la gamak nye kn..hehe..sorry la membebel panjang saangat,,tu je la masha nk story kali ni..bubye...

Thursday, December 6, 2012

Our little Caliph in 6 weeks 5 days...



Last Friday 30/11, ade appointment dgn Dr.hanie..sbb nk confirm our little caliph sehat membesar ke x..sbb last check up- time tu scan nk confirm preggy still xnmpk pa pe lg..xsilap time tu bru 4 weeks ++..mmg xnmpk la kn..so last week g check up lg..sgt excited nk jumpa 'dia' + takot pon ada..Finally, our little caliph memunculkn dirinya, walaupun bru sebesar kacang pea..so cute..kalo perasan dalam pic tu yg color itam macam sebijik kacang merah tu la 'dia'..

Btw, a day before pegi scan tu, masha siap bley termimpikan yang masha ni dah bersalin..n its a gurl..sweet baby gurl with double dimple..dia senyum je kat masha..subhanallah..walaupun still early to know the gender of my baby, masha n hubby xkisah la baby boy/gurl yg bakal dilahirkan nanti..yang penting biarlah our little caliph ini membesar dengan soleh/soleha, sehat, sempurna, cute n happy..:-)..dan pg tu siap test guna upt lg..haha..sebab byk upt spare kt rmh..kali ni double line nmpk clear..:-)

Alhamdulillah..skrg masha dh nk msok 8weeks..dan xde lg morning sickness yg teruk2..juz rase mual je n xleh bau org mengoreng sgt..doakan masha n baby sehat2 ye..tq all..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday ver 2.9

P/s : smlm abes training, tayar pancit..xsempat update blog smlm..naseb adek ade tlg tuko taya..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, November 26, 2012

Tempahan buat Inai di area Ipoh

As-salam, 

Masha arini nak promote sikit akak Masha yang boleh mengambil tempahan membuat inai untuk pengantin kawin dan untuk suka2..Tapi kat area Ipoh je la available..Masha pon boleh buat inai jugak, kt area Selangor ni. Sila tengok design2 dia.







yang paling last ni inai yang akak Masha buatkan time masha kawen dulu..sarat kan..design boleh tuka kalo nak, yang sarat tu sebab Masha yang requested..hehe...kalo de sesiapa yang berkenan, boleh la contact/sms akak Masha, Kak Shila - 013-5186634 or bley PM dia kt facebook - NorShila Suhaimi or PM Masha pon buleh..

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday ver 2.8


p/s:  I can read..can you?..(",)

Sunday, November 18, 2012

Alhamdulillah..


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakhbar..syukur doa dan usaha selama 9 bulan ini termakbul juga..syukrann..doakan masha n baby sehat sntiasa ye..

p/s-1: di saat ini berada di Fraser Hill-2nd honeymoon..happy sesgt with this good news..
p/s-2: hobby every month sementara menunggu kehadiran cahaya mata, mmg suka check pregnancy senyap2 (tanpa pengetahuan hubby) guna upt sendiri kt rmh..tu yg pic atas tu byk -ve je..hehe..collection dari beberapa bulan lepas..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, November 14, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya 1 Muharram 1434 H

As-salam, 

No Wordless Wednesday today because today is the last day in the year of 1433 H/Masihi. Azam baru untuk tahun baru start esok, Masha berdoa semoga dapat hidup bahagia with family & suami terchenta Azmeer Ismail, semoga Masha dapat lulus semester akhir ini dengan pointer above 3.5, semoga dapat settlekan thesis dengan lancar, tanpa halangan dan lulus dengan cemerlang, semoga berjaya convo tahun depan with baby (InsyaAllah) dan semoga Masha n hubby dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah..Aminn..Dan jangan lupa ya kawan, petang ni after solat Asar dan before solat Maghrib baca doa akhir tahun, dan after solat Maghrib baca doa awal tahun. InsyaAllah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah S.W.T..


Monday, October 15, 2012

Happy 4th Anniversary to us..

As-salam,

Harini merupakan hari anniversary ktorang yang ke 4 tahun..wee..diam tak diam dah empat tahun kami bersama. En.Hubby cakap tak nak sambut hari ni grand sangat, cukup la sekadar wish je sebab nak sambut wedding anniversary bulan January nanti, yang tu baru betul bersatu..hehe..Pa pe pon Masha nak wish jugak..ucapan ni khas untuk En Hubby terchenta..Mr.Syahrul ..


 
Dear Love
 
that's what you are to me.
Years ago when we met, I fell in love with you.
Nothing has changed;
I love you still...more than ever.
When you're not near me, I feel an emptiness
that I can't seem to fill.
When you are near, I feel complete.
I cherish your love and companionship
and always hope to please you.
I always wish for your happiness,
for I love to see the sparkle in your eyes.
I never imagined that someone could be
as important as you are to me.
Please stay near
and love me as I love you till the end..
 

Oh...My Monday..


p/s: Pagi tadi mengomel dengan en.Hubby, rasa macam sekejap je weekend (cuti 2 hari)..huhu..

Thursday, October 11, 2012

Cara Membuat Ice Cream Goreng

As-salam, 

Selalu kte nmpk kat kedai2 Mamak mesti ade jual Ice Cream Goreng ni..ape yang sedap nye?..hurmm..belum cuba belum tau..tapi Masha takde la g beli kt kedai Mamak kn, Masha buat sendiri kt rumah..lagi sedap n bley dapat banyak..Cara nak buatnye simple je..n boleh tahan lama kalo simpan dalam fridge..Nak makan baru goreng..yang best ice cream goreng ni, dia sejuk di dalam panas di luar..heaven bila makan..cuba jangan tak cuba ye..

Ice Cream Goreng
Bahan-bahan
  1. 1 buku roti Gardenia
  2. Ice cream favorite flavor korang - macam Masha suka flavor Vanilla
  3. Cawan / gelas
Cara-caranya

1. Mula2, sediakan bahan2..dan alatan seperti cawan/gelas yang muat2 ikot saiz roti.
2. Kemudian scoop kn ice cream ke atas roti. Gunakan 2 keping roti untuk membuat sebijik ice cream goreng ni. Bajet2 letak ice cream tu, jgn byk sangat.
3. Kemudian letak sekeping lagi roti ke atas roti yang ada ice cream tu. Dan rapatkan kedua2 roti ini dengan tekan sedikit.


4. Kemudian ambil cawan/gelas dan tekan kuat2 ke atas lokasi di mana ice cream itu berada. Contohnya kalau korang letak ice cream kt tengah, so tekan gelas tu kt tengah la k..
5. Then, apabila bahagian roti di luar sudah putus dan roti menjadi bulat cantik seperti dalam gambar.
6. Simpan ke dalam tupperware/ plastik dan simpan ke dalam freezer dalam 3-5 jam. Masha simpan ke dalam plastik kecik2 then simpan dalam freezer semalaman sebab nak make sure ice ream tu betul2 keras.
7. Then keesokkan harinya dan bila2 masa korang nak, pergi la goreng. Tapi time goreng kena berhati2, dengan panaskan minyak terlebih dahulu. Make sure minyak tu betul2 panas, baru goreng ice cream roti tu, kira selama 3-4 saat sahaja then tros angkat dan tosskan dengan tisu. Jangan lama sangat nanti ice cream tu cair.


 TADAAA!!..Selamat mencuba ye..

Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday ver 2.5

credit pic to: spreadsalam.com

Thursday, September 27, 2012

Alegik (Allergic)..

As-salam,

Sepanjang hidup Masha, Masha tidak pernah berhadapan dengan sesiapa yang ada alahan/allergic mahupun ahli keluarga sendiri. Tetapi semalam merupakan pengalaman yang pertama dimana hubby Masha sendiri yang allergik. Kesian dia. Sepanjang Masha kenal incik Hubby ni, tak pernah pula dia alegik apa2, tapi semalam ktorang beli breakfast, incik Hubby beli nasik lemak sambal sotong, Masha plak bihun goreng sambal sotong. Lepas dia makan nasik tu habis, badan dah start gatal2 dan naik ruam merah ala2 melepuh gitu, sebijik macam dalam gambar di bawah:
source: Google image

Masha ape lagi, cuak la jugak kan. Tak pernah facing situation like this. Macam2 assumption Masha buat, macam kena ulat bulu ke?, or baju cuci tak betul ke?, or allegik ke?..Last2, Masha paksa juga incik Hubby pergi klinik kerana dia degil taknak pergi katanya, dia nak pkai bedak je..Kalau dah naik dekat satu badan tangan n kaki, siap garu2 sampai berdarah lagi, achannerr tu...? Lepas pergi jumpe doc, memang dia cakap allegik baru nak start, sebab before this tak pernah kena. Dapat 1 injection, ubat sapu and beberapa lagi ubat yang lain & doc pesan no direct contact sebab berjangkit..huhu..kesian incik Hubby. Semoga b cepat sembuh ye, sabar ye. Masha ada study sedikit sebanyak mengenai alegik ini. Sumber: http://www.biovco.com

Apa itu alergi? 
Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen – bahan yang membangkitkan reaksi – dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik
Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B. Sel-sel ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenal pasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan, dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.Tindak balas alergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal pasti bahan-bahan berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang-ulang, boleh mencetuskan tindak balas alergik.

Siapa yang alah 
Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama. Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor-faktor persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif. Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia mempunyai `genetik' itu.

Apa pula kejutan anafilaksis/anafilaktik 
Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan. Gejala termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam. Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama. Alergen daripada racun mahupun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain-lain alergen. Bagaimanapun, kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu serta bantuan doktor.

Merawat dan menguruskan alahan Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.
Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:
Di manakah tindak balas berlaku?
Di dalam atau di luar rumah?
Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? Adakah anda makan atau minum?
Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru?
Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda. Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah berikut:

Hindari alergen yang diketahui
Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
Selalulah berjumpa doktor
Jaga kesihatan anda

p/s: Semoga ianya berguna untuk rujukan semua..jangan ingat anda tidak akan kena..jaga2..

Monday, September 24, 2012

Rasa ini...

As-salam,

Rasa ini datang kembali seperti terjadi pada bulan lepas..Vomit
& Mulut Pahit mcm makan peria..
sangat tidak selesa dengan keadaan ini, dan cuba berbuat seperti biasa..
Jangan pikir macam2..

Wednesday, September 19, 2012

No WordlessWed..

As-salam, 

Selalunya hari Rabu merupakan entri yang tiada ayat, hanya gambar yang berkata2, tetapi harini Masha nak tulis sesuatu. Apa2 pun nak bagitau hari ini buat pertama kali hidup sebagai wife kepada en.Hubby,dan buat kali pertama malam ni akan balik kje dan tidur sorang2..disebabkan en.Hubby terpaksa kena pergi outstation..huhu..hampeh..nak ikut tak dapat..Masha rasa harini sangat lemau, badan terasa seram sejuk (ala2, diluar rasa sejuk, di dalam rasa panas) cam gitu la..malasss sangat..n rindu..nampak macam mengada2 kan.hakikatnya Masha terasa sangat rindu time ni..huhu..rasa memang tak bley nak separate jauh2 dengan en.Hubby..huhu..padahal bukan pergi jauh mana pon, outstation ke kg halaman en.Hubby je, tapi tetap rasa macam kena tinggal..huhu..takpe la..dari dok meronta-ronta dan meroyan2 ntah macam hape,baik dengan ini Masha doakan semoga suamiku-En Syahrul Azmeer selamat pergi dan selamat pulang dan jaga diri b untuk syg k..kita jumpa esok n take care luv..mish u..
This is myDimple..(",)
tengah drive macam skema nye..kerusi rapat giler..lenguh katanya..

Thursday, September 13, 2012

Cara Membuat Chocolate Cornflakes- Biskut Raya Paling Mudah-

As-salam,

Setelah hampir sebulan gambar bertafakur di dalam Ace ni, so Masha di sini nak ajar cara-cara hendak membuat kuih paling senang untuk juadah hari raya ataupun buat makan2 sendiri di rumah. Masha buat kuih ni time Aidilfitri 1433H yang lepas.. esoknya nak raya, sempat lagi kan..Budak2 paling suka kuih ni..sekejap je habis 1 balang..hehe..check it out dear...

Chocolate Cornflakes

Bahan-bahan yang diperlukan 
1) 1/2 kotak Nestle Cornflakes (bergantung nak banyak mana)
2) 1 bar Coklat Masakan (tak kesah brand apa pon, Masha guna brand Nona je)
3) Coklat rice (Apa2 saja untuk hiasan, Masha guna yang warna warni)


Cara-caranya
1) Mula2, patah-patahkan coklat masakan dan letakkan ke dalam mangkuk Pyrex (mangkuk yang boleh masuk microwave tu, yang tahan haba)
2) Di sini, Masha guna kaedah Double Boiling iaitu salah satu caranya ialah dengan meletakkan mangkuk di atas rice cooker yang mengandungi air yang mendidih. Make sure air tu separuh periuk sahaja dan pyrex tu perlu menutupi ke seluruh rice cooker tu, supaya tiada wap air yang keluar. Dan pastikan rice cooker anda mula2 tekan Cook, kemudian biarkan ia Warm sepanjang proses membuat kuih ini.

 Kaedah Double Boiling ini senang kerana ia tidak akan membiarkan coklat itu cepat keras dan akan senantiasa cair dan proses untuk membuat cookies ini berjalan lancar. Ada beberapa cara juga ialah dengan menggunakan dapur- iaitu masukkan air ke dalam kuali dan panaskan, dan masukkan periuk yang kecil yang mengandungi coklat di dalam nya dan agak2 muat masuk ke dalam kuali itu..


3)Apabila coklat sudah cair, masukkan lah cornflakes tadi dan kacau-kacau coklat supaya menyelaputi ke seluruh cornflakes itu.

4) Setelah selesai, sudukan bahan2 tadi ke dalam paper cup kecik yang biasa orang bubuh kuih tu, dan taburkan rainbow rice.
5) Susun banyak2 atas talam dan sejukkan dalam 15 minit. Boleh susun dalam bekas kuih.
TADAAA...
Sudah boleh dimakan..Selamat mencuba..as easy as 1 2 3..:-)
There was an error in this gadget

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus