Tuesday, July 31, 2012

DIY- Cara Membuat Riben Ros (Rose Ribbon)

As-salam,.

Di pagi yang sejuk ini, Masha hendak membuat tutorial cara membuat rose ribbon seperti yang telah banyak orang pakai pada tudung-tudung sebagai pin atau pun hiasan di sekeliling tudung atau pun dibaju.
White Rose Ribbon di tudung-credit pic Spice Hijab
Atau pada kain dan baju- credit pic Butik Qalesya Karim

1) Mula-mula, sediakan Satin Rose (warna terpulang), size (lebar kira-kira separuh jari telunjuk) - terpulang kepada saiz yang dimahukan, gunting dan gam UHU..
2) Kemudian potong riben kira-kira 36cm (terpulang tebal mana bunga yang dimahukan). Macam masha, potong je, tak kira pon..hehe..
 3) Kemudian, pada hujung riben yang sudah dipotong. Lipat sedikit sehingga menjadi segi tiga dan gamkan pada kawasan yang berlorek kuning seperti dalam gambar.
4) Kemudian, segitiga yang sudah digam, gulung sedikit ke dalam untuk membentuk pusat untuk bunga rose itu.
5) Kemudian, ambil riben yang panjang di sebelah kanan anda dan lipat ke atas seperti membentuk V seperti dalam gambar.
6) Ulang langkah 5 berulang kali sehingga riben di sebelah kanan anda menjadi pendek kira-kira separuh jari telunjuk.
7) Pada hujung riben yang terakhir ini, lipatkan ia ke bawah bunga dan gamkan hujung riben itu, pada kawasan yang berlorek kuning.

8) Kemaskan bahagian bawah bunga, lipat la macam mana pon, janji kemas..hehe..janji gam..
                                                                 9) TADAAAA..dah siap..boleh la jahit pada tudung atau buat pin hiasan..:-)..SELAMAT MENCUBA..Practice make perfect..



No comments:

Post a Comment

~Share It~

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus