Monday, August 27, 2012

Salam Eid Ul Fitr 1433H

As-salam,

Di pagi Isnin yang sangat sejuk dan lemau di bulan Syawal. Masih dalam mood raya dan setelah seminggu bercuti raya terasa sangat malas hendak memulakan hari. Nasib hari ini ada meeting, ku teruskan jua pergi ke kerja seperti biasa.

Tahun ini juga Masha ber Ramadhan dan ber Syawal tahun pertama sebagai wife kepada incik Syahrul. Macam-macam rasa, excited, sedih, gembira dan risau, Tapi alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Tahun ni raya pertama di Ipoh dan raya kedua di Singapore then ke JB. Tahun ini juga Masha dapat bagi semua orang-orang penting duit raya, alhamdulillah..dapat belikan mak n hubby baju raya, belikan kakak2 tudung raya dan adik2 baju raya.

Satu pencapaian yang memberangsangkan juga pada Ramadhan lepas, kerana sebelum ini Masha tak pernah buat kuih raya ke, kek ke..Tapi kali ini, hampir setiap hujung minggu di bulan Ramadhan, Masha berjaya membuat chocolate moist cake, cheese cake dan kek batik. Semua belajar melalui internet dan blog2 je.. Dan lagi beberapa hari nak raya Masha berjaya buat cornflakes cookies, and chocolate cornflakes cookies..Incik hubby juga menjadi mangsa tester untuk kek n cookies Masha ni..Kalau buat tiap2 bulan, hehe..sehat2 la gamaknya hubby ku ini..Nanti kalo Masha rajen, Masha update cara-cara nak buat kek n cookies ni nanti ya..

Di kesempatan ini, masih tidak terlewat..pada 9 Syawal yang barakah ini, Masha dan mewakili hubby Masha juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin andai ada terkasar bahasa, dan di atas segala kesilapan perkataan dan perbuatan yang sengaja atau tidak disengajakan dilakukan sepanjang menulis entri dengan semua kepada semua followers dan rakan2 bloggers or sesape saja yang membaca entri Masha ini. Doa ikhlas dari Masha..

Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal  tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Syawal Maaf Zahir & Batin
Dari Masha serta seisi keluarga

Friday, August 3, 2012

Alhamdulillah..(>,<)

As-salam, 

Di Ramadhan yang ke -14 ini, result semester-3 yang ku nanti-nantikan sangat telah keluar..huhu, semalam dapat tahu je result nak keluar hari ini, terus planning dalam kepala tidak mahu check result awal-awal pagi kerana bimbang akan kecewa. Kerana, seperti semua sedia maklum dalam entri-entri yang lepas, dimana Masha ada mention yang semester 3 ini lah yang paling core sebab ada 1 subject core yang boleh membuatkan semua orang gagal, lagi-lagi Masha ini yang study pun cukup-cukup hendak lulus je..haha..jangan follow saya ye kawan-kawan..(",)

Awal pagi lagi, kak Dewi dah sms bagitahu result dia. Dan Masha sangat terkejut dengan apa yang dia katakan. Tapi kak Dewi sudah pujuk-pujuk suruh Masha check juga. dalam hati takut hendak check, tapi hendak tahu result cepat..Achaanerr tu eh..hehe..last-last, kuatkan hati nak buka email utuk check result, tengok-tengok...Alhamdulillah, semua subjek masha lulus dan CGPA masih lagi > 3.10..sangat happy tetapi sedih sedikit mengenangkan ada rakan kelas yang gagal. 1st person yang Masha call, mestilah hubby terchenta hendak bagi tahu result Masha ini. Dan mr.hubby happy sangat dengar news ini.
Usaha bersengkang mata, berbaloi juga, dan masih tinggal lagi 1 semester lagi, semester depan dimana Masha tidak perlu menghadirkan diri ke kelas lagi. Kerana semester akhir ini, Masha perlu buat Dissertation, jam kreditnya keseluruhan 15jam. Masha sudah bersedia untuk membuat project ini kerana sudah 20% in progress. Ia kesinambungan dari Special Topic yang Masha proposed semasa semester 3. Harap semuanya berjaya dan berjalan mengikut masa yang dirancang. Minta-minta tahun 2013 sudah boleh grad..Aminnn...Tq semua atas doa kalian..Wish me luck again ya..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus