Friday, August 3, 2012
Alhamdulillah..(>,<)
4:17 PM | Posted by
~~Masha~~ |
Edit Post
As-salam,
Di Ramadhan yang ke -14 ini, result semester-3 yang ku nanti-nantikan sangat telah keluar..huhu, semalam dapat tahu je result nak keluar hari ini, terus planning dalam kepala tidak mahu check result awal-awal pagi kerana bimbang akan kecewa. Kerana, seperti semua sedia maklum dalam entri-entri yang lepas, dimana Masha ada mention yang semester 3 ini lah yang paling core sebab ada 1 subject core yang boleh membuatkan semua orang gagal, lagi-lagi Masha ini yang study pun cukup-cukup hendak lulus je..haha..jangan follow saya ye kawan-kawan..(",)
Awal pagi lagi, kak Dewi dah sms bagitahu result dia. Dan Masha sangat terkejut dengan apa yang dia katakan. Tapi kak Dewi sudah pujuk-pujuk suruh Masha check juga. dalam hati takut hendak check, tapi hendak tahu result cepat..Achaanerr tu eh..hehe..last-last, kuatkan hati nak buka email utuk check result, tengok-tengok...Alhamdulillah, semua subjek masha lulus dan CGPA masih lagi > 3.10..sangat happy tetapi sedih sedikit mengenangkan ada rakan kelas yang gagal. 1st person yang Masha call, mestilah hubby terchenta hendak bagi tahu result Masha ini. Dan mr.hubby happy sangat dengar news ini.
Usaha bersengkang mata, berbaloi juga, dan masih tinggal lagi 1 semester lagi, semester depan dimana Masha tidak perlu menghadirkan diri ke kelas lagi. Kerana semester akhir ini, Masha perlu buat Dissertation, jam kreditnya keseluruhan 15jam. Masha sudah bersedia untuk membuat project ini kerana sudah 20% in progress. Ia kesinambungan dari Special Topic yang Masha proposed semasa semester 3. Harap semuanya berjaya dan berjalan mengikut masa yang dirancang. Minta-minta tahun 2013 sudah boleh grad..Aminnn...Tq semua atas doa kalian..Wish me luck again ya..
Labels:
Study
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~About Me`
- ~~Masha~~
- Bride from Ipoh, staying in Seri Kembangan, Selangor. Working in UiTM S.Alam. Graduated in Master of Science (Comp. Science). Already taken by Mr.EverDale and insyaAllah going to be Ummi this coming July, 13. Loves Origami, paper-craft and wedding stuff..
Powered by Blogger.
♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥
-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"
. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
~Mommy + B2B Inspiration Blog ~
~ My Friends~
~Popular Posts~
~My Link~
~Labels~
2 better than 1
(21)
Birthday
(12)
DIY
(16)
Engagement
(7)
Ilmiah
(17)
Pregnancy
(13)
tutorial
(5)
Wedding
(18)
Wully
(4)






0 comments:
Post a Comment