As-salam,
Selalu kte nmpk kat kedai2 Mamak mesti ade jual Ice Cream Goreng ni..ape yang sedap nye?..hurmm..belum cuba belum tau..tapi Masha takde la g beli kt kedai Mamak kn, Masha buat sendiri kt rumah..lagi sedap n bley dapat banyak..Cara nak buatnye simple je..n boleh tahan lama kalo simpan dalam fridge..Nak makan baru goreng..yang best ice cream goreng ni, dia sejuk di dalam panas di luar..heaven bila makan..cuba jangan tak cuba ye..
Ice Cream Goreng
Bahan-bahan
- 1 buku roti Gardenia
- Ice cream favorite flavor korang - macam Masha suka flavor Vanilla
- Cawan / gelas
Cara-caranya
1. Mula2, sediakan bahan2..dan alatan seperti cawan/gelas yang muat2 ikot saiz roti.
2. Kemudian scoop kn ice cream ke atas roti. Gunakan 2 keping roti untuk membuat sebijik ice cream goreng ni. Bajet2 letak ice cream tu, jgn byk sangat.
3. Kemudian letak sekeping lagi roti ke atas roti yang ada ice cream tu. Dan rapatkan kedua2 roti ini dengan tekan sedikit.
4. Kemudian ambil cawan/gelas dan tekan kuat2 ke atas lokasi di mana ice cream itu berada. Contohnya kalau korang letak ice cream kt tengah, so tekan gelas tu kt tengah la k..
5. Then, apabila bahagian roti di luar sudah putus dan roti menjadi bulat cantik seperti dalam gambar.
6. Simpan ke dalam tupperware/ plastik dan simpan ke dalam freezer dalam 3-5 jam. Masha simpan ke dalam plastik kecik2 then simpan dalam freezer semalaman sebab nak make sure ice ream tu betul2 keras.
7. Then keesokkan harinya dan bila2 masa korang nak, pergi la goreng. Tapi time goreng kena berhati2, dengan panaskan minyak terlebih dahulu. Make sure minyak tu betul2 panas, baru goreng ice cream roti tu, kira selama 3-4 saat sahaja then tros angkat dan tosskan dengan tisu. Jangan lama sangat nanti ice cream tu cair.
TADAAA!!..Selamat mencuba ye..
No comments:
Post a Comment