Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014/1435H

As-salam

Di kesempatan ini Masha sefamily nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca blog dan sesiapa yang mengenali diri ini. Kepada yang pulang ke kampung, drive safely. InsyaAllah, malam ini, 25 Julai, Masha akan pulang ke rumah mak di Ipoh, Perak, dan pada raya kedua kami akan bertolak ke Singapore, Mr. Hubby hometown..doakan kami selamat pergi dan selamat pulang ye..

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Monday, July 21, 2014

Annur Marissa Growth and Development

As-salam

Semalam, bersamaan 20 Julai 2014, genaplah usia BAM yang ke setahun..last entri aritu birthday BAM dalam takwim Islam..semalam birthday dalam takwim Masihi. Sekejap je rasanya dah setahun dah menjadi ummi ni..hehe..betul la pesan Tun Hasmah kepada Dr. Harlina : “Jaga anak-anak, don’t miss the chance of seeing them grow. They grow up very fast”Huhu..memang betul..terasa jugak sepanjang setahun bersama BAM, every weekdays hanya dapat spentime dengan dia 1 or 2 jam sehari je, dari pukul 7pm-9pm , sebab dh sampai rumah pon pukul 7 pm..kadang2 pukul 8pm..pukul 9pm BAM dah nak tidur till subuh..weekend je ada nak main2 dengan dia..kalo masha ade hal time weekend..sangat la tak best rasanya..Takpe la..nak menyesal pon tak guna..so nest time..insyaAllah kalau ada rezeki nak pindah rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja...so, dapat balik awal..main2 denga BAM..Semoga Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga..Aminn.. So, di sini, Masha nak fast update mengenai perkembangan BAM since dia berjaya meniarap lagi (walaupun banyak moments Masha terlepas :-( , contohnya, Masha tak nampak dia berjaya meniarap depan mata Masha sendiri..naseb my babysitter ade wassap video n picture untuk kenangan)..Biarlah gambar berbicara..enjoy..(",)
Baby Annur Marissa (BAM)- 20/07/2014 - Bornday
BAM berjaya meniarap-06/12/13- 4 bulan 2 minggu 2 hari
BAM berjaya meniarap-06/12/13- 4 bulan 2 minggu 2 hari

BAM meniarap reverse parking..hehe
BAM, 1st time swimming- 25/12/13- 5 bulan 5 hari
BAM, 1st time intro Solid Food- 190114 - 6 bulan
BAM, dapat present Walker+ Rocker+Bouncer baru - 04/02/14 - 6 bulan 15 hari
BAM, berjaya merangkak ke hadapan - 24/02/14 - 7 bulan 4 hari
BAM, cubaan untuk berdiri dan memapah- 26/03/14- 8 bulan 6 hari
BAM, mula tumbuh gigi kat bawah 2 biji - 20/04/14- 9 bulan

And Yes, till today..hehe..she still cannot walk..(p/s: Late Walkers are Naturally Smarter)..hehe..berdiri statik dalam masa 20 saat boleh..membebel bahasa Uganda boleh..boleh suap makanan sendiri dalam mulut..panggil semua orang "Babah" that is her first word..takpe, ummi tak makan dalam..hehe..pegang apa2 sahaja barang sangat cekap..kaki dah boleh tendang bola..dan sukeeeee sangat masuk barang2 yang dia pegang ke dalam mulut..nak test sedap ke tak eh..haha..dan dia suke main barang2 yang rare. contohnya, kunci, cawan n pinggan kt dapo, mainan dia banyak xmo main..suke main menda pelik2..ape saje la sayangku..Alhamdulillah.so far,when Masha refer to Pediatrician, BAM punyer development very good and active..(",)

Ummi dan babah doakan semoga sayang membesar dengan sihat, rajin bersolat, pintar dalam pelajaran, menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab, cemerlang dalam pelajaran, kehidupan di dunia dan di akhirat serta menjadi anak yang solehah yang boleh mendoakan Ummi dan Babah ketika kami tiada nanti..Aminnnnnn.....


Wednesday, July 9, 2014

Setahun Sudah Baby Annur Marissa

As-salam

Hari ini 9 July 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H merupakan Hari Lahir yang Setahun untuk baby ummi & babah yang manja ni- Baby Annur Marissa (BAM) mengikut kalendar Islam..sekejap je rasa dh setahun Ummi & Babah menjaga, melayan segala kerenah BAM..senyuman BAM membuatkan Ummi & Babah lagi sayang kat BAM..syukur alhamdulillah diberi peluang untuk merasai rasa ini..

Throwback (20 July 13- 11 Ramadhan 1434H)
Di saat ini 1230pm, Ummi receive news from MO yang bertugas pada hari itu yang bahawasanya Ummi tak berpeluang hendak bersalin Normal disebabkan BAM dijangka bersalin mungkin dalam berat +- 3.80kg..suspected Macrosomic Baby..Disebabkan keadaan Ummi yang pada ketika itu Height- 155cm dgn Weight- 78kg (Huhu..Ummi sgt berat time ni..gain weight about 23kg-for 10months)..dan Ummi di suspect kena GDM (time 36 weeks)..huhu..sabo je la..Dengan berat hati memikirkan keselamatan dan kesempurnaan BAM dan Ummi..Ummi bersetuju untuk menjalani LSCS (Lower Segmented Caesarean Section)..

Pkul 2.00pm Ummi ditolak masuk ke OT untuk menjalani operation LSCS untuk mengeluarkan BAM dari rahim Ummi..Alhamdulillah..tepat pkul 2.43pm, BAM pon selamat dilahirkan..nurse datang tunjuk BAM kt Ummi..dan tanya "baby apa puan", Ummi jawab "baby girl"..menitis air mata Ummi kerana bersyukur sangat BAM dh selamat dilahirkan dengan sempurna..hanya Allah yang tahu perasaan Ummi ketika itu..BAM disambut oleh Dr. Arniza di Hosp.Serdang dengan berat 3.90kg..

Dikesempatan ini, sekiranya BAM dh pandai membaca nanti, semperna Ulang Tahun Kelahiran BAM yang Pertama..Ummi dan Babah mendoakan semoga Annur Marissa membesar menjadi anak yang solehah, menjadi kakak yang bertanggungjawab, cemerlang dlm pelajaran serta kehidupan di dunia dan akhirat, tetapkan iman terhadap Allah SWT sehingga hujung nyawa..semoga Annur Marissa dapat mendoakan kesejahteraan Ummi dan Babah sekiranya kami tiada lg di dunia nanti..we both luv u always sayang..

26hb July nanti insyaAllah Ummi buat majlis kecil2 an kt Ipoh untuk sambut 1st Birthday BAM bersama kawan-kawan..


Monday, July 7, 2014

Ucapan dan Keadaan

As-salam

Salam Ramadhan yang ke 9..Alhamdulillah..diizinkan olehNya untuk berpuasa lagi pada tahun ini..Syukur..Di sini Masha nak share ucapan yang boleh menjadi amalan seharian kita, disamping boleh menambah pahala..daripada kita melatah dengan perkataan yang tidak sepatutnya..lebih elok kiranya kita ucap perkataan2 ini..

1.       Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH ”
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan . Tujuan kita mengucapkan ” SUBHANALLAH ” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : ” Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala ” .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan ” SUBHANALLAH ” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : ” Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu ” . Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :

Ertinya : ” Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan ” . Surah al-Hasyr ayat 23

Lihat penggunaan ” SUBHANALLAH ” ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :

Ertinya : ” Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s. a. w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat ” .  Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s. a. w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia 

Ucapan ” SUBHANALLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TASBIH ” .

2.       Ucapan    ALHAMDULILLAH
Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .

Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” . Surah al-’Aaraf , ayat 43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : ” Alhamdulillah , saya berjaya ” ( Diucapkan ucapan ” Alhamdulillah ” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .

Ucapan ” ALHAMDULILLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TAHMID ” .

3.       Ucapan  ALLAHU AKBAR
Ertinya : ” Allah Maha Besar ” .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :

·         Apabila berada di tempat yang tinggi .
·         Apabila berada di dalam ketakutan .
·         Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala
·         Sebagai “pembakar semangat ” para pejuang Islam .
·         Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .

Ucapan ini dikenali juga sebagai ” TAKBIR ” .

4.       Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH
Ertinya : ” Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah ” .

Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .

Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih
( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .

Ia dikenali juga dengan gelaran ” TAHLIL ” .

5.       Ucapan  BISMILLAH
Ertinya : ” Dengan Nama Allah ”

Ucapan ini dikenali sebagai ” BASMALAH ”

Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .

Ertinya di sini ialah : ” Bismillah ” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : ” Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya ” .

Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :

  –Membaca ” Bismillah ” untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk ” membuka gelanggang silat ” , untuk ” menyemah ” rumah , untuk ” menjamu ” penunggu dan jin dan sebagainya .
– Membaca ” Bismillah ” untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
– Membaca ” Bismillah ” untuk ” tikam ” nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
– Membaca ” Bismillah ” ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
– Membaca ” Bismillah ” untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
– Membaca ” Bismillah ” kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6.       Ucapan  MA SYAALLAH
Ertinya : ” Apa yang Allah Kehendaki ”

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )

Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut ” MA SYA ALLAH ” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna ” Apa-apa yang Allah kehendaki ” , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .

Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .

Ucapan ini diistilahkan sebagai : ” AL-MASYIAH ”

7.       Ucapan  A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM
Ertinya : ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) ” .

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .

Ucapan ini digelar sebagai ” AT-TA’AWWUDZ ” .

8.       Ucapan ”LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH
Ertinya : ” Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin
( pertolongan ) Allah ” .

Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HAUQOLAH ” .

9.       Ucapan “INSYA ALLAH
Ertinya : ” Jika diizinkan Allah ”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut ” INSYA-ALLAH ” , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . . [ Hasil temuramah di antara S. S Dato' Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] .

Ucapan ini dikenali sebagai ” TAWAKKUL ” ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10.   Ucapan   BARAKKALLAHU FIK
Ertinya : ” Semoga Allah memberkati engkau ” .

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .

Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AT-TABARRUK ” .

11.   Ucapan”JAZAKALLAHU KHAIRAN
Ertinya : ” Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan ”

Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak ” .

Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK ”

( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .

Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan ” JAZAKALLAHU ” ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .

Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : ” JAZANA WA IYYAK ” .

Erti respon itu ialah : ” Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu ” .

Ianya dikenali sebagai kalimah ” ASY-SYUKR ”

12.   Ucapan “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

Ertinya : ” Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. Surah al-Baqarah , ayat 155 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ ”

13.   Ucapan ”HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL
Ertinya : ” Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong ” .

Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan ” pembakar ” semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .

Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r. a menjelang Perang Badar :

Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ” . . Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .

Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HASBANA “.

Semoga ada manfaatnya .
Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 

(Retrieved from: myenthusiasts.org )

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus