Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday ver 4.1

As-salam

P/s: Kelmarin 27/10 & Semalam 28/10 accident berturut2.. Ujian kecil dariNya..insyaAllah..akan lebih berhati2 next time..

Friday, October 17, 2014

Goodbye 2013, Welcome 2014..

As-salam,

Harini merupakan hari terakhir di tahun 2013. Pelbagai suka duka sudah dilalui bersama en.Hubby terchenta..Antara sweet memories sepanjang 2013 ini ialah:
  • Berjaya menghabiskan & attended convocation ceremony with BAM in my womb - Masters- MSc. Science Computer with flying colours-(11052013)
  • Alhamdulillah, the greatest gift this year,  selamat melahirkan seorang puteri comel- Baby Annur Marissa (BAM)  pada 11 Ramadhan, 1434pm -(200713)
     

    Antara bad memories yang terjadi sepanjang 2013 ini ialah:
  • Wully got crashed with motorcycle - major repair needed- front lower end crooked (nampak tu dalam pic tayar dah bengkok masok ke dalam), sportrim crooked, body depan driver remuk cket, nampak mcm xde pa pe, tapi kt bawah keter byk rosaknya..sadis hati ni mengenangkan.huhu..(021213)
  • Wully- Cermin hadapan sebelah driver pecah. Ada orang rompak bag laptop en. Hubby..Luckily, takde laptop dlm bag tu, juz ada botol air dengan air yg penuh je, cable Samsung dan kunci office en. Hubby je..
Itu je kot kejadian yang berlaku sepanjang tahun 2013 ni, Alhamdulillah, azam & impian Masha semuanya sudah termakbul dan tercapai dengan izinNya. Walaupun banyak ujian yang berlaku, alhamdulillah, Masha dapat harungi semuanya dengan support dari en.Hubby, mak, mama, family n friends. Sayang ketat-ketat la kat semua. (",)..Me always think positive dengan setiap ujian dan kejadian yang berlaku, yang pahit mahupun yang indah semuanya ada hikmah disebaliknya..Allah Maha Mengetahui,.
 
Impian & Azam untuk tahun 2014, insyaAllah nak:
  • Turunkan berat badan same cam before preggy- alkisah nya last week dah berjaya turun 2 kg..weee..suke2..teros bersemangat nak turun lagi..
  • Nak fully cook meal for my baby- no nestum, cookies, sugar, salt, etc..jiayou2!!..
Dengan izin dariNya, semoga Masha dapat mengharungi hari2 yang mendatang dengan lebih dewasa lagi disamping suami dan anak terchenta..

Wednesday, October 1, 2014

Pengalaman Tindik Telinga Baby Annur Marissa_BAM..

As-salam,

Sudah sebulan entri ni terperap dalam Mega ni..Takpela, dari langsung tiada entri kan..hehe..sebulan 2 ni Masha sibuk nak revamp template background blog ni yang nampak nye sudah perlu diupdate dengan kehadiran penyeri hidup kami ini..hehe..Masha buat slow le bangat, dengan keadaan sibuk je memanjang kat opis..bila masa ntah nak design..ni pon curi2 design time rehat n nak balik...huhu..pon tak siap2 lagi..Theme for sure Purple Origami Crazy..hehe..ini teaser cket (cehh..teaser amende nye, dh publish live pon..haha)..but still in progress is the header and flash header..haha..tungguuuu ye kawan2..sikit2 ianya akan menjelma.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas..semperna ulangtahun kelahiran BAM yang pertama..so, kami laki bini decided nak bawak BAM pergi tindik..Masha ni mana la tau sangat kedai-kedai emas kat area Puchong-Seri Kembangan-Bangi-Kajang ni...so, Mr.Google la penyelamat..hehe..mula2 kami decide pergi ke Bandar Puchong Perdana, sebabnya Masha selalu ke sana untuk membeli barang-barang kraftangan, macam ada la kedai emas kat sana..dalam 2-3 kedai emas gak la pergi..tapi kecewa akhirnya..sebab tidak menepati kehendak Masha...Di bawah ni hasil google Masha dan nasihat dari kakak2 Masha:

Panduan menindik telinga baby 0-12 months:
  1. Sila cari kedai emas yang mempunyai 2 pistol. Maksudnya, ada 2 orang yang boleh tindik telinga baby serentak
  2. Make sure yang tindik subang baby kita tu ade experience dalam handling baby time tindik.
  3. Guna alkohol, or cecair anti- bacteria dari merebak after tindik
Tu je kot panduan..Finally, setelah google n mendapat review dari blog2, Masha jumpe jugak Kedai Emas Seri Bangi, bertempat di Bandar Baru Bangi, Sect 5..Kedai ni kepunyaan orang melayu kita..dan bersebelahan dengan Kedai Sup Urat Keting..

Mula2, orang kedai tu tanda tempat yang ditindik bagi sama di telinga sebelah kiri dan kanan BAM..time ni BAM asyik la nk mengelak..tau je la kan..BAM ni pantang betul la orang nak sentuh anggota badan dia..sedangkan mak bapak dia nk cium pon dia pukul kita balik..hehe..takpela..dah settle menanda, diorang akan prepare pistol tembak tu, beserta dengan subang yang kita dah pilih tadi..Then, dah settle tembak..apelagi, meraung la BAM buat dalam masa 3 minit..hehe..pastu dia senyap dan terus senyum2 lagi..Good Girl my BAM..hehe..So, enjoy da picca..

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus