Tuesday, September 21, 2010

Meludah

Selamat hari Selasa semua..(^_^)..Semalam tak de mood lagi nak berblog setelah hampir seminggu cuti beraya. So, harini sambung berblog dan berblogwalking kembali. Harini memang agak hangin je 1 badan, Masha ni cukup pantang la kalau orang pengotor ni. Pengotor ni banyak kategori, tapi harini pengotor yang Masha nak ceritakan lah orang yang suka meludah/spitting merata-rata ni. 
Kes 1 (harini)
Rumah Masha ni bertingkat-tingkat la kan..Selalunya memang akan parking kt level paling bawah. Disebabkan semalam takde parking, so terpaksa lah parking betul bertentangan dengan blok. Then pagi tadi, rutin harian seperti biasalahkan, selalu kereta kena block dari belakang. Orang yang duduk kat flat ni, semua pakat dok pakai kereta, so, parking pon selalu penuh. Kalau lambat tu, kena la parking block kereta orang. Tapi dengan syarat jangan angkat hand break la, so senang la untuk Masha menolak kereta korang2 semua..hehe..setiap pagi exercise Masha macamni la - tolak kereta orang.

Dah settle tu, baru masuk je kereta. Geli sih tengok ludah dah kering melekat kat cermin driver plak tu kan..memang menganggu pemandangan pagi yang indah ni je la.Tension btol..Nasib le de wiper and air dari kereta ni..pancut air and wipe dekat 10 kali gak lah..baru la betul2 clear.huhu..mambazir 5 minit kat situ dah. 


Kes 2 ( last year kot)
Abang ngah Masha ni kerja dia memungut/mengambil spesimen2 dari klinik2 dan menghantarnya ke makmal untuk diuji ( macam despatch) juga la kan. Ada satu hari yang malang ni, abang biasa la memecut dengan honda EX5 dia tu,untuk ke makmal pathology.Sampai di traffic light, dengan tidak semena-mena ada uncle india yang membawa teksi membuka pintu kereta nya hanya untuk meludah. Abang Masha yang tak sempat nak break, terlanggar pintu teksi tu dan terpelanting jugak la. Yang sangat benggang tu, teksi tu boleh plak lari kan, buat muka tak bersalah tinggalkan abang Masha yang badannya tertindih dengan motor. Nasiblah abang sempat catat no plate teksi tu.

Finally kes settle, polis dapat cari driver teksi kurang ajar tu. Naik turun mahkamah juga la. Kesian kat abang dekat 2 bulan juga la dia tak boleh kerja, kaki kiri abang patah. 

Kesimpulan disini, setelah terjadi 2 kes macam di atas, sungguh menunjukkan orang di Malaysia (bukan semua la) ni no manners dan agak pengotor. Tengok aja la tandas2 awam di mana-mana pun. Kena fikir 2 3 kali juga la kalau nak membuang..huhu..Apa2 pun Masha nak tekankan disini, kalau nak buat apa2 pun fikir dulu orang lain dan akibatnya dan amalkan lah kebersihan di mana-mana pun kerana kotor ni amalan syaitan.

No comments:

Post a Comment

~ You Might Also Like~

Related Posts with Thumbnails

Disqus for Story of MyChantique

blog comments powered by Disqus