Credit picture to Kosmo
Disebabkan Masha ni pengguna setia Kicap Cap Kipas Udang ni dari kecil lagi, sejak dapat tahu tentang kicap tiruan ni dari berita TV3 malam semalam, terus la rasa was-was. Tapi kalau semua hendak tahu untuk mengetahui kicap itu tiruan ataupun asli, kena tengok melalui penutup di dalam GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli yang penutup plastik tidak berlubang.
Menurut akhbar Kosmo, kegiatan haram ini terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas. Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli.
Oleh itu, untuk tujuan keselamatan dan ketidak was-was, sebelum membeli kicap jenama Cap Kipas Udang ini, periksa la dahulu penutup plastik.:-)
No comments:
Post a Comment